Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu

Tambatan Ringgit Dimansuhkan

Tambatan nilai ringgit dimansuh
KUALA LUMPUR: Tambatan nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan sejak 2 September 1998 bagi menangani spekulasi mata wang, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan penarikan balik tambatan ringgit itu malam tadi berkata, kadar tukaran mata wang tempatan dikendalikan secara apungan terurus terhadap sekumpulan mata wang asing.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah menukar tambatan ringgit berdasarkan sekumpulan mata wang asing bertujuan menstabilkan nilai ringgit dan ekonomi negara itu, dijangka tidak menjejaskan ekonomi negara.

** nak tahu cerita lanjut sila ke :-
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20050722010955/Article/


Ha itulah antara berita yang menarik perhatian. Dan yang paling menarik pula adalah apabila tambatan RM ke atas Dollar US dah dimansuhka serta merta. Seperti mana yang kita ketahui sebelum ini, RM ditambat sebanyak RM3.80 bagi setiap Dollar US. Tetapi kali ini ianya kembali kepada keadaan asal iaitu diapungkan mengikut pasaran kewangan semasa. Saya sendiri kurang jelas tentang perkara ini kerana belum khatam belajar topik ini. Tetapi saya ada bertanyakan dengan rakan sepejabat. Menurut katanya ia adalah sesuatu yang baik. Kerana sebenarnya nilai RM sebenarnya telah meningkat dan bukan lagi seperti pada kadar ia ditambat sebelum ini. Saya akui perkara itu kerana di dalam akhbar ada menyatakan nilai RM sekarang adalah RM3.65 ke atas setiap Dollar US.

Apa pun yag dilakukan oleh kerajaan aku harapkan ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan rakyat Malaysia sekalian. Ini kerana saya tidak mahu melihat negara mengalami senario kemelesetan ekonomi yang teruk lagi. Bayangkan betapa perit dan susahnya kita semua ketika ekonomi dunia merundum pada tahun 1997. Ini telah memberi kesan dan impak yang besar kepada seluruh dunia dan kita rakyat Malaysia. Banyak agenda dan aktiviti pembangunan terpaksa dibekukan dan dibatalkan. Peluang pekerjaan menjadi semakin tipis, malah lebih teruk lagi ada yang dibuang kerja kerana majikan muflis ataupun tidak mampu meneruskan perniagaan. Ini semua bukan saja mengakibatkan kesan kepada pekerja tersebut tetapi kepada seisi rumah. Kerana ianya telah merencatkan aktiviti isi rumah dan ini telah mengakibatkan kesan tersebut turut dirasai oleh masyarakat setempat.

Itu saja yang saya nak ulas. Nak cakap lebih-lebih bukanlah arif sangat. Tetapi aku berharap sebarang langkah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pak Lah akan mengambil kira kepentingan rakyat bersama. Majulah Malaysia menjadi negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Sekian, wassalam.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:22-07-05 00:00:00
Oleh: sahabat_sejati ([email protected])
Markah: (1038 kali dibaca)
Link Berkaitan:Baca suratkhabar saja...
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Tambatan Ringgit Dimansuhkan
Posting oleh ladybirdy pada 09-08-05 02:25:10
Markah Saya:


kalau isu tambatan ringgit tu dah selesai,mslh kenaikan harga barang bagaimana pulak..ada tak kerajaan cuba buat supaya hidup rakyatnye makin senang macam kita tengok kat negara2 lain?saya bsetuju dengan komen lecturer saya yang kata harga pakaian lagi murah dari makanan.if makanan (perkara asas) pun dah mhl,,our life is done,,bknlah done tapi susahla..maybe saya ni terkluar topik sikit tapi ekonomi jgkkn.dan then penjual sendiripun jual barangan dengan harga mhl sebab mereka pun kena tempias.tu blm dkira tol lagi..ok.

Tambatan Ringgit Dimansuhkan
Posting oleh MohdHanafi pada 30-07-05 15:09:36
Markah Saya:


Sepatutnya tambatan RM - USD ini dimansuhkan lebih awal lagi semasa era Tun..... tapi Kenapa beliau tak buat?

Sekarang ni baru ada usaha yang serius untuk kurangkan kekuatan US melalui reformasi ekonomi seperti ni.....setelah M'sia membuat pendekatan yang berani ini, China turut sama mencuba......dan dunia sedang berubah paksi kekuatan ekonomi ke Asia Timur......The new giant in business will be the countries in the East Asia leading by China..





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.075733 saat. Lajunya....