Oleh |
AKU DAH LETIH......kerja.... |
KnightIslam
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 142
Posting: 54
Dari: Pantai Timur
|
Posting pada: 14-06-03 18:04
"Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak* bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang* tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih.
Jadi sedarlah sikit.... dahhhh.. pi buat kerja
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak.
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 15-06-03 18:15
Quote:
|
On 2003-06-14 18:04, KnightIslam wrote:
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
|
|
as'kum...ana tak suka dengan penyataan kat atas ni. isk..isk.. mana boleh kata semua pekerja kerajaan camni! ana tak sukalah!
wassalam  ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 15-06-03 18:26
Ingat sikit, cikgu cikgu kat sekolah yang mendidik kita mengenal huruf dan angka tu semua pekerja kerajaaan....tak adillah buat kenyataan begitu cause my mom pun kerja dengan Gov...macam nak mati dia nak didik anak anak melayu ni jadi baik.........saya menolak usul kenyataan berat sebelah itu!!!...
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 15-06-03 18:26
Ingat sikit, cikgu cikgu kat sekolah yang mendidik kita mengenal huruf dan angka tu semua pekerja kerajaaan....tak adillah buat kenyataan begitu cause my mom pun kerja dengan Gov...macam nak mati dia nak didik anak anak melayu ni jadi baik.........saya menolak usul kenyataan berat sebelah itu!!!...
|
KnightIslam
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 142
Posting: 54
Dari: Pantai Timur
|
Posting pada: 15-06-03 19:01
pernyataan ini bukan tidak bekerja dalam ertikata yang sebenar....
motif yang ingin dipaparkan adalah.... jangan asyik buang masa dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.... dan jangan bertangguh dalam sesuatu urusan.... dan menghargai masa lapang kita... itu aje....
bukan nak memberitahu bahawa pekerja kerajaan tak bekerja.... saya pun tak bersetuju....
masing masing ade kerja kan.... tentu ada masa terluang.... dan diwaktu itu la dikatakan tidak bekerja... contohnya diisi dengan main games, berborak kosong.... sesekali apa salahnya kan.... yang termasuk dalam pernyataan ni... pekerja yang mengabaikan tugasnya la... sambil lewa kerja....tak ambik serius dengan kerja....
bukan untuk menuduh....
harus diingat.... bukan semua macam tu...
sabda Rasulullah: "berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun"
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 16-06-03 12:11
|
Arcaine
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-06-03 08:42
Ini mesti ada sesuatu....
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 17-06-03 12:06
hehehe...
setuju ngan knightislam......
berkatkah gaji yg diterima jika kerja yg sepatutnya dibuat selama 8 jam hanya dibuat separuh....rehat yg sepatutnya sejam..disambung 2 jam....
itu belum kira yg menyalahgunakan hak kerajaan...
menggunakan alatan,barangan dan perkhidmatan kerajaan utk kepentingan diri.....
saya bercakap ini bukan hanya dlm sektor kerajaan sahaja...tapi juga sektor swasta...
kenapa takut utk berkata benar?......
"berkata benarlah kamu walaupun ia pahit sedikit"
p/s....dulu pun camtu...skang dah ada bisnes sendiri.....keje sendiri duit sendiri...... ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
scarlet
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang
|
Posting pada: 17-06-03 22:31
Saya baru mula keje.. Memang letih kepala otak..
Palin penting amanah dalam kerja.. Kalau dah kata balik kul5, kul 5lah balik.. Even sebenarnya dah tak de keje pun.. Dok entertain calls from client je..
Memang tak berkat gaji yg dapat dari hasil yg tidak amanah.. Kesannya kepada "kuturunan".. Tapi tak suma pekerja kerajaan cam tu.. Syukur ada yg amik inisiatif buat piagam pelanggan bila dah terlalu byk rungutan tngtg perkhidmatan yg tak bagus Dah ada piagam pelanggan tu, kenalah ikut..ek? Jgnlag utk dilihat aje....
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 18-06-03 02:33
alahai... ----------------- believe, persist and archive
|
kawan82
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-06-03 13:04
keje..oh keje..!! ----------------- 
AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>
|
teman_siber
WARGA SETIA Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-06-03 14:16
knightIslam.... macam biase bace jer cerita nie... anta copy paste ker  ...
|
Redth
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley
|
Posting pada: 21-06-03 02:42
Assalamu'alaikum...
I've read this story long time ago. Surely it's a copy-and-paste masterpiece.
My advise is, unless any of our writings truely made by us, then we should give credits to those who deserve it. We can't afford to grant royalty to them, but a simple recognition will do. Got what I mean?
|
sayasarah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh
|
Posting pada: 25-06-03 09:18
a'kum
sekali baca cam lawak..
dua kali baca utk peringatan ----------------- Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 19-11-08 08:39
by: KnightIslam!!! QUOTE !!! Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku seorang yang buat kerja dalam Malaysia ini... mana aku tak letih.
KIHHKKIHH!!! Lawaklah. Tapi memang inspiring. Tolak sana tolak sini, yang tinggal cuma berdua saja. Dan ramainya statistic bagi mental disorder. Harap- harap di sini semuanya sihat-sihat belaka yeer... Workaholic.
|