Islam Liberal.....

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Oleh: Saff-one ( [email protected] )
Ditambah: 29-11-2005
Markah: 10



Merujuk kepada isu Islam Liberal seperti yang telah dikupas oleh majalah I keluaran Julai 2005, saya amat tertarik untuk mendalami isu ini. Ini kerana isu ini amat kritikal dan memerlukan pendedahan yang lebih untuk tatapan semua khususnya umat Islam di Malaysia. Perkara ini amat membimbangkan dan dikhuatiri menjadi mazhab baru di Malaysia. Saya memuji Majalah I kerana berkesempatan memuatkan beberapa wacana ilmu dan komentar untuk kita semua terutamanya berkaitan masalah ummah mutakhir ini. Namun bagi ana isu ini perlu dikupas dan diperbincangkan oleh semua pihak terutamanya golongan agamawan tidak kira Ulama’ dari parti politik, NGO dan juga pendakwah bebas. Kita kini diperkenalkan dengan Islam Hadhari, Islam yang dibawa PAS, SIS yang nampak lebih terbuka dalam hukum-hakam Islam serta pengaruh Syiah. Ana minta pandangan semua sahabat dan sahabiah dalam Ukhuwah.com ni. Salam.