kecantikan...

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 17 Februari 2008 @ 22:03:39
Topik: Karya



kecantikan seorang lelaki
bukan kerana pada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani

lelaki yang cantik... .
adalah lelaki yang mampu melahirkan airmata untuk ingatan
adalah lelaki yang sedia menerima teguran
adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
adalah lelaki yang baik sangka
adalah lelaki yang tak pernah putus asa

kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang Ummi,
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

kegagahan wanita
bukan pada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan

perempuan yang gagah...
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
adalah perempuan yang tidak meminta2 agar dipenuhi segala keinginan

kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
seluruh kegagahan itu ada pada Khadijah yang ehsan
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan