ISI KANDUNGAN
Ahbasy Menurut ‘Mereka’
Mencari ‘Ahbasy’ di Malaysia
Mengapa Isu ‘Ahbasy’ Dirayakan oleh Salafi Wahabi?
Yang ‘Mengenal’ Itulah Yang ‘Dikenal’
Tindakan Kita
Penutup
AHBASY MENURUT ‘MEREKA’
‘Mereka’ yang kita maksudkan di sini ialah beberapa ‘orang kuat’ dan yang ‘tidak berapa kuat’ forum utama Salafi Wahabi di Malaysia iaitu al-Ahkam.net (KLIK). Kita lihat satu-persatu dan kemudian nanti kita letakkan semuanya setempat agar dapat dilihat, direnung dan dikaji dengan lebih menyeluruh.
PERTAMA
thtl
Panel Feqh al-Ahkam.net
Posted: Jan 22, 2008 - 09:10 AM
study link-link yang sifoo zain ys hidangkan. apapun kumpulan ahbash ni memang teruk. Bila akidah rosak, maka rosaklah fiqihnya...
@ Menurut THTL- Panel Fiqh al-Ahkam.net, kumpulan ahbash ini ROSAK AKIDAH dan ROSAK FIQH mereka. (KLIK)
KEDUA
maszlee
Posted: Jan 27, 2008 - 09:13 AM
Salaam,
Sekali baca rasa geram...
dua kali baca, rasanya, depa ni sah agen Zionis. memandangkan usaha memperjuang isu Palestin di Malaysia sering dikaitkan dengan saya, maka mereka berusaha mengkafirkan saya juga.
Biasalah, Syiekh Ahmad Yassin pun depa kafirkan...Yusuf al_qaradawi pun mereka kafirkan...Inikan pula saya.
Cuma pesanan saya, jelaslah Ahbash ini agen Zionis!!!
Sebab itu mereka bunuh Rafiq Hariri (PM Lubnan), mereka membantu ISrael untuk hancurkan HAMAS di Palestin, dan mereka bersengkongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan.
Tak mustahil di Malaysia ini, mereka akan menjadi agen Zionis untuk hancurkan gerakan-gerakan ISlam yang lain...
Perlu beritahu rakan-rakan PAS, JIM dan ABIM agar mereka berhati-hati...kerana mereka juga komited dalam isu Palestin!
Maszlee
Durham, UK
@ Menurut Maszlee Malik pula, Ahbash:
SAH AGEN ZIONIS
MENGKAFIRKAN SYEIKH AHMAD YAASIN & YUSUF QARDHAWI
MEMBUNUH RAFIQ HARIRI
BANTU ISRAEL HANCURKAN HAMAS
BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL UNTUK HANCURKAN IKHWAN DI JORDAN
MENENTANG JEMAAH-JEMAAH ISLAM YANG KOMITED DENGAN ISU PALESTIN
KETIGA
amjad
Posted: Jan 27, 2008 - 10:05 AM
Salam...
patutlah Allah SWT berkata melalui Rasulullah saw (hadis) bunuh saja puak khawarij ni...moga-moga penguasa Islam diberi hidayah membasmi puak khawarij ini...wa.
@ Menurut Amjad, orang yang mereka label sebagai Ahbasy/ Ahbash ini tidak lain ialah PUAK KHAWARIJ yang PERLU DIBUNUH dan PERLU DIBASMI OLEH PEMERINTAH. Ringkasnya halallah darah mereka ditumpahkan.
KEEMPAT
fufu
Posted: Jan 27, 2008 - 03:22 PM
teruk betul depa ni..terang-terang nampak tak islamik nya itu
@ Menurut Fufu pula, kita yang dilabel oleh mereka sebagai Ahbasy ini JELAS TIDAK ISLAMIK.
KELIMA
almujahid
Posted: Jan 27, 2008 - 09:43 PM
Ramai masih tidak tau group ni. Elok diterangkan dulu sifat2nya.
Suka mengkafir=khawarij=ahbash
Mengkafirkan sahabah=syiah
Mengkafirkan ulama'=ahbash
@ Ditambah oleh Almujahid kononnya Ahbasy itu KHAWARIJ dan MENGKAFIRKAN ULAMA.
KESIMPULAN KECIL
Menurut ‘mereka’, ‘Ahbasy’ itu ialah manusia yang:
Rosak akidah
Rosak fiqh
Agen Zionis (confirm)
Mengkafirkan Syeikh Ahmad Yaasin dan Dr. Yusuf Qardhawi
Membunuh Rafiq Hariri (secara langsung ataupun tidak)
Membantu Israel untuk menghancurkan HAMAS
Bersekongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwan di Jordan
Menentang jemaah-jemaah Islam yang komited dengan isu Palestin
Tidak lain ialah puak khawarij
Layak untuk dibunuh
Perlu dibasmi oleh pemerintah
Tidak Islamik
Mengkafirkan ulama
‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’ yang akan kita bincangkan dalam seluruh artikel ini ialah ‘Ahabsy’ ataupun ‘Ahbash’ yang mereka letakkan ciri-cirinya di atas tadi sahaja.
MENCARI ‘AHBASY’ DI MALAYSIA
Setelah kita mengenali 13 ciri-ciri ‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’ sebagaimana yang difahami oleh ‘mereka’ tadi, dapatkah para pembaca mengenalpasti ‘Ahbasy’ di Malaysia ataupun di Nusantara? : )
Yang kaum Salafi Wahabi (KLIK) merayakan promosi besar-besaran kempen ‘melawan Ahbasy’ seolah-olah esok pagi Ahbasy akan meranapkan umat Islam di rantau sebelah sini, tuan-tuan ada nampakkah ‘Ahbasy’ di tanah air kita ini?
Dulu mereka menggembar-gemburkan isu Syiah (KLIK) seolah-olah semua orang selain mereka ialah Syiah ataupun sekurang-kurangnya terkena virus Syiah. Tapi taktik lapok ini tidak bertahan lama kerana masyarakat mendapati virus Syiah di sini tidaklah sehebat mana, bahkan yang belegar-legar di sekeliling mereka tidak lain ialah virus Wahabi daripada VIRUS 6 BERADIK (KLIK), saudara sepusat sepusing Syiah juga- ‘mak lain-lain, pak asing-asing’.
Yang masyarakat nampak, sudah ada orang yang berfahaman Salafi Wahabi menjadi mufti.
Yang masyarakat nampak, begitu banyak buku-buku berbau, berkuah dan berperisa Wahabi di pasaran.
Yang masyarakat nampak, antara forum yang popular di negara ini ialah forum Wahabi- al-Ahkam.net.
Yang masyarakat nampak, begitu banyak seminar-seminar dan kuliah-kuliah yang resepinya resepi fahaman Salafi Wahabi.
Yang masyarakat Nampak, kaum Salafi Wahabi ini memecah-belahkan masyarakat Islam negara ini.
Jadi, isu Syiah basi begitu sahaja. Sebaliknya masyarakat semakin menyedari bahaya Wahabi, membuatkan banyak pihak berganding tangan untuk mengekang dakyah kumpulan tersebut.
Untuk itu, kaum Salafi Wahabi terpaksa menggembar-gemburkan isu yang baru pula. Maka meletuplah ‘Ahbasy’ ataupun ‘Ahbash’. Bahagian ini akan kita ulas di bawah nanti.
Berbalik kepada ‘Ahbasy’ di Malaysia.
Siapakah yang mempunyai 13 ciri (ataupun kebanyakan daripada 13 ciri itu) di atas tadi?
Mereka yang bermazhab Syafie?
Mereka yang memperjuangkan institusi pondok?
Mereka yang beraliran ASWJ seperti Asya’irah?
Mereka yang bertariqat?
Mereka yang menyokong Dakwah Tajdid Segar?
Mereka yang berjuang dalam berbilang jemaah?
Mereka yang mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari?
Mereka yang berusaha mencegah kemungkaran pemerintah melalui pilihanraya?
Ataupun yang lain-lain…?
Ataupun…
Mereka yang mahu menyelamatkan umat Islam dengan mendedahkan kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh kaum Salafi Wahabi? : )
Allah beri akal untuk membezakan kita dengan binatang, tumbuhan dan benda. Gunakan ia pada jalan berfikir yang benar.
Bersambung … insyaallah.
sumber
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=312&mode=&order=0&thold=0kempen:
GANTIKAN AL-AHKAM.NET DENGAN JARINGAN TAJDID SEGAR
http://tajdidsebenar.blogspot.com/