|
tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan
|
|
|
Posted on Rabu, 14 Mei 2003 @ 18:00:15oleh Kang
|
|
|
aniisa_tasnim menulis Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita
Tanda-tanda Bahagia
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh arifah pada Isnin, 15 September 2003 @ 15:08:28
(Info AHLI)
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...
teratak_kayu
oleh haiza pada Selasa, 10 Februari 2004 @ 14:15:11
(Info AHLI)
memang betul tu. manusia ini memang cepat lupa diri dan tak sedar diri.
dah begitu byk nikmat yg Allah berikan kpd kita, itu pun kita masih nk persoalkan. makanan ni tak sedap lah, hari panas lah....sampai nak terbakar kulit, hujan lah....susah nak jemur kain, dan sebagainya.
kalau sakit sikit pun dah nak kata...kenapalah Allah pilih aku utk terima ujian tersebut.
kita tak sedar sebenarnya itu tanda Allah sayang pd kita. supaya kita tak terus alpa dgn dunia sehingga melupakan-Nya.
sesungguhnya sebesar-besar kesengsaraan kita di dunia adlh sekecil-kecil kesengsaran di akhirat.
sekian. wassalam.
oleh sepi_indah pada Jumaat, 05 Mac 2004 @ 21:40:24
(Info AHLI)
oleh fahim pada Sabtu, 29 Mei 2004 @ 8:23:58
(Info AHLI)
teruskan usaha anti. cerita anti memang ada pengajaran dalam kehidupan seharian kita...
kalau anti ada cerita lain, isik lah... menarik!
oleh Darth_Alakazam ([email protected]) pada Isnin, 02 Mei 2005 @ 4:44:32
(Info AHLI) http://surf.to/alakazam
tidakkah mereka berusaha sedaya upaya untuk troubleshoot masalah tersebut?memikirkan dan melaksanakan solution lebih baik daripada merungut dan membuang masa memikirkan kepayahan yang tiada kepastian....
Think outside the box.. use positive critical thinking.
oleh DinnaFatiha pada Selasa, 17 Mei 2005 @ 16:21:41
(Info AHLI)
hrp2 diri blh b'hijrah kearh yg lbh baik
oleh Delailaizatuladawiyah pada Isnin, 20 Februari 2006 @ 9:15:13
(Info AHLI)
cerita enti tu membuatkan ana berfikir sejenak...memang betul kita termasuk ana sendiri memang lupa ALLAH bila dah dapat sesuatu nikmat,bila susah baru ingat nak minta pertolongan daripada Allah....
subhanallah.....sebagai kesedaran untuk diri ana, teruskan perjuangan dalam menyedarkan umat islam yang sekarang ramai yang terleka....
salam perjuangan...
oleh ainnurieman pada Khamis, 23 Februari 2006 @ 14:52:14
(Info AHLI)
harap ku sentiasa mendapat petunjuk dan inayah dariNya selalu..
...amin....
oleh mysarra pada Khamis, 14 September 2006 @ 17:08:43
(Info AHLI)
oleh milanfman ([email protected]) pada Isnin, 05 Februari 2007 @ 19:34:41
(Info AHLI)
oleh Wuddah pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 11:24:29
(Info AHLI)
oleh safiya06 pada Isnin, 07 Julai 2008 @ 12:42:58
(Info AHLI)
walaupun berupa cerita, tapi mesejnya dapat disampaikan dengan baik sekali...syabas pada pencerita..
oleh fainis pada Rabu, 03 Mac 2004 @ 23:42:25
(Info AHLI) http://-
wah......bestlah cerita arifah......bagus!
oleh arifin pada Sabtu, 09 April 2005 @ 10:44:36
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
oleh ain_wahida pada Ahad, 27 Jun 2004 @ 22:48:52
(Info AHLI)
ingatan buat diriku yg sering lupa dan alpa....
oleh haiza pada Khamis, 23 Disember 2004 @ 15:07:04
(Info AHLI)
astaghfirullah al-a'zim(3x)
sama2 lah kita berusaha utk mencapai kebahagiaan d dunia dn akhirat.
oleh afi pada Khamis, 04 Ogos 2005 @ 0:58:48
(Info AHLI)
wa'iya zubillah...Ya Allah..peliharalah daku dari kesesatan dunia..
oleh kama_klate ([email protected]) pada Jumaat, 23 September 2005 @ 5:52:18
(Info AHLI) http://-/
cerita arifah menarik betul........yang diatas banyak betul pengajaran yang kita dapat..........
................JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI DOSA.................
oleh jundulloh ([email protected]) pada Selasa, 06 Jun 2006 @ 0:56:48
(Info AHLI)
Di dunia ini tak apa kita hidup tak sengsara
yang penting kita di akherat dapat bahagia
oleh aieyda ([email protected]) pada Rabu, 07 Jun 2006 @ 23:14:39
(Info AHLI) http://www.d6pa.cjb.net/
sebagai ingatan kepada kita yang menumpang hidup di bumi ALLAH..ingatkan pada akhirat kerana di situ tempat kita yang selamanya..di dunia entah esok entah lusa hidup entah kita..
oleh qibtiyah ([email protected]) pada Jumaat, 11 Ogos 2006 @ 12:41:26
(Info AHLI)
subhanallah....
bagus cerita ni...
semoga ramai lagi yang akan baca artikel ni...
ana doakan anti diberi
akal yang sihat,
dapat idea bagus2,
dapat paparkan cerita2 yang menarik lagi
jihad fi sabilillah...
takbir...
ALLAHUAKBAR!
oleh qibtiyah (laksamu;laksakujua) pada Rabu, 23 Ogos 2006 @ 14:27:06
(Info AHLI)
subhanallah...
pelbagai cara ALLAH ingatkan kita..
tinggal kita saja...
sama ada nak berubah atau tidak...
astaghfirullahala'zim...3x
oleh adeqzinnirah ([email protected]) pada Rabu, 06 September 2006 @ 14:46:29
(Info AHLI)
>Tajuk yang dipilih oleh anisa ni bagus...dapat menjadi renungan semua pihak..........
oleh ulfah_widad pada Khamis, 07 September 2006 @ 12:14:56
(Info AHLI)
Artikel ni bagus. Cheklah diri kita. Tanda bahagia atau sengsara?? Moga hidup sentiasa bahagia walaupun orang nampak sengsara dari mata kasar mereka..
oleh zaujatussolehah pada Jumaat, 01 Disember 2006 @ 18:14:19
(Info AHLI)
cuma nak tanya, kitab tu nama dia (Tanhibul Ghafilin) ke (Tanbihul Ghafilin)? Tanbihul Ghafilin bermaksud Peringatan Bagi Orang2 Yang Lalai....
oleh saifuddin_92 pada Isnin, 18 Disember 2006 @ 16:56:29
(Info AHLI)
thank you.
oleh hanisahani pada Sabtu, 23 Disember 2006 @ 22:07:21
(Info AHLI)
alhamdulillah,,banyak yang ana dapat dr artikel ni dan komen-komen dr warga ukhwah,,mga Allah berkati kita semua aminn.
oleh uswatun_mawaddah ([email protected]) pada Jumaat, 13 April 2007 @ 21:48:28
(Info AHLI) http://www.geocities.com/engku_myza56/
semoga kita semua muslimin dan muslimat tidak ada tanda-tanda kesengsaraan dalam diri. insyaAllah...
oleh khaulahazwa pada Jumaat, 11 Mei 2007 @ 14:04:38
(Info AHLI)
Subhanallah...takjubnya dengan kekuasaan Allah yang memiliki seluruh isi bumi...
Ya Allah,jauhkanlah kami semua dari kesengsaraan yang membinasakan diri kami sebagai pencinta syariatMu...amin ya rabb..
tips yang cukup bermanfaat jika kita mampu menghayati walau ianya cukup ringkas dipentaskan.syukran..
oleh adieq85 (adieq_shaniez) pada Khamis, 30 Oktober 2008 @ 8:05:14
(Info AHLI)
cerita ni dan tanda-tanda bahagia & sengsara ni memang macam diri kita semua..YA ALLAH YA TUHAN ku..lindungi dan hindarilah hambaMU ini dari tanda sengsara yang melalaikanku dari mengingatiMU..bantulah hambaMU ini kearah tanda bahagia yang mendekatkan diri dan hati kearah cintaMU..bantulah juga semua ahli-ahli ukhwah.com dan juga semua hamba-hambaMU yang beragama islam di muka bumi ini kearah tanda bahagia yang diberkati..amin Ya Rabbal Alamin..
oleh wirrna pada Isnin, 29 Disember 2008 @ 2:02:16
(Info AHLI)
salam ma'al hijrah...moga kita semua dapat muhasabahkan diri dan menginsafi atas dosa lalu...moga dapat kita perbaiki diri agar tanda-tanda kesengsaraan berlalu dari diri kita dan moga sinar kebahagiaan pula yang mula menyinari...subhanallah...
oleh Syairadhan pada Ahad, 08 Februari 2009 @ 16:52:19
(Info AHLI)
Semoga rakan ukhwahku mendapat rahmat dan senantiasa berada di jalan yang diredhai..
oleh akil78 ([email protected]) pada Isnin, 23 Februari 2009 @ 11:01:19
(Info AHLI) http://www.al-islamiah.blogspot.com/
salam..
mudah2n kita semua cepat insaf sebelum terlambat..
menarik cerita tu..
buat oedoman kita semua..
sebenarnya di dunia ini dah banyak bala yang Allah turrun kat kita supaya kita sedar..kita insaf.. tapi berapa ramai yang sedar.. bahkan masih ramai yang ingkar perintah Allah..
baru-baru ni berlaku tsunami, gempa bumi dan sebagainya..
ini semua amaran ALlah kepada kita supaya kita tidak lalai dalam melaksanakan perintah Allah..
mudah-mudahan cerita yang sahabat kita bagi tadi dapat menginsafkan kita semua..
oleh musafirsufi (humaira @yahoo.com) pada Rabu, 09 September 2009 @ 10:52:50
(Info AHLI)
ALhamdulillah...tazkirah ini mempunyai unsur simbolik yang logik dan diterima oleh akal manusia.begitulah lumrah hidup kita.apabila kita mendapat sedikit nikmat dunia..kita terus melupakan kesengsaraan yang sering mengellilingi diri kita.wallahu'alam
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Sabtu, 06 Februari 2010 @ 22:39:20
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/
salam..
sambil muhasabah diri...memang kadang-kadang jauhnya saya daripada perkara2 yang membawa bahagia hakiki...apatah lagi bila berada di tengah kota besar macam ni....terasa lalainya diri ini....
mudah-mudahan masih ada jalan untuk kembali....
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 0:28:14
(Info AHLI)
seperti sabda rasulullah s.a.w "lenyapnya ilmu kerana lupa" dan adanya artikel macam ini dapat ingat-mengingati sesama insan..insyallah
oleh nor_shida ([email protected]) pada Khamis, 10 Mac 2011 @ 10:33:28
(Info AHLI)