Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 163
Ahli: 0
Jumlah: 163




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 21 hari yang lalu

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....

Assalamualaikum...:)
saya akan ceritakan satu kisah....dan kalau boleh saya nak minta pandangan sahabat2 sekalian...
macam ni ceritanya....
A(perempuan) dan B(laki2) ni dah lama couple...dah masuk 5 tahun...mereka couple start zaman sekolah lagi....A ni tak pernah couple pun sebelum ni...semenjak kenal dengan si B ini...A dah mula kenal sikit-sikit macam mana dunia 'percouplelan' ni...A ni dididik dari keluarga yang boleh dikatakan pentingkan agama jugak la....masa mereka couple..A dah mula rasa tak tenang...macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri dia....tambah2 lagi A dapat tengok kawan2 yang couple kebanyakannya tak kisah nak pegang2 tangan...keluar kedua-duanya...so B pun nak macam tu....disebabkan tipisnye iman di dada....A ni ikut laaa walaupun tak rela...apalagi si B ambil la peluang di atas kelemahan A..A memang tak boleh nak bertegas....maybe sebab dah sayang...tak tau laaa...
di pendekan cerita...A melanjutkan pelajaran ke IPTA dan B ke politeknik....so bila dah berjauhan...A rasa tenang sikit...dan alhamdulillah semua kawan2 A jenis yang mementingkan agama...kalau berborak ke atau ada apa-apa masalah....pendapat dari segi agama yang dipentingkan dulu...ini membuatkan A mula sedar dan nak mengubah diri....tapi macam mana? A tak punya kekuatan...melalui nasihat teman2, A mula membuat perubahan pertama...cuba tarik si B ke arah islam yang sebenar...melalui sms berunsurkan agama..buku2...cuba elak dari berjumpa...tapi si B tak dapat terima...B mula membuat andaian A mula berubah hati....di hati A tak pernah terlintas untuk berubah ..tapi hanya cuba untuk perbaiki keadaan ke arah yang lebih baik...bila dah lama.....B mula faham macam mana yang A nak sebenarnya....tapi B berterus terang mengatakan bahawa dia tidak dapat terima cara A...B nak mereka macam couple2 lain...boleh jalan berpegangan tangan....keluar berdua-duaan....tak dapat nak digambarkan perasaan hati bila orang yang di sayang mahu berterusan macam tu...A mencurahkan perasaan kepada teman2 dan minta pandangan...so teman2 bagi pendapat....kalau macam tu keadaannya...baik putuskan....tak guna kalau kita teruskan jika dia tak dapat menjadi pemimpin kita...kalau dah kawin macam mana?...ada laa sesekali A dan B keluar dating....dan A selalu perhatikan kalau tiba waktu solat...B tak pernah ajak dia pergi surau...A yang kena mulakan dulu....bertambah-tambah sedih dan gelisah si A...macam mana laaa kalau dia jadi suamiku?
A mengambil keputusan nekad untuk putuskan hubungan....B betul2 tak dapat terima kerana hubungan mereka dah menjangkau 5 tahun...inilah hubungan yang paling lama bagi dia sebab sebelum ni B pernah couple tapi hanya bertahan 5/6 bulan saja..so B menuduh A ni mementingkan diri sendiri tanpa fikirkan perasaan dia...betapa sedihnya hati A sebab orang yang dia sayang tuduh macam itu...bagi A..kerana sayang dia buat macam tu....sayangkan diri...sayangkan agama...sayangkan mak ayah...

MACAM MANA PENDAPAT SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN...PENTINGKAN DIRI SENDIRI KE SI A NI DISEBABKAN TINDAKAN DIA TU?
jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membaca dan memberikan pendapat.....:):)



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:15-02-06 00:00:00
Oleh: eela_hidayah ([email protected])
Markah: (1265 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh nur_iqra pada 28-06-08 07:53:31
Markah Saya:


assalamualaikum...
hurm...bukan pntingkn dr...cuma memilih ikut priority.....antara cinta yang membawa kepada maksiat,dan kemurkaan Allah....dengan kesedihan dkatakn pntingkn diri oleh manusia yang melanggar hukum Allah...anti pilihlah yang mana lebih baik...
salam

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh syasya2130 pada 22-03-07 19:25:46
Markah Saya:


itu adalah sebaiknya..bukan nak pentingkan diri..memang sepatutnya lelaki yang membimbing perempuan..tapi manusia kat dunia ni bukan semua yang perfect...lelaki dan perempuan adalah sama..yang mana salah harus di betulkan tanpa mengira jantina

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh eela_hidayah pada 09-11-06 18:51:35
Markah Saya:


Assalamualaikum...
tiada kata seindah bahasa....
ucapan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang memberi komen yang begitu membina...
semoga apa yang sahabat2 utarakan menjadi satu panduan kepada insan yang terlibat...insyaAllah...
jutaan terima kasih sekali lagi...wassalam..

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh InginTahu pada 25-07-06 11:05:59
Markah Saya:


ALHAMDULILLAHHIRRABILLA'LAMIN

Assalammu'alaikum wrh,

alhamdulillah.. lahaulawalaaquataillabilla...
Mungkin'A' adalah seorang hamba Allah yang baik(hanya Allah yang Maha Mengetahui) JADI, yang baik untuk yang baik..
Semuanya ujian dari Allah swt.. 5 tahun berkenalan.. bukanlah satu jangka masa yang pendek, namun..'A' masih mampu mempertahankan keimanan dalam dirinya malah berusaha untuk mengajak/menasihati secara berterusan kepada 'B' agar kembali kepada Perintah & Larangan Allah swt..
Lihatlah sahabat2 ana yang lain.. berkawan dengan sahabat yang baik dari segi akhlak dan agamanya.. maka insyaallah baik pulalah segala keputusan yang dibuat..

wassalam

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh annynatasha88 pada 06-06-06 01:03:45
Markah Saya:


assalamualaikum..tindakan si A memang tepat..kalau bercouple,takkan kita sanggup nak ketepikan agama sendiri demi orang yang betul-betul kita sayang..kita tidak dipandang pentingkan diri kerana A berfikir untuk mengutamakan agama yang seharusnya menjadi keutamaan dr perasaan kasih yang diturutkn...seringkali manusia alpa apabila berdepan dengan cinta dan pegangan mereka yang teguh mulai goyah..tetapkan hati,kuatkan iman,jangan tergoda godaan syaitan..insya-allah....

assalamualaikum.....

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh khazinatulsyouqoh pada 12-04-06 16:45:25
Markah Saya:


assalamualaikum

tuhan sangatkan sayang kan dia........
mungkin hikmah tersirat disebalik kekecewaan itu
tuhan mengasihi hambanya dengan cara memberika ujian yang perit
salah satu ujian yang payah untuk menusia ialah mengorbankan perasaan kran takutkan tuhan tapi.........masyallah cemburunya ana tuhan sangat sayang kan dia..........

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh Rafiuddin pada 05-03-06 17:42:29
Markah Saya:


Assalamualaikum.

lingkarnya ular hati pun gusar,
terpaku langkah berkecut hati,
mana yang benar tetaplah benar,
apa yang salah mesti dijauhi.

saidaraku dalam Islam,

A tidak mementingkan diri. Ia jawapan yang mudah.
Usah difikirkan kepentingan dunia, kerna akhirat takkan mengikut ia.

Wallahua'lam.

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh putrazam pada 04-03-06 17:16:57
Markah Saya:


Alhamdulillah..

Haa...baguslah tu.Itu yang sepatutnya...iman mesti diletakkan di hadapan dalam apa-apa jua hubungan.Biar semua hubungan sebelum perkahwinan berpundakkan keimanan pada Allah yang maha esa..lelaki memang macam tu...nakkan orang pujuk tambahan kalau yang dah bongsu tu...jangan dilayan perangainya...kalau dia ikhlas dan nak ubah cara hidupnya..dia akan tunggu awak..maaf mengomen

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh ilham_muslim pada 28-02-06 23:46:16
Markah Saya:


emmm...bagi ana itu bukannya mementingkan diri..naluri manusia sentiasa inginkan yang terbaik kan?begitu juga dengan pemilihan pasangan...tak kan kita nak seseorang yang belum tentu dapat memimpin dirinya sendiri nak memimpin kita?tetapi...sekiranya si A tadi yakin+mampu mengubah diri si B tadi cuba teruskan...insyaAllah minta dilembutkan hatinya...ye la 5 tahun tu..lama juga.. ;) maaf...yang baik dr Allah S.W.T, yang buruk dr kelemahan ana...wassalam

PENTINGKAN DIRI KE KALAU.....
Posting oleh haiza pada 20-02-06 10:54:15
Markah Saya:


kita memang kena pentingkan diri sendiri dulu baru lah orang lain sebab di akhirat nanti tak ada siapa dapat tolong kita tau. bagus si A dah sedar dan berusha untuk sedarkan si B. tapi akan daya....Allah hanya beri petunjuk kepada mereka yang dikehendaki. ana setuju dengsn pendapat sahabat2 si A agar meninggalkan si B. Si B pun dah sedar akan tujuan si A buat macam tu....tapi si B tak dapat terima kenyataan. sama2lah kita berdoa agar Allah bukakakan hati si B untuk kembali ke jalan yang diredhai allah s.w.t.





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076777 saat. Lajunya....