Doa Malam…

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 03 April 2006 @ 12:13:04
Topik: Karya



Sunyi malam
Mengusung rindu ke pangkuanMu
Memori silam menerjah fikiran
Mencengkam kedamaian
Memusnahkan seri perasaan…

Ku renung
Mata hati ku asahkan
Nikmat akal dipergunakan
Moga iman tidak kesesatan
Moga ku sedar rahmat arRahman
Atas analogi kejadian…

Tiada yang lebih ku percayai
Tiada yang lebih ku harapkan
Hanya padaMu Ya Karim
Suburilah imanku
Bajailah dengan nur kasihMu
Ingin ku terus merasai ketenangan
Moga ku di lingkungan kerahmatan…

Ya Rahim
Lontarkanlah bayangan semalam
Yang mengusik kewarasan
Ku harus mendepani cabaran mendatang
Ku perlu mencambahkan kejayaan
Untuk ayah bonda tersayang…

Ya Rahman
Kurniakan daku kekuatan
Melayar bahtera harapan
Melabuhkan tirai kehidupan
Dengan sejarah yang gemilang…

[email protected]