gila2 pengantin remaja (GGPR) memang GILA !!!

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: muiz ( [email protected] )
Ditambah: 19-06-2004
Markah: 10



SALAM utk semua... Saya sekadar ingin menyatakan pendapat utk sama2 kita renungkan... siapa yang dah tengok filem GGPR insyaAllah dapat memahami situasi yg saya nak ceritakan kat sini. saya sebenarnya bukanlah minat sangat menonton tv, cd & yg sewaktu dgnnya walaupun kat rumah saya ada astro. Kebetulan baru2 ni kawan saya ada pinjam cd GGPR. Saya sempat la join sekali. Tapi saya sangat sedih (marah pun ada juga) bila melihat watak yg dibawa oleh Zahnita. Dia ni (zahnita) bawa watak budak sekolah pakai tudung labuh. Tapi pembawaan watak tu dalam beberapa 'scene' amat tidak patut. Bagi saya (pendapat peribadi; blh diterima atau sebaliknya; terpulang!!) ianya seolah-olah mempermainkan hukum Allah. Sahabat2 juga boleh tafsirkan apa yang diucapkan oleh pak usu (afdlin shauki) kpd guru sekolah berkenaan bila zahnita dan heronya (saya tak kenal) ditangkap sedang "bertenet". Kata afdlin : "iii...nak bercakap pun tak boleh kat sekolah ni!". Kesimpulannya...hari ini, kita tak payah tunggu org non-muslim menghina ISLAM, tapi org ISLAM sendiri yg mempermainkan agama sendiri. Kepada DATO' YUSOF HASLAM dan Abg AZIZ M.OSMAN, sebagai pengarah yang HEBAT dan MANTAPPP, semoga lebih teliti dalam mem'bikin' filem. Untuk keterangan lanjut, boleh tonton sendiri filem ini... :(. Sekian. Wassalam. Maaf kalau ada yg tersilap. Boleh diperbetulkan.