Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 88
Ahli: 0
Jumlah: 88




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Air kencing ada khasiat?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Air kencing ada khasiat?

Please Mendaftar To Post


Oleh Air kencing ada khasiat?

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 16:10


Oleh NAJIBAH HASSAN

``SAYA menghidap buasir hampir selama lima tahun tetapi tiada satu ubat pun yang dapat membantu menyembuhkannya. Tetapi, sejak enam bulan lalu, saya mula minum setengah gelas air kencing saya setiap pagi.

``Dan, apa yang menakjubkan ialah saya hampir sembuh,'' begitulah pengakuan seorang pekedai dari Yaounde, ibu negara Cameroon, yang tersiar dalam akhbar Le Messager.

Seorang majistret pula mendedahkan, sejak bertahun-tahun mengalami masalah keguguran rambut yang serius, dia mengalami kebotakan.

Tetapi, sejak mula mengamalkan minum air kencing, rambutnya tumbuh kembali. Kali ini, lebih menakjubkan.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Omer Otabela pernah menghubungi sebuah stesen radio. Dalam perbualannya, Omer berkongsi cerita dengan pendengar mengenai neneknya.

Menurut Omer, apabila neneknya dipatuk ular ketika berada di padang, neneknya segera minum air kencingnya sendiri.

Amalan ini kata Omer, secara tidak langsung melambatkan aliran bisa ke jantung hinggalah neneknya sempat dibawa ke hospital.

Pengakuan demi pengakuan berhubungan amalan meminum air kencing sendiri ini amat memualkan, tetapi tidak kurang yang berani `mencuba' secara rahsia.

Tetapi di sesetengah tempat, amalan yang dikenali sebagai urinoterapi ini, dipercayai menjadi amalan sejak wujudnya manusia di muka bumi ini.

Khabarnya, kelebihan meminum air kencing ini pernah didokumentasikan. Sejak berkurun-kurun lamanya, masyarakat Cina, dipercayai mengamalkan minum air kencing untuk merawat sebarang masalah kesihatan dalaman dan luaran.

Menurut ceritanya, semasa Perang Dunia Pertama, pengamal-pengamal perubatan yang berada di medan perang pernah menggunakan air kencing untuk merawat pesakit.

Air kencing yang dinyahkuman ini, diberi kepada pesakit yang mengalami masalah gangren atau tisu-tisu hujung saraf yang mati.

Ada laporan mendedahkan, bekas Perdana Menteri India yang hidup hingga berusia 99 tahun, minum satu pain air kencingnya setiap hari sepanjang hayatnya.

Malah, sesetengah pengamal mencadangkan, DHEA, iaitu sejenis hormon yang ada hubungan kaitnya dengan testosteron banyak di dalam air kencing.

Bahan ini, dipercayai, berkesan untuk mereka yang ingin kekal awet muda, antikanser dan antikegemukan.

Sesetengah pendapat mengatakan, ia dapat membantu mereka yang menghidap asma dan jangkitan pada usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk bercampur darah.

Terbaru, seorang ahli akademik Thailand menguar-uarkan amalan meminum segelas air kencing sehari, dapat membantu mengatasi masalah resdung.

Selain itu, ia juga dapat menghitamkan rambut dan merawat penyakit kanser. Menurut pengamal perubatan alternatif dan tradisional Thai, Jabatan Pembangunan, Ratree Cheepudomwit, beratus-ratus orang yang mengamalkan amalan ini setiap hari diuji tahap kesihatan mereka.

``Secara keseluruhan, ia dapat melambatkan proses penuaan dan mempunyai kesan positif pada kesihatan

``Memang kami dapat lihat kesannya dari hujung kaki hingga ke rambut. Ini termasuklah dapat mengurangkan masalah kelemumur, rambut beruban, kanser dan masalah resdung,'' katanya yang memperoleh tip ini dari manuskrip Buddha purba sejak lebih 2,500 tahun lampau.

Bagaimanapun, bukan semua dakwaan beliau ini berasas. Seorang dalam setiap 10 orang yang mengamalkan amalan ini mengalami tindak balas seperti cirit-birit.

Amalan yang dipercayai agak popular di sesetengah negara ini mendapat tentangan hebat daripada pihak berkuasa di Cameroon.

Sebuah buku bertajuk Urinotherapy dari Switzerland yang cukup laris jualannya di Cameroon, rupa-rupanya menimbulkan rasa kurang senang kepada menteri kesihatannya.

Sebuah akhbar telah memetik dan menguar-uarkan kononnya, amalan seperti ini adalah penawar universal terhadap semua jenis penyakit.

Dari seringan-ringan masalah kesihatan seperti bisa patukan ular hinggalah penyakit yang serius seperti ketidaksuburan.

Apa yang membimbangkan, sebaik buku tersebut tersebar luas, bermacam-macam pengakuan timbul dalam media. Baik menerusi media cetak, mahupun media elektroniknya.

Senario yang cukup membimbangkan ini menyebabkan, kerajaan Cameroon mengharamkan amalan ini. Mereka yang masih meneruskan amalan seperti ini, boleh dipenjarakan.

Bagaimanapun, para pengamal perubatan mempunyai pandangan mereka tersendiri. Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Mafauzy Mohamed, menegaskan amalan minum air kencing seboleh-bolehnya mengundang risiko tersendiri.

Ini kerana, sesetengah air kencing mungkin mengandungi kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan pada saluran kencing.

``Jika kuman ini masuk ke dalam badan, ia boleh menyebabkan seseorang itu demam, jangkitan pada paru-paru dan hati.

``Jangkitan jenis ini yang paling biasa ditemui,'' katanya.

Air kencing adalah toksik yang dikumuhkan daripada tubuh sebagai sejenis bahan-bahan buangan yang tidak perlukan.

Ia terhasil daripada pembuangan sel-sel tubuh yang tidak diperlukan.

Air kencing mengandungi urea, iaitu sejenis bahan yang terhasil daripada metabolisme protein.

``Bahan ini perlu dibuang, jika ia berkumpul dalam tubuh ia boleh menyebabkan seseorang itu koma.

``Kandungannya yang terlalu tinggi dalam tubuh boleh mengganggu fungsi otak. Lebih membahayakan, ia boleh mengakibatkan kematian jika dibiarkan tanpa rawatan,'' jelas beliau.

Secara purata, setiap orang akan membuang air kecil antara satu setengah liter hingga dua liter sehari.

Sepanjang pengalamannya sebagai seorang pengamal perubatan dan pakar endokrin, beliau tidak pernah mendengar amalan seumpama ini.

``Kalau ada pun, saya hanya mendengar sebagai sebahagian amalan tradisional, bukan dalam perubatan Barat,'' jelasnya. Beliau ketika dihubungi mengakui, amalan minum air kencing untuk menyembuhkan penyakit, atau tujuan-tujuan lain untuk kesihatan bukanlah satu amalan yang baik.

Sekalipun sebagai bahan buangan yang tidak diperlukan, namun air kencing mempunyai fungsi tertentu.

Antaranya, untuk mendiagnos penyakit-penyakit seperti buah pinggang, diabetes dan penyakit-penyakit komplikasi akibat diabetes.

Selain itu, penyakit yang diakibatkan oleh hipertensi dan kehamilan juga boleh dikesan melalui air kencing.

Sehubungan itu, Mafauzy, mengingatkan kepada mereka yang pernah atau berura-ura untuk mengamalkan minum air kencing supaya hentikanlah atau lupakan hasrat tersebut.

``Ini kerana sehingga hari ini belum ada bukti yang menunjukkan amalan seperti ini berkesan seperti yang didakwa,'' ujarnya.

Tambahnya, mereka yang mendakwa amalan seperti ini dapat menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu, hanyalah kebetulan saja.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong turut bersependapat dengan beliau bahawa belum ada kajian saintifik yang membuktikan amalan seperti ini baik pada kesihatan.

``Sukar untuk saya memberi pandangan kerana tiada data yang mengatakan amalan sebegini mempunyai kesan positif kepada kesihatan,'' jelasnya ketika dihubungi.

Sumber: Utusan Online (06/09/2004)

p/s: terkejut saya apabila membaca artikel ini... rasa jijik pun ada... rasanya org Islam tak boleh amalkan... sbb air kencing itu kan najis...

[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-09-06 16:12 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 16:27


lepas ni apa?taik hidung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 16:31


yer ker...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 16:44




ada gak terbaca dlm surat kabar mingguan malaysia bhg kesihatan.... sanggup ke nak minum air kencing tu?ish....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 06-09-04 17:47




apa agaknya respon kat sini....ada keee.... yang sudi minum air kencing sendiri......
waackk....waackk......nak muntah rasanya....



Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 06-09-04 17:54




mcm ler tak der cara lain nak berubat.. yg najis gak yg diorang nak amalkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 18:09


eee... sanggup ke???
kalau sanggup pun jangan amalkan la.. najis yuckss...

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 21:48


Agaknya apa yg diaorg ni selalu minum? Kalau arak laa memang tak heran kalau air kencing sendiri sanggup minum...

Kalau dah 'air kencing setan' leh minum...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-09-04 21:54


assalamualaikum,
manusia...manusia... kesian .. .. lembu pun tau beza najis ngan makanan.. hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 01:23


saya pernah dengar dari seorang pensyarah saya semasa di kolej..dia kata bekas perdana menteri india yg masyhur..MAHATMA GHANDI..semsa berada di dlm penjaramengamalkan minum air kencingnya sendiri..beliau kate sedap dan menyihatkan badan..ttp..kate dialah..kalau kawe nak minum....MALISH LAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 01:47


kat amerika puak red indian guna cara ini sbgai ubat alternatif..

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 07-09-04 17:28




Cubalah cari benda lain yang lebih halal, suci dan bersih sebagai bahan perubatan. Manusia yang penuh dengan pertimbangan akal tidak akan mengunakan bahan yang terbukti najis demi kebaikan dirinya sedangkan banyak pilihan lain yang boleh dilakukan.




-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 17:39


Apa yang selalu kita dengar ialah oarng yang minum air kencing sendiri dalam kes terdamapar di laut... "3 orang lelaki hanyut di tengah laut ditemui selepas 14 hari. Mereka masih hidup dalam tempoh itu setelah meminum air kencing diri"
..contoh jer..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 17:45




kalau Prof dalam keadaan sedemikian, Prof sanggup x? Soalan cepu emas ni....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

gimmiescript
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3198
Posting: 205
Dari: Hokkaido

japan  


posticon Posting pada: 07-09-04 18:46


gila apa minum air kencing ...

-----------------
:: hankitae ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For gimmiescriptProfil   Hantar PM kepada gimmiescript   Pergi ke gimmiescript's Website   Quote dan BalasQuote

sumaiyah_o9
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5476
Posting: 20
Dari: ampang kuala lumpur malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 20:43


ya muslimun , ermm erkk rasa macam nak PENGSAN baca article ni ek aiyak manyak2 ubat, air itu yg di jadikan ubat , hmmm pening baca ish2222

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyah_o9Profil   Hantar PM kepada sumaiyah_o9   Pergi ke sumaiyah_o9's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 20:57


kalau dlm keaddan darurah tak po..janganlah dlm keaddan dok air bah..kita minum air kencing jugak..bodo namanya...x gitu..cuma masalah sekarang manusia dah hilang deria rase kot...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 22:07


eeeeeeeee.............................
tak nak minum.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-09-04 21:12


....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 08-09-04 23:12



eee.........kotornya.nak berubat pun cuba la cara lain.najis tu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

amiratulizzah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.07.2004
Ahli No: 9818
Posting: 57
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-04 16:12


ya Allah....
ana tak sanggup....
kan banyak lagi cara lain....
sannggup ke minum najis sendiri....


Bookmark and Share

    


  Member Information For amiratulizzahProfil   Hantar PM kepada amiratulizzah   Quote dan BalasQuote

Rasheedy
Warga Rasmi
Menyertai: 16.11.2004
Ahli No: 12438
Posting: 1

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-11-04 18:54


,
walaupun baguih cara b'ubat dgnya x ditrima syara' maknenya 'X BOLE LA',tp waktu darurat ada la kelepasan..........matlamat x menghalalkan cara...betul tak????

Bookmark and Share

    


  Member Information For RasheedyProfil   Hantar PM kepada Rasheedy   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 17-11-04 05:48



gulp.....!!

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-04 08:41



-benda tu pun dari badan kita juga kan !!!!
-apa pun,fikir dari segi kelogikan dan kebenaran .....
ada-ada jer !!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-11-04 16:48


hii...minum air kencing sendiri?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 26-07-05 07:45


macam geli saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

awa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 20:40


Biar betik minum air kencing sendiri. Dibolehkan ke dalam islam???

Bookmark and Share

    


  Member Information For awaProfil   Hantar PM kepada awa   Quote dan BalasQuote

altamira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 21:36


memang ubat semua rasa amat memeritkan seperti pahit,payau dan masam tapi air kencing entah lah apa rasanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For altamiraProfil   Hantar PM kepada altamira   Pergi ke altamira's Website   Quote dan BalasQuote

najmiya
Warga Rasmi
Menyertai: 01.03.2005
Ahli No: 14853
Posting: 7
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 22:46


:lol: :-D ;-) air kencing??????

Bookmark and Share

    


  Member Information For najmiyaProfil   Hantar PM kepada najmiya   Pergi ke najmiya's Website   Quote dan BalasQuote

winna_huwaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2005
Ahli No: 17219
Posting: 132

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 22:55


baca saja winna dah rasa mual
jadi..terus stop baca..



-----------------
aku ada lah aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For winna_huwaidaProfil   Hantar PM kepada winna_huwaida   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 26-07-05 23:31


memang ada khasiat. tapi memang najis.


-----------------
pengalaman itu ibarat guru
yang mengajar di sekolah hidupmu


Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

pokjak
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1547
Posting: 383
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 27-07-05 00:04


ermmm.........

jika untuk kesihatan boleh minum agaknya....tapi Kalau sj2 baik xusah....memakan diri sendiri saja......
dalam masa darurat dan tidak.....

wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pokjakProfil   Hantar PM kepada pokjak   Quote dan BalasQuote

akidah
Warga Rasmi
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 18011
Posting: 8
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 24-08-05 14:48


Assalammualaikum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akidahProfil   Hantar PM kepada akidah   Quote dan BalasQuote

akidah
Warga Rasmi
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 18011
Posting: 8
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 24-08-05 14:49


tak sanggup rasanya nak minum air kencing...kan najis tu...sanggup ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For akidahProfil   Hantar PM kepada akidah   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 15:36


sampai mati tamau minum unless dalam darurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

al-hafizz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2005
Ahli No: 18407
Posting: 41
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 15:43


biar betul ada khasiat :-o :-o :-o :-o :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-hafizzProfil   Hantar PM kepada al-hafizz   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-08-05 16:14


kalau sakeenah..sakeenah memang tak nak minum..geli..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-08-05 16:15


Pada 24-08-05 15:43 , al-hafizz posting:

!!! QUOTE !!!

biar betul ada khasiat :-o :-o :-o :-o :-o


hafizz baru hari ini anta tahu air kencing ada khasiat??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 16:18


kenapa member ni dah kena banned ? :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

al-hafizz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2005
Ahli No: 18407
Posting: 41
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 17:21


Pada 24-08-05 16:15 , sakeenah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-08-05 15:43 , al-hafizz posting:

!!! QUOTE !!!

biar betul ada khasiat :-o :-o :-o :-o :-o


hafizz baru hari ini anta tahu air kencing ada khasiat??


mana ada dah setahun yang lalu lah :-| :-| :-| :-| ....................................................ceh tipu saja ........tapi setahu ana mana ada kencing berkhasiat..........................kalau ada bagi pada ana :roll: :roll: :roll: :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-hafizzProfil   Hantar PM kepada al-hafizz   Quote dan BalasQuote

salimahbreepbreep
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16212
Posting: 287
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 24-08-05 17:30


wuek... nak muntah darah saya membacanya... kalau lah betul air kencing tu baik, Kenapa Allah keluarkan daripada badan kita? sebab tak baik dan memudaratkanlah Allah jadikan manusia ni buang air. yang mereka masukkan dalam badan mereka balik apa hal?

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimahbreepbreepProfil   Hantar PM kepada salimahbreepbreep   Pergi ke salimahbreepbreep's Website   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 19:04


Pada 24-08-05 17:30 , salimahbreepbreep posting:

!!! QUOTE !!!

wuek... nak muntah darah saya membacanya... kalau lah betul air kencing tu baik, Kenapa Allah keluarkan daripada badan kita? sebab tak baik dan memudaratkanlah Allah jadikan manusia ni buang air. yang mereka masukkan dalam badan mereka balik apa hal?



saya pun sependapat seperti di atas..Kalau betullah ada khasiat, boleh bagitau apa jenis-jenis zatnye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

cincai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14080
Posting: 135
Dari: stairway to heaven

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 22:50


tak tau nak komen....
tapi banyak benda suci lain yang lebih berkhasiat....... ;-)


-----------------
tidak akan kau berasa gundah walaupun sekali, andainya kau tahu apa yang kau cari...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cincaiProfil   Hantar PM kepada cincai   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 17:23


makan lah harbatus sauda.. madu lebah... lagi best.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

darkisai
Warga Rasmi
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15890
Posting: 8
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 17:29


assalamualaikum...kalau ada khasiat sekalipun...benda tu tetap najis...darurat sangatkah...banyak lagi ubat2 lain....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkisaiProfil   Hantar PM kepada darkisai   Pergi ke darkisai's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:20


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142224 saat. Lajunya....