Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 29-03-2024 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | bersanding haram...makan beradat? |
---|---|
ikhwan_islam |
Posting pada: 24-03-10 23:58
Pada 24-03-10 23:55 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
|
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 00:04 !!! QUOTE !!! itu saya belum tanya lagi, siapakah gerangan ulama' yang mengharamkan terus amalan bersanding dan makan beradap itu? ustaz harun taib...dalam program tamrin pelajar tahun akhir HIUTM di Kubang Lambek, terengganu 1996....dia sebut haram....langsung dia tak ajar saya tentang harus ..... Di perjumpaan Aidilfitri bersama (Markas Siswazah Kelantan) bersama MB kelantan ,( saya lupa tahunnya, akhir 90 an ..insyaAllah)....TGNA dalam dialognya bersama mahasiswa kelantan, ada sebut tentang haram bersanding kerana budaya Hindu, langsung dia juga tak ada sebut tentang hukum harus.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
ikhwan_islam |
Posting pada: 25-03-10 00:09
Pada 25-03-10 00:04 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
|
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 00:12
Pada 24-03-10 23:00 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-03-10 17:01 , myhoney posting: sebenarnya bagus perkongsian definisi dari kamus dewan ini. cumanya dalam mengambil dan menilai hukum, saya tak 'katup' pemikiran saya kepada terjemahan kamus dewan semata...saya kira apa yang menjadi amalan masyarakat itulah yang lebih dinilai sebenarnya....maka saya terjemahkan sanding dan makan beradap berdasarkan pada amalan popular/biasa masyarakat kita. dibawah ini mungkin perkongsian yang baik juga dari org akademik tentang bersanding ni.... ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) sedangkan istilah raja juga adalah berasal dari pengaruh Hindu.. Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. ada Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu. apa pandangan Ibnu Musa ? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 25-03-10 00:19
Pada 23-03-10 21:04 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 23-03-10 18:38 , wuzaraa posting: tak perlulah provok saya ye... |
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 00:22 !!! QUOTE !!! definisinya umum saja, tak perlulah kita mengkhususkannya mengikut fahaman kita semata-mata lalu menjatuhkan hukum berdasarkan fahaman kita itu. perkara2 adat ni kita boleh buat selagi bertepatan dengan syarak, apa yang bercanggah itu yang kita kena tinggal. bukan fahaman saya sebenarnya....fahaman ulama2 sebelum ini, saya sekadar berpegang kepada pemahaman hukum dari mereka .... bukan saya 'jatuhkan' hukum.....hukum haram sanding dan amalan makan beradat dah disebut dalam masyarakat kita sebelum saya sebutkannya di sini....tolong faham ya..... perkara yang saya boldkan itu ibnu musa,,,,dalam hal bersanding dan makan beradap masyarakat melayu kita....tak banyak perkara yang bertepatan dengan syarak yang boleh dilakukan mereka....termasuk pegangan hukum harus makan beradap kerana nak perkenalkan pengantin pada tetamunya....alasan ini sangat memusykilkan saya... apa pandangan ibnu musa ? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 00:24
Pada 25-03-10 00:19 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 23-03-10 21:04 , myhoney posting: eh ya ke??...ada provokasi ke ??...kemahiran ini sebenarnya saya belajar dari wuzara juga....jadi jangan salahkan saya... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 25-03-10 00:25
Pada 25-03-10 00:04 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Kak Myhoney, Saya rasa baik yang menghalal atau mengharamkan persandingan mahupun makan beradab, kita sama-sama tidak boleh menafikan ada banyak perkara yang bertentangan dengan syara' dalam amalan perkahwinan masyarakat kita hari ini. Bagi mereka yang ingin menjaga agama, akan berhati-hati melangkahnya. Tetapi bagi mereka yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat sebagai neraca pertimbangan, itu semua tidak ada masalah bagi mereka. Ini berbalik kepada kejujuran kita dalam mengakui hakikat dan seterusnya mengambil hukum, itu saja. |
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 00:32
Pada 25-03-10 00:25 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-03-10 00:04 , myhoney posting: saya tahu..... saya menjawab kerana IM bertanya tentang ulama yang pernah berkata haram dengannya ..... terutama bagi fahamkan IM bahawa saya bukan org yang 'jatuhkan' hukum dalam hal ini... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 25-03-10 00:48
Pada 25-03-10 00:32 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Alangkah baiknya jika dalam method dakwah juga teliti sedemikian rupa. Nescaya akan terserlah demokrasi itu minhaj durjana, hingga ramai yang terpedaya. |
Alisha_Mardhiyah |
Posting pada: 25-03-10 15:12
Pada 23-03-10 21:51 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 23-03-10 14:59 , sakinahazzahra posting: lucu pula isu cenderahati untuk tetamu diperbesarkn... takkanlah tetamu datang kenduri semata-mata nak harapkn cenderahati tuan rumah... siap nak terasa hati bagai... terima sajalah dengan hati terbuka... ----------------- http://semua-barangmurah.blogspot.com |
myhoney |
Posting pada: 25-03-10 16:15
Pada 25-03-10 00:48 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-03-10 00:32 , myhoney posting: bila anda sebut method dakwah ni, mengingatkan saya, ada satu hutang yang belum selesai rasanya. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 25-03-10 17:34
Pada 25-03-10 16:15 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-03-10 00:48 , wuzaraa posting: Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh ku bayar, hutang budi dibawa mati. |
myhoney |
Posting pada: 26-03-10 10:28
Pada 25-03-10 17:34 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-03-10 16:15 , myhoney posting: apa hal pulak nak belayar dengan pisang emas ni dah tu bawa sebiji yang masak saja....habis yang putik nak dibazirkan saja kaa dunia semakin pelik nampaknya ... p/s : kalau nak belayar bawa bekalan cukup, jangan pisang emas sebijik saja... ikhlas. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
bezita |
Posting pada: 26-03-10 11:30
out of topic
menurut orang² tua dulu. pisang emas dimakan ketika berlayar ialah untuk hilangkan mabuk laut. |
myhoney |
Posting pada: 26-03-10 13:11
Pada 26-03-10 11:30 , bezita posting:
!!! QUOTE !!! out of topic ....jadi ubat rupanya patut lah tak ada pantun orang tua2 sebut 'ubi keledek dibawa belayar"...sedangkan berbanding pisang emas, ubi keledek lebih tahan lama. good info, thank you mmm..dah lari topik jauh sangat ni....u turn u turn .... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
i-shah03 |
Posting pada: 06-04-10 01:57
Pada 18-03-10 16:43 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! saya pun suka...berbincanglah dengan tenang..jangan emosi saya setuju tu. kalau boleh jangan ada niat nak menangkan diri sendiri dan jangan ada niat nak kenakan orang lain. saya pernah baca buku yang ditulis oleh Mualan Zakaria, "suat hari nanti tuntutan agama akan menjadi adat dan adat akan menjadi tuntutan hidup". ----------------- Nur kasih impian kasih Hingga termakbul Impian Kasih http://i-shah03.blogspot.com |
myhoney |
Posting pada: 06-04-10 14:10
Pada 06-04-10 01:57 , i-shah03 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 18-03-10 16:43 , sakinahazzahra posting: ada sahabat-sahabat saya yang menulis di ukhwah ni pernah mengingatkan saya tentang Hadis Rasulullah berkenaan suasana di akhir zaman ... yakni di akhir zaman nanti org yang ingin berpegang dengan sunnah seperti menggenggam bara api..... tentulah ia merupakan gambaran perbuatan yang sangat susah dan begitu perit sekali bagi sesiapa yang ingin menyusuri sunnah baginda saw ini..... saya dapat lihat dengan jelas suasana itu sekarang... terutama bila golongan agama juga turut 'menaburkan' saham membawa org awam lari dari berpegang dengan sunnah baginda dengan alasan yang macam-macam... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 07-04-10 09:26
Pada 06-04-10 14:10 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! . Salam.... Pemerintah adalah pembuat dasar danperundangan dan mempunyai badan eksekutif dan jenteranya untuk melaksanakan dasar. Suasana dan budaya dalam masyarakat terhasil salah satunya oleh faktor dasar dan kemampuan jentera pentadbiran. Banyak dasar tersebut sebenarnya bertentangan dengan satu faktor lain iaitu agama yang dianut rakyat, dalam konteks kita adalah agama Islam. Maka di sinilah peranan 'golongan agama' untuk mewujudkan penerimaan umat terhadap dasar tersebut. Mereka memainkan peranan dengan 2 cara: i) Mengabsahkan tindakan tersebut dengan menyatakan ia selari dengan Islam atau ia sesuai dengan maslahah hari ini. ii) Tidak menyentuh perkara tersebut dan membahaskan perkara-perkara lain yang tidak bertentangan dasar kerajaan seperti sekadar membahas aqidah, fiqh, akhlak dsbnya. Golongan agama tersebut, baik dari golongan kerajaan mahupun bukan, mengabsahkan perkara tersebut dengan dua pendekatan: i) Pendekatan liberal - Menghalalkan apa saja dasar kerajaan dengan mendatangkan apa saja dalil yang cuba disesuaikan. Adakalanya dalil bukan persoalan. Pendekatan ini sudah tidak lagi sesuai, kerana umat semakin pandai. Maka pendekatan kedua lebih berkesan. ii) Pendekatan moderat - Racun moderat ini sangat merbahaya. Ini kerana pendekatan moderat, mereka membahas fikrah Islam dengan benar, tetapi apabila hendak diamalkan ia disesuaikan dengan amalan sistem kufur. Contohnya riba, mereka membahas keharamannya panjang lebar, tetapi dalam aplikasi akhirnya tetap dibenarkan dengan alasan maslahah. Begitu juga hukum-hukum ekonomi yang lain. Apatah lagi hukum pemerintahan, mereka tidak menafikan kewajipan khilafah, tetapi tetap juga membawa altenatif lain. Golongan ini membawa bersama mereka pelbagai kaedah fiqh yang notabenanya untuk menghalalkan pelbagai perkara yang asalnya haram dengan hujah kemaslahatan umat hari ini. Senangkata mewujudkan subset Islam dalam kerangka kufur. Dari idea beginilah mereka dapat mewujudkan perbankan Islam, menghalalkan demokrasi, perkahwinan wanita Muslim dengan lelaku kafir, persetujuan agama samawi dan juga...... persandingan. Banyak lagi sebenarnya, yang dapat dihalalkan dengan pendekatan moderat ini. |
sakinahazzahra |
Posting pada: 07-04-10 11:41
Islam bermula sebagai dagang dan kembali sebagai dagang...
Takut juga ni.. institusi keluarga lah yang kena kuat. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
sharinor |
Posting pada: 07-04-10 12:15
kita tak boleh nak paksakan orang lain untuk melaksanakan islam macam yang kita laksanakan.
tapi kita mampu memulainya dari diri kita, pada keluarga kita...jangan salahkan orang lain kalau dia belum lakukan. Kita mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya. |
myhoney |
Posting pada: 07-04-10 14:36 !!! QUOTE !!! ii) Pendekatan moderat pendekatan menyelesaikan sesuatu masalah tentulah tidak sama kerana kekangan2 yang dihadapi juga berbeza .....menyelesaikan masalah persandingan dengan masalah sistem ekonomi atau sistem perbankan negara kita tentu juga memerlukan usaha yang berlainan sekalipun kedua-duanya terpesong dari landasan Islam...persandingan urusan yang kecil dan lebih mudah diselesaikan dalam kehidupan muslim....tapi sistem riba dalam perbankan ini sesuatu yang rumit dan mustahil dihapuskan total sekelip mata..... tidak adil juga jika kita mempunyai perasaan bahawa ulama2 yang berusaha bertungkus lumus mengkaji bagi mendapatkan satu solusi yang lebih mendekati kehendak agama dalam hal-hal perbankan islam ini dituduh sebagai moderat..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 08-04-10 11:04
Pada 07-04-10 14:36 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Antara ciri moderate, adalah mereka boleh menerima suatu hukum yang tidak sepenuhnya Islamik. Secara wadh'ei ia sememangnya tidak sah, tetapi diperbolehkan bagi kemaslahatan hari ini. Itulah moderate. Ada ulama' terkemuka hari ini yang secara spesifik melaung kepada pemikiran moderat, iaitu Islam yang dianggap pertengahan. Maka mereka menyerang mereka yang benar-benar mengambil Islam tanpa disesuaikan dengan sistem kufur hari ini sebagai fundementalis. Ada juga ulama' yang tidak setuju dengan idea Islam moderat tetapi mengambil kaedah yang sama diguna oleh golongan moderat, maka natijahnya juga sama. Memang sukar untuk membuang racun moderat dari tubuh umat. Contoh yang jelas baru saja kita lihat, diakui perbankan atau mahkamah 'syariah' tidak benar-benar menepati hukum Islam, tetapi masih boleh diterima sebagai satu yang syar'ie? Inilah bahayanya pemikiran moderat. Kerana dalam membahasnya, dikeluarkan segala nas dan pandangan para fuqaha dengan begitu jelas dan tegas sekali. Tetapi apabila sampai dalam praktik sebenar, maka ianya disesuaikan dengan sistem kapitalisme hari ini, dan kemudian ia didakwa patuh syariah. Lebih kelakar mereka menetapkan muamalah yang 50% patuh syariah, 60% patuh syariah, 70 % patuh syariah serta seterusnya dan memberi garis panduan bagaimana keterlibatan dengan hukum2 yang tak sepenuhnya patuh syariah ini. Apakah memang ini Islam yang kalian cari? Golongan ini sememangnya mendapat sokongan dan tajaan baik dari kerajaan, institusi2 kewangan,sesetengah gerakan Islam, jabatan2 agama, universiti2 mahupun media2 massa untuk melakukan penyelidikan untuk mengembang produk2 moderate mereka. Hingga ummat memandang mulia mereka dan menerima hukum moderate sebagai hukum Islam yang sah. Untuk membahas satu persatu hukum begini ia memang melelahkan, maka mendebatkannya disini saya rasa kurang berkesan apatah lagi jika kalian telah meletakkan kepercayaan kepada ulama' begini, pastinya ia akan mengundang ketegangan. Maka, cukuplah saya berhenti disini tetapi tetap saya akan terus serang pemikiran kufur ini dilain-lain kesempatan walaupun ada yang tidak menyenanginya. Kerana bukan redha manusia yang kita. Wallahua'lam. Just my2cents, wuzara |
wuzaraa |
Posting pada: 08-04-10 11:11
Pada 07-04-10 11:41 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! Islam bermula sebagai dagang dan kembali sebagai dagang... Hadith tersebut benar-benar terasa terjadi hari ini. Jika benar-benar mengamalkan Islam tanpa kompromi memang benar-benar kita akan rasa memang Islam umpama bara api. Kita juga akan rasa seperti orang asing (ghuraba) walaupun dikelilingi orang Islam, tetapi janji nabi beruntunglah orang asing tersebut. Jika kita taknak pegang bara api itu, tak sanggup jadi ghuraba, maka kita boleh ambil Islam secara moderat. Ada perbankan islam, insurans islam... maka senanglah hidup. |
myhoney |
Posting pada: 08-04-10 19:19 !!! QUOTE !!! Jika kita taknak pegang bara api itu, tak sanggup jadi ghuraba, maka kita boleh ambil Islam secara moderat. Ada perbankan islam, insurans islam... maka senanglah hidup. ...... tak boleh nak kata apa dah ...wuzara memang begini ... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 08-04-10 20:25
Bab makan minum betul-betul perhati halal haram.
Tapi bab ekonomi dan muamalat, boleh campur halal dan haram. Alahai... |
myhoney |
Posting pada: 08-04-10 22:04
Pada 08-04-10 20:25 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Bab makan minum betul-betul perhati halal haram. haa nak start emo lah tu... sama ada makan minum, ekonomi, muamalat, nikah kawin ... semua kita nak yang halal .... sapa nak benda haram ?? ... saya cari yang halal .... sebab tu pilih perbankan Islam.... kalau suka yang haram baik ikut perbankan konvensional... sebab saya tak pandai sangat tentang hal-hal dan perbincangan yang halus serta terperinci tentang ekonomi islam ni....maka saya soroti dan ikuti pandangan ulama serta ustaz2 yang saya tahu depa mengaji dan arif bab ini.... kalau wuzara tak yakin dengan ulama2 ekonomi dan perbankan Islam negara kita seperti Uzar....apa boleh buat .... tapi tak bolehlah tuduh org lain yang berpegang dengan pandangan beliau sebagai ambik riba pula.. ?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 09-04-10 09:16
Pada 08-04-10 22:04 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
Rasanya dilubok hati yang paling dalam, kita ada jawapannya adakah ia benar-benar Islam atau tidak. Cuma mungkin sukar untuk kita mengakui hakikat kerana konflik antara desakan hidup dan hukum yang setidaknya lebih baik dari perbankan konvensional. Saya tidak berhasrat untuk menghujahkan perkara ini, kecuali ada yang benar-benar faham dalil2 perbankan Islam dan hujahkan. Beberapa kali saya dan sahabat hubungi Uzar untuk berbincang perkara ini, langsung tidak dilayan. Saya faham memang perbankan Islam hari ini ada masalah secara teknikal akibat kekangan perundangan untuk selari dengan hukum syara' sepenuhnya, ada beberapa isu yang diketahui masih tidak syar'ie. Inilah yang cuba saya kongsi buah fikiran, kerana saya nampak jelas mana hukum yang masih tidak syar'ie dan mereka lagilah jelas. Inilah ulama' yang kak myhoney jadikan sandaran. Jadi terpulanglah... |
myhoney |
Posting pada: 09-04-10 12:18 !!! QUOTE !!! Beberapa kali saya dan sahabat hubungi Uzar untuk berbincang perkara ini, langsung tidak dilayan. cuba lagi...jangan manja...percubaan kali kedua ketiga gagal...mungkin yang keempat rezeki anda... !!! QUOTE !!! Saya faham memang perbankan Islam hari ini ada masalah secara teknikal akibat kekangan perundangan untuk selari dengan hukum syara' sepenuhnya, ada beberapa isu yang diketahui masih tidak syar'ie. Inilah yang cuba saya kongsi buah fikiran, kerana saya nampak jelas mana hukum yang masih tidak syar'ie dan mereka lagilah jelas. Inilah ulama' yang kak myhoney jadikan sandaran. Jadi terpulanglah... tahu tak pa .... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 09-04-10 17:18
Pada 09-04-10 12:18 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
'Terpulang' bukan bermaksud saya akan membiarkan golongan agama ini menipu ummat Islam. Mereka sepatutnya menjelaskan ekonomi Islam yang sebenar, bukan bawa idea moderat sampai ummat terpedaya. Nak diperbetulkan pun dah susah.... |
myhoney |
Posting pada: 09-04-10 20:22
Pada 09-04-10 17:18 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-04-10 12:18 , myhoney posting: keras betul bunyinya.....saya kurang gemar sikap pesimis anda ini....saya yakin ini bukan mewakili pendekatan yang dipegang oleh jemaah HT... ia lebih kepada sikap pribadi anda sendiri.... agak terkilan...langsung...langsung...langsung anda tiada kompromi dan tiada pengiktirafan sedikit pun terhadap ulama lain selain HT ...anda bantai merendahkan semua mereka sekalipun tahap kefahaman anda sendiri belum betul-betul diuji dan dicabar mereka ini. Saya bukan tandingan anda untuk isu ini....cumanya saya geram benar dengan 'eksen' anda ini. menarik jika anda dapat jumpa mereka contohnya uzar dan kemudiannya bertukar ilmu ... supaya disitu anda boleh sedar, sedikit yang anda ketahui sedang masih banyak yang anda belum terokai... saya doakan anda ditakdirkan jumpa ustaz zaharudin nanti dan saya pula ada disitu untuk mengadili dan tengok sejauh mana anda boleh pergi.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 10-04-10 08:54
Dakwaaan tidak menghormati ulama' selain HT adalah tuduhan yang berat. Hatta tidak mengambil pandangan mereka sepenuhnya, saya terima selagi mana ia dalam skop yang syar'ie. Saya doakan anda sedar perbankan Islam itu mencampuradukkan Islam dan kapitalisme, ia salah satu produk Islam moderat. Mungkin tulisandari Murabitun ini boleh memberi sedikit input tambahan.Pandangan Murabitun Sila Klik
Bukan mudah memahami detail perbankan Islam kecuali kita berada dalam institusi itu sendiri. Kerangka yang dikeluarkan oleh majmu' fatwa hanya sebagai guideline, tetapi amalannya berbeza-beza antara setiap negara dan bank. Penulisan UZAR berkenaan perbankan Islam saya kira paling mudah difahami bagi praktik di Malaysia. Saya sendiri boleh kata sudah membaca penulisan-penulisannya berkenaan perbankan. UZAR sendiri hanya membahas konsepnya secara umum, itupun kita boleh lihat talfiq hampir disemua konsep. Dan dalam banyak kes, tiada dalil yang diberikan kecuali ijtihad ulama' Malaysia. Sedangkan permasalahan yang paling kritikal adalah bagaimana untuk menyesuaikan konsep tersebut dengan polisi dan dasar bank yang masih kufur, dasar bank negara dan lain-lain peraturan seumpamanya tetapi hukum perbankan tersebut masih lagi syar'ie. Gabungan hukum kufur dan dan hukum Islam, tetapi natijah yang dikehendaki adalah Islami, bayangkan.. Ini sampai tahap yang sangat rinci, maka sepatutnya ia dijelaskan kepada ummat Islam. UZAR dalam banyak kes menyandarkan kehalalan tersebut kepada panel syariah. Tetapi usaha mendapatkan rincian ini hanyalah menemui kegagalan. Bank memang tidak berminat memberikannya walaupun kami pergi ke ibu pejabat. Saya juga sama seperti orang lain, perlukan rumah dan kenderaan. Mengumpul duit dalam jumlah yang sedemikian banyak bukanlah mudah. Kalau sememangnya ia syar'ie walaupun secara teknikal, mungkin dah lama saya ada rumah saya sendiri. Tetapi lebih saya cuba memahami perbankan Islam, lebih banyak kebathilan yang saya lihat dan lebih banyak yang cuba disorokkan dari ummat. Ia digarapkan sehingga seolah ia syar'ie oleh ulama' begini sehingga saya tertanya2 dimana kejujuran mereka dalam beristidlal. Memanglah mereka cukup mahir kerana dengan inilah mereka memperoleh phD dan memang itulah kerja mereka, berbanding saya yang mencuri-curi masa memahami sikit demi sedikit Islam dalam kesibukan yang amat sangat. Tetapi itupun sudah mampu membuat kita nampak ia benar-benar syar'ie atau tidak jika kita benar-benar kaji untuk mencari kebenaran, bukan ada sebarang kepentingan. |
myhoney |
Posting pada: 10-04-10 22:52
wuzara, memahami tulisan anda di atas, dan mendoakan keberkatan untuk anda ...
syukron untuk link yang anda berikan biarpun lenggok bahasa indonnya sukar benar saya fahami. Cuma tertarik dengan pandangan tokoh yakni Dr Umar Vadillo tentang riba dalam perbankan Islam. Beliau sempat ditemui suami saya beberapa kali dalam soroton minat suami terhadap dinar emas. .... atas dorongan Umar Vadillo, kami sudah dua tahun mula menyimpan dalam bentuk dinar atau emas bar. Tidak mampu untuk terus bertukar pandangan kerana banyak yang belum saya fahami....saya mengharapkan sedikit ruang untuk mengkaji dan mendapatkan sedikit pengetahuan. Semoga dapat bertukar pandangan dengan anda tentang perkara ini suatu masa nanti ... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
wuzaraa |
Posting pada: 11-04-10 09:00
Pada 10-04-10 22:52 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! wuzara, memahami tulisan anda di atas, dan mendoakan keberkatan untuk anda ... Alhamdulillah... terungkai jua salah faham. Jzzk atas doa anda, hanya Allah saja yang membalasnya. !!! QUOTE !!!
Ketegasan Murabitun dalam soal riba' mengundang hormat saya kepada mereka. Perincian Dr Umar Ibrahim Vadillo banyak yang boleh kita ambil kira. Ada juga perkara-perkara yang saya tidak sepandangan dengan mereka, tetapi itu tidak saya permasalahkan. Saya plan untuk beli dinar emas sejak tahun lepas. Tapi buat pilihan bela kambing dahulu. Bonus tahun ni nampaknya habis kat kereta pula. !!! QUOTE !!! Tidak mampu untuk terus bertukar pandangan kerana banyak yang belum saya fahami....saya mengharapkan sedikit ruang untuk mengkaji dan mendapatkan sedikit pengetahuan. Semoga dapat bertukar pandangan dengan anda tentang perkara ini suatu masa nanti ... Saya tidak salahkan anda dalam masalah ini, sememangnya ekonomi satu bidang yang amat kompleks. Tidak pelik jika umat menyandarkan kepercayaan mereka kepada ulama' yang membahas perbankan sebegini. Untuk membahas sistem ekonomi secara mendetail, selain masuk halaqah HT mungkin anda kena masuk halaqah murabitun barangkali. Saya sendiri mengambil masa 2 tahun membahas Nizamul Iqtisadi (sistem ekonomi), itu pun masih banyak yang masih saya belum faham lagi. Sekurangnya ia jadi asas untuk memahami sistem ekonomi Islam dan fiqhnya, banyak lagi yang perlu dipelajari. Saya doakan anda dikurniakan lebih kefahaman tentang perkara ini. |
myhoney |
Posting pada: 11-04-10 22:49 !!! QUOTE !!! Saya plan untuk beli dinar emas sejak tahun lepas. Tapi buat pilihan bela kambing dahulu. wah...dah kena belajar monitor pasaran emas semasa lah ni... ehem...apa kata beli dinar dengan saya saja...saya antara master agent public gold di zon utara .... !!! QUOTE !!! Bonus tahun ni nampaknya habis kat kereta pula. kalau anda boleh ubah habit pandu kereta 140km/j ... duit tu tentu tak perlu dihabiskan untuk kereta.....beli dinar saja lah... tapi mungkin juga kereta tu untuk jihad fisabilillah.....tak berulang lagi kisah 'terkilan' tak dapat bawa pak imam pergi program... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 18-05-10 22:03
Tidak lah bertujuan sangat memanaskan topik yang lama ni, tapi pengalaman teman saya ini mungkin boleh direnung bersama untuk diambil langkah pengawalan yang sewajarnya sebelum ianya jadi budaya yang sukar dihapuskan.
baru-baru ni ada kawan berkongsi pengalamannya menghadiri kenduri kawin saudaranya di Kuala Lumpur. Majlis itu katanya buat kat dewan dan ada persandingan. tapi pengantin perempuan memakai purdah..... payah jugak ni, agaknya inilah yang kita bimbangi sangat...ada .org yang inginkan agama tapi tetap nak juga perkara yang tak ada dalam agama,..maka bersandinglah juga tapi berpurdah. Tak mustahil 'persandingan macam ni' akan makin popular pada masa akan datang....betul-betul saya tak faham bagaimana mereka-mereka ini memandang dan menilai 'persandingan' sehingga ke tahap ini mereka sanggup dipertahankan. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 07-06-10 21:28
musim cuti sekolah adalah musim orang menikah...
setakat ini , sudah 5 jemputan kenduri kawin yang telah saya penuhi. Kesemua majlis walimah tersebut pengantin perempuannya bertudung tapi pendek menampakkan bonjol dadanya, memakai pakaian yang mengikut bentuk tubuh, mekap tebal, bersalaman dengan tetamu dalam keadaan tabaruj, ada pelamin dan majlis sanding, ada muzik dan nyayian serta makan beradat....kesemua majlis yang saya hadir menganjurkan majlis walimah yang bersalahan dengan kehendak agama. Ya Allah ya Allah ya Allah......adakah mereka ini berani untuk mengaku mereka jahil tentang kehendak agamaMU ? patutlah generasi yang lahir kebelakangan ini semakin 'keras' dan sukar dilentur....mereka lahir dari sebuah majlis walimah yang bermaksiat kepada Allah.... wahai adik2ku yang bakal menamatkan alam remajamu dan melangkah ke dunia rumahtangga yang penuh dengan ujian/cabaran serta amanah yang berat....jagalah majlis walimah kalian, carilah redha Allah berbanding redha manusia, ingati Allah ketika hari gembiramu mudah-mudahan Allah mengingatimu ketika hari dukamu.....,berumahtangga bukan setakat hari kenduri saja, perjalanan yang getir sebenarnya baru bermula, jika Allah berpaling dari kalian kerana kemurkaanNya, rumahtangga akan jadi neraka' bagi manusia.....anak-anak akan jadi racun yang berbisa...pasangan pula akan menjadi petaka...... mulia majlis kawin kerana barokah yang ada padanya...bukan grandnya makanan, persandingan. buah tangan , cantiknya pengantin dan kehebatan 'dunia' yang diuli atas nafsu manusia semata-mata... .... semoga Allah memimpin kita semua... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
hikarunogo |
Posting pada: 07-06-10 22:03
Pada 18-03-10 10:34 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-03-10 16:14 , myhoney posting: dah kalau isteri yang "ketega'" macamana tu? |
Martyr |
Posting pada: 08-06-10 01:51
Pada 10-04-10 08:54 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
erm jangan lupa kongsikan dengan saya. boleh emelkan pada saya [email protected] tentang perbankan islamdan takaful yang pernah saya tanya suatu zaman dahulu. ----------------- |
myhoney |
Posting pada: 08-06-10 12:43
Pada 07-06-10 22:03 , hikarunogo posting:
!!! QUOTE !!! Pada 18-03-10 10:34 , sakinahazzahra posting: isteri ketiga atau keempat pun kena jaga...tak boleh 'peraga'....semua isteri 'amanah' nya sama untuk sang suami.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 08-06-10 12:49
ada pasangan yang nak kawin....belum kawin pun dah bersanding....
saya terjumpa banner yang di pasang di tempat kenduri yang terdapat pasangan pengantin dalam pakaian 'raja sehari'......bila masa menikah ?....kan kendurinya baru hari ini ??? begitu juga saya pernah terima kad jemputan kawin yang termuat pasangan yang nak kawin bergambar dekat bersama, siap tangan atas bahu lagi..... saya pernah tanya, ni bila bergambar ??...dijawab...masa bertunang!.......astagfirullah, bertunang saja dah dapat tiket bergambar bersama dan berpegang bahu pula.... alangkah menyelewengnya amalan melaksanakan urusan pernikahan dikalangan muslim di negara kita sekarang.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
mimi_eniliana |
Posting pada: 08-06-10 13:25
Pada 08-06-10 12:43 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 07-06-10 22:03 , hikarunogo posting: kak.. isteri "ketega" tu kalau ikut ejaan.. adalah macam ni.. KETEGAQ.. hehehe ..orang kalau dok kat kedah konpom tau apebenda ketegaq tu... ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 08-06-10 17:06
sudah lama amalan2 ini diselewengkan dari jalan islam.. sejak zaman dulu lagi.. bukan amalan perkahwinan sahaja, malahan banyak lagi.. tak tahu nak kata, tapi memang kebanyakan kita lebih ikut adat dari syariat.. lebih takut apa yang orang kata dari Allah kata.. lebih risau apa yang orang nampak dari apa yang Allah nampak.. tak ke serba salah dibuatnya.. dari ke datok nenek sampai ke saudara mara, macam-macam idea dan cadangan nak dibuat dari awal bertunang sampailah ke sanding, makan2.. haha.. entahlah..
----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
suntikan_srikandi |
Posting pada: 09-06-10 09:56
Cara nak kenal pengantin yang bagus lagi praktikal pada pandangan saya ialah pengantin itu sendiri yang melayan tetamu di meja makan. bertegur siapa dengan tetamu yang datang dari mula majlis sampai selesai. itulah ganti kepada adat bersanding yang rasanya lagi susah tetamu nak jumpa pengantin. tetamu makan kat khemah, pengantin sibuk bersanding dan bergambar di dalam. bersesak2 nak tengok pengantin, akhirnya jom lah balik...kita salam mak pengantin sajalah! cuma yang datang ptg2 bila majlis dah selesai baru dapat jumpa pengantin yang baru nak keluar ke khemah...itulah yang selalu saya alami setiap kali ke kenduri...susah nak jumpa pengantin. tengok dr jauh saja...sah lah kita ni jenis tak suka nak bersesak2.
----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...> |
myhoney |
Posting pada: 09-06-10 10:39
Pada 08-06-10 13:25 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-06-10 12:43 , myhoney posting: oooo ketegaq....hahahaha..... kalau isteri ketegaq suami kena lebih-lebih ketegaq...jangan mengalah....amboiii.... begini lah.....masa baru menikah ni biasanya isteri 'sami'na wa ato'na....cakap elok-elok kat dia...ayat dia baik-baik....kasi ayat power sikit, contohnya " ayang sangat cantik pada abang...abang nak kecantikan ayang untuk abang seorang...abang tak sanggup kita sanding dan semua mata tengok kecantikan ayang...abang cemburu rasanya...lagi pun haram abang biarkan ayang ditonton dalam keadaan tabaruj macam tu....apa abang nak jawab pada Allah nanti bila ditanya Kenapa biarkan isteri begitu???.... alaa reka lah ayat yang ummpp sikit kasi dia cair...mesti dia ikut punya.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
madyie |
Posting pada: 09-06-10 12:00
salam...yang saya tau, sanding tu bida'ah,sebab jadi tontonan...pasal makan beradap tu, boleh lah kita kiaskan dengan sanding...
kadang-kadang mmang si pangantin taknak, tapi ada ahli keluarga yang mahu, bahkan yang sponsor.....katanya hanya sekali seumur hidup... |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 09-06-10 14:48
Bismillahirrahmanirrahim
Salam Setiap insan ada kekurangan ada kelebihan. Ada kesilapan, ada kebetulan. Yang muda menghormati yang tua..dan yang tua mengasihi yang muda. Begitu juga yang berada ditahap tinggi tidak semestinya mereka orang terbaik...sebaliknya pula yang terendah tahap situasinya..tidak pula yang paling buruk dan tidak baik. Apa pun yang berpengalaman tidak semestinya juga semua & setiap sudut mereka tahu...apalagi yang tidak berpengalaman tidak semestinya pengetahuan mereka terhad & tidak ada manfaatnya langsung. Kembali kepada yang menganggap sesuatu itu suatu yang terlalu abstrak atau terlalu sensitive atau tertutup..tak semestinya mereka yang dianggap sedemikian adalah dikalangan mereka yang sempit kotak pemikirannya...manakala yang menganggap mereka yang terbuka sangat tersasar jauh sekali dengan fahaman yang dipelajari. Berbalik kepada soal berilmu, suatu penyampaian itu perlu difikir, dikaji & dihayati dahulu sebelum mengatakan suatu itu dan ini. Terpulang kepada yang melihat perkara ini bercanggah atau tidak...terlalu bersifat mutlak atau tidak...tetapi menilailah dengan mata hati...maka kamu akan menemui jawapan yang bertepatan dan sesuai dengan diri, keadaan yang terutama agama yang dipegang. Setiap teguran & pengajaran yang hendak disampaikan...kalau tak kena gaya...memang beginila.. akan ada yang makan hati, sakit hati, tak puas hati...lastnya...kita lah kena berhati-hati dalam perjalanan & penyampaian. Baik ambil, jadikan teladan., buruk jadikan sempadan juga tauladan. Bukan dengan pelbagai pengecopan atau perlabelan ye. Ilmu dan perkongsian yang menarik. .. Maaf sebelum itu ya...semua yang di quotekan dibawah... minta izin dulu ni.... nanti ada pula yang bertanya apa kena lah...dia p quote kembali. Bagi memudahkan rujukan sendiri....walaupun bukan yang lain... penat dah baca dari muka 1 sampai habis...tak juga jumpa jalan tamatnya... Pada 17-03-10 16:14 , myhoney posting: !!! QUOTE !!! salam, Ukhti...... haram hukumnya.? Pada 17-03-10 21:41 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
ye ke ukhti myhoney. Ana baru tahu...Syukran atas nasihat dan peringatan ini. InsyaAllah tauladan untuk akan datang. Pada 18-03-10 08:13 , nurkamar posting: !!! QUOTE !!!
Ukhti nurkamar...boleh juga kalau nak buat macam ni kan. Ana pun setuju cara ini. Simple & jimat masa lagi tenaga. Ada sepupu ana minggu depan begitu juga planningnya.. Pada 18-03-10 10:12 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Faham-faham penyampaian ini. Tapi itulah masalahnya ukhti..... ai., macam mana lah nak pertahankan ini ye, kesilapan tanpa sedar.. perlakuan pula tanpa difikirkan. belum lagi tapi kena fikir berpuluh kali. Kalau family semua satu hati dan persepsi yang sama tak pa...ini lain hati, lain ragam, lain pula caranya. Aduhai....suatu yang perlu dipandang serius juga..bukan ‘tak apa lah..perkara kecil saja’. Pada 18-03-10 10:35 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Part sinar boldkan... ukhti, jika ini ditekankan orang sekarang...maka tiada lah yang dikatakan pelbagai melanggar hukum. Masalahnya ukhti....bila perkara ini dikemukakan,...akan ada yang menyangkal dan mengatakan ikut sangat, terlampau sangat. Ini bukan kira ‘terlampau sangat’...tapi kalau dah hukum nak atau tidak perlu ikut juga. Perkara lain tak jadi pandangan utamanya... Pada 18-03-10 10:45 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Ukhti....sinar suka part yang ini... Teringat pula masa majlis iftar diIPT. Memang best...macam adik beradik. Merapatkan ukhwah lagi cara macam ni. Aa’h kan ukhti...asingkan tempat muslimin & muslimat..itu cara yang sesuainya. Mana boleh satukan & bersama... hmm....begini dunia kini. Betul, sinar kalau makan depan muslimin, conferm akan terpelanting ayam & udang, tambahan lagii bila terpaksa guna sudu & garfu. tak dapat lah cover malu atau segan lagi. (padahal tiada pun sampai macam ni...) cumanya setiap kita ada cara & pandangannya..namun dari sudut pemerhatian syariat...jangan sekali ketepikan sudah lah ye.. Ha, jaga...bukan peraga eh.... Pada 18-03-10 10:52 , amirahni posting: !!! QUOTE !!! Terima kasih Syukran ukhti..... punya lah lama topik ni.., harini baru tergerak nak baca. Apapun...banyak,.sangat info yang berguna. Dari tak tahu kepada tahu, dari yang tahu lagi jelas penjelasannya. Pada 18-03-10 10:52 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Pernah juga berlaku ini dikalangan orang terdekat. Kurang enaklah jika begini. Setiap kita ini tiada yang berbeza....sama sahaja. Orang tinggi ke orang rendah, orang cerah atau gelap, orang kaya atau miskin....semuanya datang dari yang satu pulang kepada yang satu juga...jadi biarlah bersama merasa kasih sayang & kelebihan yang ada itu. Pada 18-03-10 11:04 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Baca part yang diboldkan diatas, jadi bimbang pun ada. Ukhti myhoney...macam mana pula kalau pengantin perempuan itu dihiaskan dengan selendang berkelip-kelip diatas tudung. Itu pun sama juga ye? Pada 18-03-10 11:13 , myhoney posting: !!! QUOTE !!! Saya bukan perli....muslimin perlu lebih peka terhadap kehormatan pengantin muslimah yang baru dikahwini. ....jesteru mulianya nilai seorang isteri janganlah bebaskan kecantikan mereka dengan wajah yang dihias berseri ditonton umum dimajlis kawin mereka nanti. Setuju. Alahai...tapi tak ramai yang tahu. kalau ada pun suami yang bertegas, isteri pula yang berkeras....ada tau bukan tak ada. Kasihan pula kepada suami mereka. Kesimpulannya, pelajarilah dahulu segenap aspek sebelum kahwin, agar diri sedia ada ilmu yang boleh diterapkan dalam kehidupan. Orang dulu-dulu kawin belajar dulu ke? .....terpulang pada diri pasangan, pilih mana yang terbaik dari sisi Islam. Utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia.... hari ini kalau ikut pandangan manusia...tidak hirau pandangan Allah.. next time, kita akan terima pengajarannya. Dari apa yang dilihat dan yang dilalui. Pada 22-03-10 16:07 , myhoney posting: !!! QUOTE !!! Pada 22-03-10 08:21 , wuzaraa posting: Nice.... menilai dengan mata hati..... kamu akan lihat apa yang terselindung apa pula kebenaranya. Pada 22-03-10 17:05 , sakinahazzahra posting: !!! QUOTE !!! Dari pembacaan saya Syukran ukhti myhoney.... Syukran juga buat posting ini. Jelas lagi bertepatan. barakallah Pada 23-03-10 15:10 , myhoney posting: !!! QUOTE !!! Pada 23-03-10 11:46 , sharinor posting: Pada 23-03-10 15:46 , sharinor posting: !!! QUOTE !!! Salam myhoney... Sokong! Ukhti2ku.... Pada 23-03-10 21:17 , myhoney posting: !!! QUOTE !!! Pada 23-03-10 15:46 , sharinor posting: Bukan ukhti saja....sama saja lah gayanya dengan ana. Pada 23-03-10 21:34 , myhoney posting: !!! QUOTE !!!
Belajar...bukan membantah ye......rakan semua. p/s: maaflah ye semua.....sahabat. sinar fikir, ukhti myhoney bercakap bukan atas dasar nak menangkan diri beliau atau beliau sahaja yang betul... tapi sebaliknya ada yang hendak disampaikan dengan saudara. Jangan pernah merasa diri kita atau yang lain dah terlalu baik...sebaiknya, sama-sama fikir. Sekian... mohon maaf jika ada salah & silap. |
hafiz_along_83 |
Posting pada: 09-06-10 16:48
mudah-mudahan Allah ampunkan kita semua.. apa yang telah berlalu, kita ambillah teladan untuk masa depan.. pegangan islam dari generasi ke generasi seolah-olah semakin longgar, pada pandangan saya lah.. hinggakan akhirnya ulama2 dan orang-orang berilmu memberi jawapan yang boleh dikatakan fleksibel dengan dengan keadaan semasa hari ni.. entahlah.. saya harap Allah ampunkan dosa2 saya.. bukan sengaja nak beralasan atau auta kat Dia.. tak guna pun..
----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. |
sakinahazzahra |
Posting pada: 10-06-10 06:34
pernah hadiri kahwin, tudung disesuaikan dengan baju..masa pakai kebaya pakai tudung, bila tukar baju dengan gaun putih, tudung dibuka. manalah peranan ibu bapa perempuan itu...takkan relakan saja.
*bapa atau suami yang membiarkan isteri atau anak-anak perempuan tidak menutup aurat termasuk dalam kategori lelaki dayus menurut Islam yang mana ada hadis lelaki dayus termasuk 3 golongan yang tidak mencium bau syurga...nauzubillah ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
myhoney |
Posting pada: 17-06-10 01:09
terima kasih untuk sinarabadi...akak tak tau nak jawab yang mana panjang sangat sinar quote kat sini...
tentang tudung berlabuci merelip2 tu...InsyaAllah, boleh. Janji tidak jarang dan tidak ketat....sekarang ada yang letakkan selendang cantik ni di atas tudungnya...tak ada masalah untuk hari kawin pakai tudung merelip ni. Cuma jangan tempek mekap tebal dan berpakaian tidak tutup aurat.. kalau nak mekap dan baju kebaya juga, duduk dalam bilik saja...tak payah keluar, biar tetamu perempuan yang masuk bersalam kat bilik. Pastikan betul-betul selamat...tiada lelaki ajnabi yang dapat 'bolos' ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 17-06-10 01:20
Pada 10-06-10 06:34 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! pernah hadiri kahwin, tudung disesuaikan dengan baju..masa pakai kebaya pakai tudung, bila tukar baju dengan gaun putih, tudung dibuka. manalah peranan ibu bapa perempuan itu...takkan relakan saja. inilah sakinah.....ada yang melenting .... bila kak honey tegur 'muslimin janganlah display kecantikan isteri' pada hari kenduri kawin mereka, ramai yang tak puashati dengan akak....huhuhuhu... tu hari kenduri kawin.....hari2 lain bagaimana pula?? akak baru pulang dari aktiviti hari keluarga anjuran jabatan suami. Masa sukaneka ada seorang wife tu seksi sungguh sekalipun berpakaian dan bertudung....t shirt singkat dengan seluar 'kain lembek' yang melekat kat badanya....berbentuk jelas semuanya. Lepas tu sanggup main boleh tampar kat pantai sampai 'bergegar' semuanya.....Astaghfirullah, tak tau mana nak letak muka malu kita memandang....tapi suaminya yang ada bersama langsung tak rasa apa bila 'suami org lain' turut memandang seksi bininya.....pelik betul suami yang macam ni. Seperti sudah 'hilang nikmat' rasa kerana langsung tak cemburu kat isterinya... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-06-10 10:50
Bismillah
Salam Alaiyk... err...minta maaf sebelum itu ye. Syukran ukhti my honey... tapi kan., sinar pernah dipesan oleh ayah sinar, jika kita ternampak atau kelihatan ada seorang yang tidak elok pekerti atau pakaiannya...dari jauh.. maka eloklah kita simpan dalam hati dan berdoa untuknya.. tapi boleh ke kita cerita dibelakangnya....(mungkin maksud ukhti untuk beri tauladan kepada kami..Alhamdulillah.. tapi dah terlalu detail lah tu ukhti).. (sinar baca pun rasa lain.) maaf.. sekadar pandangan. |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-06-10 10:56
sakinah: memang ada sebahagiannya masa nikah dan bersanding lain gayanya. Tapi rasanya tak boleh salahkan ibubapa juga...semuanya berbalik kepada tuan punya diri (pengantin) tersebut.
Ana pernah hadiri 1 majlis walimah.. ibubapa pengantin punya pertahankan suruh anaknya pakai tudung..tapi anaknya berdegil juga tidak mahu..akhirnya sampai jam 2 lebih pun pengantin masih belum bersanding. Sehingga kami balik pun tak jumpa-jumpa pengantin. Jadinya..diri individu itu sebenarnya kena tegas atas peranannya sebagai wanita Islam dan muslimah. Just pendapat sinar. maaf sekali lagi jika ada yang terasa..sama-sama kita perbaiki. |
myhoney |
Posting pada: 17-06-10 11:41
Pada 17-06-10 10:50 , SiNaRaBaDi posting:
!!! QUOTE !!! Bismillah tidak saya sebutkan nama atau apa-apa pengenalan tentangnya...ia umum, saya yakin sesiapa di sini tidak kenal... ...atau ada sesiapa yang boleh meneka siapa?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
itsme |
Posting pada: 17-06-10 12:06
salam
nak berkongsi cerita sikit ye.hehe.. perkenalan dengan suami sangat indah, bercinta lepas kawin, sma2 hidup dalam jalan tarbiah, disatukan pun di atas jalan tarbiah, dengan niat, tujuan dan cita-cita yang sama, nak hidup mulia atau mati syahid. masa saya nikah dulu, majlis sangat simple. belanja semua habis lebih kurang rm1000 saja untuk kenduri, cenderamata dll. baju pengantin saya jahit sendiri, jubah biasa saja. dalam 3 pasang, tapi pakai 2 pasang saja. ada lagi siapa nak pinjam bolehlah. lembu pulak yang sendiri punya, biasala orang kg ni suka pelihara lembu senang nak buat kenduri. lepas itu lepas akad nikah kat masjid, balik rumah, terus bergambar dalam bilik, sebab bilik saja hias cantik. lepas itu makan dalam rumah saja, tetamu makan kat luar. tak ada pelamin, tak ada meja makan khas kat laman rumah. cenderamata untuk tetamu pulak, simple sangat. dalam beg ketas ada sapu tangan dengan gula2 murah saja, hehe sama saja semuanya. walaupun belah laki ni orang berada, siap yang pangkat datuk lagi datang sekali, tapi itu saja yang semua dapat. belah laki pun sama, habis dalam lebih kurang rm1000 saja untuk kenduri. makan2 kat dalam rumah, lepas itu hadiah pun simple2 juga. just nak bagitahu orang yang kita dah kawin saja. tapi bila time honeymoon, memang sakan lah kami bercuti. walaupun pergi langkawi saja, tapi seminggu kat sna sewa kereta yang paling canggih dan mewah, khas untuk meraikan cinta kami yang baru berputik. macam org kaya baru saja rasa, dan memang sakan sungguh lah keindahan masa honeymoon berdua tu. maklumla bercinta lepas kawin, baru nak kenal masing-masing..seronok dan kenangan yang sangat manis. bak kata suami, masa kenduri tu kita jamu org, buat simple2 saja. ni time honeymoon khas untuk kita berdua, jadi kena lah istimewa. lepas itu alhmdlh suami memang pandai berjimat, lepas kawin kan banyak nak guna duit untuk mulakan hidup baru, jadi tak ada masalah nak sewa rumah, beli kelengkapan dan mulakan hidup berdua. sangat indah rasanya. nasihat saya, contohilah kami...hihi. tak perlu pun buat kenduri kawin besar-besar berabis sakan, lepas itu lepas kawin sbuk nak bayar hutang, tak mampu nak mulakan hidup baru. beringat2 untuk masa depan. tak sedikit yang kawin lepas itu cerai sebab masalah DUIT... sekarang tengah tunggu masa nak bersalin. doakan saya ye semua. semoga dapat anak yang soleh dan solehah. amin.. |
sakinahazzahra |
Posting pada: 17-06-10 13:34
Pada 17-06-10 10:56 , SiNaRaBaDi posting:
!!! QUOTE !!! sakinah: memang ada sebahagiannya masa nikah dan bersanding lain gayanya. Tapi rasanya tak boleh salahkan ibubapa juga...semuanya berbalik kepada tuan punya diri (pengantin) tersebut. Kalau baca dan fikir baik-baik sebenarnya bukanlah nak salahkan sesiapa.. opps..malas pula cakap panjang lebar..saya bukannya pandai sangat cakap ..jangan fikir yang bukan2 ya..tiada apa-apa sakit hati ke terasa ke apa ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-06-10 14:14
Pada 17-06-10 11:41 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-06-10 10:50 , SiNaRaBaDi posting: boleh teka agaknya...hehe.. ok2, sinar cuma bagi pendapat saja. maaf ea ukhti. |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-06-10 14:17
Pada 17-06-10 13:34 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-06-10 10:56 , SiNaRaBaDi posting: tiada.... |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 17-06-10 14:25
Pada 17-06-10 12:06 , itsme posting:
!!! QUOTE !!! salam InsyaAllah... semoga melahirkan anak dengan selamat ye. Menarik baca perjalanan kisah ukhti itsme. RM1000.. boleh rasanya ukhti nak belanja dalam jumlah ini. Ikut pula dengan persetujuan family. Sinar pun lebih suka cara macam tu simple dan tiada bebanan hutang. 1 minggu lepas, hadiri majlis bertunang..dah macam kenduri kahwin. semalam menghadiri sebuah rumah... persiapan untuk hias bilik pengantin sahaja mencecah angka belas ribu termasuk katil,almari, lampu dan kelengkapan lain.. belum lagi majlis walimah di PICC, nikah d masjid negara... grand betul ni... mereka lebih wang..InsyaAllah..ok lah.. bagi yang sederhana..buat ala kadar pun dah memadai. Itu lebih baik. |
myhoney |
Posting pada: 17-06-10 15:31 !!! QUOTE !!! tapi bila time honeymoon, memang sakan lah kami bercuti. walaupun pergi langkawi saja, tapi seminggu kat sna sewa kereta yang paling canggih dan mewah, khas untuk meraikan cinta kami yang baru berputik. macam org kaya baru saja rasa, dan memang sakan sungguh lah keindahan masa honeymoon berdua tu. maklumla bercinta lepas kawin, baru nak kenal masing-masing..seronok dan kenangan yang sangat manis. wah seronoknya..... tahun bila kawin ni ?....belanja kenduri rm1000 saja ?...menakjubkan.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
amira_aqilah |
Posting pada: 18-06-10 08:22
Pada 09-06-10 09:56 , suntikan_srikandi posting:
!!! QUOTE !!! Cara nak kenal pengantin yang bagus lagi praktikal pada pandangan saya ialah pengantin itu sendiri yang melayan tetamu di meja makan. bertegur sapa dengan tetamu yang datang dari mula majlis sampai selesai. itulah ganti kepada adat bersanding yang rasanya lagi susah tetamu nak jumpa pengantin. tetamu makan kat khemah, pengantin sibuk bersanding dan bergambar di dalam. bersesak2 nak tengok pengantin, akhirnya jom lah balik...kita salam mak pengantin sajalah! cuma yang datang ptg2 bila majlis dah selesai baru dapat jumpa pengantin yang baru nak keluar ke khemah...itulah yang selalu saya alami setiap kali ke kenduri...susah nak jumpa pengantin. tengok dr jauh saja...sah lah kita ni jenis tak suka nak bersesak2. |
suntikan_srikandi |
Posting pada: 18-06-10 11:50
Pada 18-06-10 08:22 , amira_aqilah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-06-10 09:56 , suntikan_srikandi posting: ...haaa...nak tulis ni..kat blog da saya ada copy sajalah ek...eheheh..thanks qilah..semakin semangat ni nak tulis.. kasi qilah munge ----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...> |
amira_aqilah |
Posting pada: 18-06-10 13:05
hehe..bagus2 srikandi..nanti saya baca kat blog awak. need some ideas??jst tell me.
royalti jangan lupa bahagi 2..kidding... |
myhoney |
Posting pada: 18-06-10 15:00
hai .... ada yang bincang pasal nak bisnes kat thread hamba???...sampai hati...
----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
suntikan_srikandi |
Posting pada: 18-06-10 15:34
Pada 18-06-10 15:00 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!! hai .... ada yang bincang pasal nak bisnes kat thread hamba???...sampai hati... oh maaf ye myhoney ...itu satu gurauan. yang penting thread myhoney ana suka! kalau dulu ana cuma ada impian nak bersederhana dalam walimah tapi taktau cara terbaik. tapi dengan adanya thread ni alhamdulillah, nampak jalannya... kasi munge kat myhoney lah...jangan mara aaa.... ----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...> |
shimaku |
Posting pada: 18-06-10 19:51
tak tahu lah nak menyampuk macam mana...apapun hope perkahwinan yang di bina berkekalan...
----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer** |
zaireen |
Posting pada: 20-06-10 23:16
sahabat-sahabat semua,
Kesimpulannya, buatlah amal ma'aruf nahi mungkar. Semuga semua pancaindera yang dianugerahkan Allah SWT digunakan sebaik-baiknya. Bila menggunakan mata, lihatlah melalui penglihatan Allah SWT. Kalau sesuatu itu buruk disisi Allah SWT maka tinggalkanlah. Gunakanlah akal dengan bijak bila menangani isu-isu perkahwinan ini. Jangan sampai ada yang buruk sangka, pembaziran yang melampau dan apa-apa perbuatan yang berunsur maksiat hendaklah dihindarkan sama sekali. "Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran" |
amira_aqilah |
Posting pada: 21-06-10 08:36
Pada 18-06-10 15:34 , suntikan_srikandi posting:
!!! QUOTE !!! Pada 18-06-10 15:00 , myhoney posting: maaf dengan sangat kepada yang salah faham. ___________ Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara. Maka dikatakan: Wahai Rasulullah SAW kami telah mengetahui erti atas-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab Nabi SAW: Orang-orang yang sombong - riwayat al-Tirmizi |
myhoney |
Posting pada: 21-06-10 12:29
tak ada...saya pun main-main saja... saja nak ngusik, tidaklah saya ni sensitip sampai macamtu sekali.... hahaha..
----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
itsme |
Posting pada: 22-06-10 11:37
Pada 17-06-10 15:31 , myhoney posting:
!!! QUOTE !!!
nikah jun 2009. memang orang dengar macam tak logik, dengan kos hidup mahal sekarang. tapi hakikatnya itulah. buat secara gotong royong, lepas itu lembu sendiri punya, buat kenduri kesyukuran lah ni. tiada lain yang diharapkan melainkan pernikahan yang barakah. hantaran pun rm5000 saja. paling murah di abad ini. hihi. |
usaidUSAID |
Posting pada: 25-06-10 18:48
salam..maaf lari tajuk sikit
tapi saya betul-betul nak tau ni. harap ada yang sudi jawab saya rasa brothers/sisters kat sini semua arif pasal trend fesyen pengantin terkini.daripada amatan saya yang paling terkini(saya bukanlah seoragn fashionist) yang mesti ada kat pengantin perempuan ialah bulu mata palsu.adik-adik perempuan saya kahwin pun begitu juga.saya dapat tau yang pemakaian rambut palsu adalah haram.so bulu mata palsu bagaimana pula ya.. anyway, i like this thread.thyanks to myhoney sudi berkongsi &sangat tegas pertahan pegangan awak dalam soal ni.walaupun banyak temtangan tapi percayalah apa yang myhoney tulis membuka mata hati saya &ramai lagi!teruskan usaha anda semua!! |
wuzaraa |
Posting pada: 25-06-10 21:25
Saya sambil buat kerja, dengar2 rancangan Imam Muda di Astro Oasis sebentar tadi. Terus taip entry ni.
Dengar pandangan dari peserta Imam Muda yang diajukan persoalan tentang masalah pergaulan bebas dan aurat, didapati ramai yang mempunyai ketokohan dan gaya seorang Imam. Mereka kemudian mengikuti serbuan JAWI, memberi kaunseling dan nasihat kepada mereka yang ditangkap khalwat, nampak meyakinkan. Tetapi rancangan ditutup dengan paparan pernikahan salah seorang peserta Imam muda. Terkejut saya, isterinya memakai pakaian ketat,tudung tak menutup dada, make up tak payah cerita lah.... alahai Imam Muda. |
wuzaraa |
Posting pada: 25-06-10 21:54
Sambung lagi...
Selepas rancangan Imam Muda, sekarang ni tengah rancangan Liga Ilmu. Bicara tentang keruntuhan akhlak dan moral remaja. Menuding kepada remaja, ibu bapa, guru, pak guard, cyber cafe, akhirnya jawapan yang diberi bahawa kita semua adalah pemimpin, maka salah semua. Maka, sekali lagi terselamatlah Pemimpin Barisan Nasional. |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 26-06-10 00:52
Bismillah
Salam Antara yang termasuk dalam kategori perkara yang 'mengubah', 'mengadakan'. Apakah keperluan untuk menggunakan bulu mata palsu. Maaf sekadar pertanyaan.. Jika kekhilafan itu dilakukan tanpa pengtahuan tidak mengapa.. masih boleh bertaubat. Sebaiknya elakkan lah. Berkenaan tudung pengantin.. sinar pun terfikir.. gaya macam mana lah ye semasa majlis sinar nanti. Semoga Allah mengukuhkan dan menetapkan hati ini untuk terus istiqamah dengan kehendak syariatNya. Bertanya boleh.. Mohon pendapat antum semua... Apakah atau bagaimana sekiranya tudung yang dipakai oleh pengantin ikut gaya tudung masa kini (tudung indonesia) kemudian dililit dengan selendang? walaupun masih labuh menutup. hmm... macam merumitkan lagi membanyakkan kerja kan. Kalau guna tudung labuh senang, tutup dan terjaga..lagi sempurna. Tapi salah atau tidak seperti pertanyaan tadi..? sila pendapat.. =) (bagi mereka yang dah biasa bertudung labuh...lagi susah untuk tukar cara dan gaya mereka, walaupun hari perkahwinan atau event tertentu. Pastinya rasa janggal dan teramat tidak selesa dan tidak senang hati) ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN. |
faqir_imara |
Posting pada: 26-06-10 12:22
Sejak dari dahulu saya perhatikan, bab persediaan majlis menjadi kegemaran kaum hawa, baik penyedian hantaran, pakaian mahupun hiasan bilik pengantin. Saya ingin berkongsi pengalaman ketika saya melalui sebuah kawasan puncak tertinggi di Istanbul bahagian Asia, terdpt ramai pengantin mengadakan majlis di sana. Kebayakan pengantin wanitanya menutup aurat,amat kemas dan menarik. Sayangnya mereka tidak membenarkan kami mengambil gambar untuk dijadikan contoh yang baik. Jika wanita-wanita yang berwajah Eropah ini memperagakan busana pengantin yang menutup aurat mengapa tidak wanita-wanita yang berwajah Asia.
|
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 26-06-10 14:50
Kebanyakkannya memang wanita yang berkeinginan itu dan ini.
Jika wanita itu menjaga, tutup sempurna selagi bergelar muslimah yang mengikut acuan sebenar Islam pasti mereka tidak benar & izinkan bukan muhrim walau mengambil gambar sekalipun. Perkara ini bukan ada pada setiap diri individu. Hanya dengan kefahaman, kesedaran sesuatu dapat dinilai dengan mata hati. Untuk apa? apa keperluannya?. Sudah diterangkan hijab antara muslim/muslimah perlu ada kecuali perkara yang terdesak dalam darurat seperti peperangan. Dunia kini jauh beza dari syariaat yang sedia ada. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN. |
biruenie |
Posting pada: 26-06-10 17:44
Salam,
rasa terpanggil pula untuk memberi komen. Pengalaman saya semasa bernikah 5 tahun yang lalu, pasangan baik lelaki dan perempuan mestilah kuat untuk menegakkan syariat dan kebenaran. Saya awal-awal lagi meletakkan prasyarat kepada bakal mentua supaya tidak ada persandingan dan perkara-perkara melanggar syariat. Yelah, semua orang mahu saat perkahwinan yang terindah dan istimewa. Tapi mesti diingat rumah tangga yang dimulakan dengan maksiat tidak memungkinkan keberkatan di dalam rumah tangga. Kalau orang tanya kami mana gambar perkahwinan kami, kami tak bagi sebab biarlah kami simpan sendiri kenangan manis itu bersama. Alhamdulillah segalanya ok. Anak pun dah dua. Ingat dalam menjalani hidup ini, Allah adalah keutamaan. Yang lainnya sampingan sahaja... |
myhoney |
Posting pada: 28-06-10 15:43 !!! QUOTE !!! Apakah atau bagaimana sekiranya tudung yang dipakai oleh pengantin ikut gaya tudung masa kini (tudung indonesia) kemudian dililit dengan selendang? walaupun masih labuh menutup. hmm... macam merumitkan lagi membanyakkan kerja kan. Kalau guna tudung labuh senang, tutup dan terjaga..lagi sempurna. hai, macam tanya jawab sendiri saja ni... tudung indonesia, tudung korea, tudung Bangladesh, tudung eskimo, turki atau mana-mana negara sekalipun itu bukan isunya. Allah juga tak spesifik tudung ala negara mana yang wajib dipakai...panduan syariaat ialah tudung itu mesti labuh, longgar, menutupi dada dan warna yang tidak menarik mata orang ramai.... soal rumit cara pakai itu bukan ukuran syariaat, cuma kalau rasa rumit tak perlu kita ambil sikap menyusahkan diri sendiri...tu saja... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 28-06-10 15:51
Pada 25-06-10 21:25 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Saya sambil buat kerja, dengar2 rancangan Imam Muda di Astro Oasis sebentar tadi. Terus taip entry ni. ni tengok imam muda ke tengok bini imam muda??..... sempat nampak ketat lah , mekap tebal lah.....menghayati nampaknya ye :-| ingat!!...pandangan pertama itu dimaafkan....tidak pandangan kedua macam tu lah....imam yang cuba diasuh untuk muncul sebagai personality selebriti dari sebuah rancangan realiti ..... saya ni bukan percaya sangat program bercorak agama yang disusun oleh astro ni..... pening...tengok akademi al quran pun rasa pening.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
myhoney |
Posting pada: 28-06-10 16:03
Pada 25-06-10 18:48 , usaidUSAID posting:
!!! QUOTE !!! salam..maaf lari tajuk sikit pasaipa nak pakai rambut palsu?...sebab nak nampak cantik. pasaipa pakai bulu mata palsu....sebab nak bagi mata nampak galak dan cantik...ni yang tak boleh. Dalam hal rambut palsu dan bulu masa palsu kedudukannya sama. pasaipa nak pakai gigi palsu?...haa yang ni ada jawapan yang berbeza. Gigi palsu bukan saja nak nampak cantik...tapi lebih utama pakai gigi palsu juga untuk memudahkan urusan nak kunyah makanan, nak bercakap atau membaca quran. Bayangkan jika tanpa gigi palsu kita kena bawa blender merata2 nak kisar makanan sebab gigi dah tak ada...begitu juga kita tidak dapat menyebut huruf atau sebutan al quran dengan baik jika tak ada gigi.....maka pakai gigi palsu dibolehkan. begitu juga pakai kaki palsu atau tangan palsu....ada tujuan atau keperluan untuk memakainya dan pemakaiannya tidak sengaja untuk nampak cantik atau untuk mengubah kejadian yang sedia ada. !!! QUOTE !!! anyway, i like this thread.thyanks to myhoney sudi berkongsi &sangat tegas pertahan pegangan awak dalam soal ni.walaupun banyak temtangan tapi percayalah apa yang myhoney tulis membuka mata hati saya &ramai lagi!teruskan usaha anda semua!! segala kebaikan itu dari Allah....akan tetap ada yang menyampaikannya sekalipun bukan dari saya, itulah sifat agama Allah..... kebenarannya 'berjalan' sekalipun manusia cuba menafikannya. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
sakinahazzahra |
Posting pada: 28-06-10 17:38
hihihi..kelakar betul ayat bawa blender merata2.. opps..
----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
SiNaRaBaDi |
Posting pada: 28-06-10 17:49
Pada 28-06-10 17:38 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! hihihi..kelakar betul ayat bawa blender merata2.. opps.. ukhti myhoney ni.. gelak saja sinar baca. Sampai masuk kisah blender lagi.. Tanya jawab sendiri eh.. kan dah kata minta pandangan antum. Bukan apa ukhti, ada kisah disebalik pertanyaan tu. Syukran ya atas pandangan.. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN. |
myhoney |
Posting pada: 28-06-10 22:18
Pada 28-06-10 17:38 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! hihihi..kelakar betul ayat bawa blender merata2.. opps.. salinah, saya nak tulis 'gobek' nanti ramai yang tak faham pula...tu yang letak blender ... fungsinya sama dengan gobek maupun gigi geraham ... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2) |
sutera_hijau |
Posting pada: 17-10-11 16:56
saya tak komen apa-apa lagi setakat ni untuk topik ni,
saya dah baca secara petik2 sikit, boleh tak saya nak simpulkan bahawa apa saja yang kita buat dalam apa-apa majlis pun kena refer pada niat contoh, apa tujuan kita tempah pelamin? pasal makan beradab pun sama, tapi yang tetap tak boleh tinggal soal hukum hakam agama...kalau makan beradab dibuat sorok2 di dapur bolehnjugak kan, hias jugak lah meja 2...hihihi |
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |