|
April Fool
|
|
 |
Posted on Khamis, 01 April 2004 @ 9:15:42oleh Engku_Salina
|
|
|
Kita sering leka dalam soal menyambut hari-hati yang lansung tiada kaitan dengan deen Islam. Sebenarnya salah satu tarikh atau peristiwa yang sering kita sambut ialah pada 1hb April setiap tahun. Namun tahukah antum apa yang tersembunyi disebalik peristiwa tersebut? sama-sama kita hayati dan ana harap antum mendapat pengajaran daripada peristiwa yang sering disambut insan yang bergelar Yahudi itu. Sama-samalah kita hayati....
April fool day’s mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granda, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menhapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya juga telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta kanak-kanak kecil. Peristiwa sedih yang bersejarah ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol, tetapi juga serata dunia sebagai April fool’s day .Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April fool’s day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN beramai-ramai SAUDARA se-ISLAM mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada kita.
p/s: nasihatilah rakan-rakan anda agar tidak menyambut april fool..
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh Zulhilmi pada Khamis, 01 April 2004 @ 15:07:44
(Info AHLI)
Hmmm...
Ana setuju dengan Engku Salina...
Memang cerita ni ana pernah dengar. Dulu ana suka juga kenakan kawan-kawan bila 1 April nie, namun bila dapat tau ceita sebenarnya dari seorang sahabat, ana terus rasa marah dengan diri ana kerana tidak ambil tahu tentang asal-usul April Fool ni sebenarnya...
Bukan aje april fool ni yang perlu kita ambil pedul malah Velentines Day tu pun dengar katanya kita sebagai umat Islam tak boleh sambut... Wallahualam...
oleh Engku_Salina ([email protected]) pada Jumaat, 02 April 2004 @ 9:15:29
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
oleh Asward_hafiz ([email protected]) pada Ahad, 02 Mei 2004 @ 16:58:01
(Info AHLI) http://-