Melupuskan Hutang

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/ukhwah/



Tarikh: Jumaat, 10 September 2004 @ 9:47:21
Topik: Tazkirah



Imam Hanafi mempunyai harta yang cukup hasil dari perniagaanya yang diuruskan dengan jujur dan tekun. Kelebihan harntanya disedekahkan dan memberi hutang kepada orang yang memerlukan. Suatu hari beliau sedang berjalan-jalan bersama Iman Sufyan bin Ibrahim. Tiba - tiba dari arah hadapan muncul seorang lelaki berjalan di jalan yang sama dan menghala kepadanya. Akan tetapi sebaik saja terpandang Iman Hanafi, lelaki itu membelok ke arah lain dan menutup mukanya dari pandangan beliau.

Melihat gelagat yang aneh itu, Imam Hanafi menegurnya : Hai saudara! Berjalanlah dengan betul di jalan ini

Lelaki itu pun membetulkan arahnya, tapi menundukkan kepalanya pula
seolah-olah tidak mahu memandang orang yang ada dihadapannya. "Mengapa engkau cuba membelok dan menutup mukamu? tanya Imam Hanafi sebaik saja berdekatan.

Saya merasa malu untuk berjumpa dengan tuan kerana saya masih berhutang 10,000 dirham kepada tuan dan belum dapat menjelaskannya jawab si lelaki itu.

Subahanallah kata Imam Hanafi. Sampai begitu takutnya engkau kepadaku hanya kerana hutang. Kalau begitu semua wangku yang kamu hutangi itu aku berikan kepadamu. Jadi engkau tidak perlu menjelaskan hutang itu lagi.

Terima kasih Tuan Imam kata lelaki itu.

Ingat, mulai sekarang engkau jangan sembunyikan lagi mukamu daripadaku dan jangan malu untuk berjumpa denganku kata Imam Hanafi.