To Sir With Love ....
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/ukhwah/
Tarikh: Jumaat, 09 Januari 2004 @ 12:20:27
Topik: Kenangan
Allahyarham ayahanda memang mengambil berat tentang keperluan rumahtangga. Beliau menulis sendiri keperluan-keperluan bulanan yang diperlukan oleh rumahnya.
Wawancara bersama Saiful Islam HAB
Soal : Berapa umur anda sekarang?
SI : Saya dilahirkan pada 22hb November 1943
Soal : Berapa ramai adik beradik anda?
SI : Saya anak lelaki tunggal dari lima orang adik beradik.
Soal : Apakah kelulusan anda?
SI : Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1956. Kemudian saya dapat Ijazah Saraja Muda Darul Ulum pada tahun 1957.
Soal : Apakah pandangan anda terhadap Allahyarham bapa anda?
SI : Sekiranya ada lelaki mukmin maka akan wujud bersama-samnya factor kejayaan. Setiap detik kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan. Kerja yang memakan masa berjam-jam menjadi singkat dengan pertolongan Allah SWT kepadanya dan dengan tersematnya keikhlasan semua akhi dapat membuat pekerjaan yang bertimbun dalam masa yang singkat. Allahyarham yang dibesarkan dalam suasana keagamaan dan keilmuan. Keistimewaan seperti itu merupakan persediaan yang Allah kurniakan kepada beliau untuk memikul tanggungjawab yang besar pada masa hadapan.
Soal : Bagaimana Allahyarham mendidik anak-anaknya dalam kesibukannya?
SI : Allahyarham memang sibuk tetapi beliau sempat menyediakan fail khas untuk yang baru lahir untuk diisikan dengan butiran terperinci mengenai tarikh lahir, nombor sisi dan waktu memberi makan. Di dalamnya dilampirkan surat-surat akuan doctor yang telah tamat rawatannya agar ia boleh dijadikan rujukan kepada doctor berkenaan sekiranya terdapat dikalangan kami yang terkena sakit yang sama. Kesimpulan umum juga dicatat pada setiap surat tersebut, jenis ubat-ubatan yang diperlukan, tempoh masa pengambilannya serta tempoh penyakit tersebut sembuh dan juga ubat tersebut mencukupi atau tidak. Ini semua dimasukkan ke dalam fail khas yang telah disediakan.
Soal : Bolehkan anda berikan gambaran tentang cara yang paling berkesan mendidik adik beradik anda?
SI : Ya, Allahyarham ayahanda memberi perhatian berat dalam hal pelajaran kami. Beberapa catatan seperti Saiful perlu berusaha lebih gigih lagi dalam perkara ini. Wafa’ perlukan bimbingan dalam matapelajaran ini.. ditulis dalam penyata tersebut.
Soal : Bagaimana pula Allahyarham mengendalikan rumahtangganya?
SI : Allahyarham ayahanda memang mengambil berat tentang keperluan rumahtangga. Beliau menulis sendiri keperluan-keperluan bulanan yang diperlukan oleh rumahnya. Pembayarannya dibuat pada awal bulan kepada seorang ikhwan yang bernama Al Haj Said Syahabuddin seorang pemilik kedai runcit yang amat dikenali.
Soal : Apakah peristiwa yang anda paling ingat tentang kesan pendidikan beliau kepada anda?
SI : Allahyarham memang menjaga perasaan keanak-anakan anak-anaknya. Ayahanda mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kami boleh mentaatinya tanpa diarah. Ingatan saya masih segar ketika ayahanda memperingatkan saya bahawa masuk pawagam adalah perkara yang tidak sopan yang dilakukan oleh orang-orang Islam. Kesannya saya tidak pernah masuk pawagam bahkan sehingga ke hari ini tidak pernah cuba masuk pawagam. Begitu berkesan kenyataannya.
Soal: Pernahkan anda dipukul Allahyarham?
SI : Deraan yang paling berat pernah dikenakan kepada saya ialah pulas telinga. Disatu pagi telinga saya dipulas akibat kesalahan yang saya lakukan akan tetapi ayahanda menghubungi saya melalui telefon pada pukul sebelas pagi untuk menenangkan semula diri saya. Ini betul-betul memberi kesan yang baik dan mendalam kepada diri saya.
Soal : Apakah sikapnya yang paling anda kagumi?
SI : Beliau sangat pemurah kepada anak-anaknya. Pada tahun 1947 dan 1948 ayahanda memberikan kepada kami wang belanja sebanyak 3 piastres. Ia merupakan nilai yang besar masa itu sebab di sekolah tidak ada teman-teman yang mendapat wang sejumlah itu. Biasanya ialah sekitar ½ piastres atau ¼ piastres sahaja. Jumlah yang diberikan kepada kami akan bertambah pada hari Jumaat untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di masjid. Infak ini kadang-kadang sebanyak 5 atau 10 piastres. Saya sedar bahawa ayahanda Rahimullah sentiasa memerhatikan setiap gerak geri dan tingkah laku anak-anaknya dengan teliti.