Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: rahsia tarikh lahir


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» rahsia tarikh lahir

Please Mendaftar To Post


Oleh rahsia tarikh lahir

atie_aznan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8976
Posting: 61
Dari: bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-09-04 16:13


rahsia tarikh lahir
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Apa kata kalau kita menyelidik pula tarikh si dia dilahirkan. Nak tahu kenapa?

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2 hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb – Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb – Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb – Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb – Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb – Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia β€˜makan’ nasihat

8hb – Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe…

10hb – Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

11hb – Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb – Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring…

13hb – Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb – Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb – Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb – Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb – lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je … ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb – Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb – Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb – Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu

21hb – Sering bersikap β€˜moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody

22hb – Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb – Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu bertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb – Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb – Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb – Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb – Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb – Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb – Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi …

30hb – Seorang yang boros berbelanja terutamanya β€˜memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb – Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy.



Bookmark and Share

    


  Member Information For atie_aznanProfil   Hantar PM kepada atie_aznan   Quote dan BalasQuote

Fernalisadelgaisse
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11057
Posting: 80
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 16:48


Quote:

13hb – Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain



...

Mmm....ini tarikh keramat bagi saya...mcm kena jer maksudnya...hik...hik...hik





[ Posting ini telah di edit oleh: Fernalisadelgaisse pada 2004-09-24 16:49 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For FernalisadelgaisseProfil   Hantar PM kepada Fernalisadelgaisse   Pergi ke Fernalisadelgaisse's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 17:11


tak boleh dipercayai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

fuyutsuki_azuska
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2004
Ahli No: 11163
Posting: 70
Dari: Kuala Lumpur

japan  


posticon Posting pada: 24-09-04 22:19


ada betul ada yg kurang tepat... tp menghiburkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For fuyutsuki_azuskaProfil   Hantar PM kepada fuyutsuki_azuska   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 23:05


Quote:
17hb – lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je … ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.



Lembut ke? Kadang ganas jugak...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 23:38


Quote:

On 2004-09-24 23:05, Hanan wrote:

Lembut ke? Kadang ganas jugak...



Agaknya ..lah..
Prof sendiri takut...eeeii.....



jgn mare ek ... Cik Presiden

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

abiwafi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11384
Posting: 17
Dari: Kuala Lumpur

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 08:23


jangan lak nak percaya benda yang macam nih.. kengkadang tu ade jugak yang kena... . kebetolan jer tue...


Bookmark and Share

    


  Member Information For abiwafiProfil   Hantar PM kepada abiwafi   Quote dan BalasQuote

acidburnt18
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11395
Posting: 25
Dari: kuantan

stkitts_nevis  


posticon Posting pada: 25-09-04 14:51


ada gak yg betoinya tuh...heheh...tapi apa pun dapat tau juga kita macam mana.....penyayang.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For acidburnt18Profil   Hantar PM kepada acidburnt18   Quote dan BalasQuote

Tiefia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2413
Posting: 63
Dari: Cheras

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-09-04 15:16


9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe…



-----------------
YouR cHaNce To FaiL ReaLLy HigH iF yOu RuN tOo FaSt iN yOuR LiFe...


Bookmark and Share

    


  Member Information For TiefiaProfil   Hantar PM kepada Tiefia   Pergi ke Tiefia's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 17:12


rasa mcm tak betul jer......
oklah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 11:04


8haribulan......mungkin jugak kot.....kebtulan kot...hmm...entah


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-04 11:10



15hb – Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

tak perasan pulak...



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-04 11:27


sumber sabahan.net

Hidup manusia penuh dengan 1001 rahsia yang mampu diterokai. Hanya menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi seseorang. Kali ini, juga berkisarkan tentang tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di mana kamu terpaksa mengira, mencampurkan atau sebagainya, kali ini kamu tak perlu bersusah payah. Tiap tarikh lahir sudah diletakkan di dalam kategori tertentu.



01, 06, 11, 16, 21, 26, 31 A1
02, 07, 12, 17, 22, 27 B2
03, 08, 13, 18, 23, 28 C3
04, 09, 14, 19, 24, 29 D4
05, 10, 15, 20, 25, 30 E5

Grup A1
Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta! Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu ta pi mudah sangat dikecewakan! Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya! Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-
teman. Di kalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu membuatkan ramai yang tak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ni kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran tu jika tak nak teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!

Grup B2
Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk merai h kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk empercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain biarpun teman rapat kamu sendiri! Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu
miliki. Tak mudah percaya pada orang lain! Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari .

Grup C3
Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun
kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang 'angin satu
badan' tu kadangkala buat mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang sangat jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk
penipuan! Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela ehilangan cinta itu buat selama lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati! Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan! Itulah prinsip yang kamu pegang kuat termas uk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk padahnya nanti! Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia....

Grup D4
Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan t! eman daripada keluarga sendiri! Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali
dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mun gkin ini disebabkan oleh rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri!

Grup E5
Kamu seorang yang suka diri disayangi dan dimanjakan selalu oleh orang orang-orang yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, bagi kamu kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun itu semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka juga suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! Jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin
sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk
menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya. Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa
yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi
kenyataan kerana kamu sendiri tak serius berusaha. Kamu juga gemar
melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan
di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba
ubah sikap buruk kamu tu... demi kebaikan diri kamu sendiri!

The shortest and surest way to live with honor in the world is to be
in reality what we would appear to be.
_____________________________________________________________
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai
orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana
bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam
hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya.Tapi hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela
memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung.Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci
jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-
buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap
pesimis sering mengalah sebelum mencuba.
Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan
sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,
dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana
dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah
untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan
faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,
mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia
adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yangmenguntungkan.
Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal
cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukarpasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang
menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang mem buatkan dia
disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang
terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya
terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang
itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu
itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali
merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia
bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-
teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan
suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan
seharian.Kelemahan yang pali ng menonjol ialah gugup dan selalu
dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.
Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang
mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah
dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau
baik diasangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling
jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan
seh ari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada
tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap
bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun begitu dia selalu bersikap penuh
pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada
perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-
hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu
sikapnya disenangi olih kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.
Na mun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian.Dalam
pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu
menonjolkan kelebihannya pada orang lain.Pasangan jenis ini terkenal
sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"




Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 11:41


9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe…

__________________________________________

betul ke macam tak leh percaye je.ada yang kene tapi ntahla hanya Tuhan yang tahu....



Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 10:12


...sya = 25hb – Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru! ....sama jer tapi tak serupa betul pula..bolehlah....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 13:44


5hb – Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

Tarikh Lahir pada 15
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada
tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap
bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun begitu dia selalu bersikap penuh
pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada
perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-
hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu
sikapnya disenangi olih kawan-kawan.

_________________________________________

ia ke.....? ia la kot sikit-sikit.......tapi x semua....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 17:04


info yang menarik
[ Telah diedit oleh: imansyazwani pada 05-07-05 17:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 17:49


ye, memang menarik.
so siapa lahir 32hb?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 18:01


suratan dan kebetulan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 18:01


suratan takdir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-07-05 18:41


Ermm...kadangΒ² ada jugak betulnya...tapi takdelah sepenuhnya :)
Kalau yang baik berusahalah ke arahnya...kalau yang buruk cubalah perbaikinya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 11:14


jangan percaya.

ps:Nabi yang pesan. ana ingatkan saja. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 16:01


Betul tu? Mukasyaf...
hanya sekadar renungan...
awak lahir brp haribulan mukasyaf...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

fizamil
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13800
Posting: 126

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 16:03


saya tau siapa y lahir 32hb...tak lain dan tak bukan saudara mukasyaf...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizamilProfil   Hantar PM kepada fizamil   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 16:05


makhluk asing...he he he..

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 11:41


ye ke?. rse2 ye ke tak?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 14:04


tak best rahsia ini.... kalau yang islamic tu? best lah juga....yang mana suka bersantai berdasarkan tarikh lahir tu?, xkan kita nak ajak dia bersantai agaknya.... tak baik oooooooo......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

irdeena_shah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12496
Posting: 16
Dari: al-ard

Perak  


posticon Posting pada: 08-07-05 15:23


ye ke????kenapa tak percaya????mungkin betul mungkin tak......syratan atau kebetulan....Wallahhua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irdeena_shahProfil   Hantar PM kepada irdeena_shah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 17:10


ooo.. ada pakatan meng'alien'kan mukasyaf oleh fizamil dan Ghufranallah.

ps:ana lahir pada 8 zulkaedah. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 08-07-05 17:48


kebetulan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 19:19


ana jenis yang susah nak percaya rahsia2 di sebalik benda2 ni semua.. :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-05 20:50


kalau susah nak percaye, tak perlu percaye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

kim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2003
Ahli No: 3965
Posting: 243
Dari: bawah kerajaan Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 08-07-05 21:02


assalamualaikum..
wah..kebanyakannya kena lah dengan diri ana...
insyaALLAH ana akan mengubah keburukan diri ini....
:-D :-D :-D


-----------------
"kita ingin segalanya indah,
semurni pantai yang putih bersih,
indahnya bagai tersusun madah,
BERSEMI UKHWAH DIPUPUK KASIH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For kimProfil   Hantar PM kepada kim   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 09:54


penat ana nak tulis ayat ni. tapi tulis lah jugak.

jangan percaya walaupun benar.

ps: Nabi dah pesan, ana ingatkan saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 17:07


Alamak!!!! ana lahir pada 29hb aduih...kaki pompuanla ana ini... :-P ,tapi ana ada satu teman saja sejak tujuh tahun ni..heheeh tak pernah tukar lagi... :-D ,Ana akan buktikan bahwe ana bukan kaki perempuan insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.613394 saat. Lajunya....