kerbau, kelawar dan cacing

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Khamis, 28 Oktober 2010 @ 10:08:42
Topik: Tazkirah



Salam sahabat-sahabat ukhwah,saya ingin kongsi sebuah cerita yang saya dapat daripada guru saya..tak tahu antum pernah dengar tak tapi hrapny dpatlah faham maksudnya..insyaAllah

Suatu hari, Allah swt telah mngutus malaikat Jibril ke bumi untuk bertanya sama ada hidupan di bumi bersyukur atau tidak dapat hidup di dunia..
Maka turunlah malaikat Jibirl ke dunia. Lalu bertanyalah malaikat Jibril kepada Sang Kerbau.

"Hai Kerbau, bersyukurkah engkau dapat hidup di dunia ini"? Maka jawab Sang Kerbau,"Masya Allah. Aku bersyukur sangat dapat hidup di dunia ini berbanding Si Kelawar yang berendam dengan air kencingnya sendiri..

Lantas, Jibril bertemu Si Kelawar dan bertanyalah malaikat Jibril kepada Kelawar, "Hai Kelawar, bersyukurkah engkau dapat hidup di dunia ini?" Maka jawab Si Kelawar, "Masya Allah. Aku bersyukur dapat hidup di dunia ini sebab aku beruntung berbanding cacing yang hidup dalam tanah yang bergerak menggunakan perutnya"

Lalu Jibril berjumpalah dengan Si Cacing dan bertanyalah Jibril kepada Cacing, "Hai Cacing bersyukurkah engkau dapat hidup di dunia ini?" Maka jawab Si Cacing, "Masya Allah. Aku bersyukur dapat hidup di dunia ini berbanding MANUSIA yang ada akal fikian tetapi tidak pandai menggunakannya"....

adakah kita???fikir-fikirkanlah...