Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 96
Ahli: 0
Jumlah: 96




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Penipuan Evolusi


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Penipuan Evolusi

Please Mendaftar To Post


Oleh Penipuan Evolusi

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 09:07


dipetik dari;

harun yahya

Penipuan Evolusi

Menyingkap Kepincangan Darwinisme dan Latar Belakang Ideologinya Berdasarkan Sains



ASAL USUL BURUNG DAN MAMALIA

Menurut teori evolusi, hidupan telah terbentuk dan berkembang di dalam laut dan kemudian telah dipindahkan ke darat oleh amfibia. Senario evolusi ini juga menyebut bahawa amfibia ini telah berubah menjadi reptilia, makhluk yang hanya hidup di atas darat. Sekali lagi senario ini tidak masuk akal, jika dilihat kepada perbezaan-perbezaan struktur yang amat besar di antara kedua kelas haiwan ini. Sebagai contoh, telur amfibia dibentuk untuk berkembang di dalam air, sementara telur reptilia pula dibentuk untuk berkembang di atas darat. Evolusi berperingkat seekor amfibia adalah tidak wajar, kerana tanpa sebiji telur yang sempurna dan lengkap binaannya, adalah mustahil bagi satu spesies untuk selamat. Tambahan pula, seperti biasa, tidak terdapat sebarang bukti formasi-formasi perantaraan yang sepatutnya menyambungkan amfibia dan reptilia. Seorang ahli paleontologi evolusionis dan juga seorang pakar paleontologi vertebrat, Robert L. Carroll terpaksa menerima kenyataan bahawa "reptilia pertama adalah amat berbeza daripada amfibia dan nenek moyangnya masih belum ditemui".36

Tetapi kebuntuan senario ini masih belum tamat. Mereka masih bermasalah untuk membolehkan makhluk-makhluk ini terbang! Memandangkan evolusionis percaya bahawa burung telah berubah, maka mereka telah mendakwa bahawa ia telah berubah rupa daripada reptilia. Bagaimana pun, tidak satu pun sifat-sifat burung, yang mempunyai struktur yang sama sekali berbeza dengan makhluk-makhluk haiwan yang hidup di atas darat, dapat dijelaskan melalui evolusi beransur ansur. Di antaranya, ialah sayap, yang merupakan sifat istimewa bagi burung, ia merupakan kebuntuan yang paling sukar kepada evolusionis. Seorang evolusionis berbangsa Turki, Engin Korur, mengakui kemustahilan evolusi sayap:

Persamaan sifat yang terdapat pada mata dan sayap ialah ia hanya akan berfungsi apabila telah terbentuk sepenuhnya. dengan kata lain, mata yang terbentuk separuh jalan tidak akan dapat melihat; dan burung dengan sayap yang hanya separuh terbentuk tidak akan dapat terbang. Bagaimana organ-organ ini terbentuk, telah menjadi suatu misteri alam semula jadi yang perlu kaji.37

Persoalan bagaimana struktur sayap yang sempurna dapat terbentuk sebagai hasil mutasi rawak yang berterusan, tidak dapat dijawab. Tidak ada cara untuk menjelaskan bagaimana tangan depan seekor reptilia dapat berubah menjadi sayap yang berfungsi dengan sempurna hasil daripada perubahan di dalam gennya (mutasi)

Tambahan pula, dengan hanya mempunyai sayap masih belum dapat membolehkan seekor hidupan darat untuk terbang. Makhluk darat tidak mempunyai banyak mekanisme berstruktur yang digunakan oleh burung untuk terbang. Sebagai contoh, daging burung adalah lebih ringan daripada daging hidupan darat. Paru-paru mereka berfungsi dengan cara yang jauh berbeza. Mereka mempunyai sistem otot dan kerangka yang berbeza, dan sebuah sistem edaran jantung yang istimewa. Sifat-sifat ini amat diperlukan untuk terbang seperti mana keperluan sayap. Semua mekanisme ini perlu wujud bersama pada masa yang sama, ia tidak dapat terbentuk secara beransur ansur dengan cara "dikumpulkan". Kerana itulah dakwaan teori ini bahawa organisma darat telah berubah kepada organisma udara adalah salah sama sekali.

Semua ini menimbulkan persoalan lain di minda kita: sekiranya cerita pelik ini adalah benar, maka mengapa evolusionis masih belum dapat menemui sebarang fosil "separuh sayap" atau "satu sayap" untuk menguatkan teori mereka?


Satu Lagi Formasi Perantaraan : ARCHÆOPTERYX

Evolusionis telah mengumumkan nama seekor makhluk sebagai respons. Ia adalah fosil seekor burung yang digelar ARCHAEOPTERYX yang merupakan formasi perantaraan yang paling terkenal di kalangan beberapa fosil lain yang masih dipertahankan oleh evolusionis. Archaeopteryx, moyang burung moden kini mengikut evolusionis, telah hidup 150 juta tahun dahulu. Teori ini berpendapat bahawa beberapa dinosaur bersisik kecil yang dinamakan sebagai Velociraptor atau Dromeosaur telah berubah dengan mendapat sayap dan kemudian mulai terbang. Oleh itu, Archaeopteryx telah didakwa sebagai formasi perantaraan yang telah terpesong daripada nenek moyangnya dan mulai terbang untuk pertama kali.



Bentuk badan burung amat jauh berbeza daripada reptilia, yang sepatutnya menjadi moyang mereka. Paru-paru burung berfungsi berbeza daripada paru-paru haiwan-haiwan darat. Haiwan darat bernafas ke dalam dan keluar melalui saluran udara yang sama. Tetapi bagi burung, apabila udara masuk ke dalam paru-paru dari hadapan dan ia akan keluar mengikut arah belakang. ‘Rekaan' ini hanya dikhususkan kepada burung sahaja, yang memerlukan oksigen yang lebih ketika terbang. Adalah mustahil bagi struktur seperti ini untuk berubah daripada paru-paru reptilia.


Bagaimana pun, kajian terkini terhadap fosil Archaeopteryx ini telah menunjukkan bahawa makhluk ini sebenarnya bukan formasi perantaraan, tetapi hanya seekor burung yang mempunyai beberapa karakter yang berbeza dengan burung-burung hari ini.

Tesis yang menyatakan bahawa Archaeopteryx adalah seekor makhluk "separuh burung" yang tidak dapat terbang telah menjadi popular di kalangan para evolusionis untuk beberapa lama. Ketiadaan sebuah sternum, iaitu tulang dada, di dalam makhluk ini, telah menjadi bukti paling penting bahawa burung ini tidak boleh terbang dengan baik. (Tulang dada ini ialah tulang yang terdapat di bawah torak (thorax) di mana otot-otot amat diperlukan untuk terbang. Pada hari ini, tulang dada ini terdapat di dalam semua burung yang boleh terbang atau tidak, malah terdapat juga di dalam kelawar - mamalia terbang dari sebuah keluarga yang berlainan.)

Bagaimana pun, fosil Archaeopteryx ke tujuh yang ditemui pada tahun 1992 telah menggemparkan semua evolusionis. Ini kerana melalui penemuan fosil Archaeopteryx ini, telah ditemui tulang dada yang didakwa oleh evolusionis telah hilang, sebenarnya masih ada. Penemuan fosil ini telah disiarkan di dalam majalah Nature seperti berikut:

Penemuan spesimen Archaeopteryx ke tujuh ini telah mengubah satu bahagian bersegi empat sternum yang lama telah diramalkan tetapi tidak didokumenkan. Ini membuktikan ia adalah otot terbang yang kuat .38

Penemuan ini telah membatalkan pasak utama dakwaan bahawa Archaeopteryx adalah makhluk separuh-burung yang tidak boleh terbang dengan baik.

Di segi lain, struktur bulu burung juga telah menjadi satu bukti yang amat penting untuk mengesahkan bahawa Archaeopteryx sebenarnya adalah seekor burung yang boleh terbang. Struktur asimetri bulu Archaeopteryx yang tidak berbeza daripada burung-burung moden menunjukkan bahawa haiwan ini dapat terbang dengan baik. Seperti yang dinyatakan oleh seorang ahli paleontologi terkenal, Carl O. Dunbar, "Disebabkan oleh bulu Archaeopteryx, ia sepatutnya dikelaskan sebagai seekor burung" .39

Fakta lain yang dapat didedahkan oleh struktur bulu Archaeopteryx ialah metabolisme berdarah-panas burung. Seperti yang diketahui, reptilia dan dinosaur adalah haiwan berdarah sejuk yang lebih terkesan dengan suhu persekitaran daripada mengatur suhu tubuhnya sendiri. Suatu fungsi penting bulu burung ialah untuk mengekalkan suhu badan haiwan. Fakta bahawa Archaeopteryx mempunyai bulu menunjukkan ia adalah seekor burung yang berdarah panas yang perlu untuk mengekalkan suhu badannya, berlainan dengan dinosaur.


Spekulasi Evolusionis : Gigi dan Kuku ArchÆopteryx

Dua hujah yang digunakan oleh evolusionis apabila mendakwa Archaeopteryx sebagai sebuah formasi perantaraan ialah kuku pada sayap dan giginya.

Memang benar Archaeopteryx mempunyai kuku pada sayapnya dan gigi di dalam mulutnya, tetapi sifat-sifat ini tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang hubungan dengan reptilia. Tambahan pula, dua jenis burung yang terdapat hari ini, Tauraco dan Hoatzin juga mempunyai kuku untuk mencengkam dahan-dahan. Makhluk ini adalah burung yang lengkap tanpa sebarang karakter reptilia. Kerana itu, adalah maka amat tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa Archaeopteryx sebagai satu formasi peralihan dengan hanya berdasarkan kepada kuku pada sayapnya.

Fakta paling penting di sini ialah, struktur gigi Archaeopteryx dan burung-burung lain yang bergigi adalah sama sekali berbeza dengan dinosaur yang didakwa sebagai moyang mereka. Ahli-ahli ornitologi terkenal, Martin, Steward, dan Whetstone menyatakan bahawa Archaeopteryx dan burung-burung lain yang bergigi, mempunyai gigi dengan permukaan atas yang rata dan akar yang besar. Tetapi gigi dinosaur adalah menonjol seperti gergaji dan mempunyai akar yang sempit. 40

Para penyelidik juga telah membandingkan tulang pergelangan lengan Archaeopteryx dan moyangnya, dinosaur, dan tidak menemui sebarang persamaan di antara keduanya.41
Kajian ahli-ahli anatomi seperti Tarsitano, Hecht, dan A.D. Walker mendapati beberapa "persamaan" yang didakwa wujud di antara makhluk ini dan dinosaur seperti yang dikemukakan oleh John Ostrom, yang mendakwa bahawa Archaeopteryx telah berubah daripada dinosaur, sebenarnya adalah sebuah tafsiran yang tersasar..42

Semua penemuan ini menunjukkan bahawa Archaeopteryx bukan sebuah rangkaian perantaraan, tetapi hanya seekor burung yang dimasukkan di bawah kategori "burung bergigi"..


ArchÆopteryx dan Fosil-fosil Burung Purba Yang Lain

Ketika evolusionis selama beberapa dekad telah mendakwa Archaeopteryx sebagai bukti terunggul terhadap senario yang berkaitan dengan evolusi burung, beberapa penemuan terkini fosil-fosil ini telah membatalkan senario tersebut dari sudut lain.

Lianhai Hou, dan Zhonghe Zhou, dua orang ahli paleontologi di Chinese Institute of Vertebrate Paleontology, telah menemui sebuah fosil burung baru pada tahun 1995 yang mereka dinamakan Confuciusornis. Burung ini berusia hampir sama dengan usia Archaeopteryx (sekitar 1400 tahun), tetapi ia tidak mempunyai gigi di dalam mulutnya. Tambahan pula, paruh dan bulunya mempunyai sifat yang sama dengan burung-burung yang terdapat hari ini. Ia mempunyai struktur tengkorak burung moden dan burung ini juga memiliki kuku pada sayapnya, seperti Archaeopteryx. Sebuah struktur khas digelar "pygostyle" terdapat di dalam spesies burung ini untuk menyokong bulu ekor. Ringkasnya, burung ini, yang berusia sama dengan Archaeopteryx (yang dianggap sebagai keturunan burung tertua dan diterima sebagai semi-reptilia), kelihatan amat mirip seperti seekor burung moden. Fakta ini telah membatalkan semua tesis evolusionis yang menganggap Archaeopteryx sebagai moyang burung yang paling primitif..43

Fosil lain yang telah digali di China pada November 1996, telah menyebabkan kekeliruan yang hebat. Kewujudan burung berusia 130 juta tahun yang digelar Liaoningornis, telah diumumkan di dalam majalah Science oleh Hou, Martin dan Alan Feduccia. Liaoningornis mempunyai tulang dada di mana terdapat otot-otot untuk terbang, tidak ubah seperti burung-burung moden. Burung ini juga menyerupai burung moden dari segi yang lain. Yang membezakannya hanyalah gigi di dalam mulutnya. Situasi ini menunjukkan bahawa burung-burung bergigi tidak mempunyai struktur primitif seperti yang didakwa oleh evolusionis.44 ia telah disebut di dalam sebuah artikel di dalam majalah Discovery, "Whence came birds? This fossil says that not from dinosaurs".45


Apabila bulu burung dikaji dengan lebih teliti, ia didapati terbentuk daripada beribu-ribu sulur paut halus yang saling bersambung antara satu sama lain dengan cangkuk. Rekaan yang unik ini terhasil di dalam hasil kerja aerodinamik yang Maha Agung.
Fosil lain untuk menyanggah dakwaan evolusionis menganggap Archaeopteryx adalah Eoalulavis. Struktur sayap Eoalulavis, yang dianggarkan berusia 30 juta tahun lebih tua daripada Archaeopteryx, menyerupai sayap burung moden yang terbang perlahan. Ini membuktikan bahawa 120 juta tahun dahulu, terdapat burung-burung yang menyerupai burung-burung moden yang terbang di angkasa.46

Fakta-fakta ini sekali lagi membuktikan bahawa Archaeopteryx bukan burung purba yang menjadi formasi perantaraan. Fosil-fosil tersebut tidak menunjukkan spesies burung-burung yang berbeza telah berubah daripada satu sama lain. Sebaliknya, rekod-rekod fosil ini telah membuktikan bahawa burung-burung moden hari ini dan beberapa burung purba telah hidup bersama di dalam masa yang sama. Tetapi, sebahagian daripada spesies burung ini seperti Archaeopteryx dan Confuciusornis telah pupus dan hanya sebahagian spesies pra-wujud ini berjaya sampai ke masa kini.

Kesimpulannya, beberapa sifat Archaeopteryx tidak menunjukkan hidupan ini ialah sebuah formasi perantaraan! Stephan Jay Gould dan Niles Eldredge, dua orang ahli paleontologi daripada Harvard dan dikenali sebagai evolusionis yang terkenal, menerima Archaeopteryx sebagai sebuah "mozek" hidup yang mempunyai berbagai sifat di dalam bentuknya, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah formasi perantaraan .47


Burung Khayalan : Rangkaian Dinosaur


Burung yang dinamakan sebagai Confuciusornis berusia sama dengan Archæopteryx.
Dakwaan evolusionis yang cuba memperkenalkan Archaeopteryx sebagai sebuah formasi perantaraan ialah bahawa burung-burung telah berubah daripada dinosaur. Bagaimana pun, seorang ahli ornitologi terkenal, Alan Feduccia daripada Universiti Utara Carolina, telah menolak teori burung mempunyai pertalian dengan dinosaur, walaupun beliau adalah seorang evolusionis. Beliau menyatakan di dalam bab ini:

Saya telah mengkaji tengkorak burung selama 25 tahun dan saya tidak melihat sebarang persamaan. Saya tidak dapat melihatnya... Theropod asal burung, pada pandangan saya adalah sesuatu yang memalukan kepada paleontologi abad ke 20 .48

Larry Martin, seorang pakar di dalam bidang burung purba daripada Universiti Kansas, menolak teori burung datang daripada keturunan yang sama dengan dinosaur. Apabila membicarakan tentang percanggahan yang dihadapi oleh evolusionis di dalam subjek ini, Martin menyatakan:

"Untuk memberitahu kamu yang sebenar, sekiranya saya menyokong dinosaur sebagai asal burung dengan semua karakter-karakter ini, saya akan merasa malu sepanjang masa setiap kali bangun dan bercakap tentangnya." 49

Kesimpulannya, senario evolusi burung yang berdasarkan kepada Archaeopteryx, tidak lain hanyalah sebuah hasil pemikiran evolusionis yang prejudis dan terlampau berharap.

APAKAH ASAL USUL LALAT?


Satu Contoh Senario Evolusi: Dinosaur yang mendapat sayap secara tiba-tiba, ketika cuba menangkap lalat!
Mendakwa dinosaur berubah menjadi burung, evolusionis menyokong dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa dinosaur yang menyipas kaki depannya ketika mengejar lalat, telah 'mendapat sayap dan terbang' seperti yang dapat diperhatikan di dalam gambar. Tanpa sebarang asas saintifik dan dengan hanya khayalan, teori ini telah meninggalkan percanggahan yang mudah: contoh yang digunakan oleh evolusion untuk menggambarkan asal usul terbang, iaitu lalat telah pun mempunyai kebolehan untuk terbang. Sedangkan manusia tidak dapat mengelipkan matanya 10 kali dalam masa sesaat, seekor lalat dapat menipas sayapnya 500 kali sesaat. Tambahan pula, ia menggerakkan kedua-dua sayapnya serentak. Sedikit canggung di dalam getaran sayap boleh menyebabkan lalat tersebut hilang keseimbangan, tetapi ini tidak pernah berlaku.

Evolusionis sepatutnya terlebih dahulu mengemukakan penjelasan terhadap bagaimana lalat boleh mendapat kebolehan untuk terbang. Sebaliknya, mereka mencipta lagi senario khayalan tentang bagaimana banyak lagi makhluk-makhluk yang pelik seperti reptilia boleh terbang.

Sedangkan ciptaan sempurna lalat-lalat rumah dapat membatalkan dakwaan evolusionis ini. Seorang ahli biologi Robin Wotton telah menulis sebuah artikel bertajuk "The Mechanical Disign of Fly Wings"

"Semakin banyak kita memahami fungsi sayap serangga, lebih banyak kehalusan dan keindahan rekaannya muncul. Struktur-struktur direka untuk mencacatkan seberapa sedikit yang boleh (menjadi seberapa sempurna yang mungkin), mekanisma-mekanisma telah direka untuk menggerakkan bahagian-bahagian kompenan di dalam cara yang boleh diramal. Mereka memiliki beberapa teknologi yang sejajar".1

Dari segi lain pula, tidak terdapat walau satu fosil yang boleh menbuktikan evolusi khayalan lalat. Ini yang dimaksudkan oleh seorang ahli zoologi Perancis, Grasse apabila beliau menyatakan; "Kita berada di dalam kegelapan dalam mencari asal usul lalat".2


--------------------------------------------------------------------------------


1 Robin J. Wootton, "The Mechanical Design of Insect Wings", Scientific American, v. 263, November 1990, p.120
2 Pierre-P Grass, Evolution of Living Organisms, New York, Academic Press, 1977, p.30.



Asal Usul Mamalia

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, teori evolusi menganjurkan bahawa beberapa makhluk khayalan yang keluar daripada laut telah berubah kepada reptilia dan burung pula telah berubah daripada reptilia. Menurut senario yang sama, reptilia tidak hanya menjadi moyang kepada burung-burung tetapi juga kepada mamalia. Bagaimana pun, terdapat jurang struktur yang besar di antara reptilia, yang mempunyai sisik pada badannya, berdarah sejuk, dan membiak dengan cara bertelur, sedangkan mamalia yang mempunyai kulit pada badannya, berdarah panas, dan membiak dengan melahirkan anak hidup-hidup.

Satu contoh struktur yang membezakan di antara reptilia dan mamalia ialah struktur rahang mereka. Rahang bawah mamalia hanya mengandungi satu tulang rahang dan gigi-gigi ditempatkan di atas tulang ini. Di dalam reptilia, terdapat tiga batang tulang kecil di kedua-dua belah rahang. Perbezaan asas lain ialah semua mamalia mempunyai tiga batang tulang di dalam telinga tengah mereka (tukul, alas dan rakap). Di dalam telinga tengah reptilia hanya terdapat sebatang tulang. Evolusionis mendakwa, rahang reptilia dan telinga tengahnya telah berubah beransur ansur kepada rahang dan telinga tengah mamalia. Tetapi, persoalan bagaimana perubahan ini boleh berlalu masih belum dapat dijawab. Terutamanya, persoalan bagaimana sepasang telinga dengan hanya satu tulang berubah menjadi sepasang telinga yang mempunyai tiga tulang dan bagaimana proses pendengaran masih terus berfungsi dalam masa yang sama, masih tidak dapat dijelaskan lagi. Tidak memeranjatkan apabila tidak satu pun fosil perantaraan reptilia dan mamalia ditemui. Kerana itulah, seorang ahli paleontologi, Roger Lewin terpaksa menyatakan bahawa, "perubahan kepada mamalia yang mungkin hanya berlaku sekali atau sekurang-kurangnya satu keturunan, masih menjadi satu enigma (sukar difahami)" .50




*Gambar – sebuah fosil kelawar berusia 50 juta tahun, tidak berbeza daripada kelawar moden. (daripada majalah Science Bil. 154)
Evolusionis menganjurkan bahawa semua spesies berubah daripada moyang yang sama. Bagaimana pun, terdapat perbezaan-perbezaan yang besar di antara spesies-spesies tertentu seperti, beruang, ikan paus, tikus, dan kelawar. Setiap haiwan ini memiliki bentuk sistem yang istimewa. Sebagai contoh, kelawar dijadikan dengan sistem sonar (pengesan gelombang bunyi) yang peka untuk membantunya mencari jalan di dalam gelap. Sistem-sistem kompleks ini, yang teknologi moden hanya dapat menirunya, tidak mungkin terbentuk sebagai hasil perubahan secara kebetulan. Rekod-rekod fosil juga telah menunjukkan kelawar telah muncul secara mendadak dan ia tidak pernah melalui sebarang "proses evolusi".


George Gaylord Simpson, antara evolusionis yang berwibawa tinggi dan pengasas kepada teori neo-Darwinis mengeluarkan komentar berikut terhadap fakta yang membingungkan evolusionis ini:

Peristiwa paling sukar di dalam sejarah hidupan di bumi ialah perubahan daripada Mesozoic, Zaman Reptilia, kepada Zaman Mamalia. Ia seperti turun ke bawah secara mendadak pada peringkat di mana semua peranan dimainkan oleh reptilia, terutamanya dinosaur, di dalam satu jumlah yang besar, dan kekeliruan yang berbagai, dan kemudian naik semula dengan segera pada latar yang sama tetapi dengan acuan yang sama sekali baru, acuan di mana dinosaur sudah tidak wujud sama sekali, reptilia lain pula menjadi lebih istimewa, dan semua peranan-peranan utama dimainkan oleh jenis mamalia yang tidak membayangkan perlakuan yang utama .51

Tambahan pula, apabila mamalia mula muncul, ia telah sedia berbeza di antara satu sama lain. Seperti kelawar, kuda, tikus, dan ikan paus adalah mamalia dan mereka muncul pada masa geologi yang sama. Ini membuktikan bahawa hubungan evolusi di antara mereka adalah mustahil walau dengan sempadan khayalan imaginasi yang paling luas sekali pun. Seorang ahli zoologi evolusionis, R. Eric Lombard menyebut perkara ini di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam majalah Evolution:

Pencarian terhadap maklumat terperinci yang berguna di dalam membentuk phylogeny (filum) penyisihan mamalia adalah sia-sia. 52

Ini menunjukkan bahawa semua benda hidup telah muncul di muka bumi secara mendadak dan di dalam format yang sempurna, tanpa sebarang proses evolusi. Ia adalah bukti yang kukuh bahawa mereka telah diciptakan. Bagaimana pun, evolusionis cuba mentafsirkan fakta bahawa spesies hidupan muncul di dalam cara tertentu sebagai suatu tanda evolusi. Tetapi rangkaian yang hidupan ini muncul dalamnya adalah "aturan penciptaan", memandangkan mustahil untuk membuktikan satu proses evolusi. Dengan penciptaan yang sempurna dan lengkap, lautan dan daratan telah dipenuhi dengan hidupan-hidupan dan akhirnya manusia pun diciptakan. Berlawanan dengan kisah "manusia beruk" ini, yang memperdayakan masyarakat umum dengan kerjasama propaganda media, hidupan sebenarnya muncul di atas bumi secara mendadak dan lengkap terbentuk.


Dongengan Evolusi Kuda

Sehingga kini, sebuah rangkaian khayalan yang sepatutnya menunjukkan evolusi kuda telah dimajukan sebagai prinsip bukti fosil untuk teori evolusi. Tetapi hari ini, ramai evolusionis mengakui sendiri bahawa senario teori evolusi sebenarnya telah bankrap. Seorang evolusionis, Boyce Rensberger, yang membentang masalah teori evolusi secara beransur ansur di sebuah simposium empat-hari yang berlangsung pada 1980 di padang Museum of Natural University di Chicago dengan diperhatikan oleh 150 orang evolusionis, menyebutkan bahawa senario evolusi kuda tidak mempunyai landasan di dalam rekod-rekod fosil dan bahawa sebenarnya tidak terdapat sebarang proses evolusi yang berlaku yang boleh menyebabkan evolusi beransur ansur kuda:

Contoh popular yang sering disebut sebagai evolusi kuda, menganjurkan sebuah rangkaian perubahan beransur ansur daripada makhluk berjari empat yang hidup hampir 50 juta tahun dahulu kepada kuda moden yang mempunyai satu jari kaki yang lebih panjang, ia telah lama diketahui sebagai tidak benar. Sebaliknya daripada perubahan beransur ansur ini, fosil setiap spesies perantaraan muncul sepenuhnya, tanpa perubahan dan kemudian menjadi pupus. Formasi-formasi peralihan adalah tidak diketahui.1

Pengakuan ikhlas terhadap kebuntuan senario evolusi kuda, Rensberg telah merujuk kepada "kebuntuan rangkaian peralihan" yang sebenarnya menjadi masalah besar kepada teori ini apabila ia dikaitkan dengan rekod-rekod fosil.

Seorang ahli paleontologi terkenal, Colin Patterson, pengarah Natural History Museum di England, di mana skim "evolusi kuda" dipamerkan, mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pameran yang masih dipertontonkan kepada umum di tingkat bawah muzium tersebut:

Terdapat berbagai cerita mengarut, sebahagiannya lebih banyak khayalan daripada kenyataan, tentang bagaimana sejarah alam semula jadi sebenarnya. Contoh yang paling terkenal, yang masih dipamerkan di tingkat bawah, ialah pameran evolusi kuda yang telah disiapkan kira-kira lima belas tahun dahulu. Ia talah diperkenalkan sebagai perkara yang benar di dalam berbagai buku-buku teks. Sekarang saya rasa ia amat mendukacitakan, lebih-lebih lagi mereka yang telah mereka cerita ini sendiri telah mulai sedar tentang spekulasi yang terdapat pada benda-benda ini.2

Apakah asas senario evolusi kuda ini? Senario ini dibentuk dengan berbagai carta yang penuh dengan penipuan dengan aturan urutan dari fosil-fosil daripada spesies yang masih hidup kini di dalam zaman-zaman yang berbeza di India, Afrika Selatan, Amerika Utara, dan Eropah yang disesuaikan menyikut imaginasi evolusionis. Terdapat 20 carta evolusi kuda yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik yang berbeza. Evolusionis tidak menemui sebarang persamaan di dalam isu susun salur keluarga ini, yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Satu-satunya persamaan yang disepakati ialah kepercayaan bahawa makhluk bersaiz anjing yang digelar "Eohippus" (Hyracotherium) yang hidup Zaman Eocene 55 juta tahun dahulu, sebagai moyang kepada kuda-kuda moden (Equus). Tetapi untuk menganggap adanya hubungan evolusi daripada Eohippus kepada Equus adalah amat tidak konsisten.

Seorang penulis sains evolusionis Gordan R. Taylor, menjelaskan kebenaran ini di dalam bukunya bertajuk The Great Evolution Mystery.

Tetapi rasanya kelemahan Darwinisme yang paling serius ialah kegagalan ahli paleontologi untuk filum-filum yang meyakinkan atau rangkaian organisma-organisma yang membuktikan perubahan evolusi yang asas... Kuda sering dianggap sebagai sebuah contoh yang paling tepat. Tetapi kenyataannya, hubungan daripada Eohippus dan Equss terlalu eraktik (tidak menentu). Ia didakwa menunjukkan penambahan berterusan dari segi saiz, tetapi sebenarnya beberapa varian adalah lebih kecil daripada Eohippus, bukannya bertambah besar. Spesimen-spesimen daripada sumber-sumber yang berbeza boleh disatukan di dalam sebuah rangkaian yang meyakinkan, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia tersusun mengikut urutan zaman.3

Semua fakta ini merupakan bukti yang kukuh bahawa carta evolusi kuda ini, yang dianggap sebagai bukti paling kukuh untuk Darwinisme, tidak lebih daripada cerita-cerita yang fantastik dan mustahil.



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 18:32


topik yang sekian lama terpendam, tiada siapa yang ingin merespons...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nueliya
Warga Rasmi
Menyertai: 04.11.2008
Ahli No: 35743
Posting: 6
Dari: melaka

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 23:38


salam

emm tak berapa nak faham...setakat scroll down..speed reading i can say dan tutup....hehehe Sorry.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nueliyaProfil   Hantar PM kepada nueliya   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 11:55


ana tak berapa paham,(bukan ahli)


p/s harap pada sesiapa yang arif tentang topik ini bolehlah bincangkan untuk pengetahuan umum. :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 11:59


jue pun tak berapa faham..... :berfikir:


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088779 saat. Lajunya....