Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam 52 saat yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Mahasiswa masih ramai yang kurang matang

Kita tahu Allah telah menjajanjikan kemenangan kepada ISLAM. Syaratnya kita berusaha kearah kemenangan.

Maka lahirlah Platform-platform Jama'ah berunsurkan Islam dalam negara. Tapi apa persoalanya, adakah jama'ah ini bersatu? Saya bercakap dari segi konteks IPT...

Saya pernah menjadi tutor, saya kurang nampak semasa saya berjawatan tersebut. Tapi bila saya sambung belajar saya sendiri dianak tirikan oleh Pelajar-pelajar yang menguasai Jawatankuasa Islam di sebuah universiti sepenuhnya Bumiputra. Subhanallah, kelompok mereka tidak mahu langsung menerima atau bersama dengan rakan-rakan ikhwan yang lain. Malahan mereka saling bersyak wasangka.. mana yang diajar oleh Islam.

Kadang-kadang kita perlu mengkaji cara dakwah Rasullullah dan para alim ulama tertutama yang masih ada dalam negara atau luar.

Islam cukup indah,dan dakwah cukup menarik jika kita sebagai seorang da'ie pandai menyulam dakwah itu . Syaratnya hala tuju kita masih jelas dan batas syarak tetap di jaga.

Rasullulah pernah bersabda "Kecerdikan barang cicir kepunyaan orang muk'min". Kita lupa atau jelas setengan mahasiswa yang cintakan Islam dan berusaha berdakwah tapi mereka tercicir sebenarnya. org bukan makin dekat dengan Islam tapi makin berundur dari Islam.

Sampai bila kemenangan Islam akan muncul? Kenapa lambat? Kerana silap kita. Kita tidak ada cermin untuk melihat di mana koyaknya diri kita.

Subhanallah...

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.
Bersatulah semua tidak kira siapa kita yang pasti jika jelas hala tuju kita adalah untuk mendaulatkan islam maka kita diibaratkan adik beradik.

Selagi amal ma'aruf nahi mungkar menjadi slogan kita maka HARAM kita berpecah.

InsyaAllah ..



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:23-11-07 00:00:00
Oleh:mohd hazazi ([email protected])
Markah: (1756 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Mahasiswa masih ramai yang kurang matang
Posting oleh srikandi_khaulah pada 29-08-08 12:29:35
Markah Saya:


salam.
susah.
susah kalau kita rasa kita ni lebih baik dari orang lain.
sampai tak mahu campur dengan golongon yang kita kategorikan "aku lebih baik dari anda".

erm, macam syok sendiri pun iya jugak.
tenggelam dalam dunia jemaah, sampai tak perasan kita pun berkongsi bumi yang sama dengan orang yang bukan jemaah.

"jemaah memang hebat"

Mahasiswa masih ramai yang kurang matang
Posting oleh msaidins_85 pada 13-06-08 17:41:07
Markah Saya:


sebaik-baiknya kita berlapang dada dan tidak timbulkan sebarang prasangka yang tak baik dalam hati. Ingatlah hati kita semua adalah kepunyaan Allah, jangan kotorkan dengan prasangka yang lahir dari cetusan dan hasutan syaitan

Mahasiswa masih ramai yang kurang matang
Posting oleh lat-terang pada 14-03-08 11:37:45
Markah Saya:


Ada benarnya pendapat sauadar...mungkin kerana beberapa perkara yang saya rasa berlakau dalam IPT:

1) Diajar sedemikian oleh orang2 yang lebih senior,so mereka terikut-ikut gaya tersebut tanpa menilai terlebih dahulu..

2) Ingin jadi hero kononnya aku lah lebih Islam...rasanya yang ni bukan konteks IPT sahaja tapi luar pun sama..seperti dalam Islam sendiri..Taliban dengan Mujahidin..Syaih dengan Sunni semuanya ngaku org Islam tapi tak boleh terima org lian..

3) Mungkin takut kerana sebelum ini sering terjadi yang nak baik saja terus kena cop pembangkang...so mereka jadi fobia..sampai satu ketika dulu ada yang jadi pimpinan badan2 Islam kena tangkap walhal hanya syak saja..so mereka berhati-hati agaknya

Mahasiswa masih ramai yang kurang matang
Posting oleh sitihawa pada 09-02-08 22:32:14
Markah Saya:


assalamualaikum..

saya just nak melahirkan perasaan, saya pun pernah berada dalam situasi macam tu. Dan ada beberapa kawan mengadu tentang hal yang sama awak katakan. Betul lah kadang-kadang kita terlalu leka menyebabkan kita tidak mengendah orang sekeliling. Moga kita semua di perihara dan sentiasa berada jalan yang benar..





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.151927 saat. Lajunya....