Peragut bermaharajalela....... Posting oleh abid_21 pada 31-07-11 22:21:53 Markah Saya:     
assamualaykum.
izinkan ana untuk memberi sedikit pandangan. jika dilihat dari 1 sisi, sememangnya kita akan terlebih dahulu menyalahkan peragut dan penjenayah. akhirnya, semua orang akan berasa takut untuk keluar rumah untuk pergi bekerja, membeli barang2 keperluang, hatta ke majlis ilmu sekalipun. amat tidak adil dan betapa berat sebelahnya pandangan seperti ini. ianya bukan lagi sikap berhati-hati tetapi pandangan seperti ini hakikatnya menunjukkan betapa kita lebih takut kepada ancaman manusia dari ancaman Tuhan.
Di mana Tuhan di hati insan? itulah persoalan yang seringkali kita terlalai. mari lihat dari kedua-dua sisi. sisi pertama, dari sisi peragut. seperti yang ukht nera katakan, mereka kebanyakan terdiri dari penagih dadah dan tidak ada perikemanusiaan. kita tidak perlu pelik kerana tindakan mereka berpunca dari akal dan hati yang semakin rosak. jangan dibicarakan terlalu panjang tentang mereka, bimbang tiada selesaian malah bertambah cemuhan dan keluhan yang membuahkan dosa.
dari sisi yang kedua, adalah dari sisi mangsa atau orang yang diragut. cuba kita lihat kelakuan dan perwatakannya bagaimana. zahirnya mereka diragut atas kecuaian masing-masing...tetapi bagaimana dari sudut batinnya. kerana setiap perkara dan tragedi yang berlaku ke atas diri seseorang itu ada hikmah dan pelajaran disebaliknya. hanya mereka yang mengalami lebih tersentak dan mengetahui apa yang telah dilakukan sebelum ini. (letakkan diri kita dalam posisi ini kerana kita bukan mencari salah org lain tetapi untuk melihat silap sendiri).
umpamanya, dikisahkan seorang yang ingin menaiki pesawat ke luar negara atas urusan kerja. dia datang lebih awal dari waktu berlepas. sementara menunggu, dia tertidur sebentar. apabila tersedar, diumumkan bahawa pesawat yang akan dinaikinya baru saja berlepas. dipujuk dan dirayu pada pegawai yang bertugas namun tidak diizinkan. lalu dia terduduk kerana sedih bercampur marah dan kecewa. tidak lama kemudian, terdengar pengumuman dan berita bahawa pesawat yang sepatutnya dia naiki itu terhempas yang mengakibatkan kematian dan kecederaan. lalu dia melafazkan syukur kerana diselamatkan Allah dari tragedi nahas itu. (ini adalah kisah org yang bergantung harap pada Allah)
dari kisah ini, jelas hikmah yang terkandung disebalik cerita. apa manusia tidak menggantungkan diri kepada Allah lagi, maka Allah akan membiarkan mereka dengan apa dan siapa yang mereka gantungkan harap dan segala-galanya. puncanya, nilai iman yang semakin terhakis. apabila iman mula terhakis, manusia akan lalai mengingati Allah, kemudian mula meniggalkan taat dan melaksanakan apa yang dilarang agama, lalu akhirnya maksiat berleluasa sehingga mereka sanggup melakukan perkara terkutuk dan keji.
Allah berfirman: sesungguhnya solat mencegah dr perbuatan keji dan mungkar
maka sesorang yang memelihara solatnya sahaja sudah dijamin Allah dari perkara2 maksiat dan keji samaada dia yang melakukannya atau orang lain lakukan ke atasnya. golongan ini dipelihara oleh Allah. jika ayat ini menjelaskan dengan menjaga solat sahaja dia dipelihara Allah, apatah pula jika syariat2 yang lain kita pelihara dan jaga seperti aurat, sifat riya' takbur, hasud, suka menabur fitnah dll.
selain itu, musibah adalah kafarat dosa kepada umat islam. itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya, tetapi selalu kita melalaikannya. moga kita mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan diri dan kesilapan orang lain.
wallahua'alam
|