Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu

RIBA Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam

Penulis membincangkan persoalan riba dalam hukum Islam dan institusi alternatif dalam sistem ekonomi Islam yang sedia ada. Penulis juga menerangkan bahawa satu sistem bank tanpa bunga masih boleh beroperasi dan berkembang dengan baik dan mengkhususkan kajian kepada Bank Islam di Pakistan. Penulis tidak menyentuh mengenai perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia tetapi ada menganjurkan agar Dar Al Mal Al Islami Trust (DMI) yang merupakan sebuah institusi kewangan Islam yang bermatlamat untuk mengemukakan satu pembangunan sistem ekonomi dan kewangan Islam yang bersepadu ditubuhkan di Malaysia sebagai langkah untuk memajukan sistem ekonomi Islam.

Azlan Khalili Shamsuddin (2000), RIBA Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:12-05-04 00:00:00
Oleh: Hanan ([email protected])
Markah: (1601 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

RIBA Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam
Posting oleh ikhwanzm pada 07-10-08 13:04:31
Markah Saya:


Salam...... untuk maklumat ....pembaca.
Sila rujuk http://zaharuddin.net untuk maklumat yang lengkap mengenai RIBA.

Teknik Elak Riba Yang Tersilap
Oleh ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Saya pernah ditanya berkenaan masalah pinjaman kakitangan (staff loan) oleh rakan-rakan yang ingin memastikannya bebas Riba. Bagaimanapun mereka menghadapi sedikit masalah dengan kemudahan ini, di mana syarikat tempat mereka bekerja menawarkan pakej pinjaman perumahan buat kakitangan tanpa dinyatakan sama ada aqad (kontrak)nya akan diurus tadbir secara Islam atau sebaliknya.


Dalam hal ini, mereka menyatakan bahawa syarikat mengenakan faedah sebanyak 3 % dari jumlah pokok yang diberikan kepada kakitangan. Sememangnya tidak dinafikan ia adalah satu pakej yang sukar untuk dilepaskan kerana kadar pulangan yang amat rendah berbanding bank-bank di seluruh Malaysia.


Setelah meneliti info yang diberikan, agak jelas kepada saya bahawa ia adalah satu bentuk pinjaman yang beserta Riba yang sememangnya di haramkan oleh Islam tidak kira semurah mana pun tawarannya. Mudahya, jika ia di atur secara Islam maka sudah tentu kontrak yang akan ditandatanganinya dengan syarikat itu bertulis dengan jelas kontrak jual beli. Selain itu ia juga memerlukan proses menandatangi dua tiga jenis kontrak bagi mengesahkan transaksi di buat secara Islam selain pelabagi syarat jual beli yang perlu dipatuhi. Dalam hal tadi, jika satu kontrak asas sahaja yang serta tidak pula terdapat sebarang kontrak bertulis ‘asset purchase agreement' sebagai menunjukkan jual beli berlaku, sudah tentulah ia adalah sebuah pinjaman dengan riba dikenakan sebanyak 3 % atau apa jua peratusnya.


Selain itu, adalah tidak harus juga, seseorang menandatangi sebarang kontrak berkaitan urusan kewanagn sebelum ia mengetahui, kontrak apakah ia. Jika ia berlaku, sudah pasti aqad menjadi rosak (fasid) kerana salah satu syarat untuk sah aqad dalam islam adalah kedua-dua pihak memahami aqad yang dibuat.


Teknik Mengelak Riba Dalam Pinjaman Riba?


Hal ini selalu saya dengari sejak dahulu lagi, ia juga pernah dan masih dicadangkan oleh beberapa graduan-graduan pengajian Islam dan Shariah. Menurut mereka cara termudah bagi mengelakkan Riba adalah dengan memasukkan jumlah faedah ‘interest' di dalam jumlah pinjaman kita, kemudian di aqadkan atas aqad jual beli dengan pegawai pinjaman terbabit. Dengan itu, kita telah pun selamat dari riba dan aqad jual beli telah berlaku dan selamatlah kita dari Riba yang dikenakan.


Walaupun, sekali pandang, cadangan yang diberikan dilihat menarik tetapi jika diteliti, ia pasti penuh dengan masalah. Hakikatnya, ia bukanlah pendekatan yang sah di sisi Islam kerana sebab berikut :-


a) Pegawai pinjaman bukanlah pemilik wang syarikat atau bank tempatnya bekerja. Sebaliknya ia hanya bertindak sebagai wakil bagi pihak bank, maka sebagai wakil, tidaklah diharuskan seorang wakil melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diarahkan (diwakilkan) kepadanya. Justeru dalam hal ini, pegawai terbabit tidak mempunyai kuasa dari sudut Shariah untuk bertindak demikian. (Al-Uqud al-Musammah, Dr Wahbah Az-Zuhaily, hlm 283)


b) Ia juga tidak dapat mengubah sifat kontrak pinjaman itu kepada kontrak jual beli kerana pegawai bank atau syarikat tersebut tidak memiliki sebarang aset untuk dijual kepada pelanggannya sama ada dari sudut Shariah mahupun undang-undang Malaysia. Pembaca boleh membayangkan begini : si ‘A' bertemu dengan bank atau majikannya untuk mendapatkan pinjaman atau pinjaman khas kakitangan untuk membeli sebuah rumah. Maka untuk mengelakkan riba, si pelanggan berpakat dengan si pegawai untuk memeterai perjanjian jual beli dengan menggabungkan jumlah pinjaman pokok dan ‘interest' lalu meletakkannya sebagai harga. Lalu aqad pun dibuat.


Hakikatnya : Bagaimana mungkin dilakukan aqad jual beli sebegini sedangkan pihak bank atau majikan tidak memiliki rumah yang ‘kononnya' dijual kepada si pelanggan. Jelasnya, aqad ini tidak sah di sisi Shariah juga.


c) Pelanggan tetap akan menandatangai kontrak pinjaman dan bukan kontrak jual beli. Sudah pasti juga seluruh syarat-syarat dan rukun jual beli dalam Islam tidak dapat di jaga sama sekali dalam kandungan kontrak pinjaman.


Oleh kerana itu, sudah jelas bahawa cara yang dicadangkan ini tidak boleh terpakai sama sekali. Apa yang perlu dilakukan adalah jika anda benar-benar berada dalam sebuah syarikat yang demikian, anda dan rakan-rakan Muslim mestilah berusaha sehabis mungkin untuk meyakinkan pihak pengurusan agar memperkenalkan sistem pembiayaan secara Islam kepada seluruh kakitangan agar kakitangan boleh memilih. Ia selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah pusat kewangan dan Perbankan Islam Antarabangsa. Mana mungkin Malaysia boleh mencapai hasrat ini sedangkan syarikat-syarikat besar samasa swasta dan kerajaan masih lagi tidak mahu menggunakan perkhidmatan kewangan Islam dan tidak mahu juga memberikan kemudahan ini kepada ribuan kakitangannya.


Kini, kewangan Islam tidak boleh dianggap tidak berdaya saing lagi, fakta-fakta menunjukkan perkembangannya di tahap yang sangat memberangsangkan. Cuba teliti fakta berikut (sumber MIFC, hlm 8) :-



1. Sehingga hari ini, sekitar 300 Institusi Kewangan Islam dan 80 Pengendali Takaful muncul di seluruh dunia.

2. Jumlah asset Bank-bank Islam dan ‘jendela' perbankan Islam di bank Konvensional mencecah USD 560 Billion.

3. Pencapaian Modal Pasaran Global Dow Jones Islamic Index melebihi USD 10 trillion

4. Lebih 350 Dana Islam atau yang menepati Shariah telah ditubuhkan di seluruh dunia.

5. Islamic private capital investments, terutamanya di kalangan individu kaya di Timur Tengah sekarang mencecah USD 1.5 trillion dan sedang menaik kepada USD 2 trillion dalam tahun 2010.


Untuk tujuan itu, banyak bank-bank Islam mampu membantu untuk menyediakan produk seperti pembiayaan perumahan dan kenderaan kakitangan dan banyak lagi..

RIBA Alternatifnya dalam Sistem Bank Islam
Posting oleh syirqey pada 10-07-04 21:25:29
Markah Saya:


assalamualaikum... saya pernah menulis tesis dengan tajuk yang serupa dengan judul buku tersebut tetapi telah menambah maklumat didalam tesis saya dengan buku rujuka riba' lainnya.. sebagai satu permasalahan yang agak berat dewasa ini, buku ini memang menarik untuk dibaca dan dijadikan buku rujukan tetapi bahan atau isi darinya masih kurang dari segi latarbelakang sejarah riba itu sendiri dan alternatifnya yang nyata masih kurang disematkan.. Terima Kasih





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.171188 saat. Lajunya....