Imam wanita,Tsunami dan Taufan...

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: Arn ( [email protected] )
Ditambah: 07-10-2005
Markah: 10



Assalamualaikum...

Jika diteliti dan sebagainya, kejadian solat yang diimamkan oleh seorang perempuan memang memalukan dan ia menggambarkan bahawa tamadun Muslim (bukan Islam ya tetapi umatnya) semakin hari semakin retak menunggu belah.Sedangkan pada abad 19 ataupun tahun dari 1800-1899 Barat menggambarkan ia adalah 'Dark Age of the Muslim', inikan pula sekarang..

Aliran pemikiran kita semakin berubah dengan arus global yang dipenuhi inti pemikiran Barat, jiwa kita terkena dek tempias deruan ombak idealism dan worldview barat yang penuh dengan korupsi sememangnya menyedihkan.

Di dalam apa jua tamadun, kejatuhannya bermula dengan kehancuran moral umatnya..Jika dilihat pada kes imam wanita, sememangnya unsur-unsur feminism yang berupa dari Barat telah diserap di dalam si imamnya..lebih memberatkan lagi, makmumnya seolah kelu tanpa kata mengikut.. Iman wanita walaupn sudah basi isunya, tapi kesannya memang berpanjangan dan kemarahan Allah dapat dilihat dengan berlakunya Tsunami di Acheh..pokok persoalannya, mengapa Acheh bisa dilanyak dengan bahana ini?!!! Mengapa? Bukan itu sahaja, banyak lagi kes-kes didepan mata kita yang tak patut berlaku(malah di Malaysia sendiri cnth: kes PLKN, arak dan macam2 lah)...

Jikalau dilihat pada sejarahnya, Acheh bolen dikatakan sebagai pusat Islam suatu ketika dulu.. Acheh di dalam sejarah dicatat sebagai kawasan terawal yang dimasuki Islam. Proses penyerapannya Islam telah bermula semenjak abad 12-13 lagi. Barangkali ditambah lagi dengan nama-nama sufi terkenal seperti Hamzah Fansuri(knotroversi dengan pemahaman mistik terhadap Islam), Al-Raniri, Al-Sumaterani dan sebagainya jelas menggambarkan kawasan ini adalah antara kawasan terawal sampainya Islam..dan sememangnya umat Islam di Asia Tenggara tidak memberi respon sewajarnya dalam kes imam wanita..

Segalanya tidak mustahil, Allah marah dengan apa yang terjadi iaitu kes Imam wanita, lalu Dia menghantar tsunami untuk melanyak Acheh. Ada juga pihak-pihak berkata di Acheh banyaknya berlaku kes Murtad dan sebagainya barangkali mendorong Allah untuk murka..Syukur Malaysia selamat..

Berbalik pada serangan di Iraq, Iraq boleh dikatakan sebagai tempat yang suatu ketika dahulu dipenuhi ulamak-ulamak.. sebagai contoh, Imam Hanafi, Syeikh Abd Qadir Jailani dan ramai lagi. Ketamadunan Iraq juga tinggi dengan terbinanya tamadun Mesopotamia dan Babylon. Islam sampai di Iraq begitu awal iaitu pada zaman para Sahabat Nabi S.A.W.

Tempat yang diberkati Allah dengan bekalan minyak yang dipercayai boleh tahan sehingga 500 tahun(orang Iraq sendiri cakap:pensyarah saya) menarik perhatian Amerika..lalu Iraq diserang dengan bermacam jenis bom..

Segalanya tiada yang mustahil bagi Allah, beberapa bulan kemudian bermacam jenis taufan melanda Amerika..dianggarkan kerugiannya memang berbillion-billion..lalu di dalam akhbar berita harian, Bush menyalahkan tuhan atas apa yang berlaku..

(Come on Bush..wake up!!!! U will lost the war because u attack Iraq..before that, u support Israel..now u pay for it..)

saya di sini ingin menyatakan rasa bersyukur kerana Malysia tidak kena tsunami seperti apa yang terjadi dengan saudara kita di Acheh..

Nauzubillah..lebih menginsafkan saya ialah, saya pergi memotong rambut..tukang potong rambut itu alah orang Acheh..lalu saya tanya adakah kelurganya selamat di Acheh selamat selepas Tsunami, dia senyap..saya melihat matanya berair..lalu saya minta maaf dan dia berkata, segalanya telah tiada..

Begitu pahit apabila merasa hilang kaum keluarga..apa yang saya mampu kongsi di sini ialah..hidup ini singkat, yang menjadi masalah ialah bagaimana hendak menggunakan hayat itu..masa takkan berputar balik, terlajak segalanya tidak bisa diundur..apa yang mampu dibuat ialah untuk menjadi celik di dalam jiwa dan di luar jiwa.. sama-samalah kita beringat(saya pun tidak semprna).

Allah Maha Esa..Only to Him we shall turn to and put our hope..