Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 5 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 16 hari yang lalu
sunan-faqih: 21 hari yang lalu

antara raihan dan siti

Antara Raihan dan Siti siapa lagik popular?

Setelah membaca harian metro 14/4 tentang kejayaan raihan mengadakan konsert di Perancis, lah Bourget Convention Centre dan ditaja sepenuh oleh penaja dari sana.. dan disaksikan oleh 150,000 orang yang terdiri dari muslim dan non muslim dan pasti nya ramai diantara mereka bukan melayu... dan dari situ terdetik di hati saya... tentang kehebatan siti nurhaliza yang membuat persembahan di Royal Albert Hall dan disaksikan 2,500 penonton dan 80% diantaranya adalah orang melayu yang tinggal disana...Persoalanya disini siapa yang lebih popular di antara mereka ini di persada antarabangsa, Raihan suatu ketika dahulu pernah mencipta rekod jualan paling laris dalam 2 bulan terjual sebanyak 200,00 unit jualan kesuluruhan album puji-pujian telah menjejah 700,000 unit di malaysia, kalau kita tengok popularity Raihan kini dimalaysia sudah kurang dan malap sikit....Memang betul siti banyak kali menerima award diluar negeri dan dalam negeri.... Tapi raihan sudah banyak kali mengadakan persembahan di luar Negara.. seperti contoh di afrika selatan dan che amran telah diberi penghormatan untuk menjadi khatib dan mengimamkan jemaah solat jumaat...Saya tak nak membebel panjang tentang itu Cuma saya disini ingin kan pendapat anda tentang kejayaan seperti raihan
ini seolah-olah Tidak mendapat liputan yang hangat dari media di Malaysia seperti mana kejayaan siti di London tu...apa pendapat kawan-kawan??...:ni ada satu pendapat..dan saya sangat bersetuju dengannya..Antara siapa popular dan siapa 'SELAMAT' Kejayaan yang sebenar ialah kejayaan dalam agama. APa yang dimiliki siti bukanlah suatu kejayaan disisi agama....
Teringat kata-kata Ustaz Tuan Ibrahim TUan Man...Kalau kita disayangi Allah, apabila kita buat maksiat, cepat2 kita ditegur Allah sama ada dengan musibah, kemalangan, kesakitan..... Tapi bila kita dimurkai Allah, semakin kita menipu, makin kaya kita, semakin kita makan rasuah, makin kaya kita..Dan bagi artis-artis yang tidak mendapat nama, tidak popular, terkebelakang, kalah pertandingan, ucaplah alhamdulillah...Tapi, bagi artis yang selalu menang award, yang menang berpuluh anugerah, yang disanjungi dunia atas kelunakan suara anda, INGATLAH....ia mungkin kemurkaan Tuhan, ia bukanlah rezeki sebagaimana yang anda maksudkan, ia adalah ISTIDRAJ.....Di london, siti mendapat nama kerana nyanyian dan tariannya, di london juga, Shabina dinafikan hak untuk memakai hijab.....Ingatlah suatu hadith akhir zaman...." artis dipuja dan dimuliakan (keluar frontpage akhbar) dan Ulama dihina " Ia sedang berlaku sekarang.
Kepada ct nurhaliza, jangan terpedaya dengan gelaran artis paling bersopan.......kalau menutup aurat sekalipun, tapi masih menari melenggok-lenggokan tubuh, nyaringkan suara menyanyikan hiburan melalaikan manusia....ia tetap suatu kemurkaan Allah...

p/s: biar tidak popular dipandang manusia, moga-moga kita semua adalah antara orang yang popular disisi Allah. kepada peminat2 jangan cepat melatah.ambil ni sebagai satu pandangan dan komen yang membina untuk penyanyi kesayangan anda..



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:06-12-05 00:00:00
Oleh: atma ([email protected])
Markah: (1076 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.073113 saat. Lajunya....