Islam Penyelesaian

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: ustaz75 ( [email protected] )
Ditambah: 22-10-2007
Markah: 10



Kini kes2 jenayah dan pmbunuhan kejam tidak lagi menjadi perkara pelik malah sudah sangat biasa. setiap hari boleh dikatakan berpuluh malah beratus kes jenayah belaku di negara kita ini.

Apa sebabnya kita jarang bertanya..atau mungkin hanya dituding pada ibu bapa, salah ibu bapa, atau salah guru. jarang sekali kita alihkan kesilapan itu pada undang-undang yang mengawal dan mencegah kes2 tersebut.

Lihat sahaja jenayah kecurian..sampai tong2 gas kat dapur pun tak selamat, usah ditanya bagaimana nasib intan berlian emas permata..lebih parah leher kita pun boleh putus kerana rantai emas. Kenapa terlalu banyak kejadian rompak dan curi? tak ada undang-undang? sebenarnya undang-undang yang ada ini tidak menggerunkan para pencuri dan penyamun. mereka tidak takut dipenjara.. bahkan mereka seronok sebab dalam penjara.. makan free.

Islam mewajibkan pelaksanaan potong tangan bagi setiap pencuri dan perompak yang telah terbukti. pelaksanaan hukuman itu dibuat dikhalayak ramai..supaya dapat mendatangkan rasa takut dan gerun. siapa lagi yang berani mencuri kalau mereka sendiri melihat hukuman potong tangan itu dilaksanakan..adakah pencuri yang telah putus tangan itu sanggup lagi mncuri?

Kadang-kadang kita juga silap..bagi kita potong tangan tak perlu..zalim..tak sesuai. mana yang tak sesuai..kes kecurian bermaharajalela atau hukuman hudud?

Sama juga kes pembunuhan kejam adik nurin jazrin..sebab apa berlaku? Sebab tiada undang-undang yang dapat mencegahnya. islam mewajibkan Qisas iaitu bunuh balas terhadap pembunuh. Setiap pembunuh yang telah terbukti bersalah hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh, potong leher. kalau anak kita dibunuh..pasti kita juga mahu pembunuhnya dihukum bunuh! barulah adil!

Islam adalah Penyelesaian