Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 144
Ahli: 0
Jumlah: 144




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 50 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: mencari calon isteri


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» mencari calon isteri

Please Mendaftar To Post


Oleh mencari calon isteri

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-04-15 13:15


Assalamualaikum

rasanya ramai dah yang jarang posting atau jadi silent reader
mungkin sebab perkembangan facebook
apa-apa pun saya tak nak dedahkan di FB cukup dalam portal ni sahaja

saya sedang tolong dua orang kawan yang tengah serius mencari calon isteri:

kriteria calon yang sedang cari bakal isteri ni yang saya boleh bgtahu:

1) boleh/mereka dah sdia jadi imam solat kepada bakal isteri
2) rajin ke kelas agama (belajar agama)
3) dah sdia nak pikul tgung jawab dan bagi nafkah kepada pasangan
4) dalam linkungan 29-31 tahun
5) mereka tak kisah calon isteri asal mana
6)pendidikan mereka tak tinggi ( tak sampai degree) pun tetapi dah ada kerja tetap
7) nak cari calon yang menutup aurat dengan sempurna
8) sanggup susah dan senang bersama
9)mereka masih bujang

Sebenarnya jujur saya katakan saya memang dah banyak tolong match making pasangan (sebab mereka yang minta tolong,bukan saya yang offr diri) baik lelaki mahupun perempuan dan saya tengok kedua-duanya sangat cerewet dan memilih kriteria yang agak materialistik (kebendaan,fizikal) dan bukannya iman dan hati...
kadang-kadang malu dah nak tolong match making sebab ditolak apabila cuba dipadankan dengan alasan:


1) Dari pihak perempuan:

-terlalu tua/terlalu muda(walhal kalau muda beza 1-3thn saja...)

-bukan orang senegeri (walhal prempuan tak perlu nak tinggal dekat dengan family lebih-lebih lagi kalau wali (ayah) tak kisah menantunya bukan negeri yang sama-yang lebih-lebih biasanya calon atau ibu kepada calon.Walhal tanggung jawab menjaga mak ayah tak letak pada bahu perempuan jika telah bersuami-ni dari ajaran Islam) tanggung jawab letaknya pada bahu lelaki (abang,adik beradik lelaki walaupun mereka telah mendirikan rumah tangga) MELAINKAN kalau mak ayah kita dah tua,nyanyuk,sakit kronik,terlantar dan tiada siapa yang nak jaga maka memang relevan kalau tolak calon lelaki kerana tak satu negeri),biasanya alasan sebab susah nak balik kampung,nanti time raya bergaduh nak balik mana,,,aduhai di manakah agama di hati kita---fikir balik syarat pemilihan pasangan dalam Islam adakah melihat dari segi materialistik?

-taraf pendidikan tak sama (ok,secara realitinya lelaki kalau pendidikan tinggi jarang akan pilih perempuan yang rendah lagi pendidikan dari dia,jadi biasanya mereka yang macam ni dah kahwin dan kahwin usia lewat (40-an ke atas) dan demand mereka lagi tinggi (suka educated women,pandai bawa diri,pandai bergaul dalam majlis2,suka wanita yang stylish,pandai masak dll).Jadi wanita yang mencari pasangan setaraf mungkin kena tunggu 3thn ke atas lagi nak kahwin kalau tunggu calon yang setraf dengan pendidikan mereka dan kalau ikutkan sistem pendidikan pun memang tak ramai lah lelaki yang belajar tinggi sebab sistem kita jarang meraikan cara belajar lelaki (lebih suka praktikal,guna kekuatan fizikal) jadi ramai memilih vokasional,engineering dan biasanya peringkat diploma.Sewajarnya tidak mengapa lelaki rendah pendidikan dunia asal tinggi dan berterusan pengajian agamanya (ni Islam yang bgtahu) dan perempuan wajar mempunyai pendidikan tinggi supaya dapat didik anak-anak kerana anak-anak lebih banyak belajar dan mempelajari ilmu/berkembang bermula dari rumah bukan dari tadika/sekolah.Jadi siapa yang lebih banyak dduk di rumah ye? lelaki ke perempuan??? jadi tanggung jawab mendidik anak di rumah banyak masanya adalah dari ibunya jadi wanita perlu ada pendidikan tinggi dan tak mengapa lelaki tak belajar tinggi asalkan ada kerja yang halal,solat cukup,boleh jadi imam,suka ke kelas agama tak begitu?

-untuk pengetahuan selain dari sistem pendidikan yang jarang meraikan cara lelaki belajar yang menyebabkan mereka lebih suka belajar secara hands-on bukan berteori dan banyak membaca sprt cara belajar di universiti,kebanyakan tak dapat sambung belajar kerana memberi laluan kepada adik-adik perepmuan/kakaknya menyambung pelajaran dan berkorban diri untuk menyara keluarga sendiri sebab lelaki yang perlu menjaga keluarga...bukan semua lelaki ak belajar tinggi sebab malas nak belajar...mari kita buka minda kita wahai muslimah/wanita/perempuan..balik semula kepada 4 kriteria memilih pasangan hidup dalam Islam

-Gaji rendah dari saya... (material juga)
-tak berkenan dari segi rupa (kulit gelap/gemuk,berjerawat).Jangan lupa rupa ni Allah yang bagi ye..berjerawat boleh saja diubati..fizikal menjadi alasan...
-sebab dia bukan sebangsa dengan saya (pulak,macam-macam manusia ni bila ikut nafsu ttapi bukan panduan agama)

Jadi jangan terasa jika jodoh kita lewat..ini tandanya kita belum bersedia menerima kelemahan pasangan apatah lagi kelemahan lain yang tidak dapat dilihat sewaktu taaruf (contoh: tak pandai mengemas, pendiam,tak pandai jaga anak,tak sensitif,tak romantik dll)


2) Dari pihak lelaki:

-tak berkenan dari segi rupa (kulit gelap,gemuk,tak seksi,berjerawat dll). Wahai kaum lelaki yang mengaku dirinya Islam,lihat semula apakah kriteria yang Islam letakkan dalam mencari calon sebagai pasangan hidup,adakah materialistik (kebendaan/fizikal)?Ingatlah rupa Allah yang ciptakan ye...kalau gemuk lepas kahwin boleh kuruskan badan,begitu juga muka berjerawat dll) tetapi kalau pasangan hatinya hitam (ada affair dengan ex-BF,suka mngumpat,mulut laser,boros,tak hormat mertua ke...)apa gunanya rupa yang cantik kan?

-tak satu negeri...hmmmm
-tak setaraf dari segi pendidikan.... hmmm malas dah nak komen panjang2
-nak yang tak bekerja/nak yang bekerja/kalau nak yang bekerja tak nak yang kerja swasta (hmmmmmmmmmmm,bukan benda ni masih boleh dibincangkan ke...nak mendirikan rumah tangga ke atau memikirkan hal pejabat sebenarnya...ramai saja yang pasangan yang boleh saja hidup kalau pasangannya kerja swasta.bekerja???)

*ttapi setakat ni yang ramai suka tengok rupa sebelum nak taaruf perempuan (hmmm..fikir semula tujuan nak kahwin dan cara memilih pasangan nak ikut Islam atau nak ikut hawa nafsu..)

Jadi sahabat-sahabat nak jadi match maker (tukang carikan jodoh bukan senang..banyak ragamnya :sopan:

tetapi sabar saja lah sebab kita nak tolong orang

Berbalik kepada calon yang nak cari isteri siapa (muslimah/wanita) yang berminat nak taaruf dengan mereka (calon lelaki ni) boleh SMS atau Whats App saya 0133113897 (wan)

saya serius nak tolong mereka dan mereka ni dah kena reject dengan alasan (pendidikan tak setaraf) bukan sebab kena reject atas alasan agama mereka kurang

oh inilah realitinya

saya tolong secara percuma sahaja,tiada apa-apa bayaran,saya serius dan saya tak main2kan perasaan orang lain....cuma saya mungkin tak nak terima calon yang memilih/cerewet yang tidak mengikut syariat Islam

terima kasih atas segalanya


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

    


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

azzeem
Warga Rasmi
Menyertai: 13.09.2015
Ahli No: 43008
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-15 20:02


https://www.facebook.com/groups/1599912730270505/

Cari Jodoh di BAITUL MUSLIM - 1 hanya 1 Minggu : geng جيل القرآن

bagi menggalakan aktiviti bermanfaat dan tidak lagha, kami menjalankan kempen 1juz 1 week

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzeemProfil   Hantar PM kepada azzeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090743 saat. Lajunya....