Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: negara kebajikan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» negara kebajikan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh negara kebajikan

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 12:46


Pada 21-02-08 11:20 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Ok, macam inilah... Kalau kita buat perkara yang diharamkan, apa hukumnya? Jatuh kafir ke? Sudah tentu tidak, kan? Lainlah kalau seseorang itu mengingkari ketetapan syarak terhadapnya. Misalnya, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tapi dia masih meyakini tuntutan syarak tersebut. Adakah dia jatuh kafir? Tidak, dia hanyalah seorang fasik kerana berbuat dosa tersebut. Akidahnya masih akidah Islam walaupun tercemar.

Sekarang soalnya boleh tak kalau saya berpegang kepada kedua-dua pendapat tersebut? Bolehke kalau nak duduk atas pagar? Ambil jalan tengah, kompromi? Maknanya bila time pilihanraya saya pegang pendapat harus, kemudian selepas pilihanraya, saya pegang kepada pendapat haram dan demikianlah yang terjadi setiap lima tahun. Saya serukan supaya demokrasi ditinggalkan, kemudian bila musim pilihanraya saya ubah pendapat saya, katakannya sebagai harus pula?

Tentulah tak masuk akal,bukan? Kalau saya berbuat sedemikian, maka sayalah orang yang tidak berbuat apa yang dikatakan sepertimana mafhum ayat al-Quran as-Saff. Tapi saya bukannya orang sebegitu... Saya berpegang kepada satu pendapat, dan saya menerimanya berlandaskan hukum syarak, bukannya kerana saya tak puashati dengan mana-mana pihak.

Seperkara lagi, hujah keharaman demokrasi bukan sekadar dibawa oleh HT sahaja. Bolehkah anda katakan bahawa ini melibatkan jemaah, sedangkan ini merupakan soal syarak? Tiada sentimen fanatik jamaah di sini...


Salam..

Betul tu ghazi..saya pun tentang demokrasi bukan kerana tak puas hati apabila parti idaman kalah masa pilihanraya atau sebagainya..yang ditentang sebenarnya kerana terdapat nas yang mengharamkannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 12:51


Pada 08-02-08 10:31 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Sibuk dengan khilafahnya, orang jadi jadian HT sebenarnya membawa perpecahan kepada umat Islam :)

Tak perlu lah sokong HT bukan boleh buat perubahan apa-apa pun. Langkahnya adalah untuk mengajak orang tidak mengundi. Akhirnya - undi itu nantinya dapat pada tangan orang bukan Islam..


Akhirnya - negara Islam pun tak ada, khilafah pun jangan harap :)


Salam,

Saya tengok dalam mana-mana bahagian pun saudara asyik serang peribadi org yang cuba berhujah dengan hujah HT atau hujah Islam..Ini bukan hujah wahai saudara anak_pejuang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 21-02-08 13:29


Pas akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan

KOTA BHARU 20 Feb. – Pas mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,†katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.

Bagi membentuk majoriti mudah dan menguasai Dewan Rakyat, sesebuah parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya umum lepas, BN memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen.

Pas sebelum ini menawarkan negara kebajikan menerusi bantuan sara hidup bulanan kepada golongan miskin terutama warga emas, sistem pembelajaran percuma, mengurangkan harga petrol, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta perkhidmatan kesihatan percuma.

– Bernama
----------------


-----------------
http://gooku1.fotopages.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 14:12


http://saifulislam.com/?p=1484#more-1484

Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya

“Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang piala kemenangan!â€, kata jurulatih Perak kepada pemainnya.

“Ishh… bior benor. Beda’ah saja dia ni!â€, rungut hati seorang pemain.

Peminat pun terlopong. Ada yang ketawa berdekah-dekah. Keras perut sampai keras hati.

Pasukan Perak nak julang Piala Dunia?

Karut… karut!

SEKADAR ANALOGI

Agaknya perasaan seperti itulah yang ada di benak para sahabat tatkala Baginda SAW bercakap tentang Constantinople.



“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nyaâ€

Duduk dalam kepungan tentera al-Ahzab, antara hidup dan mati… tiba-tiba kumpulan kecil yang menghuni Madinah itu mahu menguasai sebesar-besar kota kemegahan dunia! Tentu sahaja itu semua mimpi. Mimpi di siang hari.

SINIS KEPADA MANIFESTO ALTERNATIF

Agaknya, itu juga perasaan sinis ramai pihak semasa membaca manifesto alternatif untuk Pilihanraya Umum ke-12 akan datang.

“Pendidikan percuma? Turun harga minyak? Kah kah kah!â€, keras perut dan keras hati orang mentertawakannya.

Ketawa itu boleh berpanjangan, terutamanya bagi pemerhati yang berstatuskan penonton

BEKERJA UNTUK MELIHAT APA YANG KITA PERCAYA

Itu cara Rasulullah SAW membentuk sahabat.

Membentuk mereka dengan kepercayaan, dan seterusnya menggerakkan mereka untuk bekerja bagi melihat apa yang mereka percaya. Itu jati diri golongan percaya. Mereka bukan percaya kosong, mereka bukan menunggu jelmaan kepercayaan, tetapi mereka berusaha merealisasikan apa yang mereka percaya.

Percaya selepas melihat sesuatu… percaya yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu berusaha pun… jadi penonton pun boleh dapat kualiti percaya yang rendah sebegini.

Tetapi kepercayaan yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

BAGAIMANA MAMPU PERCAYA SEBELUM MELIHAT?

Apa peliknya?

Kita belum pernah melihat Syurga. Tetapi kita percaya. Dan kita saban hari bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.

Kita sudah lama tidak mendengar tentang kemenangan Islam. Belum pernah melihat bangkitnya kebenaran. Tetapi kita percaya. Dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

Para sahabat telah menguji dan mengenalpasti siapakah Muhammad bin Abdullah itu. Baginda SAW adalah seorang Rasul… yang tidak bercakap dari hawa nafsunya… bahkan ucapannya adalah terjemahan kehendak Allah. Maka janji Nabi SAW itu adalah janji yang benar. Biar pun belum dapat dipastikan bagaimanakah kebenaran itu boleh direalisasikan.

Bagaimanakah Constantinople itu boleh ditumbangkan? Jalannya belum jelas. Tetapi ia sebuah JANJI, yang dilafazkan oleh golongan yang bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya.

SINIS DENGAN KEKALAHAN DI SEPANJANG PERCUBAAN?

“Jangan sertai misi Constantinople itu. Kita di pihak yang kalah. Bukankah Allah telah berkata, JANGAN CAMPAKKAN DIRIMU KEPADA BINASA?â€, desas desus sesetengah mereka yang mendengar titah Muawiyah Radhiyallahu ‘anhu.

Misi pertama dibentuk Muawiyah, bersama kepimpinan anaknya Yazid, untuk menumpaskan Constantinople.

“Kamu sudah silap. Meletakkan ayat di luar konteksnya!â€, desas desus itu disergah Abu Ayyub al-Ansari Radhiyallahu ‘anhu.

Beliau tidak menyetujui kefahaman yang begitu. BINASA yang disebutkan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 itu adalah binasa akibat BAKHIL, enggan membelanjakan harta di jalan Allah. Bukan binasa kerana berjuang.

Abu Ayyub tidak bercakap sahaja. He walked his talk!

Beliau menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang “bekerja untuk melihat kepercayaanâ€, biar pun usianya sudah lebih 80 tahun.

Usaha pertama itu gagal…

Usaha di zaman Sulaiman bin Abdul Malik juga gagal.

Usaha di zaman Harun al-Rashid seterusnya gagal.

Usaha di bawah kepimpinan Jeneral Alparslan juga gagal.


Jeneral Alp Arslan

Setiap “kegagalan†itu menambah matangkan pasukan Islam… dan menambahkan lagi suhu bongkak pihak yang menang. Dan bongkak itulah yang menjadikan Constantinople bertambah gelap, pemerintah semakin lupa diri, rakyat semakin dimangsakan, dan pasukan yang kalah demi kalah itu semakin bangkit.

Bukan kalah 11 kali setiap 4 tahun, tetapi kalah dan terus kalah berkali-kali dalam tempoh 800 tahun!

Akhirnya Constantinople tunduk. Golongan yang percaya sebelum melihat sesuatu telah mati, namun waris-warisnya menjulang janji. Biar pun pemenang di pusingan era 1453M itu hanya manusia biasa, bukan sahabat Nabi, bukan Arab dan bukan keturunan Nabi, namun mereka manusia biasa yang luar biasa! Mereka percaya sebelum melihat dan berjuang untuk melihat apa yang mereka percaya.

Sebaik-baik ketua…

Sebaik-baik tentera…

Kesemuanya adalah insan biasa… yang LUAR BIASA.

MAMPUKAH TEMBOK ITU RUNTUH

Berhenti ketawa sejenak kerana saya ingin bertanya, “mampukah manifesto alternatif itu direalisasikan�



Dan katakanlah:†telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah kebatilan; Sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap†(Al-Israa’ : 81)

Kebenaran itu adalah kejujuran, keadilan, amanah, anti korupsi, anti rasuah, anti manipulasi dan menjulang akhlaq serta segala perilaku yang terpuji.

Sesiapa sahaja yang komited dengan nilai-nilai ini, adalah di pihak yang benar dan memperjuangkan kebenaran.

Kebatilan itu adalah penyelewengan, pembaziran, kezaliman, rasuah, manipulasi dan menjustifikasikan perbuatan keji sebagai perkara biasa yang dijamah saban hari.

Kebenaran pasti akan menang, kebatilan akan hancur, lenyap dan musnah.

Wahyu memberitahu.

Sejarah pun tidak pernah menipu.

Namun apa yang diperlukan adalah pasukan yang PERCAYA SEBELUM MELIHAT SESUATU. DAN BEKERJA KERAS UNTUK MELIHAT APA YANG MEREKA PERCAYA ITU.

Kita pasti berjaya kerana agenda kebenaran ini ada orang seperti saya dan anda. Manusia biasa yang luar biasa. Kerana kita percaya dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya!

Penonton boleh terus ketawa.

Kerana itu sahaja yang mereka ada.



Sesungguhnya orang-orang yang jenayah, mereka selalu mentertawakan orang-orang yang percaya.

Dan apabila orang-orang yang percaya lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira (tanpa ada rasa bersalah);

Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!â€

Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang percaya itu!

Maka pada hari ini, orang-orang yang percaya pula akan mentertawakan orang yang kufur dan ingkar itu.

Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang yang ingkar itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?â€

“Seeru ‘ala barakatillahâ€

Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 P124 BANDAR TUN RAZAK
Tan Sri Khalid Ibrahim - BA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 21-02-08 15:42


Yeah, saya sokong aye...

Takbir!!! Allahu Akbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 15:07


Pada 21-02-08 10:46 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!


Apa salah ke kalau PAS tinggalkan demokrasi? Salah ke kalau JIM tak terlibat dengan demokrasi? Salah ke? Adakah jemaah mereka akan runtuh dan hancur berkecai sekiranya mereka meninggalkan jalan demokrasi?

persoalannya: apa salahnya pas berjuang dalam demokrasi??

!!! QUOTE !!!


Demokrasi itu sistem kufur dan haram terlibat dengannya. Ini soal hukum, bukannya soal jemaah! Bukannya saya keluarkan kenyataan bahawa kewujudan PAS itu haram pun. Bahkan tak terdetik pun dalam hati saya ni. Wallahi~ Allah jadi saksi...

huhu, sistem kufur pada pandangan anda saja, pada pandangan kami ia boleh digunakan, selagi kita tak lari dari batas-batas syarak maka apa salahnya?

kalau pas menang, tegakkan kerajaan, lepas itu letakkan Al-Quran dan Sunnah di tempat tertinggi dalam perlembagaan, berapa % agama Islam yang tertinggal?

bila dah tertegak negara Islam di Malaysia, barulah boleh mengolah langkah yang seterusnya iaitu sistem khilafah pula. Nabi dulu pun bermula dengan sebuah negara di Madinah.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 03:04


Salam, update terkini (setakat post ini ditulis).

Manifesto pilihanraya PAS bertemakan: Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih - Menuju Negara Berkebajikan.

Negara Berkebajikan..? Strategi agaknya... Sebab istilah negara kebajikan memang bermasalah kerana telah mempunyai definisi yang tersendiri... Agaknya sebab tu diubah menjadi negara berkebajikan... Entahlah, yang ini kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin PAS... Mungkin mereka terkesan dengan teguran HT agaknya...

Kepada ibnu_musa,

!!! QUOTE !!!

persoalannya: apa salahnya pas berjuang dalam demokrasi??


1. Dari segi hukumnya telah jelas haram, terutamanya pada isu meletakkan kedaulatan di tangan manusia. Huraiannya terdapat dalam topik Hizbut Tahrir: Parti Politik Islam Part II dalam ruangan Pengetahuan Am. Kalau nak meneruskan perbincangan, teramatlah dialu-alukan...

2. Berjayakah perjuangan menegakkan negara Islam melalui demokrasi? Sila baca "Opposition deals seats" (The Star 15 Februari 2008). Yang ini pula hujah saya dari segi realiti...

Bagaimana anda boleh katakan "kalau pas menang, tegakkan kerajaan, lepas itu letakkan Al-Quran dan Sunnah di tempat tertinggi dalam perlembagaan, berapa % agama Islam yang tertinggal?" sedangkan pakatan BA sendiri akan memastikan tiada satu parti pun dalam pakatan pembangkang yang akan memegang lebih daripada separuh kerusi. Jadi bolehkah PAS menang dan terapkan sistem Islam secara bersendirian?

Dan kalau kemenangan yang diperoleh itu hasil daripada pakatan BA, adakah keAdilan dan DAP akan mengizinkan PAS menjadikan Malaysia sebagai serta meletakkan al-Quran & as-Sunnah sebagai perlembagaan. Saya percaya, nanti 'kerajaan' yang terbentuk ketika itu akan membuat undian terhadap usul tersebut. Akhirnya bukan sahaja 'pihak pembangkang' yang akan menolak usul tersebut, DAP pun akan turut menolak... Ditambah lagi ada ura-ura yang mengatakan bahawa DAP dan keAdilan akan bergabung. Kalau benarlah ini akan terjadi, maka tentulah tentangan terhadap usul negara Islam akan menjadi lebih kuat...

Kemudian saya mendapat perkhabaran bahawa PAS meletakkan calon non-Muslim pertama di Johor. Sila clarify sebab saya merujuk kepada akhbar arus perdana. Nanti orang tuduh saya bawa berita palsu pula. Dan jika benarlah khabar tersebut, apa pula hukumnya mengundi calon tersebut? Bukankah ayat 141 surah an-Nisa telah jelas melarang kita daripada mengangkat non-Muslim sebagai pemimpin?

Diharap agar tidak menjawab dengan hujah "Islam sebagai rahmatan lil alamin" kerana hujah tersebut tiada kaitan dengan menaikkan non-Muslim sebagai pemimpin... Hujah tersebut sekadar merupakan pendapat bagi menjustifikasikan tindakan tersebut, sedangkan dalil keharaman mengangkat orang kafir sebagai pemimpin (waliy/pembantu) adalah jelas.

Jangan anggap isu ini (mengangkat non-Muslim sebagai pemimpin)sebagai serangan terhadap PAS semata-mata, kerana ia turut apply kepada BN yang turut mengangkat pemimpin dari kalangan non-Muslim.

Mungkin ada yang mengatakan ia perlu memandangkan kita ni terdiri daripada masyarakat majmuk, justeru kita mestilah memberikan mereka wakil untuk menyuarakan hasrat serta membela nasib kaum mereka. Inilah demokrasi.

Kalau begitu, adakah Khilafah berat sebelah dan menindas non-Muslim? Tidak. Walaupun non-Muslim dilarang daripada menjadi pemimpin, namun mereka dibenarkan untuk menempatkan wakil dalam majlis ummah (majlis syura). Peranan wakil-wakil tersebut adalah untuk melaporkan kezaliman pemerintah atau penindasan yang berlaku terhadap kaum mereka.

Mereka bebas mengamalkan ajaran dan adat mereka. Tiada penindasan serta diskriminasi negatif terhadap mereka. Mereka mendapat hak yang sama sebagai warga daulah. Wang jizyah pula tidak membebankan berbanding cukai itu-ini yang ada sekarang ni. Hanya lelaki non-Muslim yang berkemampuan sahaja akan diminta membayarnya. Tidak timbul soal penindasan dan ketidakadilan kerana bagi Muslim pula, mereka diwajibkan membayar zakat.

Sejarah telah membuktikan bahawa non-Muslim hidup sejahtera di bawah naungan khilafah. Kalau tidak, masakan orang-orang Kristian sanggup berjuang mempertahankan Baitul Muqaddis bersama-sama dengan Muslim counterparts daripada crusaders yang beragama Kristian?

Sejarah juga membuktikan bahawa terdapat sebilangan daripada orang Yahudi yang menduduki jawatan yang tinggi dalam pentadbiran Khilafah. Ini menunjukkan bahawa non-Muslim tidak disisihkan dalam sistem khilafah. Cuma jawatan-jawatan tertentu sahaja yang dikhaskan dalam sistem Khilafah.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 07:21


ish....dah lama berbahas isu ni....HT buat lah cara HT tersendiri,
PAS buat lah cara PAS tersendiri....

tapi tak jelas lagi,Kenapa ketua ulamak sedunia:prof dr yusuf al-qardawi tidak keluar kenayataan demokrasi haram???????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 23-02-08 09:18


Sudahlah kalau HT tak bersetuju . Tak usah menganggu lambatkan usaha dan perjuangan orang lain . Kalau HT betul nak berdakwah kerana kasihkan saudara Islam pergilah kepada muda mudi yang terabai sana . Mereka amat jauh dari ajaran Islam sebenar ...

Maslahnya HT sekarang hanya berdakwah kepada mereka-mereka yang pergi masjid . Mereka yang tidak ke masjid dibiarkan sahaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 12:50


Pada 23-02-08 07:21 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

ish....dah lama berbahas isu ni....HT buat lah cara HT tersendiri,
PAS buat lah cara PAS tersendiri....

tapi tak jelas lagi,Kenapa ketua ulamak sedunia:prof dr yusuf al-qardawi tidak keluar kenayataan demokrasi haram???????????


Isu ni bukan isu bermusim... Ia akan berterusan selagi masih wujud insan yang terlibat dengan demokrasi, baik yang menjadikannya sebagai alat mahupun matlamat...

Saya tak mahu lihat umat Islam terus terjerat...

Berkenaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi (ketua ulama' sedunia - baru tahu rupa-rupanya ada jawatan sebegini) pula, beliau mengabaikan isu "meletakkan kedaulatan di tangan manusia". Sebab itulah tidak jadi haram. Sedangkan inilah intipati demokrasi sebenarnya... Kebanyakan ulama' yang menerima perjuangan demokrasi tidak mengulas tentang isu ini...

Harap jelas, terima kasih...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 12:55


Pada 23-02-08 09:18 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Sudahlah kalau HT tak bersetuju . Tak usah menganggu lambatkan usaha dan perjuangan orang lain . Kalau HT betul nak berdakwah kerana kasihkan saudara Islam pergilah kepada muda mudi yang terabai sana . Mereka amat jauh dari ajaran Islam sebenar ...

Maslahnya HT sekarang hanya berdakwah kepada mereka-mereka yang pergi masjid . Mereka yang tidak ke masjid dibiarkan sahaja


Lalu mengabaikan kemaksiatan yang berlaku melalui demokrasi? Keterlibatan PAS dalam demokrasi juga menyebabkan umat terus terikat dengan sistem ini. Cuba baca manifesto kali ini, apakah usul yang pertama?

Seperkara lagi benarkah mereka yang tak ke masjid dibiarkan sahaja? Suatu fakta ataupun sekadar prasangka anda semata-mata? Takkanlah nak disenaraikan satu persatu aktiviti dakwah yang dilaksanakan... Nanti dikhuatiri tidak ikhlas pula jadinya... Lagipun perjuangan saya bukanlah nak membela HT, sebaliknya nak memanfaatkan HT sebagai platform bagi menjamin kelangsungan dakwah Islam...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 13:41


Pengumuman / iklan.

Forum Demokrasi Menurut Perspektif Syarak

Untuk maklumat lanjut boleh ajukan persoalan dalam topik berikut:

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=36488&forum=8&start=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 12:10


!!! QUOTE !!!

Salam,

Saya tengok dalam mana-mana bahagian pun saudara asyik serang peribadi org yang cuba berhujah dengan hujah HT atau hujah Islam..Ini bukan hujah wahai saudara anak_pejuang..


saya menyerang peribadi orang? Adakah menegur akhlaq saudara seIslam yang memaki hamun itu dikatakan serang peribadi?

Ilmu dengan akhlaq tidak dapat dipisahkan, ingat tu. Jika rakan-rakan anda yang mengeluarkan hujjah ilmiyah mana pun tetapi akhlaqnya tiada - maka ia bertentangan dengan al Quran dan Sunnah.

Apatah lagi yang diserangnya itu sesama jemaah Islam. Dan peribadi saudara seIslam yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 12:18


Tak perlu nak cakap dulu tentang khilafah jika akhlaq sendiri out. Fikrul Mustanir (orang yang menyokong pemburu pokok mendedahkan identiti saudara seIslam tanpa hak), pemburupokok sendiri - mengeluarkan kata-kata kesat sesama saudara Islam (bukan pada saya seorang tetapi juga saudara seIslam yang lain).

Kasihannya bila saya mengajak agar tidak memaki hamun sesama saudara seIslam tidak mendapat sambutan pula dari ahli HT sendiri. Tapi bila bicara tentang HT boleh pula membawa segala jenis dari ayat al Quran dan Hadith - apa dalam al Quran dan hadith tidak menyebut tentang akhlaq sebagai seorang Islam?

Begitu juga yang mempertikaikan pendapat ulamak yang mengharuskan demokrasi. dengan mengatakan ulamak itu tidak melihat 'kedaulatan terletak pada tangan manusia' - ini tuduhan ke bagaimana? Sudah bertemu sendiri dengan ulama tersebut? Adab apa ini dengan ulamak?

Boleh sahaja saya bawakan masalah HT dari sudut feqahnya sehingga buruklah Hizbut Tahrir - sedangkan perkara ini juga sebenarnya adalah khilaf.

Jika HT tidak reti untuk bertoleransi dengan jemaah Islam yang lain, serta ulamak yang lain. Anda jangan harap kesatuan akan muncul. Inilah penyakit aku betul dan orang lain salah.

KETAKSUBAN dengan pendapat jemaah sendiri tetap ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 12:28


Firman ALlah dalam surah al Baqarah ayat 44 yang bererti : 44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 13:06


Pada 01-03-08 12:28 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Firman ALlah dalam surah al Baqarah ayat 44 yang bererti : 44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?


terkena juga kepada diri ini


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 13:27


terkena jugak pada diri den.. sama-sama ingatkan diri sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 04-03-08 17:29


Salam...

Memetik kata-kata seorang ulamak yang menjadi Mursyid kepada semua golongan Am di Malaysia sekarang:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata:

"Kalau jatuh Kelantan kerana tipu ... Akhirat esok saya akan dakwa (di mahkamah Tuhan)," tegas beliau.

Ketika ditanya mengenai konsep negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS, Tuan Guru menjelaskan: "Bila dikontrol oleh parti Islam, tentulah kebajikan cara Islam. Kalau setakat kebajikan, komunis pun kata dia buat kebajikan".

Kebajikan dalam Islam, katanya, mempunyai kaitan dan berpanjangan hingga ke Akhirat.

Islam, katanya, menekankan supaya umatnya melaksanakan ihsan atau berbudi.



-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-03-08 19:49


Mari adik kakak, abang2 yang dah layak ngundi sekalian, kita pangkah BA, Harapan baru untuk Malaysia begitu. Negara kebajikan, pun negara kebajikan lah. At least ada juga usaha ke arah keadaan yang lebih baik buat masa ni.
Dah buat masa sekarang ni saluran demokrasi saja yang ada untuk kita usahakan ke arah yang lebih baik. Dakwah tetap dakwah seperti biasa. Time PRU kita pilih yang terbaik.

Sama jugak time dolu2, sebelum bank Islam tak ada lagi, mak bapak kita nak beli rumah terpaksa ambik loan konsyenal. Tapi usaha tetap usaha. Bila dah ada loan cara lebih Islamik, kita ubah. Besok bila dah ada yang lagi lebih Islamik, kita ubah lagi.

Jadi, kita jangan pening kepala, sekarang kita undi BA. Besok bila keadaan dah jadi lebih Islamik, kita ubah lagi dan lagi dan lagi sampailah tertegak kerajaan Islam sama ada nak pakai khalifah ke, PM ke, ikut suka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 04-03-08 20:17


apakah jalan perjuangan terbaik untuk menegakkan syiar islam di malaysia?

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-03-08 21:47


Pada 04-03-08 20:17 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

apakah jalan perjuangan terbaik untuk menegakkan syiar islam di malaysia?



mari lakukan perubahan.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 05-03-08 00:21


Pada 04-03-08 19:49 , pukau posting:

!!! QUOTE !!!

Mari adik kakak, abang2 yang dah layak ngundi sekalian, kita pangkah BA, Harapan baru untuk Malaysia begitu. Negara kebajikan, pun negara kebajikan lah. At least ada juga usaha ke arah keadaan yang lebih baik buat masa ni.
Dah buat masa sekarang ni saluran demokrasi saja yang ada untuk kita usahakan ke arah yang lebih baik. Dakwah tetap dakwah seperti biasa. Time PRU kita pilih yang terbaik.

Sama jugak time dolu2, sebelum bank Islam tak ada lagi, mak bapak kita nak beli rumah terpaksa ambik loan konsyenal. Tapi usaha tetap usaha. Bila dah ada loan cara lebih Islamik, kita ubah. Besok bila dah ada yang lagi lebih Islamik, kita ubah lagi.

Jadi, kita jangan pening kepala, sekarang kita undi BA. Besok bila keadaan dah jadi lebih Islamik, kita ubah lagi dan lagi dan lagi sampailah tertegak kerajaan Islam sama ada nak pakai khalifah ke, PM ke, ikut suka.



dari aspek wadh' i dalam ushool fiqh, ,memang susah untuk mengakui 'islamic banking' sekarang ni syar'ei. ia diakui sendiri oleh ramai intelektual islam. cuma biasanya alasannya lebih baik dari sistem perbankan konventional.

kita juga sepatutnya faham, aqad yang tak sah, harta yang diperoleh adalah harta yang haram, tidak sah dimanfaatkan dan layak mendapat balasan dosa. jadi sepatutnya kita benar-benar teliti dalam aspek hukum dan menjaga setiap perbuatan kita. tidak sepatutnya kita mengatakan 'islamic banking' ini adalah alternatif terbaik buat masa ini walhal kita tahu ia sendiri ada permasalahan hukum.

memang seksa hidup dalam sistem kufur ni, apatah lagi apabila diterapkan sistem matawang bersandarkan hutang(debt based money system). perjalanan ekonomi memang digerakkan oleh pinjaman dan interest. barang siapa yang masih sayang agamanya pasti akan merasakan kesusahannya untuk lari dari riba' dan transaksi yang tak syar'ie.

tiada jalan singkat untuk permasalahan ini. bukan dengan memberikan 'islamic banking' yang kononnya hampir dengan islam. jawapan hanya dengan mengembalikan kehidupan islam dalam negara islam, barulah maslahah kita dapat diurus mengikut hukum Allah.

p/s: tinggalkan riba', besar sangat dosanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» negara kebajikan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.562591 saat. Lajunya....