Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Poll Results




Isu Sains dan Matematik di sekolah:

Mesti tukar balik ke bahasa Melayu42 % 42.14 % (292)
Biar kekal dalam bahasa Inggeris40 % 40.84 % (283)
Tak akan ditukar ke bahasa Melayu1 % 1.73 % (12)
Yakin akan ditukar balik1 % 1.59 % (11)
Akan memperjuangkan bahasa Melayu6 % 6.49 % (45)
Entah... apa yang terjadi sebenarnya?7 % 7.22 % (50)

Jumlah Undian: 693
Hanya 1 undian sehari!

[ Tempat Mengundi | Survey Lain ]


"Isu Sains dan Matematik di sekolah:" | Login/Mendaftar | 40 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh sya_ryn pada Sabtu, 11 November 2006 @ 16:11:13
(Info AHLI) http://aku-untukmu.blogs.friendster.com/my_blog/
untuk apa juga diajar dalam BI? nak agungkan BI dalam negara sendiri?bahasa RASMI negara BM bukan BI.kenapa nak utamakan BI?nak jadikan komunikasi dengan org luar?pergi rah..sepatutnya org luar masuk sini guna BM....babbal betullah.satu menteri nak agungkan BM , seorang menteri lagi agungkan BI...apa ni??buang karan cas elektrik saja....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh kuahdurian ([email protected]) pada Isnin, 13 November 2006 @ 9:51:53
(Info AHLI)
kasihan pelajar sekarang hanya mampu menghafal fakta sains dalam BI demi menjawab peperiksaan. Hafal, hafal dan hafal. Tahap kefahaman mereka tentang apa yang diajar memang diragui terutama pelajar dari sekolah luar bandar. Tahap kebolehan mereka untuk mengaplikasi fakta sains juga diragui.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh dibaa (dikrumi_90) pada Isnin, 13 November 2006 @ 10:15:45
(Info AHLI)
kalau di tukar balik dalam bahasa melayu susah lah..macam saya ni..boleh kata kami orang pertama yang belajar dalam bahasa inggeris...mula-mula memang susah tapi bila dah lama belajo jadi senang...kalau tukar balek dalam bahasa melayu alamatnya lagi tak paham sebab dah faham biasa bahasa inggeris..kat sekolah kalau cikgu ajar dalam baha melayu kami terpaksa bukak kamus sebab istilah yang kami belajar semua dalam bahasa inggeris..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh triptofana ([email protected]) pada Isnin, 13 November 2006 @ 12:05:00
(Info AHLI)
saya pernah mengajar kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 bagi subjek sains....dan saya mengajar dalam bahasa inggeris tapi bila dah habis kelas, saya tanya faham ke tak? lepas itu mereka kata tak faham sebab saya mengajar dalam bahasa inggeris (masa tu first time ajar).
rupanya cikgu mereka sebelum ni mengajar dalam BM, tapi nota dalam bahasa inggeris dan mereka jawab exam dalam bahasa melayu sebabnya, kan dalam soalan ada dwi bahasa...
rasanya belajar sains dan matematik ni lebih baik dalam bahasa Melayu bagi anak Melayu, tapi kalau kat universiti tak mengapa....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh amylela ([email protected]) pada Jumaat, 17 November 2006 @ 12:01:10
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
SAYA KURANG BRSETUJU.................
kasihan PADA PELAJAR2 YANG LEMAH.
NI BOLEH MEMATIKAN MINAT PADA SAINS DAN MATEMATIK.
BETUL TAK????
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh ladybirdy pada Sabtu, 18 November 2006 @ 22:36:22
(Info AHLI)
ok juga dalam bahasa inggeris sebab bi salah satu bahasa ilmu..bahasa apa-apa same saja kesannya...cuma, kalau nak buat satu2 langkah tu, biar sampai habis bukan sekerat jalan...kalau nak buat sains math dalam bi, kenalah dr mula, dan juga untuk pelajar2 yang kurang mahir dalam bahasa tu, eloklah dibuat kelas tuisyen bahasa tersebut...ada juga pelajar yang dah biasa dengan bahasa inggeris tu, agak sukar untuk sesuaikn balik dalam bm, tu tak apelah..walaupun saya major dalam bi dan sastera bi, still utamakn bm dalam apa-apa jua pun...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh alhaqir pada Ahad, 19 November 2006 @ 1:46:00
(Info AHLI)
rasanya elok tukar semula ke dalam BM bagi pelajar2 yang baru nak belajar macam tahun 1 tahun depan dan biarkan kekal bagi yang dah mula belajar dalam BI. lebih baik kita kembalikan kegemilangan bahasa kita daripada kita agungkan BI tu. lagipun dah ada banyak kesan apabila BI ni di agung2kan macam dalam http://www.universitipts.com.

ni dia:

Bahasa Inggeris dan Ranking Indeks Pendidikan UNDP
November 12th, 2006

Benarkah apabila sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, rakyat sesebuah negara itu akan menikmati kualiti pendidikan yang setaraf dengan kualiti pendidikan di USA dan Britain?

Mari kita lihat ranking kualiti pendidikan sebagaimana yang dilaporkan oleh UNDP (United Nations Development Program)

Ranking negara peminjam bahasa Inggeris dalam indeks pendidikan UNDP:

Norway (1)
Iceland (2)
Australia (3)
Republic of Ireland (4)
Sweden (5)
Canada (6)
Japan (7)
USA (8)
Switzerland (9)
Netherlands (10)
Finland (11)
Luxembourg (12)
Belgium (13)
Austria (14)
Denmark (15)
France (16)
Italy (17)
UK (18)
Spain (19)
New Zealand (20)

Malaysia (61)
Thailand (74)

Di manakah ranking negara-negara Asia yang mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Ingeris?

Filipina (84)
Sri Lanka (93)
India (126)
Pakistan (134)
Bangladesh (137)

Statistik UNDP ini adalah bukti bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan gagal meningkatkan mutu pendidikan di negara-negara peminjam bahasa itu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh multazam pada Isnin, 20 November 2006 @ 11:25:28
(Info AHLI)
Nak tahu Kenapa ramai yang failed semasa belajar kat Timur Tengah khususnya kat Mesir?pendedahan terhadap bahasa Arab amat kurang semasa menuntut di Malaysia.jika kita lihat dari fenomena tersebut,amat wajar kalau BI di serapkan dalam matapelajaran lain.Bahasa Arab juga amat penting.Kita gah untuk menuntut di luar negara tapi lansung tak mahir dalam bahasa asing yang utama.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



  • Bydx RCn pQY oleh Tetamu pada Isnin, 01 Oktober 2012 @ 1:39:59


Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh ibnu_musa ([email protected]) pada Isnin, 20 November 2006 @ 16:05:10
(Info AHLI)
tak betul tu saudara, contoh yang tak relevan.

dalam bidang agama, memang semua subjek yang berkaitan seperti dalam bidang syariah & usuluddin sejak sekolah menengah lagi memang diajar dalam bahasa Arab, jadi yang menjadikan mereka lemah dalam bahasa Arab adalah kelemahan mereka dalam BA itu sendiri, sebab pendedahan dah diberikan dengan begitu luas.

ini membuktikan, kalau kita nak pastikan masyarakat lebih pandai dalam sesuatu bahasa asing itu, penekanan hendaklah diberikan dalam subjek bahasa tersebut sendiri, bukan dengan diterapkan dalam subjek lain, tiada gunanya.

terima kasih sebab point anda secara langsung menyokong supaya math & sains kembali diajar dalam BM bukan BI.

wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh ashfaa ([email protected]) pada Rabu, 22 November 2006 @ 11:05:45
(Info AHLI)
Kenapa mesti nak tukar balek..?
memang lah kita kena angkat martabat bahasa tu...tapi bila fikir blek kalau kita nak ambil bidang sains kita mesti kita pasti akan berhadapan dengan bahasa inggeris...baik kita ready awal2 kan...kalau kita dah biasa guna BI kang kat U nanti tak payah susah2...macam sekarang...kalau kat sek belajar dalam BM kat sek boleh naik ke U terpaksa lebih struggle sebab tak biasa...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh jasadkudisini ([email protected]) pada Khamis, 23 November 2006 @ 15:58:50
(Info AHLI) http://activecampus.blogspot.com/
hehe..saya yang mengalaminye...
paham??memang lah tak faham....
kalau skula rendah dulu BM senang saja...kacaNg beb!!! sebab kita senang untuk hafal!! pergi toilet mesti ingat apa yang kita study..
tapi kalau BI memang merosot gle!!
tak faham...dah pulak itu bosan!! asik tidur sajalah dalam kelas!!
tapi kalau matematik biarlah bahasa inggeris sebab lagi senang... sains saja...
tapi susah juga kalau xz terror BI pasal.. semUa nya banyak gne base itu!!!
tpkan... kenapa tak gne base arab erk??hehe... base arab pun seantero dunia juga apa!!!! semua org islam terror speaking arab kan??heheh.....

tplagi best gne base melayu... boleh tukar balik...saya rasa.... base melayu macam dah tak ada guna!!! semua nak base inggeris!! macam bagus sangat!!! cuba tengok puisi....sajak ke... dalam base inggeris!!! memang bosan!!! entah paper r!!! aku yang duduk blajat poem ini naik nyampah.... sebutannyer pun tak sedap langsung!!!
cuba guna BM...kan sEDAP TUHHH.,....




heheh... sekadar berkongsi bebelan rahsia hati...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh husna_umairah pada Sabtu, 25 November 2006 @ 13:24:39
(Info AHLI)
assalamualaikum semua...
saya ingin memberi pendapat..

bagi saya kekalkan lah bahasa inggeris bermula di sekolah rendah...
walaupun pada permulaanye menyebabkan kemerosotan upsr..

memang benar telahan sesetengah pihak dengan mengatakan ramai pelajar yang masih tak dapat"catch-up" dengan apa yang diajar oleh guru..

bagi saya banyak kelebihan bila kita belajar bahasa inggeris..
1) bila di universiti nanti pelajar2 sudah biasa dengan term2 seperti differentiation, radius, diameter, istilah transpiration and respiration

2) guru2 juga akan menambahkan skill ke bahasa inggeris nya...
dari apa yang saya survey, kebanyakkan guru2 yang ada sekarang hanya sebilangan mereka "degree holder" selain dari itu.. hanyalah guru2 sandaran.. kemudian mereka diserap ke maktab dan ambil kursus perguruan yang hanya melatih guru2 ini bagaimana untuk mengajar... so bagi semua guru2 sahut lah cabaran yang baru untuk anda..

3) bagi pelajar, bagus sekiranya belajar bahasa inggeris dari awal... saya bukan lah tak mahu menegakkan atau membenci bahasa nenek moyang kita, tetapi dunia sekarang adalah dunia globalisasi yang memerlukan kecekapan kita untuk berkomunikasi dan berinteraksi.. dan ia memerlukan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara..

jangan bandingkan masyarakat malaysia dengan masyarakat jepun..
mereka memang taat dengan bahasa mereka dan tak perlukan bahasa inggeris mereka boleh berjaya.. memang benar.. tapi kita kena fikir balik tentang diri dan masyarakat malaysia yang mempunyai sikap membaca yang di tahap lemah...kajian mengatakan rakyat malaysia membaca dengan purata 2 buku setahun..

jika dengan sikap ini, usahkan kita nak maju.. malah suatu hari nanti negara kita akan di jajah sekali lagi oleh musuh2 malaysia dan islam..

oleh itu, kekalkan lah sistem bahasa inggeris bag subject science and mathematics sebab semua buku2 rujukan antara bangsa adalah dalam bahasa inggeris..
selain itu kita boleh menambahkan vocab bagi semua pelajar...

ok lah itu sahaja komen dari saya... jika ada salah silap maafkan saya..

segala yang baik datang dari allah, dan yang kurang elok datang dari kelemahan saya berbicara...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh farini pada Sabtu, 25 November 2006 @ 15:05:29
(Info AHLI)
assalamualaikum semua pembaca

saya amat menyokong jika pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris sebab kita dah tak boleh membuang masa dan tenaga dalam menterjermahkan subjek tersebut. kini kita akan lebih pantas mendalami ilmu tersebut. kita akan terus pelajari dan memahami sekaligus dapat mengejar jarak yang kita tertinggal dulu. mempelajari bahasa inggeris bukan bererti kita mengagung2kan bahasa orang tetapi kita punya satu lagi kelebihan yang orang inggeris tak ada sebab orang inggeris pun tak ramai yang fasih bahasa melayu! kini bahasa inggeris digunakan lebih meluas di seluruh dunia kerana AMERIKA menakluk dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti bahasa melayu pula menjadi bahasa utama dunia andai kita berjaya menakluk dunia dengan ilmu kita....insyAllah!!!!! kita tak akan rugi mencari ilmu dan kita juga tak akan miskin menimba ilmu dari orang bukan melayu. buka minda tanya hati.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh idie04 pada Ahad, 26 November 2006 @ 2:14:43
(Info AHLI) http://alpharaby.tripod.com/
Kami bukannya tikus makmal yang boleh dibolakbalikkan...erm...cuba ambil yang pro dan perbaiki yang kontra...sebenarnya tak ada kaitan dengan isu bahasa kebangsaaan...kerajaan bertindak bijak apabila mengajar sains dan math dalam bahsa bi..boleh exposed ke dunia luar awal lagi..apa pun sebagai pioneer dalam bi,saya menentang usaha untuk kembali ke bm
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh naruto-san pada Ahad, 26 November 2006 @ 17:52:07
(Info AHLI)
perbaiki pro & kontra???

pernah seorang forumer dalam portal ini hightlightkan.....bahawa jumlah jam pengajaran bahasa inggeris di sek. di malaysia ini melebihi jumlah jam pengajaran bahasa asing seperti french, russian, japan, arabic, germany, mandarin, korea di languages preapration centre untuk ke oversea....jelas di sini the way of english teaching kat sek. yang bermasalah sehingga ramai yang gagal menguasai sepenuhnya bahasa inggeris.

patutnya....pengajaran bahasa inggerislah patut diperbaiki....bukannya terus menukar almost all the syllabus ke bahasa inggeris.

tolonglah fikir sat....kat dunia ini bukan semua org pandai, fast learners, fast catch up.....ada yang mempunyai kekurangan, slow learners.....janganlah bersikap bongkak and sombong dengan mengatakan ....ingat, ada org yang tak berkemampuan seperti anda....ada yang perlu merangkak untuk catch up belajar sesuatu perkara....jangan lihat diri anda sahaja....cuba selami kesusahan pelajar2 yang lain....mereka pun berhak untuk faham apa yang dipelajari di sekolah.

kalau anda yang pandai cakap ini sombong sangat, bongkak dengan nikmat kepandaian yang Allah kurniakan itu....pergilah terus belajar kat sek. elit yang bahasa pengantarnya english....jangan nak menyusahkan pelajar2 lain....pergilah belajar semua dalam satu masa.....tengok takat mana kemampuan anda semua itu....ingat, semua org ada limit....jangan bila dah sampai limit itu baru nak sedar.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh khai_dinz pada Ahad, 26 November 2006 @ 18:58:45
(Info AHLI)
takdelah salahnya belajar dalam bahasa inggeris.
banyak terms yang asalnya memang bahasa inggeris dan bila di terjemahkan tak jauh bezanya.
satu lagi ianya memudahkan apabila masuk universiti. kebykkan rujukan dalam bahasa inggeris. dengan cara ini kita dah membiasakan pelajar2 dengan term2 ini.
saya tengok setiap kali keputusan exam pelajar2 ni semakin cemerlang.
kalau kita nak fikir tentang bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, ada jugak yang tak lulus BM. cemerlang atau tidak seseorang pelajar tu bukan bergantung kepada bahasa yang dia guna untuk belajar.
nak seribu daya tak nak seribu dalih
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh kaXargon ([email protected]) pada Sabtu, 02 Disember 2006 @ 10:49:29
(Info AHLI)
Entah lah apa nak jadi. Rakyat cakap lebih sikit karang kena ISA pula..tunggu dan lihat saja lah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh Farveen ([email protected]) pada Rabu, 06 Disember 2006 @ 12:00:58
(Info AHLI) http://360.yahoo.com/farwynafaroque/
ini bukan soal nak agungkanbahasa apa..
isunye, jangan jadi angan2 taik ayam
kejap nak makan ayam, kejap nak makan kambing

biarlah buat satu benda tu, sampai berhasil
adik2 yang ambil sains dan math dalam english ni, tak sit for big exam lagi pun..

dah nak balik ke bm..

camtulah melayu..
buat kerja sekerat2..bila nak maju..
buat malu islam saja..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh musafirceria ([email protected]) pada Khamis, 07 Disember 2006 @ 15:51:33
(Info AHLI)
dah banyak mata pelajaran dalam bahasa melayu. tak salah kalau kita mempelbagaikan bahasa dalam diri kita. tak rugi pun kalau kita boleh cakap dalam dua bahasa. kan ke itu kelebihan kita. yang penting jangan sampai bahasa melayu pupus di dunia.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh eda ([email protected]) pada Jumaat, 08 Disember 2006 @ 12:17:19
(Info AHLI)
salam...
erm actually penggunaan bahasa inggeris dalam math and sains memang sesuai, saya setuju....

kita bukan nak membicarakan mengenai agung ke tidak bahasa
inggris itu kalau nak dibandingkan dengan BM.Tidak..tapi cuba kita lapangkan minda kita sikit...lihat sekeliling kita..cuba kita pergi ke llibrary..kebanyakkan buku rujukan sains terutamanya majority dia dalam bsh inggris..Saya sendiri sebagai student U memang rasekan pengguasaan bahasa inggris tu dr pringkat awal amat diperlukan.Supaya bila kita db masuk ke alam universiti tak lah terkial2..

sains kita tak boleh pandang ringan..Tak semua istilah sains dapat kita nak terjemahkan dalam bahasa mly dengan lebih tepat.Tak akan....!!!

cuba kita tengok di u Kenapa result non muslim macam chinese and indian.mereka lagi better dari kita...sebab......penguasaan inggris.
saya tak cakap malay tak ada pun yang berjaya.. ada...tapi boleh dikira dengan jari..

walopun kita tengok sekarang prog kerajaan ni macam tak membuah kan hsl yang diharapkan..keputusan exam tahunan menurun.bagi saya memang lumrah lah....perubahan yang mendadak tak semestinya memerlukan hanya masa setahun due saja nak tengok keberhasilan dia.saya percaya dalam masa 5thn lagi, pembelajaran sains dan math dalam BI dapat diterima pakai oleh masykrkt kita...

saya tahu..kadang-kadang kami di u pun pernah mempertikaikan macam mana jepun korea boleh maju sedangkan mereka amat taksub dengan bahasa mereka.,..itu saya tak nafikan.mungkin kita boleh berjaya..tapi sahabat semua pernah dengar bagaimana org jepun sukarnye mereka bila perlu pergi ke luar negara...sebab tak reti nak brkomunikasi dengan dunia luar...

entah lah....bagi saya memang ada baikburuk untuk hal ni..tapi kalau dilihat dalam jangkas masa yang pjg.banyak kebaikan yang boleh kita dapat..kita kena bersutuju bahawa BI itu memang bahasa antarabangsa. kalau student kita mahir dalam BI, rasa nya kalau campak mn2 pun kat dunie ni..mereka boleh survive..

apa-apa pun..ni hanya pendapat saya...maaf kalau ada yang tersilap..

wasalam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh amilyn pada Jumaat, 08 Disember 2006 @ 17:07:44
(Info AHLI)
salam
isu sains dan matematiks di sekolah jangan diragui dan dipertikaikan.kalau dulu mak bapak kita boleh belajar di sekolah inggeris dan lebih power inggeris dia daripada kita macam tu kita tak malu ke,contohnya nenek saya,dia boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris 100 kali lebih baik daripada saya and her age is 80 years old,tak malu ke kita,zaman tu zaman apa,mana ada peralatan moden macam sekarang. my suggestion,cikgu kena belajar bahasa inggeris,baru boleh ajar murid mereka,kalau dok ajar dalam bahasa melayu sampai bila kita tak kemana.org melayu patutnya jadi kental dan tahan cabaran,keturunan melayu tak pernah takut dengan cbran,bak pepatah melayu alang alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.kalau mereka takut dengan cabaran sampai sekarang agaknya negara kita masih dijajah.bukannya suruh pergi perang,cuma belajar saja dalam bahasa inggeris.ok
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



  • LMNl kqB aoT oleh Tetamu pada Sabtu, 29 September 2012 @ 23:07:23


Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh origami pada Sabtu, 09 Disember 2006 @ 21:01:59
(Info AHLI)
kena tukar balik...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh nur4balqis pada Ahad, 10 Disember 2006 @ 18:02:11
(Info AHLI)
Assalammualaikum
ini sekadar pengalaman dan pendapat saya saja..
pada pandangan saya, eloklah kiranya pngajaran sains dan math ditukar semula ke BM..sebab mengikut pengalaman saya, memang sukar nak ajar pelajar sek..terutamanya yang berbangsa melayu..dan terletak di luar bandar mahupun di pinggir bandar...ini kerana bahasa yang mereka gunakan di rumah adalah dalam bahasa melayu..kebanyakannyalah..bayangkan pelajar yang berlatar belakangkan sosio ekonomi yang rendah..sudah pastinya..yang dapat kita bayangkn adalah bahasanya juga rendah..maaf..sebagai contoh..baru-baru ini saya menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah yang pelajarnya adalah anak golongan nelayan dan petani..sudh pastinya mereka bertutur dalam bm di rumah..jadi agak sukar anak2 mereka nak menguasai BI..sebenarnya ramai anak2 melayu kita yang cerdik pandai...tapi disebabkan masalah bahasa..keputusan mereka merosot..contohnya..mereka kurang pandai BI..tapi mata pelajaran lain tinggi..mereka masih boleh mendapat tempat di sek asrama penuh dan sebagainya..maksudnya..kurgnya penguasaan dalam BI mmberi impak yang kecil sahaja dalam pelajaran mereka..jika math dan sains diajar dalam BI,mereka pulang kurang mahir BI, macam mana nak mendapat tinggi dalam kedua2 mata pelajaran tersebut..saya dah tanya ramai pelajar..kebanyakannya..pandai math..tapi bila nak jawab soalan dalam BI..terus tak boleh..pada saya..pandanglah kepada anak2 melayu..sehingga ke hujung desa..fikirkan masa depan mereka...BI boleh diasah kemudian hari,InsyaALLAH.jangan risau...contohnya..kat U saya..dijalankan kelas foundation BI selama dua minggu sepanjang semester break bagi student yang agak lemah penguasaan BInya..saya dan kawan di masa sek dulu pun kurang juga penguasaan BI..tapi Alhamdulillah..semakin meningkat selepas menjejakkan kaki di IPTA..SALAM.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh falah_nurani pada Isnin, 11 Disember 2006 @ 11:22:21
(Info AHLI)
saya setuju dengan pendapat prof diraja ungku aziz, pak ungku berpendapat bahawa pembelajaran sains dan matematik ini patut dibuat dalam kedua-dua bahasa sekaligus...nampak memang berat tetapi ia sebenarnya banyak membantu terutama darisegi meningkatkan pemahaman pelajar dalam kedua-dua subjek..bahasa melayu tetap digunakan,manakala,bahasa inggeris boleh dijadikan sebagai "advance" nya bagi menyediakan pelajar kita untuk berkomunikasi dalam bidang ini di peringkat antarabangsa...saya setuju 100%...kalau ianya dilaksanakan,saya yakin kita akan lihat hasil yang tidak menghampakan,insya Allah..bahasa ibunda kita perlu dipertahankan!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh fayyzah pada Selasa, 12 Disember 2006 @ 12:20:16
(Info AHLI) http://ana-mumtazah.blogspot.com/
ana sebagai pelajar sek . men yang belajar science & maths dalam english... sebenarnya tak lah susah mana... ana berpendapat bahwa dengan pertukaran bahasa ni boleh tingkatkan lagi daya juang dan usaha untuk lebih memahami science & mathematics walaupun dalam english.. lagi pula, amat bagus diterapkan sejak di bangku sekolah... kalau di unversiti, tak adalah kekok bila mendengar istilah2 yang pertama kali didengar...

Maaflah kalau pandangan ana ni tak boleh diterime bagi sesetengah pihak.. tetapi fahamlah...
bahawa apa yang kita sangka buruk mengkin baik bagi kita, dan apa yang kita sangka mungkin buruk bagi kita... (216: al-Baqarah)

wassalam....

p.s: Do'akan ana ye semua! Ana adalah calon PMR 2007 dan akan menduduki PMR dengan 10 subjek... Do'akan ana mumtazah wa mutafawwiqah dengan 10 A dalam genggaman.. ameen!~ syukran semua!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh ibnujarir ([email protected]) pada Jumaat, 15 Disember 2006 @ 13:59:22
(Info AHLI)
assalamualaikum
emh bagi saya xdok masalah kalau sain nge matmatik d teruskan dalam bi..sebab lani bi penting dalam kehidupan rata2 U kita pergi @ mn2 Sektor pendidikan atau sebagianye mementingkan bi so bi ni harus dpertekankan dr awal lagi k salam alaikum
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh idie04 pada Ahad, 17 Disember 2006 @ 23:03:32
(Info AHLI) http://alpharaby.tripod.com/
Kami bukan tikus makmal..kami pelajar yang memerlukan bimbingan....perbaiki bukan tukar..takkan yang dah belajar dalam bi..kena pula belajar dalam bm balik..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh hanan2503 ([email protected]) pada Rabu, 20 Disember 2006 @ 13:17:55
(Info AHLI) http://tiada/
saya rasa elok kekalkan dalam bahasa inggeris,bila kita kekalkan bukan bermakna b.melayu kita kena tinggalkan,ini untuk kepentingan diri kita untuk masa hadapan,bahasa inggeris sekarang ni memang penting,kalau nak diikutkan..negara2 luar sprti indonesia,brunei dll dah lama guna b.inggeris dalam silibus pljrn mereka,tak rugi rasa nya guna bahasa inggeris ni,cuma pelajar2 kena study hard sikit,bukan semua org tak boleh kan:)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh salmanfarees ([email protected]) pada Jumaat, 22 Disember 2006 @ 10:56:31
(Info AHLI) http://yuzzman.hi5.com/
Every govt decision has its own pros and cons. It may benefit some and it may also turn out to be ineffective to some especially those who are weak in english. Good things are that it helps us understand science and math better as those domains have a lot of jargons and terms that cannot be translated into malay. Remember if u wanna further your studies in those domains whether in UK, US, Belgium and so on, they do not use Malay as medium of instruction ye...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Isu Sains dan Matematik di sekolah:
oleh norasmaria pada Selasa, 26 Disember 2006 @ 9:07:17
(Info AHLI)
assalamualaikum...

sains dan mata dalam BI? kasihan betul para pelajar kita terpaksa menjadi bahan kajian. Kenapa sesuatu dasar dilaksanakan dulu, kemudian baru lihat kesannya. kan kasihan budak-budak tu. sepatutnya sebelum dilaksanakan, kajian terperinci mengenai kesan yang bakal timbul telah dibuat. ini tidak, bila dah dilaksanakan barulah nampak kekurangannya, dan kemudian sistem tersebut dimansuhkan.

memang baguslah sistem tersebut dimansuhkan, tapi dah berapa banyak kos yang telah dilibatkan?sedangkan kalau peruntukan tersebut diguna untuk memperbaiki kemudahan di sekolah kan bagus.

lagi satu, Kenapa bila sesuatu kajian dibuat Kenapa tidak mengambil kira pelajar luar bandar. sesuatu sistem yang ingin dilaksanakan diuji ke atas pelajar bandar yang terdedah kepada pelbagai kemudahan tapi para pelajar luar bandar?kadang-kadang pelajar ni susah nak faham mata dan sains yang diajar dalam BM, apatah lagi dalam BI yang mereka kurang mereka kuasai




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101129 saat. Lajunya....