Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: abuiqbalnuaim ( [email protected] )
Ditambah: 15-06-2004
Markah: 10
Link Berkaitan: Laman Web Penerbit PTS
URL Berkaitan: http://www.pts.com.my/absolutenm/templates/template.asp?articleid=42&zoneid=6



Tajuk : Cerita-cerita Motivasi untuk Pemimpin Pengarang : Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Fauzul Na'im Ishak ISBN : 983-192-051-1 Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Harga : Semenanjung- RM18 Sabah/Sarawak- RM21 Sinopsis: Ramai tokoh Islam pada zaman Nabi Muhammad memiliki sifat-sifat yang baik sebagai pemimpin. Para pemerintah dan pemimpin Islam pada masa itu mncerminkan keperibadian yang mulia. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti sabar, bersedekah dan tegas dalam kepimpinan. Buku ini terselit unsur-unsur yang boleh menjadi ikutan di sekolah, universiti dan lain-lain. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik juga sesuai membaca buku ini bagi memperbaiki diri. Cerita-cerita di dalam buku ini adalah kisah benar yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Ia ditulis dengan gaya bercerita yang menarik supaya ia seronok dibaca dan mudah difahami. Buku ini juga banyak menceritakan bagaimana para pemimpin pada zaman Nabi Muhammad mengatur strategi perang. Selain itu juga banyak moral yang boleh diambil oleh kita seperti yakin, bersemangat, tabah dan tegas dalam membuat keputusan serta menepati janji, dan banyak lagi.