Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 114
Ahli: 0
Jumlah: 114




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Namaku Muna


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Namaku Muna

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 6

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6  
Jump To Page:

Oleh Namaku Muna

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 15:17


Pada 05-03-07 18:11 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Daeng_Jati: stesen al-Jazeera ni Daeng.. ehehehe


broshahir: syok kan bro main lajak-lajak bas ini... hehe.. saya pernah hampir2 tlajak saja... :D


mohamad: nice try... hehe.. tapi tekaan tu salah lah mohamad.. Muna malas nak jual kuih dia kata... :D


bee_hasanah : anda yakin? taknak guna talian hayat ke? sure Abrisam tolong ni? hehe... maybe... siapa lagi kalau bukan kawan-kawan kan?


annissa_zulfa : saya tak lupa bab nak menyambung tu... cuma tengah edit sikit sambungannya... kasi ayat power sikit.. wee wee wee kuhik.. :D

muslimah_jun: jangan risau muslimah... saya tak suka poligami.. saya dah ada Muna... kuhik kuhik kuhik... :D (jangan buat gosip ye... ini cuma gurauan...)

insyirah_hr: nangis saja lah... cakap kat org seblah.. "habuk masuk mata lah.." hehe alasan lapuk.. :D


teratai_putih
: ye tak ye juga kan... baik saya buat illegal locum... boleh bayar yuran Muna... :D




p/s: Thanks also to my assistant PA... :-)


salam...
hehehe.... saja saja teka.
kot2 kena ke.... :-)

habis tu muna nak buat apa?...
cepat lah sambung...
jangan cuti lama2.... :-)


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 15:18


ramainya peminat namaku Muna...agak -agak bila lah nak habis cerita ni..jangan episod dia panjang macam cerita oshin dah lah..:-P

p/s:..doc meow...cerpen-cerpen juga..exam final dah dekat..apapun..semua sedia dan setia menanti episod namaku Muna akan datang...;-)...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 17:46


Pada 06-03-07 15:18 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

ramainya peminat namaku Muna...agak -agak bila lah nak habis cerita ni..jangan episod dia panjang macam cerita oshin dah lah..:-P

p/s:..doc meow...cerpen-cerpen juga..exam final dah dekat..apapun..semua sedia dan setia menanti episod namaku Muna akan datang...;-)...


iskk... bagus lah ramai.. :-D :-D :-D

ukhti ulfah_widad jangan bimbang, moew tu seorang yang berkaki lebar... cerpen2 jugak.. buku tetap depan mata.. betul tak bos...?

p/s: dun wori, atikah memang sentiasa happy... huhuhu...


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 06-03-07 18:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 19:05


Pada 05-03-07 19:25 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

adui doc meow tak pelu lah gelaran 'm....-j..' pun masuk senarai. ana low profile. Mita maaf ye doc meow, sekarang ana tengah sakit...ubat dia nasihat. Kalau sesiapa nak nasihat, dipersilakan PM saya.... nak bagi kata menyedarkan sampai saya nangis pun lagi bagus. dah.
wallahua'lam.


kenapa muslimah_jun?
saya pun prihatin juga dengan masalah kawan-kawan ni :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:14


betul-betul ismi_atikah...hehe...ana pula yang tolong jawabkan..sejak bila doc meow jadi bos ni?....

doc meow memang kaki lebar..tangan lebar..semua lebar..otak doc meowla yang paling lebar dari doctor2 lain dalam dunia ni..tak begitu ismi_atikah?...bukan saja memahami jenis2 penyakit malah memahami hati-hati pesakit..ceewah...

p/s: datangla beramai-ramai ke klinik doc meow dan rakan-rakan..hehe...nantilah..bukan sekarang..wee wee wee .^_^./

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:15


banyaknye iklan...memang syarikat tv ni ambil banyak untung lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:35


Udah lah tu.. tak payah nak buat spekulasi tak berasas.. hehe.. jom baca sambungannya... :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

zahratunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-03-07 23:35


ala..
ana ingatkan doc meow dah sambungkan cerita ni
sian pesakit dok tunggu ubat "namaku muna" ni
Q pun dah panjang ni..nasib baik ada iklan
doc, stok ubat dah habis ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunnurProfil   Hantar PM kepada zahratunnur   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:45


Episod 25
-----------


Suasana hening di dalam rumah agam itu. Penghuninya cuma berempat. Tiada pembantu rumah mahu pun tukang kebun atau pun pemandu. Semuanya dilakukan sendiri oleh tuan rumahnya. Mencuci, berkebun, menyapu, memasak dan pendek kata semualah.

    “Mama... Eddie keluar kejap...” Helmet di atas meja dicapai sementara jari kirinya memutar-mutar kunci. Ligat.
    “Zaidi... kamu nak ke mana pulak tu ha?!” Suara Puan Fairuz kedengaran dari arah dapur. Wajah Eddie berubah. Bosan betul dengan Mamanya. Terlalu mengawal anak-anak.
    “pergi bandar saja...” Meleret jawapan darinya.
    “Eddie...!!” jerit abangnya Zaqwan dari tingkat atas.
    “Ye... apa?”
    “Along nak pakai motor... kau bawa kereta saja...” Terjengul Zaqwan dari arah tangga.
    “lah... orang malas lah nak bawa kereta...” balas Eddie mendengus.
    “Kalau malas, dok rumah... tak payah pergi mana-mana...” balas Zaqwan selamba.
    “Huh...!” bentaknya.
    “Eddie! Abang kamu tu... cuba beradab sikit...” Puan Fairuz bingung dengan anak terunanya itu. Memberontak sahaja tahunya.
    “Mama... Eddie minta izin nak keluar kejaaap saja... boleh ye..” Pandai juga Eddie memujuk ibunya.
    “Kamu jangan nak melarat pergi tempat pelik-pelik... tahu dek Papa, nahas...” Tegas Puan Fairuz.
    “Astaga... Mama ini tak percaya anak sendiri ke?” Eddie menduga.
    “Anak sendiri pun bukannya boleh percaya sangat... nak-nak lagi yang macam kau ni... Huh... bak sini kunci tu...” Zaqwan menghulurkan tangannya. Keningnya diangkat memperli adiknya. Kunci bertukar tangan. Helmet juga.
    “Yang kamu tu nak ke mana pulak Along?” Puan Fairuz bertanya.
    “pergi rumah kawan kejap...” balasnya. Senyum.
    “Abang dengan adik sama saja... asyik keluar saja memanjang... cuba jadi macam Papa kamu tu... berkebun ke... apa ke..” Ngomel Puan Fairuz.
    
    Deruan enjin motorsikal kedengaran seketika kemudian hilang dari telinga. Beberapa minit kemudian, bunyi enjin kereta pula hilang. Sunyi kembali ke rumah agam itu. Penghuninya hanya berempat. Puan Fairuz, Encik Kamal, anak sulung mereka Ahmad Zaqwan a.k.a Along @ Wan dan anak bongsu pasangan itu Ahmad Zaidi a.k.a Eddie.

    

---
    “Nak minum apa?” Gadis berbaju kurung dengan tudung biru, lengkap dengan sehelai apron tertulis Cafe’ MakLimah itu berdiri tercegat sambil memegang sebuah buku kecil.
    “Milo ais...” ringkas jawabnya.
    “Makan...?” Menulis sesuatu di dalam buku kecil itu.
    “Nasi goreng kampung extra-pedas taknak ikan bilis tapi letak ayam...” Senafas.
    Terlopong gadis itu mendengar.
    “ok...” jawabnya.
    
Beberapa ketika kemudian...

    “....” Segelas Milo ais dan sepinggan nasi goreng diletakkan di atas meja.
    “Terima ka.....sih...” Eddie memandang tak beriak. ‘Sejak bila pulak Mak Limah ambik pekerja baru ini?’
    “Sama-sama...” Mengatur langkah. Eddie memandang ke arah nasi goreng di hadapannya.
    “Awak.....!” Dia memanggil semula gadis tadi.
    “...” Menoleh.
    “Sini kejap...” Eddie memanggil. Teragak-agak gadis itu datang ke meja.
    “Awak salah menu ini...”
    “Hmm?”
    “Saya pesan nasi goreng kampung extra-pedas taknak ikan bilis tapi letak ayam... ini nasi goreng kampung yang biasa...” Kata Eddie merenung ke arah gadis itu.
    “Maaf... saya tukar...” Gadis itu mengangkat semula pinggan nasi dari atas meja.
    “Oh! Nasi Gopeng!!!” Dia tersasul. Segera ditarik tangannya ke dada. Terasa macam ada arus elektrik mengalir. Kedua-dua mereka terpempan dengan kejadian tadi. Jantung berdegup kencang sederas degupan jantung kuda belang dikejar harimau belang.
    Gulp!... Eddie menelan air liur. Gadis itu melangkah segera ke dalam. Tangannya sedikit menggeletar menatang dulang berisi nasi goreng kampung biasa itu. Hatinya berdebar. Kenapalah dia tak mengguna mata dengan betul? Kenapa lain yang nak diambil, lain pula yang dipegang. Nasib baik reseptor elektriknya masih mantap. Sistem deria rasanya masih normal. Nasib. Huh. Nasib baik telapak tangannya masih kenal antara pinggan dan tangan lelaki. Reflek tak bersyarat dengan menarik tangan ke dadanya itu menyelamatkan diri dari serangan jantung. Agaknya.

    “Eh... Kenapa ini Muna?” Mak Limah melihat pekerja barunya itu menatang dulang seperti ternampak hantu.
    “Err... sa.. salah order Mak Limah...” Tergagap menjawab. Mak Limah menggeleng kepala.
    “Hmm... Eddie ke?” Mak Limah menggeleng-gelengkan kepalanya. Eddie adalah pelanggan tetap gerainya sejak mula berniaga lagi. Malah Mak Limah sendiri sudah kenal benar dengan anak muda itu. Makanan kegemarannya adalah nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam.
    “Eddie?” Muna bertanya. ‘Nama dia Eddie ke? Muka macam anak Cina. Ingatkan Ah Long ke, Ah Chai ke, Ah Pek ke... Eddie...’ Muna bermonolog sendirian.
    “Ye lah... budak muda macam Cina, order nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam tu kan...” balas Mak Limah tersenyum.
    “....” Muna mengangguk.
    “Hantar ini...” Pinggan di atas dulang ditukar dengan order Eddie tadi. Muna melangkah semula ke arah ‘pemuda nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam’ itu.

    “Nasi goreng awak...” Muna meletakkan sepinggan nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam di depan Eddie.
    “Terima kasih...” Tersenyum melihat pinggan nasi.
    “...” Mengangguk.
    “Er... saya minta maaf, pasal tadi tu...”
    ‘Erk.. dia ke yang patut minta maaf? Ke aku yang bengong tak minta maaf dulu pada dia?’ Muna bertanya pada dirinya sendiri.
    “Salah saya...” balas Muna. “Saya minta maaf...” Sambungnya lagi.
    “tak mengapa...” balas Eddie. ‘Alahai Nasi Gopeng...’ Eddie tertawa dalam hati.




--------------------to be continued-----------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:47


Episod 26 (Episod Pendek)
-------------------------------


    “Muna?!” Nurlailina memanggil temannya yang sedang sibuk mengemas meja belajarnya. Bersepah-sepah buku latihan dan juga peralatan lain di atas meja kayu itu. Di situlah Muna Farhah Wahidah berjuang saban hari.
    “Hmm” Tak memandang langsung ke arah Lailina. Masih dengan buku-buku di atas mejanya.
    “Muna dengar lah Lina nak cakap ini...” Tegas suara Muna.
    “apa?” Muna berpaling.
    “Muna mesti berenti kerja...”
    “Taknak...” balas Muna.
    “Muna... few months lagi kita nak SPM... macam mana nak belajar kalau asyik sibuk kerja? Balik kerja dah penat... bila masa Muna nak study?” Bebel Lailina.
    “Muna boleh study kat tempat kerja... lagi pun Muna kerja hujung minggu saja... weekdays Muna boleh belajarlah...” Muna mempertahankan keputusannya.
    “Muna... Kenapa tiba-tiba nak kerja? Muna ada masalah duit?” Lailina menghampiri Muna.
    “Lina... jangan risau ok... Muna tau apa yang Muna mampu dan tak mampu buat... insyaAllah semuanya akan ok...” balas Muna mententeramkan temannya itu.
    “Itu bukan masalahnya Muna... bila masa nak ulangkaji? anda-kurikulum lagi... Muna tak payah kerja lah... kalau ada masalah wang, cakap dengan Lina... insyaAllah Lina cuba tolong...” Lailina memandang Muna yang duduk di sebelahnya.
    “Lina... sampai bila Muna mesti bergantung pada orang lain untuk hidup? Lina tak rasa dan tak faham apa yang Muna lalui... Lina... kita berada di dua alam berbeza... macam langit dan bumi...” Muna melepaskan perasaannya. Kelopak matanya terasa panas. Namun ditahannya airmata itu dari berguguran.
    “Muna....”
    “Shhh... tolonglah Lina... kalau Lina nak tolong Muna, tolonglah faham keadaan Muna... insyaAllah... Muna yakin pada Allah yang memberi rezeki... tak ada usaha, manakan sampai rezeki... Lina jangan risau ye...” Airmata yang ditahan tumpah juga. Lailina memeluk erat temannya itu. Keduanya menitiskan airmata persahabatan.

    Muna menghabiskan hari-harinya dengan belajar dan mengulangkaji. Pada hujung minggu pula dia di Cafe MakLimah untuk bekerja. Bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5.30 petang. Dia bernasib baik mempunyai seorang majikan seperti Mak Limah. Dia diberikan kerja hanya ke pukul 5.30 petang kerana Mak Limah faham Muna tidak boleh pulang ke asrama sebelah malam. Malah Mak Limah sendiri sentiasa memastikan Muna selamat sampai ke asrama setiap kali pulang.


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:53


Muna, nasi goreng kampung tak nak ikan bilis satu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:56


munasabah ke munasarawak :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-03-07 07:21


banyaknya iklan muna :-D :-D :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 07-03-07 09:54


Pada 06-03-07 23:53 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Muna, nasi goreng kampung tak nak ikan bilis satu...


minta maaf...nasi lemak saja yang ada... :lol: :lol: :lol:


-----------------
-BERJUANGLAH KERANA ALLAH S.W.T.-


Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 07-03-07 10:08


huhu..
smbung lah cepat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

nurlin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10569
Posting: 51

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 11:21


panjangnya cerpen ni..kalau dah panjang macam ni,ni bukan cerpen lagi dah tapi novel..huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlinProfil   Hantar PM kepada nurlin   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 07-03-07 11:28


wa...bestnya!cpatla habiskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 14:41


sabar ye sahabt2...penulis kita doc meow ni sibuk orangnya..tmbah2 nanti dia da exam..kan doc meow...final exam ni..nanti dah nak grad..jadi full time doc meow...kan..kan...kan...doc..jadi mari kita ramai menyahut seruan ismi_atikah..masuk kelab penyabar..wee wee wee .^_^./

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 16:29


salam..

masa baca cerita ni, ingat dapat baca sampai ending nya, memandangkan posting sampai 15 page...tapi..kena tunggu lagi..anyway terpaksa lah tunggu cerita encik meow ni..kena fleksible dengan waktu encik meow nampaknya..

ps- kalau meow saya sakit boleh kenalkan dengan encik meow ni kan... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 16:43


salam...

hhmmm... muna kerja kat cafe rupanye...
ingatkan jual kuih ke....bukat kelas tusyen ke... :-)
hehehe....

p/s: doc meow....all the best for final exam nanti...... bila dah habis exam, boleh sambung MUNA sampai habis. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 20:11


ni boleh naik taraf NOVEL ni meow...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 07-03-07 21:38


yahoooo....at last sambung juga cerita muna ni....cis....bedebah betul....terpedaya rupanya...ingat kan betul lah tudung muna da terbang...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 21:39


kita kena faham kerjaya penulis kita, dan ikut sekali rentak 'busy' nya..... kuhik3...

saya pun nak jadi ahli kelab penyabar. ismi_atikah presiden ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ain_aliya
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2007
Ahli No: 28803
Posting: 4

Johor  


posticon Posting pada: 07-03-07 22:58


ingat dah banyak benar lah post...
sampai 15 muka dah...
rupanya banyak comercial break...
alahai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_aliyaProfil   Hantar PM kepada ain_aliya   Quote dan BalasQuote

hosni_mubarak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-07 01:32


Pada 03-03-07 16:20 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-03-07 16:17 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm...

bermula tahun 2007, yuran upsr, pmr dan spm telah dimansuhkan...
cuba suruh pej bendahari tu check kat kememterian pelajaran..
huhuhuhu....


Tapi Muna SPM tahun lepas lah.... masa tu masih kena bayar lagi... kuhik kuhik kuhik... :D



kalau muna spm tahun lepas, nampaknya result dia minggu depan lah, (saya pun tengah gementar menunggu result ni)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hosni_mubarakProfil   Hantar PM kepada hosni_mubarak   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-07 02:13


Pada 07-03-07 07:21 , azzahrah posting:

!!! QUOTE !!!

banyaknya iklan muna :-D :-D :-D



iklan ni free, tak payah berbayar, tu yang banyak bekenan nak join tu.. :-) :-D


Pada 07-03-07 14:41 , annisa_zulfa posting:

!!! QUOTE !!!



sabar ye sahabt2...penulis kita doc meow ni sibuk orangnya..tmbah2 nanti dia da exam..kan doc meow...final exam ni..nanti dah nak grad..jadi full time doc meow...kan..kan...kan...doc..jadi mari kita ramai menyahut seruan ismi_atikah..masuk kelab penyabar..wee wee wee .^_^./


betul tu.. mari lah kita kurangkan tekanan meow, nak2 exam ni.. apalagi, moh lah kita join kelab sabar antarabangsa.. :-)


Pada 07-03-07 21:39 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!



kita kena faham kerjaya penulis kita, dan ikut sekali rentak 'busy' nya..... kuhik3...

saya pun nak jadi ahli kelab penyabar. ismi_atikah presiden ke?


betul tu syahidatul.. kita kena faham ke'sibuk'an penulis kita ini..
kasihan ke dia penat nak fikir banyak perkara.. buku lagi, hospital lagi, kawan-kawan lagi, ukhwah lagi.. tu belum masuk lagi hal rumah tangga...
jadi, silalah ambil nombor bebanyak.. boleh tunggu lelama sikit.. okess.. huhuhuhu...

erk, kelab sabar antarabangsa ni tak ada pres syahidatul.. cuma ada penyelaras saja.. muahahahaa... silalah join beramai2.. adess..



Pada 08-03-07 01:32 , hosni_mubarak posting:

!!! QUOTE !!!


kalau muna spm tahun lepas, nampaknya result dia minggu depan lah, (saya pun tengah gementar menunggu result ni)


semoga cemerlang hosni... andai result tidak seperti yang diimpikn... bersyukur dengan apa yang dapat.. kita dah berusaha.. kita merancang, tetapi Allah juga merancang... guk luck.. ;-) :-) :-D

p/s: cik kino, ni bukan tahap gila kuasa dah ni.. ni dah sampai tahap gila meroyan.. uhuk uhuk uhuk.. adesss... :roll: :-o :roll: :roll:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-07 15:11


ismi_atikah: ngehngeh.. ok lah tu. gila meroyan pun ok juga..hehe..err.. ni musti laptop dah sihat ni ek. ke beli pc baru? huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-03-07 17:25


tak ada apa-apa..saja nak lalu kot2 doc meow dah posting sambungannya...tak ada lae rupanya...huhu..Tak apalah..ana kan ahli kelab sabar antaranbangsa..hehe..

ana tak sedar lah pula ana ni asyik paggil penulis kita ni doc meow..hehe..ada jugak yang terikut ye...bagus2..mari kita beramai paggil doc meow..moga-moga cepat doc menjadi doctor betul..tak lama dah tu..Ameen..wee wee wee .^_^./

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

nurun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14200
Posting: 97
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 08-03-07 17:32


hehhe.....ana rasa nak tolong si muna lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurunProfil   Hantar PM kepada nurun   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-03-07 01:24


wawa...dah bersmbung...dr.meow sila sambung cpat2 sikit deh..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 10:16


nak sambungannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 11:30


Sorilah pada kawan-kawan saya semua sebab cerita ni banyak sangat komersial break... ni pun komersial break lagi... untuk pengetahuan semua, saya hanya boleh letak posting masa hujung minggu saja.. tu pun kalau tak busy... jadi hari lain saya hanya sempat jenguk kejap ukhwah dan jawab few comment tentang Muna... anyway... thank you bebanyak ye semua... sampai dah jadi kelab sabar antarabangsa dah...

Daeng Jati - hehe... thanks sahabat pantunku... :D

broshahir - Muna mana-mana saja lah

azzahrah - Iklan free cik Bunga

nawzah - thanks for supporting Muna... hehe :D

nurfieza - kawan baru ini... :-) salam ukhwah dr Muna.. :D

nurlin - memang ini mini novel agaknya.. hikhik...

muslimah_87 - thanks...

annissa_zulfa - insyaAllah annissa.. doa-doakanlah saya lulus final exam nanti

marsyalaila - bawa saja meow tu pergi klinik haiwan... hehe

mohamad - thanks mohamad

sya_ryn - isy... jauh lagi tu nak sampai tahap novel...

Farishah - jangan marah ek

shye - jadi S/U kelab sabar ke? :-D

ain_aliya - saya hanya boleh post time hujung minggu saja...

hosni_mubarak - Semoga hosni lulus cemerlang ye dalam SPM...

nurun - nak tolong Muna ke?

Nafizatul - insyaAllah...

teratai_putih - sabar ye teratai...



p/s: Kino dan ismi-atikah... jangan gaduh-gaduh... hehe... both of you are great PAs... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 11:43


Pada 08-03-07 15:11 , kinobaik posting:

!!! QUOTE !!!

ismi_atikah: ngehngeh.. ok lah tu. gila meroyan pun ok juga..hehe..err.. ni musti laptop dah sihat ni ek. ke beli pc baru? huhu


salam...
kinobaik, laptop dah dikebumikan.. adesss... ni tumpang rosakkan laptop member.. huhuhu... ana baru nak p jenjalan cari komputer.. hehehehe... :-) ;-) :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 12:22


huhuhu...tertipu daa..ingatkan muna betoi2 bukak tudung dia, ropa2nya mimpi sajaaa..... tertipu..:lol:

kasihan muna :-( kena buat kerja part time untuk bayar yuran SPM... ingatkan liliana yang tolong tadi ni... insyaAllah mesti ada yang akan tolong dia, entah-entah si Eddie pemuda nasi goreng tak nak ikan bilis tapi letak ayam tu.. siapa tau kan..kan.. :-D


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 13:11


ramai betul peminat muna rupanya..

apa kata doc meow jilidkan cerita ni..

mesti meletup di pasaran..


hehe...


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
[ Telah diedit oleh: nurlynn pada 09-03-07 13:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-03-07 03:07


macam lme lagi saja cerita ni... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-03-07 11:00


huhuhu...
sian kat dia kerja kat gerai...sangkaan ana meleset nampaknya...
ngeh..ngeh...
tak mengapa,ana pun nak jadi ahli kelab penyabar juga...
sanggup tunggu hingga ending...harap-harap happy ending lah ya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 11:47


Pada 10-03-07 03:07 , zahrah_asrar posting:

!!! QUOTE !!!

macam lme lagi saja cerita ni... :(


mungkin lama ukhti...
penulisnya kekeringan idea dek kerana ke'sibuk'an yang tak terhingga..


p/s: waahhhh... ahli kelab sabar antarabangsa telah bertambah.. jemput masuk bee_hasanah... jemput2.. tambah lah nasik tu ... jangan memalu...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 12:35


Pada 10-03-07 11:47 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-03-07 03:07 , zahrah_asrar posting:

!!! QUOTE !!!

macam lme lagi saja cerita ni... :(


mungkin lama ukhti...
penulisnya kekeringan idea dek kerana ke'sibuk'an yang tak terhingga..


p/s: waahhhh... ahli kelab sabar antarabangsa telah bertambah.. jemput masuk bee_hasanah... jemput2.. tambah lah nasik tu ... jangan memalu...


salam...

kelab penyabar ni untuk muslimah saja ke?...
nak join juga. boleh?
wah.... siap buka gerai lagi tu. (boleh tambah banyak-banyak)
:-)


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

una_islamic
Warga Rasmi
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23532
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 18:08


Assalamualaikum..
emmm memang best baca cerita ini..
tak sabar nak tahu ending nya..
tak sangka pulak meow ini doktor..plajr sains...cara karang cerita macam pelajar sastera...

p/s: cepat-cepat sambung cerita ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For una_islamicProfil   Hantar PM kepada una_islamic   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-03-07 18:31


Pada 25-02-07 22:39 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!


-----------

    “And..... accidentally...
    




saya ada kawan juga nme muna...munawaroh...
humaidi dengan qushairi pun kawan saya...mereka pun memang kawan rapat...dan qushairi ni pun pak imam tapi waktu2 tertentu saja..dia lebih kepada pak bilal

:roll:


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-03-07 18:31


Pada 25-02-07 22:39 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!


-----------

    “And..... accidentally...
    




saya ada kawan juga nme muna...munawaroh...
humaidi dengan qushairi pun kawan saya...mereka pun memang kawan rapat...dan qushairi ni pun pak imam tapi waktu2 tertentu saja..dia lebih kepada pak bilal

:roll: :roll: :roll:


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 20:30


hmm...macam pnjng lae saja cerpen ini..ni rasanya baru sesuku...tmbah watak baru pula tu..hmm..tak mengapa doc..kami semua memahami..take your time...pas exam sambung pun tak mengapa...wish u all the best! wee wee wee .^_^./

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

melon
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.02.2007
Ahli No: 28719
Posting: 65
Dari: kuala lumpur

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-03-07 22:24


tak sabar nak tau ending cerita ni.good luck to doc meow for your exam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For melonProfil   Hantar PM kepada melon   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 13:40


Pada 03-03-07 14:47 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!



Sehelai sejadah dibentangkan di tengah-tengah dewan solat muslimat Masjid Seri Negeri. Suasana hening dan sunyi. Jam berdetik laju. 4.00 pagi. Muna berteleku di atas sejadah sambil bertasbih. Puji-pujian dihadapkan kepada Ilahi. Mohon ditenangkan hatinya. Tanpa disedarinya, airmata menitis lagi. Ke manakah hala tuju hidupnya dalam kegelapan kedhaifan ini? Bukan sehari dua dia dibuai arus kemiskinan, tapi sudah 10 tahun. Semenjak ayahnya pergi menyahut seruan Tuhan.

Dia sedar bahawa kehidupan mereka sebelum itu agak senang. Tidak pernah rasa terdesak dengan kewangan. Keperluan mereka sekeluarga memang cukup. Tetapi ujian Allah datang tanpa pernah terduga. Kesenangan di depan mata rupanya hiburan sebentar cuma. Kehidupan mereka berubah dalam sekelip mata. Umpama mimpi. Harta yang ada di tangan, hilang.





Shahdu saja bunyi perenggan ini kan..... :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 15:51


dr.meow..pergi exam na..lepas itu jangan lupa sambung
nanti saya lepas exam pun nak baca
sambungan kisah muna ni...
ini yang tak sabar nak exam...huhu
pdhal belum habis ulangkaji lagi...isk2

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 15:56


Sama- sama kita doakan meow berjaya dan juga cerita namaku muna ni pun berjaya dihabiskan dengan akhiran muna masuk U sebab dia pun tengah struggle dalam SPM dia kan....kan..

p/s: mana pulak ismi_atikah hari ni..tak nampak batang hidung dia pun...study maut ke cik tikah...sama naik studynyer dengan meow nampak??:lol: ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 16:14


Pada 10-03-07 12:35 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!


salam...

kelab penyabar ni untuk muslimah saja ke?...
nak join juga. boleh?
wah.... siap buka gerai lagi tu. (boleh tambah banyak-banyak)
:-)




salam...
iskk.. nama pun kelab penyabar antarabngsa...
terbuka untuk muslimat muslimat ygy nak meningkatkan kesabarannya...

jemput2 akh mohamad.. tapi tak ada nasik lah ye... gerai dah tutup... muahahaha...


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 11-03-07 16:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 16:40


Pada 11-03-07 16:14 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-03-07 12:35 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!


salam...

kelab penyabar ni untuk muslimah saja ke?...
nak join juga. boleh?
wah.... siap buka gerai lagi tu. (boleh tambah banyak-banyak)
:-)




salam...
iskk.. nama pun kelab penyabar antarabngsa...
terbuka untuk muslimat muslimat ygy nak meningkatkan kesabarannya...

jemput2 akh mohamad.. tapi tak ada nasik lah ye... gerai dah tutup... muahahaha...


salam...

hehe...ingatkan muslimat sahaja.
alamak...kenapa cepat sangat gerai tutup.
macam mana nak maju ni. :-)


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 16:48


Pada 10-03-07 20:30 , annissa_zulfa posting:

!!! QUOTE !!!

hmm...macam pnjng lae saja cerpen ini..ni rasanya baru sesuku...tmbah watak baru pula tu..hmm..tak mengapa doc..kami semua memahami..take your time...pas exam sambung pun tak mengapa... wish u all the best! wee wee wee .^_^./



isskkk.. jangan lah sampai lepas exam... meow exam lan 5..
meow bawa muna p main kucing kat taman...

Pada 11-03-07 15:56 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!



Sama- sama kita doakan meow berjaya dan juga cerita namaku muna ni pun berjaya dihabiskan dengan akhiran muna masuk U sebab dia pun tengah struggle dalam SPM dia kan....kan..

p/s: mana pulak ismi_atikah hari ni..tak nampak batang hidung dia pun...study maut ke cik tikah...sama naik studynyer dengan meow nampak??:lol: ;-)


amennn... (ana aminkan doa untuk meow dan muna....)

iskk.. hari ini lambat sikit masuk muna.. p cari air.. air tak ada kat kuktem ni pagi tadi(dah nak sminggu dah air paip tak ada)... kering kontang... jadi merantaulah hamba mencari air.. huhuhu...

p/s: kak nur, ana ni study ilek saja.. tak sesusah dan sepenin meow...


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 11-03-07 21:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 21:31


Episod 27
-----------


    “Makcik, Muna minta maaf terlewat...” Muna bergegas memakai apron. Dia nampak cemas. Terlewat kerana ketinggalan bas awal pagi tadi.

    “Tak apa Muna... makcik baru nak bukak kedai ini... pelanggan pun tak ada lagi... Muna kemaskan meja di luar tu ye...” Mak Limah menuding jari ke arah meja-meja dan kerusi di luar yang masih belum disusun. Muna mengangguk. Faham.

    Kerusi bersusun bertingkat-tingkat di tepi dinding ditariknya perlahan-lahan. Nasib baik kerusi plastik sahaja, kalau kerusi kayu ke, besi ke, mahu timbul otot lengan Muna. Jadi bodybuilderlah aku... bisik Muna di dalam hatinya. Angin pagi Sabtu itu cukup menyenangkan Muna. Bekerja di gerai Mak Limah sudah hampir seminggu. Sebenarnya bukanlah seminggu. Dia bekerja hanya pada hujung minggu sahaja. Dia faham bahawa gaji itu bukannya cukup untuk menampung hutang yurannya, hutang jam tangan Azhani, wang untuk membeli kelengkapan sekolah dan juga untuk ibu dan adik-adik di kampung.

    Walau bagaimana pun, Muna tekad untuk teruskan usahanya bagi menanggung sendiri hutangnya itu. Baginya biarlah berikat perut, namun untuk meminta belas kasihan orang tidak sekali. Cukuplah dengan apa yang telah dilaluinya semasa arwah Ayah berada di dalam penjara. Sudah banyak termakan budi seseorang. Yang kini sudah hilang di matanya. Mungkin dia berpeluang untuk bertemu dengannya di akhirat kelak. Mudah-mudahan.

    “Jauh berangan...”
    Lamunan Muna bersama kerusi-meja-kain tutup mejanya terus terhenti. Nasib baik Muna sudah biasa dengan gaya kejutan tanpa bayang dari Lailina di asrama. Maka jantungnya tidaklah mengalami kejutan sangat. Tapi, paras adrenalin di dalam darahnya melonjak juga.

    “Mmmm...” Muna menunjukkan sesuatu sambil mulutnya terlopong.

    “Kalau ye pun terkejut, tutuplah mulut tu... masuk lalat karang...” Dia tersengih.

    “....” Nak cari gaduh ke mamat ini? Tak kenal lagi Muna Farhah Wahidah. Ini Presiden Persatuan Seni Silat Lompat Makmal Se-Malaysia tau! Muna berbisik di dalam hatinya.

    “....” Tangan dihulur sambil bibir mengukir senyum.

    “....” apa ini? Muna bertanya di dalam hatinya. Macam pernah tengok.

    “Awak punya kan...?” Eddie bersuara. Senyumannya masih tak lekang.

    “Mungkin adik awak punya agaknya... saya tak ada jam tangan macam tu...” Muna cuba berdalih.

    “....” Eddie gelak. Muna mencerun melihat gelagat pemuda nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam itu.

    “....” Kenapa pulak gelakkan aku ini?

    “Ini jam tangan perempuanlah... kalau ada adik pun dalam family saya, lelaki...” Jam tangan itu dihulurkan sekali lagi.

    “Terima kasih...” Muna menyambutnya. Terus berpusing.

    “Lain kali, janganlah buang jam tangan tu agaknya ye pun nak mengorat...”

    Waduh... sinis sekali ucapan Eddie menusuk ke telinga Muna. Mamat nasi goreng ini perasan handsome sangat lah ni... Sorry beb... atuk aku lagi handsome... sepuluh kali lebih handsome dari kau...!! ingat aku tinggal kat meja semalam nak mengorat kau ke. Aku terlupa lah... Muna menggumam seorang diri di dalam hati. Sudah panas. Perlukah dia membalas?

    “Terima kasih sebab bagi semula jam saya ini... tapi tak payahlah menghina saya sekeji tu... saya masih ada maruah diri... saya bukan gadis yang murah macam kera tepi jalan tu...” Muna menuding jari ke arah sekumpulan anak gadis berpakaian sendat meloncat-loncat seperti kera luku di seberang jalan.

    “....” Eddie diam.

    “Dan saya bukan anak merempat yang tak ada maruah diri sampai sanggup menjual harga diri dan keluarga saya untuk dapatkan perhatian manusia... awak anak orang kaya kan? Jangan hina kami yang miskin... kerana sebahagian dari harta kekayaan awak semua, ada hak kami...!” Muna menghumban jam tangannya ke dalam longkang di hadapan Eddie. Dia menghumban perasaan marahnya sendiri. Biarlah perasaan itu masuk ke dalam longkang jua seperti nasib yang menimpa jam tangannya itu.

    “Awak....” Eddie tergamam melihat tindakan Muna. Dia menyesal.

    Muna melangkah meninggalkan Eddie. Juraian airmata menitis di pipinya jatuh membasahi tudungnya. Pedih benar hinaan itu. Terasa seperti maruah diri diletakkan di hujung kaki.


***

    “Eddie... Makcik dah katakan dari dulu lagi... kalau nak bercakap, biar berlapik.. kamu tu main redah saja.. padahnya tanggung lah sendiri...” Mak Limah bersuara mendekati Eddie. Dia diam sahaja.

    “Eddie ingatkan nak bergurau saja tadi... kalau nak bergurau pun tak boleh, duduk surau lah...”

    “Tengok tu... loyar buruk tu tak habis-habis... bergurau pun ada hadnya... kamu baru seminggu kenal dia... sesuai ke nak bergurau macam tu?” Mak Limah merasionalkan pemikiran Eddie.

    “Ye lah.. ye lah.. Eddie salah... dah tu nak buat cemana ni?” Eddie mengerutkan keningnya.

    “Tak reti-reti nak minta maaf?” balas Mak Limah.

    “Sekarang??” Eddie buat-buat tak faham.

    “habis tu? Tahun depan? 10 tahun lagi?” Sindir Mak Limah.

    “Garang lah dia tu Mak Limah...” rungut Eddie.

    “Tau pulak takut ye...”

    “Eh... sorilah Mak Limah... ini Eddie lah... tak ada istilah takut dalam kamus hidupnya...” Jawab Eddie.

    “Dah tu? Tunggu apa lagi Ahmad Zaidi Ahmad Kamal? Silalah berjumpa tuan puteri tu...” Mak Limah menuding ibu jarinya ke arah Muna yang sedang menghampar alas meja di suatu sudut kedai.

    “Err... ... Eddie rasa angin dia tak elok lagi tu... esok saja lah... Eddie nak pergi tuisyen ini... tengahari nanti macam biasa ye Mak Limah...” balas Eddie sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Mak Limah.

    “....” Mak Limah menggelengkan sahaja kepalanya melihat telatah anak muda itu. Bila agaknya kamu nak berubah Eddie... Bisik hatinya.



--------------------to be continued-----------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:00


ye ye..ada jugak sambungannya walaupon sikit saja..dah agak bila nampak doc meow online tadi...kuhik3...go go doc meow..jalan cerita dah semakin menarik..tapi doc Abrisam apa cerita ek?..hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:11


Episod 28
-----------


    “Mak Limah... Mak Limah...” Bau nasi goreng menusuk ke dalam hidung. Bau belacan dan ikan bilis memenuhi ruang dapur kedai Mak Limah.

    “Apenye Eddie?” Tanpa menoleh ke arah Eddie di kaunter.

    “Dia kat mana Mak Limah?” Eddie terjenguk ke sana ke mari mencari Muna.

    “Ada kat atas tu ha... solat Zuhur... kamu dah solat?” Mak Limah berpaling melihat ke arah Eddie yang tercegat di situ.

    “Err... kejap lagi agaknya... hehe..” Eddie menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tersengih.

    “Bila lah kamu ni nak insaf Eddie... kamu tu bukannya budak kecik... solat tu perkara wajib... boleh kamu buat ringan...” Leter Mak Limah.

    “Ala.. Mak Limah ni macam Mama lah... asyik berleter saja...” Gumam Eddie di situ.

    “Kamu ni Eddie... orang tua-tua cakap sikit, sepuluh muka surat karangan tu kamu menjawab...”

    “...” Eddie menunjukkan sesuatu di dalam bungkusan di tangannya.

    “apa tu?” Mak Limah bertanya.

    “Mak Limah.... minta tolong ek... bagi pada dia...” Eddie mengunjukkan bungkusan itu kepada Mak Limah.

    “Buat muka seposen tu konon nak simpati lah tu...” Mak Limah memuncungkan bibirnya.

    “Hehe... saaayang Mak Limah..” Eddie mengenyitkan sebelah mata.



------

****

Kepada: Awak..

    Erm... cemana nak cakap ye? Erm macam ni sajalah. Straight to the point. Saya nak minta maaf atas sikap dan kata-kata saya pagi tadi. Saya hanya bergurau. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Saya just nak buat lawak saja. Tak tau pulak awak terasa hati dengan kata-kata saya tu... Saya minta maaf ye.

p/s: Coklat tu untuk awak... makanlah ye.. jangan buang pulak... kata Mama saya coklat tu boleh sejukkan hati yang panas... :-p


****

    Muna memandang sekotak Fereiro Rocher di atas meja tulisnya berbalut riben ungu. Seumur hidupnya tidak pernah terbayang di mata untuk makan coklat semahal itu. Muna tersenyum. Betul juga agaknya kata mamat nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-letak-ayam tu. Coklat mampu melembutkan hati wanita. Muna terfikir semula. Betulkah tindakannya pagi tadi? Rasanya betul. Dia hanya mempertahankan maruahnya sahaja. Dia bukannya menyerang mamat tu sesuka hati. Dia ada sebab yang kukuh. Sebab yang konkrit.


    Tapi sekuat mana sebab itu? Apakah dengan kata-kata itu Muna layak menuduh mamat itu cuba mempermainkan maruahnya? Bukankah dia hanya kenal mamat tu baru seminggu? Hati budinya belum dikenali mendalam lagi. Mungkin mamat itu memang jenis suka buat lawak. Mungkin juga mamat itu benar-benar mahu bergurau pagi tadi? Dan kerana mind-set Muna yang terlalu negatif itu, dia berpendapat bahawa mamat itu cuba menghinanya. Ah! Entahlah.


    Tapi comel juga wajah dia kena marah pagi tadi. Pucat lesi wajah mamat itu terkena petir dari Muna. Apalah malang nasib awak Eddie... tak pasal-pasal free saja kena petir dengan saya... Muna tersenyum sendirian. Kotak empat persegi berisi coklat Fereiro Rocher itu diambil. Muna membuka ikatan ribennya. Terlekat di satu bahagian kotak itu pelekat smiley tertulis... siapa nama awak ek?. Huh... Muna tersengih. Nampaknya Eddie pun jadi macam Abrisam; kempunan nak tahu namanya. Tak apalah. Sampai masanya mereka akan tahu juga namanya. Tidak ada apa-apa keistimewaan sebenarnya pada nama itu. Cuma Muna berat mulut untuk memperkenalkan namanya sahaja. Entahlah. Sudah jadi tabiat. Nak buat macam mana lagi.


    Muna mengambil sebiji coklat di dalam kotak itu. Dia memerhatikan dengan penuh minat bentuk coklat seperti bola mengerutu itu. Betapa dia seperti bermimpi dapat menikmati coklat semahal itu. Tanpa disedarinya airmata menitik di pipi. Apa agaknya yang Ibu dan adik-adik makan di rumah? Ikan kering lagi kah? Muna mengusap airmata di pipinya. Coklat di tangan diletakkan semula ke dalam bekasnya. Muna tak berselera bila mengenangkan nasibnya dan keluarga. Biarlah. Ada masa nanti dia jamahlah sedikit coklat itu.


    Kalaulah mampu dia terbang pulang ketika itu. Mahu saja dia memakai sayap untuk pulang ke rumah. Mahu saja dia berikan adik-adiknya merasa kemanisan Fereiro Rocher itu bersama-sama. Ingin sekali dia melihat adik-adiknya bahagia dan gembira menikmatinya. Biar Ibu juga rasa bahagia melihat dia dan adik-adiknya gembira.



-------------------to be continued-----------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:23


Episod 29
-----------


    Muna melangkah masuk ke dalam pejabat Bendahari. Hatinya berdebar-debar. Apakah nasibnya? Mampukah dia memberikan penjelasan yang paling ampuh untuk soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh Puan Hashimah nanti? Ah, redha sajalah nampak gayanya. Kena petir sekali pun apa yang mampu Muna lakukan? Dia ibarat mentimun, digolek kena, menggolek juga kena. Bilakah agaknya durian akan jadi tempoyak untuk dilenyek mentimun? Muna bermonolog sendirian.


    “Assalamualaikum Puan...”

    “Hmm.. Muna... Waalaikumussalam... masuk Muna..” Puan Hashimah mempersilakan Muna masuk.

    “Puan...” Muna memulakan bicaranya.

    “Ye Muna... awak ada masalah lagi ke?” Puan Hashimah bertanya.

    “Hmmm?” Muna tidak faham dengan maksud Puan Hashimah itu. Masalah apa lagi yang dihadapinya? Bukankah Puan Hashimah sangat faham akan masalahnya selama ini?

    “Awak ada masalah duit lagi ke?” Tanya Puan Hashimah.

    “Pasal yuran SPM tu Puan...” jawab Muna.

    “Aha.. yuran SPM tu...” Puan Hashimah memandang ke arah Muna.

    “Saya rasa... saya tak dapat jelaskan yuran tu Puan...” Muna tunduk memandang lantai.

    “Habis? Macam mana awak nak ambik SPM hujung tahun ni?” Puan Hashimah mengerut dahinya.

    “....” Menggelengkan kepalanya.

    “Saya tak tahu Puan..” sambung Muna lagi.

    “Awak nak hancurkan usaha awak selama ini kerana itu saja Muna?” Ada nada kesal dari suara Puan Hashimah.

    “Saya tak ada pilihan Puan...” jawab Muna. Matanya mula panas.

    “Awak tak ada pilihan? Awak sedar ke apa yang awak cakap ni Muna?”

    “Ye Puan...”

    “Habis tu awak taknak ambik SPM?”

    Muna menggelengkan kepala.

    “Habis tu, buat apa awak bayar yuran SPM ini?” Puan Hashimah menghulurkan resit bayaran kepada Muna. Tersenyum.

    “....” Muna terpinga.

    “Tapi Puan... sa....saya...” Muna teragak-agak.

    “Sudahlah Muna... saya panggil awak untuk bagi resit ini... kalau awak taknak ambil SPM itu terpulang pada awak saja... yang pasti, awak sudah layak untuk menduduki SPM hujung tahun ini...”

    “Terima kasih Puan...” Muna melangkah meninggalkan Puan Hashimah. Di tangannya sekeping resit bertulis Muna Farhah Wahidah. Bayaran untuk Yuran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006.


****


    “Lina... ini kerja Lina ke?” Muna menunjukkan resit bayaran yuran SPM kepada Lailina.

    “Maksud Muna?” Lailina mengunyah sekeping roti.

    “Lailina ke yang bayar yuran Muna ini?” Muna berterus terang.

    “Tak... Lina tak tahu menahu langsung pasal yuran Muna..” Lailina menunjukkan muka tak bersalah.

    “habis tu siapa yang bayarkan?” Muna berkerut. Siapa pula yang nak buat lawak antarabangsa dan kejutan elektrik 1000 megawatt kepadanya itu? Muna mengetap bibirnya. Mata tidak lekang dari memandang ke arah resit yuran yang diberikan oleh Puan Hashimah pagi tadi.

    “Dahlah tu Muna... dah dibayar, alhamdulillah... tak perlu lagi Muna bekerja kan?” Lailina berkata.

    “Tak... selagi Muna tak tahu siapa dia, Muna akan terus mencari dan tetap akan bekerja untuk kumpul wang...” jawab Muna penuh keyakinan.

    “Nak buat apa lagi kerja Muna?” Lailina hairan dengan tindakan temannya itu. Sesekali dia terasa seperti berkata-kata dengan anak patung sahaja. Sepatah pun tidak diendahkannya.

    “Muna nak bayar balik hutang Muna pada ‘dia’... juga hutang Muna pada Azhani... jam tangan dia tu.. ingat lagi?” Muna memandang ke arah Lailina. Angin petang sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut ke arah mereka berdua di bawah pondok di laman makmal sains.

    “Pasal Azhani tu, kan ke dah settle? Dia pun tak ada ungkit lagi dah...” sambung Lailina.

    “Ini pasal maruah dan harga diri Lina... Muna mesti bayar balik hutang tu...” Ujar Muna penuh tekad.

    Manusia ada banyak ragam. Kadangkala yang kaya raya tidak memikirkan perkara maruah dan harga diri. Kadangkala bagi mereka keduanya boleh dibeli dengan harta kekayaan dan wang ringgit. Murah benar agaknya harga diri serta nilai maruah pada golongan seperti itu. Manakala, bagi si miskin, maruah dan harga diri tiada nilainya yang setara jika hendak dibandingkan dengan kekayaan. Manusia tidak dimuliakan kerana harta mereka, tetapi kerana jasa dan budi mereka. Itulah yang menjadi prinsip Muna. Biar dia hidup miskin dan merempat, namun maruah diri dan keluarganya tidak akan sekali-kali digadaikan. Cukuplah ketika dia kecil, dirinya menjadi bola yang disepak ke tengah bergolek ke tengah, dibaling ke tepi jatuh ke tepi. Dia tidak mahu. Tak mahu lagi dipersenda sesiapa.



------------------to be continued---------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:26


Episod 30 (Episod Pendek)
-------------------------------


    Pelajar-pelajar S3N terutama senior-senior tingkatan 5 mula berasap kepala. Ujian percubaan SPM tinggal seminggu sahaja lagi. Ke mana sahaja mereka berlenggang dengan buku. Sambil makan juga ada yang sibuk membelek-belek buku. Debarannya semakin hari semakin dirasakan. Semakin lama semakin dekat ke tarikh keramat itu. Bahang kehangatannya juga sudah semakin panas.


    “Am... kau rasa-rasa dah ready ke?” Burger ayam yang dibeli di gerai semasa baru pulang dari bandar tadi masih belum dijamah.

    “Entahlah... aku tawakkal saja...” balas Abrisam. Sengih.

    “Hampeh... salah ajaran kau ni aku rasa...” balas Kamarul.

    “Kenapa pula?”

    “Orang usaha dulu, baru tawakkal... kau tawakkal dulu pulak...” Kamarul mengambil bau burger yang masih panas tadi.

    “Oit... tak senonoh betul... ada ke cium-cium burger tu... selebet lah kau ni...” Abrisam menampar bahu temannya itu. Ketawa pecah berderai.

    “Aku selalu buat begini lah... menaikkan selera... huhu...” balas Kamarul.

    “Huh... hangguk kau...”

    “Hangguk tak hangguk... suka hati aku lah... burger aku... duit aku juga yang beli...”

    “Kau ni pelik...” ujar Abrisam.

    “Untuk pengetahuan kau, di alam maya pada ini, kaulah manusia paling pelik aku pernah jumpa... tau tak?” Kamarul memulakan jamahnya.

    “Aku?! Pelik?! Eiii tak betul.. tak betul tu... siapa yang cikedong sangat tu?” Abrisam selamba.

    “Mana aku tau... semua orang cakap kau pelik... aku sekali jadi pelik... sebab kawan dengan orang pelik macam kau...”

    “apa-apa saja lah... by the way, kau nampak Muna?”

    “Eh, kau ingat aku ni husband dia ke? Mana aku tau...” balas Kamarul.

    “Aku tau lah kau bukan husband dia, pasal kau tak layak pun... mana lah tau kau tau apa jadi dengan dia tu...” Kata Abrisam lagi.

    “Aku dengar dia kerja sekarang ini... dekat bandar nun...” Kamarul menghabiskan kunyahan.

    “kerja? Gila lah... nak exam dah ni...” Abrisam berkerut.

    “Mana aku tau... bebudak perempuan ada yang cakap macam tu...”

    “Dekat mana?” Abrisam bertanya.

    “Cafe MakLimah katanya... sebelah surau kat bandar tu...”

    “Surau bandar?” Abrisam menggaru-garu dagunya. Berfikir.

    “Kau ni lemah ingatan betul lah... surau besar berdepan balai polis tu lah...”

    “Eheh.. surau tu ke? Mana aku tau...” Sengih.

    “Hampeh... ada surau lain lagi ke kat bandar tu?”

    “tak ada....” jawab Abrisam tersengih.




---------------------to be continued------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:35


Episod 31
-----------


    “Tak payahlah Muna... dah dekat exam ni kan..?” Tangannya dikeringkan dengan sehelai tuala yang tersidai di bahu.

    “Tak apa Mak Limah... Muna dah study semalam... hari ni Muna boleh kerja..” Tegas Muna. Masih berkeras untuk bekerja pada hari itu.

    “Muna... nanti nak jawab apa dalam exam kalau tak baca buku? Muna tak kerja pun tak apa hari ni.. lepas exam Muna boleh kerja...” Kata Mak Limah.

    “Tak apa... Mak Limah jangan risau ok... Muna boleh.. chaiyyok Mak Limah! Fighting! Fighting!” Muna tersengih. Kalau tak baca buku nak jawab apa dalam exam? Jawab mana yang reti saja lah... Muna berkata di dalam hati.

    “Muna tak payah cuci pinggan atau ambil order... Muna jaga kaunter... boleh baca buku sambil-sambil tu... cepat..” tegas Mak Limah lagi.

    “ ke mana?” Muna mengerut muka tak bersalah.

    “Ambik buku Muna cepat... bawa sini... study kat kaunter...” Mak Limah mengeluarkan arahan.

    “lah... tak apa lah....”

    “Muna, ini arahan... faham?” Mak Limah bernada serius. Muna berubah tak beriak.

    “Baik Mak Limah...” Muna melangkah ke tingkat atas kedai yang menempatkan ruang rehat untuk para pekerja. Di sana dia mengambil buku ulangkajinya dan turun semula ke kaunter.

    Dia ini lagi? Rajin sangat datang kedai ni. Tak ada kedai lain ke area sini? Isy... Muna bermonolog sendirian sambil menuruni anak tangga.

    Dia kerja jugak hari ini? Biar betul? Tak study ke? Kata Mak Limah dia ni nak SPM macam aku jugak... Eddie berbahasa di dalam hati. Matanya memandang ke arah jam. Tapi dijelingnya juga ke Muna.

    Awak tu tak study jugak apa kes? Menyibuk! Muna memandang Eddie.

    Eddie menjeling dengan ekor mata.
    Mak oi.. tengok orang macam nak makan... takkan marah lagi? Eddie meneka di dalam hati.

    Macam awak tu sedap sangat nak dimakan... ingat awak tu nasi-goreng-kampung-taknak-ikan-bilis-tapi-letak-ayam awak tu ke? Eii... Muna mendekati meja kaunter. Buku latihan Matematik Tambahan diletakkan perlahan-lahan ke atas meja. Komputer di atas meja dihidupkan. Sambil menunggu loading, Muna membelek-belek buku menu di situ. Buat-buat tak perasan yang dia sedang diperhatikan oleh Eddie.

    Kita study sama-sama nak? Eddie tersengih sendirian. Logik ke? Katanya di dalam hati lagi.

    Apa?! Muna tiba-tiba memandang tepat ke arah Eddie yang berdiri di depan meja kaunter.

    “....” Wajah Eddie yang tersenyum tadi tiba-tiba bagai dilanda tsunami. Hancus. Punah ranah. Jadi tempoyak basi.

    “Ada apa?” Muna bertanya.

    “Ha?! Err.. tak ada apa... saaya.. err saya nak...” Eddie tergamam ditanya begitu.

    “Nak apa? Nasi goreng ke?” Muna bersuara lagi.

    “Er... a’ah... macam biasa...” jawab Eddie.

    “Tunggu ye...” Jawab Muna tak beriak. Apa kes.. muka macho aku sergah sikit dah gamam.. huh..

    Sergah-sergah ini rimau dalam hutan pun sakit jantung... huh!! Bentak Eddie di dalam hatinya.

    “Awak nak makan kat kaunter ni ke?” Muna bertanya sambil memandang Eddie tak berkedip.

    “....” Eddie sengih. Berjalan menuju ke sebuah meja kosong.

    Kenapa aku saja yang kena hari ni...? Siot lah.. Punggung dihempaskan ke atas kerusi.

    
Beberapa ketika kemudian,

    “Nasi awak dah siap...” Muna meletakkan sepinggan nasi goreng di depan Eddie.

    Hah?! Awak ni lelaki ke perempuan? Muna bersuara di dalam hati. Matanya tertumpu pada Eddie di depannya.

    “....” Eddie hairan melihat Muna. Kenapa?

    “Awak ni lelaki tulin ke perempuan campuran?” Muna bertanya.

    Eddie tergelak dengan soalan dari Muna. Mungkin pelik dengan gadis comel tu. Tiba-tiba bertanyakan soalan yang entah apa-apa.

    “Saya lelaki lah... Ahmad Zaidi.. ada bunyi nama perempuan ke?” Eddie bertanya semula. Keningnya sedikit berkerut.

    “Lelaki pakai gelang tangan dengan rantai leher ke?” Soalan Muna itu membuatkan Eddie bertambah ketawa.

    “Ini kan fesyen... biasa lah...” jawab Eddie.

    “Fesyen? Awak ni orang Islam ke orang Jepun? Mana ada fesyen Islam yang benarkan lelaki pakai macam perempuan?” Muna berkata lagi. Pelik betul melihat mamat bernama Ahmad Zaidi di depannya itu.

    “Ala... saya pakai macam ni pun, saya bukannya buat benda tak senonoh... saya solat, saya tak hisap ganja, tak berjudi, tak minum arak... ok lah tu...” balas Eddie. Macam aku ni jahat sangat pulak. Eddie bermonolog.

    “Memanglah... tapi salah tu tetap salah... berpakaian macam perempuan tu salah bagi seorang lelaki muslim..” jawab Muna lagi.

    “Mana awak tau semua tu salah? Ke awak memandai saja...?” Eddie menduga.

    “Ha?! Awak tanya saya mana saya tau? Awak ni tak sekolah ke?”

    Eddie memandang sambil mengerutkan dahi. Dia ni tanya aku ke, kutuk aku?




---------------------to be continued------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:41


Episod 32
-----------


    Jam loceng berdering memecah keheningan pagi. Jam jenama Citizen buatan China itu sudah lama berkhidmat kepada tuannya. Tetapi, jarang sekali merasa dihargai oleh tuannya. Masakan tidak? Setiap kali berbunyi, pasti jam itu akan ‘terbang’ melayang ke mana-mana arah. Sekali sekala sahaja tuannya berlemah lembut. Itu pun ‘Bam!’ bunyi hentakan tangan ke atas butang locengnya. Kalaulah jam itu mampu bersuara, mungkin sudah lama dikutuk-kutuk tuannya. Kalau ia punya kaki, mungkin sudah jauh ia lari. Tapi apakan daya, ia hanyalah – Jam.


    “Eddie...!! Eddie..!! bangun Eddie...” Suara Puan Fairuz mengetuk pintu bilik anak bujangnya itu. Setiap pagi jika tidak ada Puan Fairuz yang mengejutkan dia, mungkin tak bangun tidurlah agaknya.

    “... bangun ini...” jawab Eddie malas-malas. Matanya masih tertutup rapat. Ditariknya selimut menutupi muka. Sejuk pendingin hawa membuatkannya lebih malas bangun pagi. Tidur pun sodap.


Diam seketika.


    “Eddie...! bangunlah... dah nak habis waktu Subuh ni...” Pintu bilik berdentum semula dengan ketukan dari Puan Fairuz.

    “Kenapa Mama?” Suara Zaqwan di luar kedengaran.

    “Eddie ni ha.. tak bangun-bangun lagi... solatnya belum...” Ngomel Puan Fairuz.

    “Eddie!! Bangun..! Kalau kau taknak bangun, Along masuk!” Gertak Zaqwan dari luar.

    “Ye... Eddie bangunlah ni... dah bangun ini...” Eddie bingkas bangun dari katilnya. Segera dia menekan suis lampu bilik agar abang dan ibunya tahu bahawa dia benar-benar bangun.


Seketika kemudian kedengaran bunyi air berjujuran dari bilik mandi. Puan Fairuz lega. Eddie sudah mandi. Susah betul nak kejutkan anak teruna seorang itu. Tak seperti Alongnya yang mudah bangun sendiri. Anak bongsu. Manja.


Puan Fairuz meneruskan tugasan rutinnya menyediakan makanan untuk sarapan di dapur.


     “Morning Ma....”
Puan Fairuz menoleh. Isy... anak teruna aku seorang ini... Getus hatinya.

     “Cuba bagi salam sikit... kan ke lebih elok Eddie... morning-morning ini adat orang barat saja...”

     “Ala Mama ini... awal-awal pagi dah mula... Assalamualaikum Mama...” Eddie tersenyum.


     “Good morning Mama...” Along pula masuk ke ruang makan sambil duduk di sebelah Eddie. Adiknya menjungkit kening ke atas.

     “....” Maknanya ‘Apa?’

     “....” Eddie tersengih.

     “Abang borek adik rintik...” kata Puan Fairuz.


     “Good morning semua...” Encik Ahmad Kamal kemas bertali leher dengan briefcase di tangan tersenyum memasuki ruang makan. Zaqwan dan Eddie tersenyum.


     “Bapak borek, anak rintik Mama...” Serentak mereka bersuara. Lantas Puan Fairuz tertawa kecil. rasa hendak marah pun tak berapa nak jadi. Bapanya pun dua kali lima juga.


     “apa yang borek-borek ni Along?” Encik Ahmad Kamal bertanya sambil menyapu jem ke atas roti.

     “Ayah... lain kali kena bagi salam... bukannya Good Morning... budaya barat tu good morning semua ni...” Eddie menyampuk.

     “Oh ye ke? Sudah tukar ka?” Encik Ahmad Kamal menoleh ke arah isterinya di sebelah.

     “Tau tak apa...” balas Puan Fairuz.

     “....” Encik Ahmad Kamal senyum.

     “Eddie... bila exam trial?”

     “Minggu ni lah Ayah...” jawabnya.

     “Agak-agak dah ready?” Tanya Zaqwan yang sejak tadi asyik menikmati nasi goreng ibunya.

     “Bolehlah...” Jawab Eddie mendatar.

     “Eh, apa pasal macam tak boleh saja? Eddie tak yakin ke?” tanya Puan Fairuz.

     “Boleh agaknya.. InsyaAllah... “ balasnya.

    
     Eddie merasa bosan. Setiap ahli keluarganya menyimpan harapan yang tinggi padanya. Menaruh harapan agar dia berjaya dengan cemerlang di dalam pelajarannya. Bukan bermakna dia tidak mahukan kejayaan akademik, tetapi biarlah apa yang dicapainya itu atas rasa tanggungjawab pada dirinya. Bukan kerana hendak memenuhi hasrat keluarganya yang mahu mengekalkan rekod bersih straight As dalam semua mata pelajaran seperti yang dicapai abangnya Zaqwan.


     Eddie diam sahaja tidak begitu suka menjawab soalan-soalan berkenaan peperiksaan. Seleranya pagi itu seolah-olah terbantut dengan perbualan keluarganya di meja makan. Bukan dia membenci, tetapi salahkah jika dia gagal memperolehi straight As dalam peperiksaan? Apakah kejayaan mendapat straight As menjadi syarat untuk dia lebih dikasihi ahli keluarganya? Kadang-kadang dia terasa seperti dipinggirkan kerana dia tidak terlalu cemerlang di dalam akademik. Semasa PMR pun, dia gagal mencapai 8A, hanya 7A 1B. Ibu dan ayahnya nampak seperti tidak gembira bila diberitakan dengan keputusan itu.


     Kadangkala dia merasa cemburu melihat kawan-kawan yang lain. Mereka hanya dapat 8B sahaja. Tapi semua ahli keluarga mengucapkan tahniah dan merangkul dalam pelukan. Sedang dia mendapat 7A 1B, hanya mendapat “Okehlah Eddie, jom kita balik... ayah ada kerja lagi ni...”. Kenapa agaknya Along mendapat pelukan dari Mama dan Ayah, sedangkan dia hanya mendapat ucapan tahniah sahaja? Apa kurangnya dia berbanding abangnya?



-----------------to be continued---------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:48


Episod 33
-----------


     “Oit... kau apa kes ni? Berangan macam kucing mati anak...”

     “Uhuk!.. hampeh betul... kowt ye pun, janganlah tepuk belakang aku... sedak kau tau tak?” Eddie menelan segelas air oren. Nasib baik tak berhambur nasi lemak di dalam mulut.

     “Oho... Sorry... Sorry...” Adam menadah tapak tangannya. Sempat lagi tersengih.

     “Kau Kenapa ni Eddie? Berangan sambil makan...”

     “tak ada apa lah... aku fikir pasal exam saja..” Raut wajahnya sukar diterjemah. Senyum dalam derita. Tangis dalam gembira.

     “Kenapa? Kau boleh jawab tak soalan tadi?” Adam memandang ke arah buku-buku rujukan Eddie yang bersepah di atas meja makan di kantin itu.

     “Biasalah... standard ar... yang senang tu aku makan kacang... yang payah tu...”

     “Makan kulit kacang...?” Keduanya tergelak.

     “Tau tak apa... tapi aku pening lah...” Eddie menggosok dahinya.

     “Pening?”

     “Mak dengan ayah aku... letak harapan tinggi sangat dekat aku... mereka nak aku jadi macam abang aku... straight As... adoi... berasap tu...” Keluh Eddie.

     “Then try your best...” Balas Adam.

     “Cakap memang senang.... cuba kau bayangkan kau di tempat aku.. apa kau rasa?”

     “PMR dulu kau excel juga kan. Aku rasa kau boleh punya...” Kata Adam memberi semangat.

     “Huh... 7A... mak ayah aku nak 8A...” Menarik nafas dalam-dalam.

     “Between A and B, not so much different lah...” Jawab Adam.

     “Pada kau... tapi pada mak dan ayah aku the different is like langit dan bumi kau tau?”

     “I can’t say anything lah... but kau tak perlu mengalah sebelum berusaha..” Adam menepuk bahu Eddie.

     “Mmmm” Angguk.

     “Kau dah prepare untuk paper esok?”

     “Final revision sesikit saja...” balas Eddie.

     “Kalau kau nak study dengan aku datang saja rumah aku...” pelawa Adam.

     “No, thanks... nanti membebel lagi Mak aku... aku pergi kedai Mak Limah tu pun mak aku dah bising...” balas Eddie.

     “Eh.. aku dengar Mak Limah ada cashier baru ek? betul ke?”

     “Aik? Tukar topik pula?”

     “Ala kau kan regular customer Mak Limah mesti tau kan?”

     “Erm.. tau lah sesikit...” Balas Eddie acuh tak acuh.

     “Takkan kau tak ada mengayat kowt? biasanya kau ni pantang ada chance...”

     “Huhu... dia sound aku selamba saja kau tau? Siot betullah...”

     “Pasal apa? – Opss.. aku tau... let me guess...”

     “apa?” Eddie tersengih.

     “Rambut kau?”

     “Nope... pasal ini...” Eddie menunjukkan sedikit rantai di lehernya.

     “Oic... kira stok-stok ustazah lah ini? Padan lah muka kau...” Adam tersengih.

     “Alah... ustazah apa macam tu... aku rasa nak tunjuk hebat saja tu...” balas Eddie.

     “Muda lagi ke?”

     “Student.... secondary school.. sebaya kita...” Balas Eddie menghabiskan air di dalam gelas.

     “Which school?”

     “Seri Negeri...”

     Mendengar nama ‘Seri Negeri’, Adam ternganga.

     “Seri.. what?!” Adam seperti tak percaya.

     “SERI NEGERI.... Sekolah Sains Seri Negeri...” Eddie sengaja melambat-lambatkan sebutan nama sekolah itu pada Adam.

     “Kau biar betul... takkan budak Seri Negeri pulak?” Adam masih kurang percaya dengan kata-kata Eddie.

     “Yang kau lebih-lebih tak percaya ni Kenapa?” Eddie tergelak.

     “tak adalah... Seri Negeri bukan sekolah elit ke? Takkan dia benarkan student dia kerja sambilan pulak? Tak logik saja lawak siput sedut kau ini Eddie...” kata Adam lagi.

     “Siput sedut ke... siput apa ke... yang aku tau... budak tu memang kerek betul... macam baik petala alam saja...” Eddie masih meluahkan rasa tak puas hati ditegur Muna tempoh hari.

     “Alah... rilekslah... kau buat dunno saja lah... apa susah... – by the way, sejak bila pulak kau sensitif sangat ini? Hehe..” Adam mengangkat keningnya dua belah.

     “Apa hehe hehe? Dia menjatuhkan kemachoan aku tau tak? Tapi....” Eddie diam seketika. Mengatur ayat yang lebih sesuai untuk diluahkan.

     “Tapi apa? Buat saspen pulak dah...”

     “Tak ada tapi-tapi... aku blah dululah... jumpa esok dalam dewan exam...” Eddie bingkas bangun meninggalkan Adam yang terpinga-pinga di situ.




-----------------------to be continued-------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 11-03-07 23:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 22:56


Episod 34 (Episod Tazkirah :-) )
-------------------------------------


     Muna melangkah tenang keluar dari dewan peperiksaan. Berasap juga kepala memikirkan jawapan soalan tadi. Apa pun dia bertawakkal pada Yang Maha Mengetahui untuk menentukannya. Malam ini dia perlu meneruskan ulangkaji mata pelajaran Biologi pula. Muna membelek-belek buku kecil di dalam poket begnya. Buku kecil bersaiz tapak tangan itu dijadikan diari hariannya. Semua perkara yang perlu diselesaikannya pada setiap hari dicatatkan di dalam buku itu. Perancangan masa menurut Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang pernah datang ke S3N untuk memberikan ceramah motivasi. Paling istimewa di kulit depan buku itu tertulis “Belajar untuk Allah, Berjaya kerana Allah... Salam kegemilangan dari Hj Mohd Fadzilah Kamsah”. Tandatangan pakar motivasi kesayangan ramai itu dijadikan pembakar semangat Muna.


     Malam itu Muna mendengar tazkirah Isyak yang disampaikan oleh Qushairy. Muna merenung satu persatu ayat-ayat yang dibacakan oleh Qushairy. Sungguh besar kuasa Allah swt. Maha Besar keagunganNya. Muna terasa dirinya begitu kerdil di hadapan Allah swt.

         Apakah kamu tidak melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Al-Hajj: 63 dan 64


    “Tidakkah kita semua yang bergelar manusia ini, yang dihidupkan oleh Allah swt di atas muka bumi ini melihat kehijauan bumi seperti yang Allah gambarkan di dalam ayat tadi? Butakah kita sehingga begitu kehijauan alam ini sebenarnya tanda bahawa Allah lah yang Maha Mencipta alam ini, Maha Bijaksana mentadbir alam ini dan segala isinya yang terkandung? Saudara dan saudari muslimin dan muslimat sekelian, air yang turun dari langit itulah yang menjadi asas kajian sains dan penemuan sains juga mengesahkan bahawa tumbuhan tidak akan sama sekali hidup subur, jika tiada setitis air dari langit Allah swt itu..” Kata Qushairy.


         Apakah kamu tiada melihat bahwasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada Manusia.
Al-Hajj: 65


    “Seterusnya muslimin dan muslimat sekelian, Allah swt bertanya kepada kita lagi. Apakah kita tidak mahu menggunakan mata penglihatan kita bahawa apa sahaja di bumi ini ditundukkan oleh Allah untuk kegunaan manusia... bayangkanlah jika Allah tidak menundukkan lembu untuk dijadikan haiwan untuk makanan kita, apakah ada cara lain mampu untuk kita menikmati daging lembu itu? Hanya sanya Allah swt sahaja Maha Berkuasa. Begitu juga kapal yang berlayar di atas air lautan, diapungkan oleh kuasa Allah swt, dan berlayar bahtera itu semua dengan perintah dan izin Allah swt. Bayangkan jemaah sekelian jika bulan dan bintang itu jatuh menimpa kita.. ke mana hendak kita lari selamatkan diri kita? Atas asbab kasih dan sayangNya jualah, jasad-jasad astronomi itu kekal tergantung di langit..” Ujar Imam muda itu.



         Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Al-Hajj: 73 dan 74


     Maha Suci Allah. Hati Muna tersentuh mendengar ayat yang dibacakan Qushairy di depan sana. Muna menitiskan airmatanya mengenangkan betapa mudah perumpamaan yang Allah berikan untuk kita semua berfikir. Betapa lalat sekecil itu sudah tentu tidak mampu kita menciptakannya. Begitu juga Allah menyanggah tuhan-tuhan lain yang disembah oleh manusia; tetap tidak mampu menciptakan atau memudaratkan walau hanya pada seekor lalat sahaja. Sungguh benar Allah Maha Berkuasa Mencipta.


    ‘Syukur padaMu ya Allah... kerana Engkau mencampakkan benih iman ini ke dalam diriku... sungguh benar aku tenteram berteduh di bawah pohon iman ini... Ya Allah... aku sedar sekarang kehebatanMu mengatur setiap kehidupan.. Aku yakin sekarang Engkau mengasihiku... Aku sudah bertemu dengan cahaya yang kucari selama ini. Aku sudah faham sekarang, bahawa segala kepayahan yang aku hadapi ini adalah kurniaan atas asbab kasih dan sayangMu kepadaku. Maka aku berkewajipan sekarang untuk mensyukurinya. Alhamdulillah ya Allah. Moga aku tetap terus di atas jalan hidup yang suci ini... Amin ya Allah...’ Muna menitiskan airmatanya di situ juga.


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 23:00


To all my frenz... hehe hopefully those episodes dapat mengubat rindu pada Muna.. :D... terima kasih very much pada yang bagi komen dan melawat... erm.. kebanyakan soalan dah dijawab oleh ismi_atikah... so, saya no comment lah... hehe...


p/s: terima kasih ismi... lain kali tolong jawab lagi ye... :-D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nurlin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10569
Posting: 51

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 17:21


dah ending ke ni doc meow..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlinProfil   Hantar PM kepada nurlin   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-03-07 18:33


Sabaq mestila ada lagi kan meow? Takkan tergantung begini saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 19:21


salam..

hhmmm...mengubat rindu juga pada mun :-)
jangan lupa sambung ye...kami sedia menanti.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-03-07 19:41


huhu...ingat kan da on da way ke klimak...ruprnyer pengembangan pun belum habis lagi...ades..lama lagi lah gamaknyer ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-03-07 20:28


bila nak sambung ni meow???????
tak sabar dah ni...
takkan tergantung saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

sayyidah_nafisah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.06.2004
Ahli No: 9433
Posting: 90

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-03-07 00:51


macam panjang lagi saja cerita muna ni.....
bila nak habis???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayyidah_nafisahProfil   Hantar PM kepada sayyidah_nafisah   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 11:29


rasa macam panjang saja lagi cerita ni.. doc meow pas ni boleh buat versi novel pula :) best cerita ni ada pengajaran yang dapat diambil ikhtibar :)

syabas!! tahniah!! doc meow, teruskan untuk berkarya. saya menanti sambungan namaku muna dengan penuh sabar..
boleh join kelab penyabar antarabangsa ismi_atikah tu :D


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 12:23


sabaq sabaq sabaq....
sok sok adalah...
sabaaaq naaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 14:33


dah banyak rupanya sambungan cerita ni...
dah lama tak online....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 09:20


Assalamualaikum..

Wah, dah banyak episod rupanya...tambahan watak-watak baru..cerita ni makin interesting..tahianh meow sebab berjaya tarik ramai pembaca mengikuti siri namaku muna...;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:16


kasihan meow...sibuk tulis cerpen sampai korbankan masa sukan petang-petang..hehehe...Teruskan menulis en meow...jangan lupa exercise..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-03-07 11:28


Assalamualaikum
Nak dapatkan benda-benda yang baik memerlukan masa yang lama untuk dibentuk @ dibuat. Bayangkan kalau cerpen ni dibuat terburu2 semata2 pembaca dah tak sabar, mungkin takkan dapat sebaik ini kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 12:01


Pada 15-03-07 10:16 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

kasihan meow...sibuk tulis cerpen sampai korbankan masa sukan petang-petang..hehehe...Teruskan menulis en meow...jangan lupa exercise..hehe..


Time kasihlah encik izzul... hang pun jangan dok makan tidoq saja... hehe... sat ni jadi macam aku juga... :D size does matter..!! :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 14:16


Tu dia..keluaq dah bahasa utagha mr meow..:lol: ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

una_islamic
Warga Rasmi
Menyertai: 18.03.2006
Ahli No: 23532
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 14:22


Assalamualaikum.........

semakin menarik cerita ini...
Ana suka jalan critanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For una_islamicProfil   Hantar PM kepada una_islamic   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 10:25


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nurun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14200
Posting: 97
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 17-03-07 11:21


heheh...makin best cerita muna ......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurunProfil   Hantar PM kepada nurun   Quote dan BalasQuote

nurulnajmi
Warga Rasmi
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28128
Posting: 3

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 09:25


lor
tak abeh lagi ke..
penat dok baca sebab pjg sangat-sangat

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulnajmiProfil   Hantar PM kepada nurulnajmi   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-03-07 10:15


singgah sekejap menjenguk muna :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-03-07 21:51


Assalamulaikum
dah dekat seminggu. Masih sabar menanti khabar Muna...

Bookmark and Share

    


  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-03-07 22:07


muna oh muna...

hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-03-07 00:07


mmm....rasa terubat rindu pada munna...
kenapa tak nampak ismi_atikah pun?

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

nurlin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10569
Posting: 51

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 10:57


..
bila lagi nak sambung cerita ni doc meow..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlinProfil   Hantar PM kepada nurlin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 11:04


Pada 18-03-07 10:15 , azzahrah posting:

!!! QUOTE !!!

singgah sekejap menjenguk muna :-)


eerrmm...singgah saja ke?
buah tangannya tak ada ke?


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-07 11:16


Pada 19-03-07 10:57 , nurlin posting:

!!! QUOTE !!!

..
bila lagi nak sambung cerita ni doc meow..


Dr Meow tu banyak kerja agaknya lah ni...nak concentrate blajaq...exam pro bulan 5 ini agaknya...chayok2....


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 19:42


hmm..belum da sambungan ye..takpe2..

ismi_atikah pun sibuk juga..kuhik3..lagipun laptop dia kan baru dikebumikan...tengah mncari pengganti...macam rancang pula kan..doc meow tak ada,ismi_atikah pun tak ada...wee wee wee .^_^./

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

alliaazam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 19:51


rindu kat muna:)
sesungguhnya penantian mengajarku kesabaran:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For alliaazamProfil   Hantar PM kepada alliaazam   Pergi ke alliaazam's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-03-07 21:43


Asyik doc meow saja berkorban duduk fikir menyiapkan cerpan (cerita panjang) untuk kita. Ni giliran kita pula sama-sama doa moga Allah bantu permudahkan dia pula dalam exam: teori & moga clinical dapat kes yang mudah. Amin.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 20-03-07 13:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-07 12:08


rindunya pada muna

dah lama tak online ni

rindu jugak pada ismi atikah...kuhik..kuhik..kuhik

buat teman2 good luck untuk exam yang bakal menjelang

study2..esok2 saja lah tulis cerpen tu(untuk dr meow)

kuhik..kuhik...

esok2 saja lah baca cerpen muna ni(untuk semua peminat muna)

kuhik..kuhik..kuhik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

nurlin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10569
Posting: 51

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 11:09


doc meow tengah exam ke..kalau macam tu biarla doc meow tumpu kat exam dulu..nanti dah habis exam jangan lupa sambung cerita tau..hehe saja-saja fighting doc meow..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlinProfil   Hantar PM kepada nurlin   Quote dan BalasQuote

umminajihah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18690
Posting: 70

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 11:25


nampaknye cerita ni makin menarik...doc meow ni saja saja buat 2 hero...tak sabar nak tahu kisah selanjutnya..hehehe.

Bookmark and Share

    


  Member Information For umminajihahProfil   Hantar PM kepada umminajihah   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-03-07 09:02


mmm.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 10:16


muna oh muna... di mana engkau oh muna, macamana saya nak cari meow sorok engkau muna.. huhu :-(

lambat lagi lah cerita namaku muna ni nak keluar menemui peminat setia karya doc meow... sabaq..sabaq..sabaq.. untuk diriku, kan sabaq tu sebahagian daripada iman..


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 10:16


muna oh muna... di mana engkau oh muna, macamana saya nak cari meow sorok engkau muna.. huhu :-(

lambat lagi lah cerita namaku muna ni nak keluar menemui peminat setia karya doc meow... sabaq..sabaq..sabaq.. untuk diriku, kan sabaq tu sebahagian daripada iman..


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

eezah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27060
Posting: 5

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 11:39


Bila lagi nak smbung cerita ni.....best juga???ssah nak cari kawan macam muna tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eezahProfil   Hantar PM kepada eezah   Quote dan BalasQuote

eezah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27060
Posting: 5

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 11:43


best lah cerita ni....bila nak smbung lagi......ssah nak cari kawan baik macam muna tu.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For eezahProfil   Hantar PM kepada eezah   Quote dan BalasQuote

nrelisa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26937
Posting: 33
Dari: tempat beradanya makhluk Allah

haiti  


posticon Posting pada: 22-03-07 11:46


apa dah jadi pada muna ye????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nrelisaProfil   Hantar PM kepada nrelisa   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-03-07 13:55


Dr Meow tengah pening fikir nak buat HO kat Hospital mana itu....Main dengan puluh2 hospital kat Malaysia ni...rambang mata dia nak pilih..betul tak Dr Meowwww...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-03-07 14:14


hospital KB sajalah Kalau susah2 fikir. Boleh dengar cerah tok guru selalu.

P/s: saja melawak..lepas makan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 15:11


salam...
lama tak posting dalam muna..
bukan rancang ek annisa, cuma malas nak masuk sini sebab tak ada lagi sambungannya..
meow sibuk, jadi watlah kerja len dulu... huhuhu..

ana pun windu kat teratai_putih... sebabnya dah lama tak tengok bunga teratai..

selamat datang pada pembaca baru eezah..

kepada pembaca2 muna... diharap mengambil nombor sekali lagi... dan silalah sabar menanti giliran anda... kuhik kuhik kuhik..

p/s: meow tengah duduk cari hospital ka..? lor, apa susah, balik saja kg.. hosptal alor star, tak pun hospital sp.. jauh sikit, hospital seberang prai...


:-) :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Namaku Muna

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 6

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.383945 saat. Lajunya....