Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 16 hari yang lalu

Hari Raya: Antara adat dan ibadah

Dua hari raya yang dikurniakan Allah untuk. umat Islam menyambutnya ialah IdulFitri dan IdulAdha.

IdulFitri disambut setelah umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan manakala IdulAdha disambut setelah umat Islam menunaikan Haji di Mekah pada bulan ZulHijjah.

IdulFitri disambut sehari dan IdulAdha disambut tiga hari, inilah yang dilakukan oleh nabi s.a.w. 1 Syawwal Nabi sambut Hari Raya 2 Syawwal baginda terus puasa.

Dalam Islam idul Adha lebih besar berbanding IdulFitri tetapi pada adat yang dilakukan oleh kita IdulFitri lebih besar daripada IdulAdha. Jadi... kita ikut siapa? Islam?

Nabi mengajar kita walaupun sibuk dengan hari raya, biarlah hari raya kita jadi ibadah bukannya sekadar adat. Kalau kita buat sesuatu jadi ibadah kita dapat pahala tetapi kalau jadi adat kita tak dapat apa-apa..silap jalan dapat dosa.

Tengoklah..baru sehari ramadhan dah bising dengan bunyi mercun... bukankah mengganggu jiran? Mengganggu orang solat tarawih? Mengganggu ketenteraman awam? Bukankah ini adat yang tidak baik...patutkah dibudayakan? Sudah lah tidak mendirikan solat tarawih.

Ramadhan bulan menambahkan ibadah bukan main mercun! Ibu bapa2 sepatutnya mencegah anak2 daripada. main mercun. Ini tidak..dah jadi mak bapak orang pun main mercun juga.

Lihatlah..setiap kali sambut raya..orang perempuan terutamanya..sibuk buat kuih,biskut raya dan sebagainya hingga tak ada masa nak solat tarawih atau baca Qur`an. Bukannya salah buat biskut raya tapi biarlah berpada. Ibadah lebih afdhal bukannya adat.
    
Kita sibuk nak pakaian baru, langsir baru dan macam-macam lagi. namun hati dan fikrah kita tetap lama. Sepatutnya selepas kita menjalani puasa sebulan kita berubah menjadi muttaqin, daripada tak suka Islam jadi sayang Islam. Daripada malas ibadah jadi rajin ibadah. Kalau dulu suka dengki lepas puasa tidak lagi.

tinggalkan adat yang tak ada faedah tu.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:28-09-07 00:00:00
Oleh:Tarmizi Bin Hassan ([email protected])
Markah: (1195 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.074002 saat. Lajunya....