Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
 Posted on Isnin, 10 November 2003 @ 11:34:37oleh khaulah_alazwar
Umum abgchik menulis "Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan "

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan- angan.

*Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh. Jangan tidur di siang hari.

*Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

*Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

*Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun
yang tidak merosakkan kulit.

*Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan
bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

*Jangan banyak berangan.

*Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

*Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

*Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.

*Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

*Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.

*Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

*Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Sekadar info saja.

 

  Umum


Komen


"RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh naisyah89 pada Jumaat, 14 November 2003 @ 14:42:25
(Info AHLI)


terima kasih diatas info yg sgt berguna...
insyaAllah saya akan brusaha mengamalkannya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh farafisya pada Selasa, 18 November 2003 @ 11:33:40
(Info AHLI)
assalamualaikum

terima kasoh diatas info yg berguna tu
]

Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh nurkamar ([email protected]) pada Sabtu, 22 November 2003 @ 11:13:10
(Info AHLI)


:) terima kasih.. betul juga semua cara tu.. cuma mungkin saya boleh tambah sikit... kalau duduk kat kerusi.. sebaiknya duduk kaki rapat rata.. jangan sila panggung. tak elok. struktur punggung tak rata. pastu.. nampak tak sopan...nanti orang fikir kita ni sombong pula. :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh islamicboy pada Ahad, 23 November 2003 @ 9:55:27
(Info AHLI)


syukran jazilan atas rahsia tersebut. cuma satu saya nak komen. berkenaan rambut tu. penulis mengatakan lelaki suka gadis berambut panjang tetapi kemas. saya tidak setuju sama sekali sebab rambut adalah aurat bagi perempuan dan haram bagi lelaki melihatnya. satu lagi rambut bukanlah mahkota perempuan tetapi mahkota yang sebenarnya ialah dara. saya harap pembaca tidak terkeliru.
syukran...........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh astina ([email protected]) pada Jumaat, 18 November 2005 @ 15:57:24
(Info AHLI)
bagus nya info awak....saya nak praktis lah... thank you abang chick...
]


Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh astina ([email protected]) pada Jumaat, 18 November 2005 @ 15:58:56
(Info AHLI)
yaaaaaaa...............saya sokong tu islamic boy...


rambut tu kan aurat...mana boleh tunjuk kat orang yang tak berkenaan.......
]


Re: RAHSIA Gadis Mengekalkan Keayuan
oleh cahaya_87 pada Isnin, 07 Ogos 2006 @ 14:21:08
(Info AHLI)
betul kata islamicboy...... mahkota seorang wanita adalah dara
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134334 saat. Lajunya....