|
nama anak syaitan
|
|
 |
Posted on Khamis, 15 Mei 2003 @ 12:09:08oleh Kang
|
|
|
qaulah_atrah menulis Pastikan anda tidak memberi nama anak atau memberi gelaran pada orang dengan nama-nama Syaitan ni...
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Wallahhu'alambissowab..
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh putera_manis pada Khamis, 15 Mei 2003 @ 14:23:07
(Info AHLI)
ooo....... banyak rupanya.....
oleh sayasarah pada Jumaat, 16 Mei 2003 @ 0:32:39
(Info AHLI)
bahye bahye
nampak cam sedap je nama2 tu...
klu tak berhati2 tak pasal2 je nama syaitan
oleh khaulah_alazwar pada Ahad, 15 Jun 2003 @ 14:09:25
(Info AHLI)
ana nak tanya..inikan ...ada dalil tak?coz ana pernah jumpa jugak tp itu dari surah al-fatihah..so ana tanya sorang ustz dia pun xtahu betul ke tidak coz dia xjumpa dalil pun..confius...