Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 1 hari, 10 jam, 22 minit yang lalu
Abdullah: 25 hari yang lalu
muslimin23: 28 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Jangan lekas marah


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Jangan lekas marah

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan lekas marah

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 13-09-04 13:31



Adakah anda jenis remaja yang panas baran dan sukar mengawal rasa marah?

Jika ya,hati-hatilah.....dan berwaspadalah...
Satu kajian diAmerika Syarikat mendapati remaja yang mudah meledak bak bom jangka(Hot TEmpered) masa berkemungkinan besar mudah naik berat badannya...

Mereka yang suka memendam rasa.....
Selalu berang aje juga mengalami risiko kesihatan..mereka akan terdorong untuk makan banyak kali..


Mulalah timbul kebimbangan mereka diserang penyakit jantung dan kencing manis...

Doktor daripada Universiti Pusat Sains Kesihatan Texas di Houston mengkaji 160 kanak-kanak,remaja usia antar 14tahun hingga 17tahun,sepanjang tempoh tiga tahun.

Ketua pengkaji,Prof. William Mueller,mendapati mereka yang mampu mengawal rasa marah dan bertindak secara rasional biasanya mempunyai indeks jisim tubuh(BMI)lebih rendah.
Lantaran itu,beliau menyarankan agar kesihatan emosi si remaja turut diambil kira,diluar skop berdiet dan bersenam semata..



Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-09-04 13:51




betul ker?? time tensen2 mmg makan byk.. tp alhamdulillah terkawal lagik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 18:02




Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman

"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah.

Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Wassalam..


Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung didalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 18:03




Balasan Menahan Marah

Semoga yg dipaparkan yg tak seberapa ini dapat memberi manafaat kepada kita bersama...renung2kan....jangan diturut perasan marah kelak membinasakan diri...

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 18:13




Banyakkan istighfar ketika marah...
bawak byk2 bersabar...
sila rujuk artikel "Sabar" di ruangan Arkib Artikel...
byk lg artikel bermanfaat berkaitan dgn sifat marah ni...
rajin2lah membaca utk mengawal/hilangkan nafsu amarah tu...
jgn buat keputusan dlm keadaan marah...
jgnlah kita dipengaruhi emosi sehingga berlaku ketidakadilan...


"Hai org-org yg beriman, jika dtg kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dgn teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat 49:6)

[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-09-13 18:16 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 20:23


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 18:08



Terima kasih hakim dan riyas atas tazkirah tersebut. Moga kita tergolong dalam insan yang dapat membendung perasaan marah. Sama2 manfaatkan tazkirah ni. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.

Orang yang mudah marah biasanya akan melakukan perkara2 di luar kawalan dan bertindak mengikut nafsu. Ingatlah terlajak perahu boleh diundur kalau terlajak kata buruk padahnya. So kalau tengah marah tu, jangan ikutkan hati nanti mati, ikut rasa badan binasa. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Fikir2kanlah...

Ada pula perangai suka lepaskan marah dalam posting. Akibatnya terpaksa edit semula setiap posting asal. Mungkin bahasa asal terlalu buruk dan menjatuhkan imej diri. Kalau posting bolehlah diedit. Tapi macam mana dengan tingkah laku.

Sama2 kita jaga peribadi diri.
wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 20:49


Tak layak nak marah hamba ALLAH yang lain.....
Sedangkan kita sendiri bergelar hamba kepada-Nya ........ Maluuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

islia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2004
Ahli No: 10058
Posting: 109
Dari: kedah aman selalu

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-09-04 10:17


Jgn ler suka2 hati nak marah kat org,kalo ade reason baik punyer xpe gak...masalah nye yg dok marah membuta tuli 2 la...problem betul..xyah pk panjang,pk dulu ape perasaan kite kalo kena marah,lg2 kalo di marahi dpn manusia yg ramai...BENgAnG Tu!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For isliaProfil   Hantar PM kepada islia   Quote dan BalasQuote

hazidey
Warga Rasmi
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9690
Posting: 19
Dari: pluto

hong_kong  


posticon Posting pada: 19-09-04 10:26


ana rasa pendapat islia tu ana nak tambah sikit..kalau kita kn mrh kat depan orng ramai bkn setakat malu tapi.....Allah saja yang tau macamana ngan prsaan kita masa tu tambh2 kalau bukan salah kita...kalau nak marah pn fikir la dulu..jangan main tembak jer...ni bukan kes israil dgn palestine atau pun kes iraq dgn amerika.tp ni kes persaan org...kita kena ingat Rasullullah ada bersabda"tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi org lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazideyProfil   Hantar PM kepada hazidey   Quote dan BalasQuote

wirdatul_hanani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7349
Posting: 25
Dari: Paka

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-09-04 11:38


"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".


terima kasih...
alhamdulillah setakat nie wirda masih dapat menahan amarah...
kawan2 pun ramai kata susah nak tgk wirda marah..
tetap tenang walaupun apapun badai melanda itu kata kawan2 la...hakikatnya hanya Allah jua yg tahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wirdatul_hananiProfil   Hantar PM kepada wirdatul_hanani   Pergi ke wirdatul_hanani's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12219 saat. Lajunya....