Oleh |
Diari Putih: Pencarian Cinta Di Akhir Semester |
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 15-09-04 16:11
DiaRi PuTeh: PENCARIAN CINTA dI akHir seMester
Putih menyenangkan mata memandang. Putih adalah kesucian, kebaikan dan secara keseluruhannya melambangkan perkara positif. Begitulah bertuahnya putih. Putih banyak memberi impak dalam sejarah manusia. Kalah perang, bendera putih dikibarkan. Ihram pakaian putih. Kertas kebanyakannya putih...putih, oh putih...
Manusia dan putih. Mencari kekasih. Warna putih dicari. Putih nampak kelawaannya. Pembunuhan pertama di muka bumi, wajah putih antara sebab pembunuhan tersebut. Aku, engkau dan dia, mestilah tak lari daripada warna putih.
Puteh namaku, seorang lelaki, pelajar tahun akhir UM. Kisah dimulai di kafe kolej KK 12 yang cukup terkenal itu. Hari itu, puteh pulang daripada perpustakaan untuk makan tengah hari. Makan sambil menonton astro percuma. Astro berimej universal yang membawa polemik antara banyak maklumat atau banyak pengetahuan. Astro antara membawa warna putih atau hitam, kuning atau blue dalam masyarakat?. Asyik dengan makanan yang kurang garam itu, terpandang kepada seorang wanita yang cantik dan putih. Tak tahu nama, dinama cik X. Kenapa hati kecil berdebaran setiap kali bertemu.
Puteh, bukan kali pertama Puteh bertemu dengan CIK X. Ia kisah pencarian yang panjang. Pertama kali bertemu semasa malam pengiraan undi pilihanraya kampus. ‘kau, tak nak balik lagi? Tanya sahabatku, Bad. ‘sampai habis’ pantas aku menjawab. Jam menunjukkan jam 1.15 pagi. Aku masih setia bersama rakan-rakan yang lain. Laungan GAGASAN POWER, MGMUM BOLEH mengimbau kembali memoriku yang semakin gersang dimana pada malam itu dipenuhi oleh pendokong PMIUM. Malam itu aku seumpama Hishamuddin Rais, memakai pakaian jean, dari baju sehingga ke seluar kecuali seluar dalam la. Maklumlah peminat politik kampus. Walaupun nampak macam sosialis, tetapi jiwaku Islamis. ‘pakaian tidak mengambarkan niat kita’ kataku kepada ustaz mat sabu yang menegurku di kolej keempat. Semasa menunggu sambil makan kekacang, aku berpaling ke belakang untuk bercakap dengan Sedi, sahabatku daripada pusat sukan. Aku terpandang seorang gadis yang memandang ke arahku. Aku perasankah? Tanya hati kecilku. Pandangan kedua dan ketiga tetap memandangku. Dia gila atau aku gila. Aku pun naik perasan la. Si gadis seorang putih dan cantik wajahnya, ayu dan manja. Terserlah ayunya apabila kepalanya diletakkan manja pada bahu sahabatnya yang tidak kurang putih dan cantik.
Mimpi celikku yang indah disentapkan dengan bunyi ‘SAYA BANTAH’ laungan daripada sahabat PMIUM yang thabat perjuangan, awie. Bantahan ini dibuat ekoran pihak HEP yang diketuai Tok Dalang Kampus al kelantani mengatakan beberapa kerusi akan dibuat pengiraan semula ekoran pengundi hantu dan kemasukkan ejen Puteri UMNO ke fakulti pendidikan. Suasana tegang, lagi tegang dihatiku apabila khayalan romantisku terganggu. La kacau betul si awie ini..
awie..ko..tak fahamkah? PMIUM tu apa? Persatuan Percintaan Mahasiswa Islam UM [PMIUM]. PMIUM adalah gedung percintaan mahasiswa Islam yang nak cari gadis solehah, baik dan santun yang seperti yang aku ingini. awie, baitul muslim tak cukup hebat, Percintaan Mahasiswa Islam UM perlu diperkasa agar tiada lagi insan tiada teman selepas alam kampus. Kan jiwang-jiwang yang melentok di bukit Jiwang dibenarkan oleh HEP berbanding cinta antikonsert? Sebab tu aku masuk PMIUM untuk mempelajari dan merasai cinta berbudi, cinta beradab.
Lama juga kumencari cik x. Dari pemakaian bertudung labuh pada malam itu, tentulah si cantik manis penyokong Islamis. AI ke? Berperang di minda. Suatu hari di koperasi UM di KPS, aku terserempak dengannya, lagi sekali jantungku mahu keluar, sampai kentut pun tak berbunyi, kawal punya kawal keluar juga si angin yang menepis. Punya gabra yang tak menentu ini cik x hilang dari pandangan semasa aku cuba berpaling. Aku berpaling untuk mencapai sebuah cerita rugi, rugi tak pandai ambil peluang secara tatasusila. Aku rugi tak pandai bercinta, tak pandai memulakan bicara,
Aku memang manusia pelik. Pelik yang berasas. Mana tak peliknya, aku tak terbiasa dengan cinta. Aku bukan kaki perempuan dari TASKI ke Universiti tak ada kekasih. Ingin bertegur perempuan pun tak berani. Bukan tak berani langsung, tapi nak mulakan ayat pertama tu, tak boleh. Walaupun aku mempunyai ramai rakan perempuan, aku tak pandai langsung berjiwang2. Makan-makan di kedai makan dan lentok membahu di taman bunga, aku tak pandai. ‘engkau belum rasa jangan cakap, nanti bila rasa engkau ketagih? Tegas sofi rakanku yang playboy. Rakan-rakan sibuk bercinta, aku seronok dengan gedung buku di perpustakaan UM. Duduk cari buku yang bukan-bukan, tentang komunisme, sosialisme dan pemikiran Islam. Pagi, petang, malam di perpustakaan. Tahun akhir mula rasa gelisah dan meresah qalbu, maklum rakan-rakan lain dah bertemu jantung hati. Aku hanya makan jantung pisang dengan budu je.
Satu malam, ketika itu aku bersama Ajib sang penyair yang belanja aku minum di KK 12 yang terkenal itu. Cik X keluar dari tempat sembunyinya, KK 12 yang terkenal tu atau kolej lima, cik X tinggal? Aku cuba membuat tekaan untuk sebuah pencarian. Kalau tidak sibuk berbicara dengan rakan seperjuangan, aku terus mengejar dan mencari cik x. Tapi aku terkejut apabila cik x sendiri datang menyapaku. Berakhirkah pencarianku? Cik x tersenyum manis. ‘namaku...’ hanya itulah ungkapan mampu diujarkannya kerana diganggu suara king kong yang kuat memecahkan suasana indah. ‘woi, bangun sahur??’ bunyi pekikkan. Rupa-rupanya mimpi. ‘bangang ko Ayub ganggu mimpi indah aku’ marah aku kepada sahabat yang membangunku bersahur. Kita selalu marah orang menasihat kita, walaupun nasihat itu untuk kebaikan kita.
Akhirnya aku tahu cik x adalah gadis fakulti sains. Gara-gara peperikasaan terakhir di bumi UM, study sakan aku kat perpustakaan. Biasanya aku study ditingkat 2. nak gerah hari tu aku study di tingkat bawah. Rupa-rupanya disinilah cik x study dari petang hingga malam. Untuk kali terakhir aku berjumpa secara kerap di sini dan kerap juga bertemu di cafe fakulti sains. Makan bersama di meja berlainan. Rupanya ramai juga mata-mata lain memerhati cik x. Melepaskah aku?? Hati bersemarak tetapi mulut membisu seribu bahasa. Sekali cuba menegur secara tak gentleman, nampak kebodohan dan kekurangan aku dalam bab cinta. Meleleh lagi kerinduan hati ini.
Peperiksaan bermula. Berakhirnya sebuah pencarian di kaki kebisuan bicara dan kerugian qalbu yang tak terbiasa dengan cinta. UM aku kembali meneruskan pencarian. Tunggu kedatanganku dengan cinta baru. CINTA HAKIKI, CINTA ILAHI. Habislah makanan sambil memandang kerancakkan ragam mahasiswa di cafe kk12 yang terkenal itu.
Pencarian sebuah Cinta
Dari mata sampai ke hati
Dari bicara menjadi simpati
Dari simpati bertambah sayang
Biar sayang kekal abadi
Hidup tak seputih disangka....
mamat.com
tokawang_sufi@yahoo
15 Sept. 04
tebakang, kuala terengganu.
[cerita diatas tiada berkait dengan seseorang, jika terbabit mintak maaf banyak2]
|
kasih_kekasih
Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 15-09-04 16:41
Mimpi yang hadir tak seindah..
Kehidupan yang nyata....
Alangkah indah....
Seandainya alam mimpi itu...
Hadir bersama di alam nyata ini...... -----------------
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 15-09-04 17:45
|
ummu_qistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 15-09-04 19:53
assalammulaikum ..insya allah cinta ALLAH cinta yang hakiki.... ----------------- IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...
|
itsjustme
WARGA SETIA Menyertai: 22.08.2004 Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL
|
Posting pada: 21-09-04 20:31
cinta kepada ALLAH adalah segalanya... ----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai
|
kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia
|
Posting pada: 26-09-04 11:15
gaya bahasa & jalan cerita camni mmg kepunyaan mamat_com. x tgk nick tuan punya cerpen pun dh dapat tau. sapa sebenarnya mamat_com ni?
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 26-09-04 23:11
|
mawaddahwarahmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.07.2004 Ahli No: 10326
Posting: 49
|
Posting pada: 26-09-04 23:32
|
hakima
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 27-09-04 20:40
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 29-09-04 08:50
|
sirna_bintang
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL
|
Posting pada: 03-10-04 14:27
|
nurul_balqis
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2004 Ahli No: 7361
Posting: 18
|
Posting pada: 13-10-04 18:44
Some people do get what they don't deserve and some people don't get what they deserve....This is what we call LIFE....
UM 2001/2002 [ Posting ini telah di edit oleh: nurul_balqis pada 2004-10-13 18:46 ]
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 15-10-04 21:44
ya...ambe sokong...
cerpen ini sempena kehadiran semula penulis ke UM tempoh hari....
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 16-10-04 12:15
ambo lagi sokong.................
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 19-10-04 16:00
Sabo...sabo..doa banyak-banyak then cuba skali lagi...okes
|
snjamil
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.07.2004 Ahli No: 9940
Posting: 57
Dari: malaysia makmur
|
Posting pada: 19-10-04 17:18
assalamualaikum...
macam luahan hati yang dah lama terpendam.cuma tak terluah dengan kata-kata.hanya diri yang merasa betapa manisnya perasaan itu.
kalau cerita ni betul ,semoga berjaya .
|
snjamil
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.07.2004 Ahli No: 9940
Posting: 57
Dari: malaysia makmur
|
Posting pada: 19-10-04 17:20
hidup indah jika segalanya kerana Allah.
----------------- Aku selalu harus sedar sepenuhnya, bahawa yang terbaik menurutkan belum tentu yang terbaik menurut Allah S.W.T
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 20-10-04 07:35
mungkin cerita ini terlalu ikhlas sifatnya.....
masa itu penulis terlalu bersemangat untuk datang kembali ke UM.... jumpe sahabat lama di sana....dan ambil sekeping kertas...
penulis cuba mengimbau kemanisan sewaktu belajar.
salam ramadan untuk rakan di UM dan mantan pelajar UM terutamanya rakan PBMUM dan PMIUM dan geng KK10 dibawah pimpinan ustaz hasdi....
|
snjamil
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.07.2004 Ahli No: 9940
Posting: 57
Dari: malaysia makmur
|
Posting pada: 21-10-04 04:09
sabar lah dalam mencari cinta sejati.
Ya Allah,
sekiranya dia tercipta untuk ku ,
Satukanlah hati kami.Amin........ ----------------- Aku selalu harus sedar sepenuhnya, bahawa yang terbaik menurutkan belum tentu yang terbaik menurut Allah S.W.T
|
mamat_com
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2004 Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak
|
Posting pada: 24-10-04 07:18
sahabat di UM boleh la cari cik x kat pustaka UM...
tingkat bawah kat kuanter pustakawan berhampiran rak buku...meja kedua..
detial..maklumat ni..
tapi hati-hati la...entah-entah cik hanan kita duk kat situ.....
ni cuma pencarian khayali...
salam ramadan dan aidilfitri untuk warga ukhwah
|
alien_macho
Warga Rasmi Menyertai: 15.09.2004 Ahli No: 11154
Posting: 15
Dari: dari Allah kat datang dari Allah jua kat kembali
|
Posting pada: 25-10-04 14:56
ana akan membantu mcari 'cik x' sbbnyer kiter satu kolej..dah jump nati ana bagitau key
|
ainussakinah
Warga Rasmi Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10760
Posting: 8
Dari: banting
|
Posting pada: 25-10-04 15:52
alien_macho marila kite sesame carik cik X tu ek.
semoge berjaye insyaallah
|
labu_skin
Warga Rasmi Menyertai: 15.09.2004 Ahli No: 11153
Posting: 8
Dari: bumi AllaH
|
Posting pada: 26-10-04 16:22
pastu still menunggu budak x tu lg ke skang ni..?
|
nabilla
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM
|
Posting pada: 12-07-05 15:53
buat apa bercinta yang penting tumpukan pada study...itu yang paling utama
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 14-07-05 08:03
Pada 13-10-04 18:44 , nurul_balqis posting:!!! QUOTE !!! Some people do get what they don't deserve and some people don't get what they deserve....This is what we call LIFE....
xsetuju. sapa kita nak cakap apa yang orang lain deserve? hm...
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 20-07-05 18:23
cari cinta Ilahi, Dia akan ketemukan cinta insan yang menyintaiNya pada kita..insyaAllah
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 22-05-06 01:14
awat tak time awal semester....hihihihi
|
Arayan
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.08.2008 Ahli No: 34662
Posting: 30
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 13-09-08 09:33
Sabarlah mencari cinta sejati.....hehehe Mengapa tak awal semester
|