Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Merancang Kejayaan

Tajuk: Merancang Kejayaan. Pengarang: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abd. Razak, Noor Shamshinar Zakaria ISBN: 983-192-015-5 Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Harga: Semenanjung- RM23.50 Sabah/Sarawak- RM26.50. Sinopsis: Kejayaan adalah perkara subjektif. Keadaan ini berlaku kerana kejayaan bagi setiap individu tidak sama. Kemungkinan kejayaan bagi pelajar itu adalah apabila sekadar lulus dalam peperiksaan. Tetapi bagi individu lain, kejayaan diperoleh apabila lulus dengan cemerlang. Walau apa jua ukuran kejayaan, kejayaan hanya diperoleh dengan melakukan perancangan terbaik bagi mem-perolehnya dan bukan sekadar mengharapkan kebetulan semata-mata. Ini menunjukkan aspek perancangan penting bagi memperoleh kejayaan sebenar. Pepatah juga mengatakan, ‘Jika anda tidak merancang untuk kejayaan bererti anda telah merancang kegagalan anda sendiri’. Apabila disebut kejayaan, kita perlu sedar kejayaan sebenar adalah kejayaan yang meliputi seluruh aspek yang ada pada setiap individu iaitu kejayaan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kejayaan yang meliputi semua elemen ini adalah matlamat pendidikan di Malaysia seperti yang disarankan oleh Falsafah Pendidikan Negara iaitu, “.. memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; dan "..bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Daripada penyataan ini, jelas menunjukkan kejayaan individu yang sebenar bukan hanya diukur dengan kejayaan akademik semata-mata, bahkan ia juga meliputi kebijaksanaan, kekuatan kerohanian, kestabilan emosi dan kesihatan jasmani. Oleh itu, buku ini membincangkan kaedah-kaedah merancang kejayaan melalui kekuatan yang ada pada diri.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:15-06-04 00:00:00
Oleh: abuiqbalnuaim ([email protected])
Markah: (1514 kali dibaca)
Link Berkaitan:Laman Web Penerbit PTS
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Merancang Kejayaan
Posting oleh ainussaffeya pada 04-10-05 12:43:30
Markah Saya:


setuju sangat atas apa yang diperkatakan mengenai pentingnya kejayaan dan perancangan tu...yang penting Allah S.W.T tu kan Maha Pengasih dan Penyayang?jadi apa kita nak ragu kan lagi tentang janji Nya...." siapa yang bercucuk tanam maka dialah yang akan peroleh hasilnya" dan " siapa yang berusaha maka dialah yang berjaya"....

Merancang Kejayaan
Posting oleh _husna_ pada 02-03-05 11:05:19
Markah Saya:


assalamualaikum sahabat seme... setuju x? sebenarnye kite tidak pernah merancang untuk gagal... TETAPI kite gagal utk merancang... wslm..

Merancang Kejayaan
Posting oleh fattah pada 04-11-04 11:09:57
Markah Saya:


firstly, memang perlu semua tu. x dinafikan. kita juga perlu buat latihan dan fahamkan perkata yg kita tuju.

Merancang Kejayaan
Posting oleh KEMBARASUFI pada 17-10-04 15:53:59
Markah Saya:


buku yang sangat bagus ,kalu boleh baca buku *wabak sepanjang jalan*karang dewan ulama kedah bagus untuk menilai diri

Merancang Kejayaan
Posting oleh haiza pada 25-06-04 11:49:32
Markah Saya:


kejayaan boleh dicapai dgn usaha tanpa putus asa dan tawakkal. sebanyak mana usaha, sebanyak itu juga yg kita perolehi.





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078473 saat. Lajunya....