Edisi Timur: Askar ragut beg dicekup
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Hasrat dua anggota tentera ingin meraikan hasil ragut mereka selepas meragut beg tangan seorang suri rumah tidak kesampaian apabila mereka ditahan selepas melakukan ragut, kelmarin.
Sebelum kejadian, seorang daripada anggota tentera itu berjalan kaki menuju ke arah mangsa ketika itu menunggang motosikal, berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Wong Ah Jang, di sini.
Rakannya pula menunggu tidak jauh dari lampu isyarat berkenaan dengan menunggang motosikal dalam kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.
Bagaimanapun, anggota itu merampas beg tangan suri rumah berkenaan mengandungi wang tunai RM24 diletak di dalam raga motosikalnya sebelum melarikan diri ke arah rakannya.
Mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum dibantu seorang lelaki mengejar anggota tentera itu beberapa meter sebelum anggota berkenaan ditahan.
Menyedari rakannya ditahan, anggota tentera yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian melarikan diri sebelum rakannya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Kuantan.
Polis menemui semula beg tangan mangsa selepas anggota tentera itu ditahan seorang lelaki selepas terdengar jeritan mangsa.
Siasatan mendapati, sebelum itu, anggota tentera itu memerhatikan mangsa sebelum menuju ke arah mangsa.
Hasil penahanan rakannya, polis menahan rakannya tidak jauh dari tempat kejadian ketika cuba melarikan diri selepas menerima bantuan daripada pihak tentera mengenai kejadian itu.
Kedua-dua anggota tentera itu berusia 20-an ditahan di IPPD, Kuantan untuk siasatan lanjut manakala beg tangan mangsa diserahkan semula kepada pemiliknya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ahmad Mustafa mengesahkan menerima laporan penahanan dua anggota tentera terbabit.
-----------------
Ya Allah,layakkah ana untuk merindui syurgaMu di mana syaitan dan hawa nafsu sentiasa membisikkan ana supaya melupakan suruhan2MU.Ya Allah,selamatkanlah ana