Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 7 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 17 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 18 hari yang lalu
eme86: 18 hari yang lalu
sunan-faqih: 23 hari yang lalu

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts

Masalah maksiat di kalangan pelajar Ipt ini bukanlah perkara baru dibincangkan tetapi sudah lali kita dengar, baca mahupun melihat sendiri..tetapi apa yang ana hendak perkatakan ialah masalah kebejatan sosial ini semakin menjadi-jadi. Dan apa yang menghairankan ialah perkara ini dilakukan secara terang-terangan di dalam kampus...Yang menjadi persoalannya ialah :

1) Mengapakah tiadanya tindakan tegas oleh pihak-pihak
bertanggungjawab?
2) Kita sibuk memperketatkan kawalan sana kawalan sini tetapi mengapa dan mengapakah kawalan terhadap kegiatan tidak bermoral ini tidak diperhebatkan tetapinya seperti dipandang enteng sahaja?

Tetapi apa yang lebih menyedihkan ialah remaja kita (Melayu) yang mengucap, yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah, yang Islam agamanya tetapi itulah yang membuat angkara...Mengapa dan mengapa??...Tak perlulah ana sebutkan ipt mana kerana semuanya tidak terlepas dari wabak maut umat Islam ini...Wallahualam



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:13-02-06 00:00:00
Oleh: Shadow ([email protected])
Markah: (1451 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh mdfakhri pada 31-03-06 15:05:14
Markah Saya:


ramai ikut nafsu....
jauh dari keluarga,mereka rasa mereka bebas...
darah muda...

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh nurirshad pada 19-03-06 12:02:45
Markah Saya:


kalau tak mampu, tegur dengan hati...
dan, jangan ikut yang tak elok tu...

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh putrazam pada 04-03-06 17:05:30
Markah Saya:


Alhamdulillah...

Berkenaan dengan isu gejala maksiat di kampus ipta dengan ipts..memang bukan isu yang baru.Ana tak mahu komen berlebihan tentang isu ini.Tetapi pada pendapat ana bertambahnya gejala sosial dan maksiat di kampus2 ipta dan ipts bermula pada satu sahaja...jauhnya hubungan makhluk dengan Allah dan rasa ingin mencuba benda yang baru.
Ramai pelajar2 sekarang tidak mengenali fungsi institusi masjid lagi...masjid ibarat penjara pudu...takut melihat kubahnya...boring mendengar laungan yang sama setiap hari berbanding celoteh deejay radio yang tak kering gusi mendengarnya...sesaat didalamnya rasa bagai terkurung beribu2 tahun...maaf terlebih perumpamaan..tapi itulah hakikatnya zaman sekarang...terlalu kurang yang mahu mengimarahkan masjid walaupun tidak setiap hari...cukuplah menghargai kewujudan masjid di sesebuah ipta/ipts...hanya mereka yang terpilih tahu kenikmatan iktikaf dalam masjid itu...pointnya disini...kalaulah sudah jiwa pelajar2 ipta/ipts jauh dari masjid...tak usah hairan mereka selamba melakukan maksiat di kampus2 ipta dan ipts...jawapannya boleh kita jawab sendiri...
Keduanya...ramai bekas pelajar2 sekolah agama sekarang merevolusikan diri mereka dengan mehnah coupling dan dating...maaf bekas pelajar sekolah agama...kalau dulu di sekolahnya cukup menjaga pandangan dan akhlak...kini semuanya dibuang...dulunya bertudung labuh kini beraneka jenis tudung dipakai..alhamdulillah masih bertudung...semuanya bermula dengan rasa ingin mencuba..so..adakalanya rasa sedih dan marah juga tengok student bertudung labuh dating...bukan pelik lagi di ipta/ipts islam atau biasa sekarang....
So...kalaulah daya iman dalam diri direbut syaitan...mudahlah diri tu melakukan maksiat...ini belum parah lagi seperti kes aishah yang menukar agamanya..nauzubillah...
Isu undang2 dalam kampus itu pun menarik...kadang kita nak salahkan pak gad dengan mak gad pun tak boleh juga...student memang pandai menipu...mengaku sajalah abang ke pakcik ke...mesti lepas pagar punya...takkan mereka nak belek kad pengenalan pulak...nanti tak pasal2 ada komen mengutuk pak gad dan mak gad dalam akhbar KOSMO nanti...
Apapun...memang tak salah nak bercinta di kampus2 ipta/ipts...tapi kita mesti pandai menjaganya dari terjebak dalam godaan iblis...dari melakukan maksiat paling serius iaitu berzina nauzubillah...kalaulah dah rasa tak tahan menanggung rindu dan cinta...kalau sehari tak berjumpa rasa bagai dah hilang kepala...mengapa tak masuk meminang sahaja...jawablah sendiri.

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh shauqah pada 01-03-06 15:24:39
Markah Saya:


Salam aliak...
"Ilmu yang hakiki ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu yang membunuh dan akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia"
(Imam Al-Ghazali)
Remaja sekarang ni di didik dengan wang dan di dodoi dengan nafsu..sebab tu Kalau di suruh menyanyi pandai,di suruh mengaji tak tahu!!
JIKA KAMU MENCARI AKHIRAT,NESCAYA IA AKAN DATANG DEKAT KEPADAMU DAN DUNIA AKAN DATANG HINGGA KE TAPAK KAKIMU..TAPI JIKA KAU MENCARI DUNIA AKHIRAT AKAN JAUH DARIPADAMU DAN KAMU TIDAK AKAN PUAS DENGANNYA….

shauqah_wardah18

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh masjidNurulHuda pada 22-02-06 11:40:35
Markah Saya:


Dasar sesuatu hukuman bergantung kepada pemerintahnya. Jika dasar telah ada, tetapi pelaksanaannya tidak berlaku, dasar itu juga tidak ada ertinya. Apa yang kita sesali sekarang ini ialah kelemahan dasar mencegah maksiat di negara ini..dah lah dasarnya lemah, dasar yang lemah itu pula tidak dilaksanakan. Semuanya memberi alasan bahawa itu adalah hak asasi individu. Hak manusia mahu dijaga, tapi hak Allah siapa pula yang nak jaga?
FIKIR dan BERTINDAK!

Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts
Posting oleh haiza pada 20-02-06 11:27:51
Markah Saya:


3 perkara yang perlu untuk mencegah maksiat:

1) kuasa - kepada yang berkuasa hendaklah mencegah maksiat menggunaan kuasa tersebut.
2) Lidah - kepada yang mampu untuk memberi nasihat hendaklah dia memberi nasihatdan peringatan kepada mereka agar insaf dan berjanji tiak akan melakukan maksiat tersebut.
3) Hati - kepada yang tiada kuasa dan tidak mampu untuk memberi nasihat hendaklah dia membenci perbuatan maksiat tersebut dengan hati dan berdoa agar Allah memberi peetunjuk kepda mereka agar kembali ke jalan yang benar.





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080799 saat. Lajunya....