Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 153
Ahli: 0
Jumlah: 153




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 22 hari yang lalu

Pengurusan Zakat Di Malaysia

Adakah pengurusan zakat di Malaysia dapat membantu Ummat Islam keseluruhannya?

Di dalam surah At-Taubah ayat 60 ada menyatakan golongan yang mendapat zakat iaitu fakir,miskin,amil,mualaf,jihad fi sabilillah,memerdekakan hamba, orang yang berhutang dan musafir ke jalan Allah.

Apa yang saya lihat pada hari ini pengurusan zakat di Malaysia masih belum dapat membantu fakir dan miskin dengan berkesan. Adakah disebabkan pengurusan pemberian zakat yang terlalu ketat?

Harap dapat pandangan dari sahabat ukhwah sendiri..

Segala silap dan salah harap dapat diperbetulkan untuk maslahah ummat Islam.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:07-04-08 00:00:00
Oleh: rOwiyah ([email protected])
Markah: (2799 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Pengurusan Zakat Di Malaysia
Posting oleh naruto-san pada 13-06-08 03:34:56
Markah Saya:


to be honest....naruto-san personally rasa zakat yang dibayar umat Islam di malaysia tidak sampai ke tangan penerima2 yang berhak menerima zakat tersebut.

rasanya berlaku pecah amanah sewaktu proses agihan zakat2 tersebut.

lagi satu benda musykil...ambik contoh pusat pungutan zakat (PPZ) wilayah persekutuan ...Kenapa PPZ perlu ada board of directors???....adakah gaji2 lumayan ahli2 lembaga pengarah ini dibayar dari zakat umat Islam, or dari perbendaharaan negara seperti gaji pegawai2 kerajaan yang lain??...Kenapa tidak PPZ ini beroperasi seperti jabatan2 kerajaan yang lain???

walaupun antara list penerima2 zakat ialah...AMIL - orang yang conduct urusan pengutipan zakat tersebut....tapi satu soalan perlu ditanya....adakah mereka-mereka ini yang berada dalam board of directors BERHAK menerima zakat tersebut sedangkan ramai lagi orang miskin yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

ini hanya pendapat peribadi naruto-san....i wish i am wrong about this theory.

wallahua'lam

Pengurusan Zakat Di Malaysia
Posting oleh layar_sambar pada 13-04-08 16:32:04
Markah Saya:


saya ingin memberikan respon berdasarkan latihan ilmiah saya yang bertajuk : Potensi Tabung Zakat Malaysia: Satu analisis

hasil daripada pembacaan ke atas buku, observasi, temu bual dan statistik di dapati sememangnya zakat belum sampai kepada peranan yang sepatutnya dimainkan. sepatutnya potensi zakat digembeling secara maksimum. itulah sepatutnya yang perlu dilakukan sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Di mana ketika pemerintahan beliau tiada rakyatnya yang layak diistilahkan sebagai asnaf zakat. ada yang berpendapat rakyatnya tidak mahu meminta-minta kerana beliau telah berjaya menanmkan keimanan dan sifat zuhud dikalangan rakyatnya. Namun saya suka memilih bahawa sememangnya beliau telah berjaya membasmi kemiskinan dalam negaranya hasil daripada dasar-dasar pemerintahannya. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh umar abdul aziz ini dijadikan contoh terbaik dalam pentadbiran zakat di Malaysia.

saya ingin menyentuh sedikit sebab mengapa pelaksanaan zakat di Malaysia kurang berjaya. Banyak sebab yang menjadikannya. maka pada tahun 2004 PM telah menyatakan idea penubuhan LUZAM. Idea ini sangat baik demi kemaslahatan Ummah. Namun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh banyak faktor. Sememangnya jika kita lihat peranan zakat dari aspek sosio-ekonomi sangat banyak. Di kesempatan ini saya tidak dapat menyatakannya. mungkin lain kali. Saya berpendapat untuk melaksanakan seperti apa yang umar abdul aziz lakukan ialah kita perlu menyatukan zakat di peringkat pusat. Dengan penyatuannya banyak potensi yang dapat dilaksanakan di peringkat makroekonomi. Bukan sahaja mikroekonomi.

Antara sebab utama idea itu tidak dapat dilaksanakan ialah masalah perundangan. Dalam perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan bahawa apa-apa yang berkaitan dengan Agama Islam berada di bawah kekuasaan negeri-negeri. Termasuk juga hal berkaitan zakat. Maka cadangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Jika kita lihat dari segi kutipan zakat sememangnya rata-rata negeri dapat mengutip hasil zakat dalam jumlah yang belum mencapai tahap yang sepatutnya. Hanya beberapa buah institusi zakat negeri sahaja yang nampaknya sedang meningkat maju.

setakat ini sahaja ulasan saya. saya memang tengah menyiapkan latihan ilmiah ini. kepada sesiapa yang berminat ingin mengetahui ulasan lebih lanjut boleh email kepada saya di mohamadsaifudingmail.com

.....................................................
Presiden Jabatan Syariah dan Ekonomi
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08486 saat. Lajunya....