Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 1st Angkasawan Muslim Melayu ! Prasaan Antum?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 1st Angkasawan Muslim Melayu ! Prasaan Antum?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 5 Of 5

Go To Page: 1 · 2 ... 4 · 5  
Jump To Page:

Oleh 1st Angkasawan Muslim Melayu ! Prasaan Antum?

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:14


Pada 25-10-07 09:02 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

bila da tak suka dengan sesuatu,segalanya yang baik pun akan tak suka



tak semestinya juga...
biasanya org lebih cederung, bila dah suka seseorang, semua yang buruk pun nampak baik......macam org gila cinta.??? awek ketut pun dianggap pewangi.... :lucu: :lucu: :lucu:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:35


Pada 24-10-07 21:27 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

aii,tanya saja.harap-harap tangguh dulu.lagi bagus hantar rakyat main bola macam brazil tu ada juga faedah.


ingat dah habis isu ni..tak habis-habis dengan bola..
org Malaysia main cne kalau dibnding dengan brazil?
asyik "terbaring" saja kat atas padang :lucu:
dah anta blatih sampai ke m/u hbis belanja entah berapa,bukan main
kalah teruk lagi..hmm..

MAIN bola..
:sopan:
MAIN lah banyak-banyak dr belajar.. :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

izza_ulfadh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.05.2005
Ahli No: 16706
Posting: 57
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:38


Pada 24-10-07 21:19 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya lepas ni buat lagi ke program ini?


lah..tak tau ke..mesti lah ada lagi program ini..dr.faez pula pergi...cud be in 2010 or 2011.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izza_ulfadhProfil   Hantar PM kepada izza_ulfadh   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:40


brazil buat duit daripada bolasepak.hasilnya baru guna untuk pembangunan.kalau tak tak adalah bintang pujaan dan berkelas dunia macam ronaldinho,kaka,ronaldo,adriano dan etc.pokoknya mereka buat duit dulu baru buat benda lain.lagi berfaedah sebab banyak bakat kita akan menyinar dari terkubur saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izza_ulfadh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.05.2005
Ahli No: 16706
Posting: 57
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:42


Pada 24-10-07 21:27 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

aii,tanya saja.harap-harap tangguh dulu.lagi bagus hantar rakyat main bola macam brazil tu ada juga faedah.


main bola???hm..kerana sbiji bola, berpuluh ribu org sanggup tinggal solat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izza_ulfadhProfil   Hantar PM kepada izza_ulfadh   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:43


tu sebab tak ada didikan agama.cuba tengok nikolas anelka.kalau waktu solat terus solat walaupun masa tu ada match

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:44


Pada 25-10-07 09:38 , izza_ulfadh posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-10-07 21:19 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya lepas ni buat lagi ke program ini?


lah..tak tau ke..mesti lah ada lagi program ini..dr.faez pula pergi...cud be in 2010 or 2011.
:-? :-? :berfikir: :berfikir:


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:45


boleh lah jugak nak cuba pasal bola sepak tu..mana tau berjaya..
ada jugak org yang akan menyokong & membantah seperti biasa..
harap-harap bakat mereka betul-betul 'bersinar'..menyinar..=p
kalau dapat main dengan baik dan m'dtgkan keuntungan bagus lah.
kalau habis duit anta sana sini berlatih (kat ove c pula tu)
tak mdtgkan hasil susah juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:49


orang brazil main dulu kat dalam negara lepas tu barulah kelab2 utama eropah beli.lagipun tawaran gaji di eropah amat tinggi sebab bola ni adalah pekerjaan di eropah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:53


Pada 25-10-07 09:14 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-10-07 09:02 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

bila da tak suka dengan sesuatu,segalanya yang baik pun akan tak suka



tak semestinya juga...
biasanya org lebih cederung, bila dah suka seseorang, semua yang buruk pun nampak baik......macam org gila cinta.??? awek ketut pun dianggap pewangi.... :lucu: :lucu: :lucu:

antara duanya yang mana yang lebih baik..jahat pernah dibuat tapi bila buat baik tetap menjadi sangsian,daripada suka seseorang yang dah tau salah tapi tetap nak suka juga itu lagi bengong,tak ada perubahan dalam diri kerana dek terpengaruh,tiada jalan pmikiran untuk fikirkn yang lebih baik.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:53


kedah main bagus..
yang lain tak bape sangat..
my team lagi lah..haha..org luar pun ada tengok Malaysia main..
tapi tak ada pun yang nak bagi tawaran..
erk..saya tak berapa tau pasal bola sepak ni..apa-apa boleh kongsi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:55


tak apa,mereka tak bagi tawaran sebab orang kita tak konsisten.pegang bola susah mana nak bagi?.tak palah,cari duit dulu jana ekonomi baru buat program2 yang dirancang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fidzislah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2906
Posting: 91
Dari: ipoh:skudai:gombak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:58


Pada 25-10-07 09:43 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

tu sebab tak ada didikan agama.cuba tengok nikolas anelka.kalau waktu solat terus solat walaupun masa tu ada match


assalamualaikum warahmatullah...maaf mencelah..tapi nak tumpang tanya.. Ana kurang minat bola ni, tapi, pernah jugak waktu muda-muda minat pada anelka. Nikolas Anelka tu islam ke? Tak sangka pulak ye. :-)


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us
Bookmark and Share

    


  Member Information For fidzislahProfil   Hantar PM kepada fidzislah   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 09:59


hmm..betul-betul..
jana ekonomi..bantu rakyat..bantu pelajar macam saya..=p
syukur sangat duduk kat Malaysia yang tak ada peperangan..dr segi zahir tak nampak..
dr segi batin nya susah nak cakap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:00


saya pun sokong tapi kalau ia dibuat atas sebab nak kaburkan dan perbodohkan orang tak bolehlah.kes altantuya,nurin semua tu macam mana?ada idea?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:03


Pada 25-10-07 09:59 , mama_iman posting:

!!! QUOTE !!!

hmm..betul-betul..
jana ekonomi..bantu rakyat..bantu pelajar macam saya..=p
syukur sangat duduk kat Malaysia yang tak ada peperangan..dr segi zahir tak nampak..
dr segi batin nya susah nak cakap..
semua negara ada peperangan,tak smestinya peperangan senjata tapi peperangan `mulut` untuk menjadi ketua dalam sesuatu ptadbiran.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:04


hahaha,kalau malaysia berperang rasanya ramai forummer tak boleh hidup.semua nak senang saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:08


kes2 tersebut disebabkan kurangnya didikan agama..
bukan di sekolah saja perlu di ajar agama..
tapi bmula dr ibu bapa..
lagi pun iklan di tv, cerita yang ditonton,pakaian yang di pakai masyarakat semua tu boleh menjadi pnyebab..tak ada org yang mhalang atau mlarang secara keras cara berpakaian di Malaysia..walaupun berbilang bangsa sebagai negara islam kita ada hak untuk menentukan..tgg jawab pemimpin untuk tntukan..
sekolah agama bukan main di ban lagi dr pandangan mata masyarakat..
sekolah sekular di sanjung2..bukan nak cakap sek sekular tak bagus..setengah tu memang boleh lahirkan manusia yang berakhlak baik..setengah tu tak melahirkan manusia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:10


haa,tahu pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 25-10-07 10:13


Pada 25-10-07 10:00 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun sokong tapi kalau ia dibuat atas sebab nak kaburkan dan perbodohkan orang tak bolehlah.kes altantuya,nurin semua tu macam mana?ada idea?


kes tu tunggu masa nak tutup saja

pusing2 macam tu juga :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:15


memang saya tahu..haha..tu saja ke awak nak cakap?
saya mengharapkan pandangan dr pihak awak pula..
syukur pada Allah saya ada mama dan abah yang sedar untuk anta anak ke sek agama..di rumah bri didikan yang secukupnya..
lain pula dengan setengah ibu bapa..dengan sportingnya mbiarkan anak balik lepas pkul 7..boleh keluar dengan boyfren ke mana shaja..boleh pula lagi tidur di rumah family bf mereka..hurmm..lain betul suasana hdup di tempat macam ni..tlinga yang mendgr dan mata yang memandang ni terpaksa buat-buat tak tahu atas apa yang mereka lakukan..

sorry out-of-topic kejap. :-P
[ Telah diedit oleh: mama_iman pada 25-10-07 10:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 10:46


Assalamualaikum wr wbt

Dari pasal program angkasawan...masuk ke gaji..lepas itu bola...lepas itu apa pulak...bersambung2 ye...bagus2...
apa-apa pun....setiap perkara ada pro dan kontranya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

anis87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28952
Posting: 103
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 11:10


Assalamualaikum

Alhamdulillah,rasa bangga sebab beliau org ISLAM pertama ke sana...
angkasawan ke2 juga org ISLAM...moga setiap yang dlakukan ini dalam keredhaan-NYA...dalam akhbar beliau berkongsi dengan kita semua betapa terharunya apbila melihat ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG di sana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis87Profil   Hantar PM kepada anis87   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 11:13


dari bola ke cerita angkase pula..

teman dari dulu peminat cerita starwars. best betul..
teman suka jet tak-Wing dan Melinium Falcon...
Light Saber pun teman minat...

"A Force always with you"

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 11:15


dalam brita ututsan online..

Adik Sheikh Muszaphar koma terlanggar tiang
KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kejayaan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang selamat mendarat ke Bumi pada 21 Oktober, tidak dapat diraikan oleh adik lelakinya apabila berada dalam keadaan koma sejak empat hari lepas.

Abangnya, Sheikh Taufiq ketika dihubungi Bernama hari ini berkata Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, jatuh pengsan selepas terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini Ahad lepas.

“Dia terjatuh apabila terlanggar tiang dan kepalanya terhentak pada batu-bata di kawasan restoran tersebut,†katanya.

Taufiq menafikan keadaan adiknya kritikal akibat menghidap penyakit.

“Setahu saya dia tidak menghidap apa-apa penyakit... hentakan itu sangat kuat dan menyebabkan dia koma sehingga sekarang ini,†katanya tanpa mahu mengulas lanjut latar belakang adiknya.

Anak keempat daripada lima beradik itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-10-07 12:21


Pada 24-10-07 14:28 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

thesaint, rashdin, aye....

saya dah pm awak semua. what say u?

mudahkan mempersenda orang lain yang tak dikenali tanpa usul periksa.




*off topic kejap

nurkamar... (sedap nama ni) :bunga:
eni banyak perhatikan post2 "encik suami" nurkamar ni... boleh tak kiranya buat id sendiri? sian pula bila tengok posting hentam2 nick nurkamar sedang kan post2 yang dihentam ni rasanya ditaip oleh "encik suami" nurkamar...

sekadar bagi suggestion.... :welcome:
[ Telah diedit oleh: eniliana pada 25-10-07 12:22 ]


Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 12:32


hehe....masuk topik bola pula??? :-D
si Rashdin ni tak kena sengkeh ni.....
jangan marah..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 12:33


Pada 05-10-07 14:06 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Sheikh Muszaphar, Angkasawan Pertama Muslim dan Berpuasa

Kuala Lumpur (ANTARA News) - Kerajaan Malaysia akhirnya memutuskan Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk menjadi awak pesawat angkasa luar Soyuz 15-S, apabila rencana itu telaksana maka ia akan menjadi angkasawan ASEAN pertama dan angkasawan muslim pertama dan angkasawan pertama berpuasa di luar angkasa.

PM Malaysia Abdullah A Badawi, Senin malam, mengumumkan keputusan pemerintah itu di Putrajaya. Dengan demikian, Dr Faiz Khaleed akan menjadi cadangan apabila Sheikh mendapatkan halangan pada saat-saat terakhir.

Ditegaskan oleh Badawi, baik Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed, dinilai lulus untuk ikut terbang dalam penerbangan Soyuz 15-S yang direncanakan pada 10 Oktober 2007, jam 21.21 waktu Malaysia.

"Malaysia kini sudah punya dua angkasawan yang dinilai lulus dan bisa diterbangkan ke angkasa luar kapan saja," kata Badawi.

Penerbangan Soyuz 15-S memiliki awak pesawat alternatif pertama terdiri atas Yuri Malechenko dari Rusia, Peggy Whitson dari Amerika Serikat, dan Dr Sheikh Muszaphar.

Sedangkan alternatif kedua, Sharizan Sharipov (Rusia), Michael Fincke (AS) dan Dr Faiz Khaleed.

Dr Sheikh Muszaphar, 35 tahun, adalah bekas pegawai rasa Universiti Kebangsaan Malaysia sedangkan Dr Faiz, 26 tahun, pernah bekerja sebagai dokter gigi di Angkatan Tentara Malaysia (ATM). Keduanya lolos seleksi dari 11.275 orang yang mengajukan sebagai calon angkasawan pada tahun 2003.

Pengiriman angkawasan Malaysia ini telah mengeluarkan biaya negara sebesar 95 juta ringgit yang merupakan bagian dari pembelian 18 pesawat tempur Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara multiguna senilai 3,4 miliar ringgit yang ditandatangani di Rusia 5 Agustus 2003.

Angkasawan Malaysia yang muslim itu akan berada di luar angkasa selama 11 hari hingga 21 Oktober 2007. Dengan demikian, Sheikh Muszaphar memiliki kesempatan berpuasa di luar angkasa antara dua hingga tiga hari dan merayakan hari raya Idul Fitri di luar angkasa.

Pengurus agama Islam negara hari Senin juga sudah mengeluarkan tata cara berwudhu dan sholat di dalam pesawat angkasa luar.

Kedua calon angkawasan Asean itu kini terus menjalani latihan terakhir di pusat pelatihan angkasa luar Star City Moskow.(*)


apa daa kecoh..kecoh...nabi lagi hebat di isra' dan di mikrajkan olah Allah swt...dari masjidil haram di makkah ke masjidil Aqsa di palestin...lepas itu naik langit ke-7 sebelum meneruskan perjalanan ke sidratul-muntaha untuk mengadap Allah swt dalam masa satu malam sahaja....subhanallah..maha suci engkau ya Allah...tuhan yang telah memperjalankan hambanya...
bagus kita buat penerokaan angkasa untuk tujuan ilmu pengetahuan..tapi jangan sampai over sangat teruja dengan org yang pergi angkasa.....biasa saja...
[ Telah diedit oleh: great_teacher pada 25-10-07 12:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 12:35


Pada 25-10-07 12:21 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-10-07 14:28 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

thesaint, rashdin, aye....

saya dah pm awak semua. what say u?

mudahkan mempersenda orang lain yang tak dikenali tanpa usul periksa.




*off topic kejap

nurkamar... (sedap nama ni) :bunga:
eni banyak perhatikan post2 "encik suami" nurkamar ni... boleh tak kiranya buat id sendiri? sian pula bila tengok posting hentam2 nick nurkamar sedang kan post2 yang dihentam ni rasanya ditaip oleh "encik suami" nurkamar...

sekadar bagi suggestion.... :welcome:


betul tu.... sokong.... time JK nanti datang lah sekali ye.... boleh kita sembang2... :-D :welcome:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

apis_udm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2007
Ahli No: 30795
Posting: 64
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-10-07 12:38


malaysia boleh jika islam dijulang

Bookmark and Share

    


  Member Information For apis_udmProfil   Hantar PM kepada apis_udm   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 12:54


Aye pergi ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

akmar_hafiza
Warga Rasmi
Menyertai: 24.10.2007
Ahli No: 31498
Posting: 14
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 25-10-07 12:59


nak pergi angkasa jugak!!! satu pengalaman yang best. dan macam dr syed kata, bila dia ada kat situ dia berasa sangat terpaku dengan keindahan dan kebijaksanaan ciptaan Allah..subhanallah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For akmar_hafizaProfil   Hantar PM kepada akmar_hafiza   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 16:36


Pada 25-10-07 12:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

hehe....masuk topik bola pula??? :-D
si Rashdin ni tak kena sengkeh ni.....
jangan marah..... :-)



saya ok saja.tak kena pun.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 16:42


Pada 25-10-07 12:54 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Aye pergi ke?



Kalau ado rezeki kawe nok pergi jugok.... asyik main wau bulan, make kuih bulan, pangkah bulan, nyayi lagu bulan,,,,,,,,, tapi pergi bulan belum lagi..... sebab tu kawe nok pergi jugok..... :lol: :lol:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 16:45


Pada 25-10-07 10:46 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Dari pasal program angkasawan...masuk ke gaji..lepas itu bola...lepas itu apa pulak...bersambung2 ye...bagus2...
apa-apa pun....setiap perkara ada pro dan kontranya....



pokok pangkalnya adalah kewangan.kalau negara ada kewangan yang kuat saya setuju saja sebab kita ada duit tapi masalahnya duit asyik masuk poket orang tertentu saja apa cerita?.kami bayar cukai kami nak tahu juga duit kami pergi ke mana.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 25-10-07 16:53


Pada 25-10-07 16:45 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!




pokok pangkalnya adalah kewangan.kalau negara ada kewangan yang kuat saya setuju saja sebab kita ada duit tapi masalahnya duit asyik masuk poket orang tertentu saja apa cerita?.kami bayar cukai kami nak tahu juga duit kami pergi ke mana.



ya saudaraku Rashdin,

saya juga pembayar cukai.. dan tak tahu pula kemana duit itu digunakan secara terperinci... cuma saya nak tahu macam mana saudaraku Rashdin tahu duit itu masuk poket org tertentu... poket siapa? saudara Rashdin nampak ke poket siapa? kalau nampak kasi tahu ehh.. :P

sebab, saya takut menerima berita jenis 'sampai-menyampai' ni tanpa kesahihannya... walaupun 'org' diluar sana 'heboh' juga tentang perkara seperti ini.. :)

maaf ye Kalau terkasar bahse.. konsider guna bahse lembut tu :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 16:56


ha,rasanya ainunhub boleh fikir duit tu kemana perginya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 17:00


MUKADIMAH
ANGKASAWAN pertama negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini berada di Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin di Star City, Moscow untuk pemeriksaan dan kajian lanjut selepas kembali ke Bumi dari angkasa lepas Ahad lepas.

Dalam temu bualnya kira-kira 49 minit bersama juruhebah Radio 24, Nizal Mohamed semalam, beliau menceritakan pelbagai pengalaman dan perasaannya ketika berada di angkasa lepas. Berikut ialah petikan temu bual itu.

BERAPA lamakah Dr. Sheikh akan berada di Star City?

Setiap angkasawan yang pulang dari angkasa lepas akan menjalani ujian perubatan sebelum dilepaskan dan saya akan dikuarantinkan selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.

Kami difahamkan antara tiga angkasawan yang telah kembali, Dr. Sheikh Muszaphar merupakan yang paling sihat?

Alhamdulillah. Saya berasa begitu bersyukur kerana tidak mengalami masalah langsung apabila berada di angkasa lepas dan saya berasa ini adalah kerana doa dan sembahyang hajat yang dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa begitu tenang berada di angkasa lepas dan tidak rasa pening, muntah atau kesan sampingan lain. Semasa mendarat di Kazakhstan saya boleh berjalan dengan serta-merta dan ia tidak menjadi masalah kepada saya. Alhamdulillah.


Saya mendapati Sheikh merupakan orang yang paling konsisten dari segi keceriaan, tenaga dan semangat, di mana datangnya semangat itu?

Saya telah bermimpi untuk menjadi angkasawan sejak saya berumur 10 tahun dan saya berasa ini adalah satu impian saya yang sudah menjadi kenyataan. Dan ini bukan sahaja impian saya malahan impian seluruh rakyat Malaysia. Saya berasa amat berbangga dapat membawa Jalur Gemilang ke angkasa lepas. Saya juga tidak berasa penat dan risau dan saya begitu fokus apabila berada di angkasa lepas.

Apabila sampai ke Baikonur belum lagi ditentukan siapa yang akan pergi dan akhirnya nama anda disebut. Bagaimana perasaan anda ketika itu?

Saya tidak terkejut apabila dipilih kerana saya sentiasa bersikap positif dan saya sentiasa yakin pada diri sendiri. Saya berserah kepada qadak dan qadar. Pertama sekali saya berasa bersyukur dipilih kerana mandat oleh Perdana Menteri Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara.

Saya benar-benar bersyukur dan berjanji apabila kembali nanti saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan untuk menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat, kepada pelajar dan kaum belia Malaysia.

Saat-saat mendekati Soyuz TMA11 berlepas, bagaimana perasaan anda?

Saya tidak berasa khuatir atau bimbang. Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan saya lebih tenang dan dapat tidur dengan baik. Sebelum pelancaran saya memperbanyakkan zikir dan baca ayat al-Quran untuk memberi keyakinan.

Seorang wakil Rusia mengatakan antara ketiga-tiga angkasawan kelihatannya Dr. Sheikh Muszaphar paling tenang, ceria dan meyakinkan kerana sebelum masuk senyum malahan ketika menaiki tangga pun senyum.

Apabila anda tahu impian anda begitu hampir untuk menjadi kenyataan tidak ada masalah langsung dalam fikiran. Apa yang paling penting ialah untuk merealisasikan impian dan untuk pergi ke angkasa lepas. Ini merupakan fokus saya selama setahun dan selama itulah saya rasa lebih tenang dan yakin.


Masuk sahaja ke dalam Soyuz TMA-11 bila berlakunya pelepasan itu, bagaimana pengalaman anda?

Saya agak terkejut kerana pelancaran selama 8 minit 48 saat begitu smooth tapi rasa panjang, seolah-olah ia mengambil masa yang lama apabila pertama kali saya dapat merasakan mikrograviti iaitu terapung-apung. Segala pena dan buku saya mula terapung.

Bagaimana pengalaman mengelilingi bumi dalam masa sehari?

Tempat di Soyuz adalah begitu kecil dan kami tidak dapat bergerak dengan banyak dan kami banyak menghabiskan masa berbincang dan saya banyak menghabiskan masa dengan melihat di luar melalui tingkap dengan melihat keindahan dan kebesaran ciptaan Allah dan ia memberi keasyikan dan memberi nikmat kepada saya.

Pasti kalangan umat Islam bertanya kalau berputar sekeliling Bumi sehari 16 kali, bagaimana menunaikan tanggungjawab kita?

Tanggungjawab saya bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi kepada umat Islam seluruh dunia bagaimana untuk bersembahyang dan bagaimana untuk berpuasa dan saya bersyukur kerana sempat berpuasa selama dua hari di angkasa lepas dan tidak menjadi masalah kerana Jakim telah menghasilkan buku cara beribadah di angkasa lepas.

Jadi saya dapat berpuasa dengan begitu tenang dan saya mengikut masa di Kazakhstan untuk berbuka dan bersahur dan kenikmatan berbuka puasa di angkasa lepas adalah sesuatu perkara yang tidak akan saya lupakan.

Ia adalah begitu hebat sekali dan saya berasa begitu lengkap seolah-olah hati saya begitu lengkap pada masa itu. Dan sembahyang juga adalah amat mudah pada saya waktu itu kerana saya dapat betulkan kaki saya pada masa itu untuk rukuk dan sujud, jadi saya telah rekodkan dalam video bagaimana bersembahyang di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi video tersebut bersama dengan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Kalau 16 kali berpusing ia tetap mengikut waktu Kazakhstan?

Jakim buat persetujuan bersama seluruh ulama dan mufti seluruh dunia dan mereka membuat keputusan bahawa kami akan ikut waktu solat di mana kami dilancarkan atau berada iaitu di Kazakhstan.

Pertama kali melihat Bumi dari angkasa lepas, apakah sebenarnya tercetus dalam fikiran apabila melihat bumi dari angkasa lepas?

Apabila saya lihat Bumi di angkasa lepas seolah-olah jantung saya berhenti berdegup seketika, saya tidak mengelipkan mata langsung. Perkara pertama yang datang dalam ingatan saya ialah tentang kebesaran Allah dan ini adalah sesuatu yang mengasyikkan dan begitu hebat sekali.

Susah untuk saya gambarkan kepada rakyat Malaysia. Saya juga menulis segala perasaan saya dalam sebuah diari kecil di angkasa lepas dan saya berharap dapat berkongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia.

Kali pertama keluar dari Soyuz, bagaimanakah perasaan apabila keluar tanpa menggunakan kaki dan melayang ke atas?

Sebenarnya kita sudah terapung di Soyuz selama dua hari tetapi apabila sampai ke ISS tempat itu adalah begitu besar dan apabila anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya menolak kaki anda sendiri, ia adalah satu perkara yang hebat.

Apa yang pelik ialah apabila saya kembali ke Bumi, saya rasa begitu berat untuk mengangkat tangan saya disebabkan oleh graviti. Mereka yang duduk selama enam bulan banyak kesan pada badan mereka.

Pertama kali berbicara dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis dan mendengar suara warga Malaysia berbicara dengan Sheikh di angkasa lepas.

Apabila pertama kali saya mendengar suara rakyat Malaysia di angkasa lepas dan saya rasa seolah-olah satu kehebatan yang amat sangat dan saya berasa seluruh rakyat Malaysia berada di angkasa lepas.

Saya berasa bangga ketika berada di angkasa lepas saya dapat berkongsi makanan-makanan Malaysia dan beraya bersama astronaut yang lain dan berkesempatan mendendangkan lagu-lagu Melayu di angkasa lepas. Saya telah memainkan lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang oleh P. Ramlee, Seribu Bintang oleh Alleycats dan juga Sudirman Balik Kampung.

Mereka amat menyukai makanan tersebut dan sukakan lagu tersebut. Ia adalah penting untuk membawa budaya kita bukan hanya di ISS tapi juga di seluruh dunia.

Bagaimana perasaan apabila mendengar suara ayah bercakap dalam bahasa Rusia?

Ayah saya mempelajari bahasa Rusia dan beliau memang seronok bercakap dalam bahasa Rusia dan saya memahaminya, tetapi ibu saya bercakap dalam bahasa Malaysia.


Bagaimanakah seorang angkasawan melakukan hal-hal yang sulit seperti pergi ke tandas?

Sebenarnya bukanlah mudah menjalankan perkara seperti itu kerana segalanya terapung. Jadi anda harus ?mengikat? kaki anda supaya pergerakan tidak bergerak. Hari pertama dan kedua saya menghadapi masalah kerana tidak biasa, tetapi hari ketiga dan empat segalanya berjalan dengan begitu mudah.

Anda juga harus mengetahui apa yang dilalui di angkasa lepas adalah empat kali ganda lebih lama dengan apa yang dilalui di Bumi. Memakai baju mengambil masa 10 hingga 15 minit hanya untuk pakai baju dan seluar.

Sempat tak tengok meteorit atau tahi bintang?

Saya tidak melihat tahi bintang. Saya ingin mengatakan pada semua rakyat Malaysia bahawa bintang dan bulan lebih terang dilihat di angkasa lepas kerana tiada lapisan afmosfera yang mengganggunya dan bintang tak berkelipan apabila dilihat di angkasa lepas.

Prof. Dr. Abdul Rahman Jamal mengatakan keseluruhan saintis dari NASA termasuk dari Roskosmos, semuanya memuji anda dalam melakukan kerja dengan efisien dan sempurna.

Saya mengambil misi ke angkasa lepas ini dengan begitu serius.

Bukan sahaja untuk saya bersembang-sembang atau melancong ke angkasa lepas.

Bagi saya ia penting untuk membuktikan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan benda-benda seperti ini. Saya juga telah ditugaskan untuk membaiki equipment daripada European Space Agency. Jadi ia adalah satu tanggungjawab yang besar untuk European Space Agency mempercayai angkasawan Malaysia untuk melakukan tugas tersebut.

Bagi saya adalah penting untuk membuktikan kepada mereka supaya lebih ramai angkasawan Malaysia dibenarkan ke angkasa lepas sebagai angkasawan, bukan sahaja sebagai pelancong atau berseronok, tetapi lebih serius sebagai angkasawan.

Kebanyakan pengulas NASA meletakkan Sheikh sebagai space flight participant. Bagaimana reaksi Sheikh dalam hal ini?

Sebenarnya bagi saya ia tidak kira sama ada pihak Amerika memanggil saya sebagai space flight participant. Yang pentingnya saya digelar angkasawan Malaysia oleh seluruh rakyat Malaysia. Rusia telah mengiktiraf saya sebagai cosmonaut researcher.

Jadi ia adalah amat penting sekali kerana saya berlatih bersama Rusia. Jadi mereka tahu bagaimana seriusnya kami sebagai angkasawan melalui tugasan tersebut.

Saya berharap selepas ini saya dapat pergi ke angkasa lepas selama enam bulan iaitu jangka masa yang lebih panjang dan bekerjasama dengan NASA serta membuktikan kami setaraf dengan astronaut mereka. Saya ingin menekankan bahawa latihan di Star City adalah berbeza dengan latihan space tourist di mana mereka hanya mengambil masa enam bulan dan kami berlatih selama setahun. Setiap hari kami mempunyai kelas-kelas teori, jadi latihan kami adalah berbeza dengan latihan space tourist.

Bagaimana hubungan dengan astronaut lain selain Peggy Whitson dan Yuri Malenchenko?

Saya rasa apabila saya dapat membuktikan kepada mereka betapa seriusnya saya mengadakan misi ini dan betapa cekapnya menjalankan equipment dengan baik dan betul, mereka telah mempercayai sebagai professional astronaut. Malah, mereka telah mengatakan bahawa saya adalah professional astronaut. Itu adalah amat penting bagi saya.

Saya boleh dikatakan agak bebas ketika berada di ISS di mana boleh melakukan apa sahaja di angkasa lepas. Saya tidak perlu meminta izin untuk menekan butang atau menekan apa-apa sahaja, jadi mereka telah beri kepercayaan kepada saya untuk menjalankan segala eksperimen, segala tanggungjawab, segala apa yang saya mahu lakukan di ISS.


Nampaknya anda sangat bersedia, pakaian pun ada Jalur Gemilang dan memakai baju batik?

Baju batik tersebut adalah sesuatu yang istimewa dan ia bukan sebarang baju batik dan ia telah dibuat khas untuk penjelajahan di angkasa lepas kerana jika anda lihat dengan teliti baju batik tersebut ada lukisan gambar-gambar planet, gambar angkasa, bintang, gambar galaksi dan bulan dan ia adalah baju batik yang begitu unik sekali dan saya membawa kembali baju batik itu semoga saya dapat meletakkan di Arkib Negara supaya seluruh rakyat Malaysia berasa bangga kerana baju batik Malaysia berada di angkasa lepas.

Apakah yang tidak mungkin dapat dilupakan bagi Sheikh ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)?

Sepuluh hari berada di ISS adalah begitu menakjubkan dari segi terapung, cara kita makan cara kita sembahyang cara kehidupan seharian adalah begitu berbeza sekali walaupun saya telah kembali ke Bumi kadang-kadang apabila saya bangun dari tidur saya berasa seolah-olah saya terapung-apung di angkasa lepas. Ia adalah sesuatu yang masih terngiang-ngiang, bermain-main di kepala saya sehingga kini, ia adalah seolah-olah satu mimpi sampai sekarang.

Apakah sekarang ini anda merasakan demikian juga, terapung-apung?

Ya, saya masih berasa terapung-apung ketika bercakap di Radio24.


Bagaimana perasaan ketika mula masuk ke atmosfera Bumi?

Jika dibandingkan dengan Soyuz yang lain kami mempunyai masalah teknikal ketika itu dan selama ini hanya tiga Soyuz sahaja sejak tahun 1980 di mana keadaan ini berlaku dan kami telah diputar-putarkan begitu hebat sekali, kami telah dilambung-lambungkan di dalam Soyuz sehingga anda tidak dapat bernafas ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk kembali ke bumi tetapi Alhamdulillah semuanya baik malah semasa kami mendarat di Kazakhstan kami terbabas sejauh 600km dari tempat yang seharusnya kami mendarat.

Dikatakan tidak boleh bernafas, bagaimana keadaan itu?

As though an elephant is stepping on your chest... ia seolah-olah sesuatu benda yang berat sekali menekan dada anda, anda tidak dapat bernafas dan anda berasa tidak selesa tetapi kami telah diajar bagaimana untuk bernafas kerana yang tertekan itu adalah dada bukan abdomen, jadi latihan tersebut telah menyelamatkan kami untuk sampai ke Bumi dengan selamat.

Dalam perjalanan itu, api akan menyala kiri dan kanan bagaimana perasaan Sheikh ketika itu?

Apabila kami mendarat ke Bumi seluruh kapsul Soyuz itu akan terbakar dan keadaan di dalam itu akan panas sekali dan saya dapat melihat api dan malah serbuk-serbuk api memasuki ke dalam Soyuz menerusi saluran udara dan asap-asap mula berkepulan di dalam Soyuz tetapi itu adalah sebentar sahaja dan kami telah menutup saluran udara. Pasukan penyelamat telah sampai boleh dikatakan agak cepat dalam masa 25 minit dan dengan cepat membantu kami keluar dari Soyuz.

Apakah harapan setelah kembali ke Malaysia?

Harapan saya nanti dapat memberikan suntikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada golongan belia, kanak-kanak supaya mereka lebih mendalami bidang sains dan kejuruteraan.

Saya berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai angkasawan, lebih ramai saintis, doktor untuk memajukan Malaysia dalam segala aspek lebih-lebih lagi dalam bidang aeroangkasa dan saya juga berharap agar Malaysia dapat menghasilkan roket sendiri untuk membuat pelayaran ke angkasa lepas.

Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 17:22


bangga lah juga dengan org islam malaysia pergi angkasa..tahniah

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 17:39


salam..rupanya sebab malaysia beli 18 buah pesawat suhukoi buatan russia lalu rusia menawarkan pakej atau satu tempat untuk malaysia untuk ke ISS..baru tahu rupanya...rupanya tiada perancangan yang jelas lah pemergian SMS ke ISS....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-10-07 18:18


Pada 26-10-07 17:39 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

salam..rupanya sebab malaysia beli 18 buah pesawat suhukoi buatan russia lalu rusia menawarkan pakej atau satu tempat untuk malaysia untuk ke ISS

ye, program tersebut termasuk dalam pakej pembelian pesawat sukhoi.. sebab itulah dinamakan offset program

selama ni membangkang tapi tak tahu ke?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 26-10-07 18:20


buat eksperimen yang orang lain dah buat.....

buang duit rakyat saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 18:21


Pada 26-10-07 18:18 , alea13 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-10-07 17:39 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

salam..rupanya sebab malaysia beli 18 buah pesawat suhukoi buatan russia lalu rusia menawarkan pakej atau satu tempat untuk malaysia untuk ke ISS

ye, program tersebut termasuk dalam pakej pembelian pesawat sukhoi.. sebab itulah dinamakan offset program

selama ni membangkang tapi tak tahu ke?



bukan tak tahu...tapi nak bagi tahu siapa-siapa yang tak tahu lagi...

so kalau nak pergi ISS belilah lah jet pejuang russia dengan banyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 26-10-07 18:22


haha.....

keballah pertahanan negara kita......

hidup najib tun razak

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 19:59


terima kasih kepada altantuya sebab tolong belikan sukhoi untuk kita.sebagai hadiah altantuya dibom

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:55


takziah buat SMS yang baru kehilangan adik tersayangnya....

al-fatihah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 21:07


salam..setiap perkara ada sebabnya....kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-10 21:54


so...
apa kesudahannya program ini?
apa faedahnya untuk rakyat Malaysia?
dengar kata buat ujikaji macam-macam lah kat angkasa tu.
result?


-----------------
KADANG KAWAN JADI LAWAN...
KADANG-KADANG LAWAN JADI KAWAN....


Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 1st Angkasawan Muslim Melayu ! Prasaan Antum?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 5 Of 5

Go To Page: 1 · 2 ... 4 · 5  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.368843 saat. Lajunya....