Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: NAK DIDIK REMAJA BACA NI!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» NAK DIDIK REMAJA BACA NI!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh NAK DIDIK REMAJA BACA NI!!!!!!

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 14-06-03 12:25


Sekiranya anda ingin melihat generasi masa depan, lihatlah keadaan para remaja dan belia hari ini. Begitulah ungkapan yang biasa kita dengar semenjak dahulu hingga kini. Namun apakah ungkapan tersebut hanya sekadar halwa telinga, atau memerlukan suatu agenda tersusun untuk membangunkan nusa dan bangsa.

Melihat kepada masalah remaja pada hari ini yang begitu mudah terjebak kepada perkara-perkara yang tidak sihat, suatu sistem nilai perlu dikaji dan diterapkan kepada mereka. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membentuk kehidupan para remaja ini. Ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk merealisasikannya.

Penglibatan remaja di dalam isu black metal, kes rogol, pergaulan bebas dan masalah-masalah juvana yang lain, seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada kita bagaimanakah bentuk generasi yang akan mewarisi dan mewarnai budaya kehidupan yang akan kita tinggalkan ini.

Harapan kita untuk melihat generasi akan datang boleh mencipta ketamadunan sejagat mungkin akan lenyap. Sekiranya kita mengabaikan ciri-ciri pembinaan tamadun iaitu aqidah, akhlak dan ilmu, maka sudah tentu kehancuran bangsa akan terus berlaku. Kini sudah tiba masanya untuk kita memperkasa agenda ini bagi merealisasikan harapan melahirkan masyarakat yang berdaya maju, berdaya saing di samping mempunyai sikap toleransi, berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Generasi remajalah yang dilihat begitu penting untuk dibentuk kerana mereka masih lagi dianggap muda dan mudah dilentur, berbanding mereka yang telah melebihi umur remaja. Bagi membina generasi ini, pemerkasaan kepada tiga perkara di atas, iaitu aqidah, akhlak dan ilmu, perlu ditekankan.

Jiwa remaja era moden ini sering memberontak kerana kekangan keluarga, atau disebabkan tekanan-tekanan lain. Sebagai alternatif rawatan jiwa mereka, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mendidik mereka memahami dasar-dasar ajaran Islam. Mereka perlu ditanamkan dengan aqidah yang kuat, supaya mereka mempunyai suatu pegangan yang kukuh lagi mantap. Dengan adanya pegangan yang kuat terhadap agama, remaja tidak lagi mudah terjerumus menjalankan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Secara tidak langsung, jatidiri mereka akan terbentuk, ketrampilan mereka lebih jelas dan yang lebih utama mereka mendapat suatu keyakinan bagi menyekat sebarang budaya luar menyerap masuk mempengaruhi pemikiran mereka.

Selain dari penekanan terhadap aqidah dan pegangan mereka kepada agama, persoalan pembinaan akhlaq juga harus ditekankan. Bimbingan berterusan untuk membina akhlak para remaja ini perlu menjadi ‘priority’ setiap masa dan zaman.

Seharusnya kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas dua kurniaan besar ke atas umat ini iaitu al-Quran dan Nubuwwah (Kenabian). Dua perkara inilah yang menjadi pencerah kepada masyarakat dunia dan menjadi pembimbing utama kepada masyarakat terutama di dalam soal pembinaan akhlaq. Oleh yang demikian, rujukan utama bagi membina akhlak remaja ini perlu berlandaskan kepada dua sumber tersebut, yang banyak menjadi pelita dan penyuluh kepada suatu sistem kehidupan yang sempurna.

Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai penyempurna kepada akhlak yang baik. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, kehadiran Nabi Muhammad SAW adalah pencetus kepada kehidupan yang saling berimbang di antara perkara yang ideal dan kenyataan, antara hati dan akal, antara iman dan ilmu, antara ruh dan material, antara unsur individual dan sosial, dan antara hak Rabb dan bahagian diri. Baginda SAW diutuskan sebagai rahmat bagi segenap alam, kepadanya al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia dan pemisah di antara perkara haq dan batil.

Di antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah sifatnya yang suka beribadah, tidak meninggi diri, zuhud, qanaah, suka mengucap syukur, bertindak sebagai bapa dan suami yang ideal, suka memenuhi hak jiran tetangga dan rakan, sikapnya yang suka memimpin dan sebagainya.

Sekiranya penekanan yang mendalam diberikan untuk membentuk jiwa remaja, nescaya mereka akan lebih bertanggungjawab meneruskan kesinambungan pembinaan masyarakat yang bertamadun, seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Manakala asas dan pokok pembinaan yang seterusnya ialah tahap keilmuan yang perlu diberi penekanan kepada para remaja. Para remaja yang akan mewarnai situasi masyarakat Malaysia suatu hari nanti, perlu dilengkapkan dengan ilmu yang sifatnya pelbagai, fleksibel dan memenuhi kehendak zaman. Ilmu adalah pembuka jalan kepada para remaja untuk menentukan corak kehidupan yang akan mereka lalui nanti.

Penekanan yang jelas diberikan kepada ilmu, berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah al-Alaq yang dimulai dengan perkataan Iqra’, yang membawa maksud Bacalah. Sekiranya dihuraikan ayat ini, maka akan jelas bahawa penafsiran yang paling tepat ke atas perkataan Iqra’ ialah soal keilmuan, di mana membaca merupakan syarat utama untuk mendapatkan ilmu.

Maka, amat wajar remaja pada hari ini didedahkan dengan berbagai ilmu, dan tidak hanya tertumpu kepada bidang-bidang tertentu sahaja. Sebagai contoh, pelajar yang berada di bangku sekolah, perlu diterapkan dengan ilmu kepimpinan, ilmu pembinaan syaksiah dan akhlak agar mereka betul-betul mantap dan berkemahiran di dalam soal pengurusan dan pentadbiran organisasi. Ini sebenarnya sebagai persediaan bagi mereka sebelum berada di alam realiti.

Remaja juga harus peka dengan perkembangan semasa di mana sumber mendapatkan ilmu adalah pelbagai. Ledakan teknologi maklumat umpamanya, telah menjadikan sifat ilmu itu bertambah kompleks dan setiap maklumat berada dihujung jari sahaja. Sebarang maklumat yang mereka kehendaki, boleh didapati terus melalui internet yang mana ledakannya telah merobohkan pintu sempadan dan telah menjangkau batasan-batasan geografi, masa dan tempat. Namun, pengarahan yang betul dan adab-adab ketimuran di dalam menggunakannya perlu ditekankan agar mereka tidak sebarangan mengakses kepada perkara-perkara yang tidak memberikan faedah.

Tidak hairanlah di dalam Islam kedudukan orang yang berilmu itu jauh berbeza dan begitu istimewa berbanding dengan mereka yang tidak berilmu atau jahil. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, yang bermaksud:
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidak pula sama gelap gelita dan cahaya, teduh dengan panas dan tidak sama di antara orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.”
(Surah al-Fathir ayat 19-22)

Kebodohan sejajar dengan buta, ilmu sejajar dengan melihat. Bodoh seperti gelap gelita dan ilmu seperti cahaya yang terang. Bodoh adalah terik panas yang membakar dan ilmu adalah peneduh yang melindungi. Bodoh adalah kematian dan ilmu adalah kehidupan. Di sini amat jelas perbezaan diantara jahil (bodoh) dan ilmu atau kecerdikan.

Muhammad bin al-Fadhl, seorang sufi berkata musnahnya Islam, negara dan bangsa itu ditangan empat golongan manusia iaitu:
1. Tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui
2. Mengamalkan apa yang tidak diketahui
3. Tidak mengamalkan dan tidak mengetahui
4. Menghalangi orang lain untuk mendapatkan pengetahuan

Ibn Qayyim menjelaskan dan berkata bahawa golongan yang pertama ialah orang yang mempunyai ilmu namu tidak mahu mempraktikkan ilmunya. Golongan kedua ialah ahli ibadah yang bodoh. Golongan ketiga ialah orang yang tidak mempunyai ilmu dan tidak pula mahu melakukan sesuatu. Golongan keempat adalah orang yang mewarisi sifat iblis dimuka bumi ini.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan generasi akan datang, iaitulah remaja hari ini daripada empat golongan yang tersebut. Sekiranya remaja ini dibekalkan dengan ilmu yang cukup, nescaya perbuatan-perbuatan keji yang tidak befaedah dapat dihindarkan. Tentu mereka akan mula berfikir bagaimana cara untuk berbakti kepada nusa dan bangsa seterusnya berusaha untuk memajukan negara. Kita tidak mahu melihat mereka ini anti establishment melulu tanpa berfikiran panjang. Kita mahu remaja ini mengerti, mempunyai wawasan, misi dan visi yang ingin digapai.





-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

icah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 215
Posting: 120
Dari: batu caves

Selangor  


posticon Posting pada: 15-06-03 20:41


Assalamualaikum...
nauzubillahi min zalik...
Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For icahProfil   Hantar PM kepada icah   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 18-06-03 21:08


wow panjangnya..
dah bace habis dah...
memang bagus info nie..
leh menggalakkan jugak..
org membaca...

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

fawwaz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 523
Posting: 38
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-03 00:53


salamun aleik..
sabda Baginda SAW bermaksud:"islam brmula asing & kembali asing spt permulaannya,maka bahagialah golongann GHURABA"sahabat brtanya,"siapakah GHURABA ya Rasulullah?" Bagnda brsabda:"mereka ialah golongan yang memprbaiki keadaan yg dirosakkan oleh manusia"-riwayat Ahmad.
wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fawwazProfil   Hantar PM kepada fawwaz   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-06-03 01:27


Assalamualaikum....
Terima kasih,sekurang-kurangnye masih ramai umat islam yang prihatin....
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-03 14:49


apapun tuntut ilmu itu penting kerana ...

1. darjat kemuliaan akan diangkat di sisi Allah
2. meningkatkan kesempurnaan iman
3. tidak mudah ditipu dan diperdaya org lain
4. mendapat kebajikan didunia, dan kebaikan
diakhirat.

oleh itu manamunkin remaja akan terjebak dalam gejala tidak elok sekiranya mereka kembali berpegang pada al-quran dan as-sunnah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

a_whole_new_world
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1503
Posting: 195
Dari: s\'pore

singapore  


posticon Posting pada: 25-06-03 20:46


panjangnya.........saya pula tak suka baca...ader yg sanggup bacakan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For a_whole_new_worldProfil   Hantar PM kepada a_whole_new_world   Quote dan BalasQuote

pacik-huzaifah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 103
Posting: 42
Dari: Labayan.com

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 06:52


assalamualaikum...

bagus artikel itu...

diatas kertas..kita mampu berhujah...

diatas pentas dunia mampu kita ???


-----------------
:: mendamai ombak resah ::
http://www.labayan.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For pacik-huzaifahProfil   Hantar PM kepada pacik-huzaifah   Pergi ke pacik-huzaifah's Website   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 23:18


Allah dah bagi tulang 4 kerat pada kita... terpulanglah pada kemahuan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 23:19


ada kalanya lidah dan pena itu boleh menjadi lebih tajam daripada pedang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102023 saat. Lajunya....