Indah namamu...akhlakmu?

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: Nuralisa ( [email protected] )
Ditambah: 19-04-2006
Markah: 10



Seringkali kita terjumpa hamba Allah yang diberikan nama-nama yang berunsurkan keindahan ad-din Ilahi. Ramai diantara mereka yang menggunakan Abdul atau Abdullah yang menunjukkan secara terang-terangan bahawa mereka adalah hamba Allah. Tak kurang juga para wanita Islam yang memiliki nama tokoh-tokoh mukminah pada zaman dahulukala, Siti Khadijah, Siti 'Aisyah, Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi. Namun apa yang kita lihat kini, segelintir daripada mereka tidak menjaga keindahan nama tersebut. Jika kita imbas kembali apa yang telah dilaporkan di dada-dada akbar, di dalam berita, di majalah juga, mereka yang terlibat dengan jenayah mahupun hiburan yang begitu melalaikan adalah mereka yang memiliki nama-nama indah ini. Itu bahagian jenayah, kalau aurat, bagaimana pula? (Mengeluh)...akhlak? (Geleng kepala)