Gejala maksiat yang semakin berleluasa di Ipta/Ipts

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: Shadow ( [email protected] )
Ditambah: 13-02-2006
Markah: 10



Masalah maksiat di kalangan pelajar Ipt ini bukanlah perkara baru dibincangkan tetapi sudah lali kita dengar, baca mahupun melihat sendiri..tetapi apa yang ana hendak perkatakan ialah masalah kebejatan sosial ini semakin menjadi-jadi. Dan apa yang menghairankan ialah perkara ini dilakukan secara terang-terangan di dalam kampus...Yang menjadi persoalannya ialah :

1) Mengapakah tiadanya tindakan tegas oleh pihak-pihak
bertanggungjawab?
2) Kita sibuk memperketatkan kawalan sana kawalan sini tetapi mengapa dan mengapakah kawalan terhadap kegiatan tidak bermoral ini tidak diperhebatkan tetapinya seperti dipandang enteng sahaja?

Tetapi apa yang lebih menyedihkan ialah remaja kita (Melayu) yang mengucap, yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah, yang Islam agamanya tetapi itulah yang membuat angkara...Mengapa dan mengapa??...Tak perlulah ana sebutkan ipt mana kerana semuanya tidak terlepas dari wabak maut umat Islam ini...Wallahualam