Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 13 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 23 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 23 hari yang lalu
eme86: 24 hari yang lalu
sunan-faqih: 29 hari yang lalu

saudaraku..

salam..
Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen pun, kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam, datuk orang Cina adalah Adam, datuk orang India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga, kalau kita bangsa Cina kita masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar, kita kasihan, kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, pendatang tanpa izin sekali pun, lalu kita pun tolonglah menyelamatkan dia, tolong selamatkan anak-anak dia, tolong semalatkan harta benda dia, tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga, mereka yang melanggar perintah ALLAH akan menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan mereka, kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita, akan pemerintah alam ini.

Marilah kita sama-sama renungkan..



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:08-01-09 00:00:00
Oleh: sharulnira ([email protected])
Markah: (1300 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.069315 saat. Lajunya....