Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 249
Ahli: 0
Jumlah: 249




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Penyu Menangis, Siapa Yang Tahu...
 Posted on Selasa, 07 Oktober 2003 @ 19:57:52oleh SaLaFiaN
Semasa jundullah menulis Saudara, saya ada satu cerita penglipur lara. Cerita yang barangkali telah dilupakan oleh golongan yang mudah lupa. Asalnya kisah ini dalam bahasa Jawa, kemudian diterjemahkan dalam bahasa kita balik. Akhir-akhir ini terpaksa diterjemah kembali ke bahasa Jawa pula...

Jangan risau, tidak ada kena-mengena yang masih berada di atas tanah atau yang telah berada di bawah tanah. Segala yang diperselisihkan perlu kembali kepada Al-Quran dan al-Hadith untuk memastikan kebenarannya. Dengar ya...

+ Muzik dimainkan... tok selampit memulakan cerita....

"Jangan cepat menghukum saya. Yang penting hati. Pakaian terbaik adalah pakaian taqwa. Itu punca rezeki saya, saya seharusnya bersyukur dengan pemberian Tuhan dengan anugerah suara yang sedap. Kan tak baik mempersiakan nikmat."

Sofia berlalu meninggalkan wartawan. Kepulangannya dari menunaikan fardhu haji dipersoalkan orang ramai. Kenapa masih menyanyi? Kenapa tidak menutup aurat? Dia kesal kerana baginya hati itu yang paling utama.

+ Tok selampit batuk-batuk…

"1 suami = 1 isteri"

"Kempen Kahwin 1"

"Kami memohon dibenarkan cerai taklik kepada isteri yang tidak mahu dimadu. Kami mahu keadilan! Poligami bukan sesuatu yang baik, poligami merosakkan rumah tangga kami. Kalau lelaki dibenarkan juga berkahwin 4, kami orang wanita juga akan tuntut bersuami 4!"

Kepuasan tergambar di wajahnya. Hatinyna puas. Lelaki memang patut diajar. Seorang isteri memang selalu tidak mencukupi. Suraya mengakhiri sidang media bagi kempen "Lelaki Mesti Ada 1 Isteri"

+ Tok selampit minum air…

"Betul, yang penting tu hati. Kita ni orang Islam mestilah kuat imannya. Macam Nabi Yahya a.s yang digoda. Macam Nabi Yusuf a.s dipikat Zulaikha. Perempuan cantik didepan mata tetapi iman yang menjadi pilihan."

"Kalau iman kita ni kuat, perempuan tak berbaju pun kita tak kisah. Tunjuklah segala gunung, lurah, bukit bukau dan segalanya. Lelaki kuat iman tetap maintain.”

“Serban, jubah, janggut, kopiah tu tak semestinya dapat kawal nafsu. Lagipun orang Arab tu kuat nafsunya, sebab itulah perempuan mereka berkelubung. Dah lah nafsu lelaki Arab kuat, selalu ribut pasir, sebab tu nampak mata saja perempuan Arab.”

Ustaz AJ Man menghabiskan kuliahnya minggu ini. Dia terkedu kerana baru perasan kerusi lagi banyak dari hadirin yang hadir.

+ Tok selampit longgarkan sendi…

"Nabi Muhammad dulu kuat nafsunya. Sebab tu berkahwin sampai 10. Lepas tu ada simpan gundik bernama Raihanah. Beliau hanya berstatus pemimpin kabilah Arab. Beliau bukanlah seorang negarawan yang ulung. Ulama' Arab sudah pasti mahu menaikkan kaumnya sendiri. Itu semua adat orang Arab, umpama memakai tudung dan serban."

Dr Farid menghabiskan ucapannya di forum, Islam Liberal: Pilihan Utama Abad 21." Tepukan bergemuruh mengiringi ucapan beliau.

+ Tok selampit duduk bersila…

"Ya..mari semua ikut saya menyanyi dan menari...luahkan perasaan benci anda terhadap perang. Beginilah cara kita orang Malaysia menentang keganasan...!"

Kumpulan lawak slapstik, Situasi terus terkinja-kinja di atas pentas atas nama keamanan sambil mengibar bendera dan memakai mafla "Peace...no war!" dihadapan 195,000 rakyat Islamic Kingdom yang diangkut oleh bas dan diberi makan dan minum percuma dari seluruh negara, beserta surat tunjuk sebab sekiranya tidak hadir dalam kempen "Terkinja-kinja dan berjoget sambil melaungkan keamanan."

+ Tok selampit lunjurkan kaki…

"Tuan-tuan dan puan-puan, kita menentang kumpulan penimbang kati itu bukan sebab nama dia penimbang kati atau bukan sebab dia simpan banyak keris. Tetapi sebab mereka mengekalkan undang-undang penjajah. Undang-undang sekular yang dibawa oleh penjajah....!"

Belum sempat Haji Ahmad menghabiskan ceramahnya sekumpulan mata-mata gelap telah menangkap beliau ke satu tempat yang tidak diketahuinya. Para penyokong Haji Ahmad tidak sempat berbuat apa-apa kerana segalanya berlaku sekelip mata, umpama 7 tumbukan dalam sesaat.

+ Tok selampit betulkan kain…

"Hancur, hancur... hancur Israel!... Jahanam, jahanam...jahanam Bush."

"Khaibar, khaibar...khaibar ya Yahuud...! Jaisyu Muhammad saufa ya'ud...!"

Kling..kling..kling.... para demonstrator bertempiaran lari. Air asid 3 warna telah disembur bagi menyuraikan demonstrasi. Para penjaga keselamatan pemimpin agung terus memprovokasi dan memukul baki para demonstrator yang menunggu saat air asid 7 warna pula disembur... penganjur demonstrasi ditahan ke satu tempat yang tidak diketahui.

+ Tok selampit gulung rokok daun…

"Kami menahan 3 orang Islam yang menyertai ratu cantik itu demi menjaga maruah mereka. Kami tidak mahu tubuh wanita Islam ditonton sebegitu rupa. Kerana itulah saya mengarahkan pegawai saya menahan mereka di saat itu juga. Kami menjaga maruah wanita, kami tidak mahu saudara seIslam kami dipertontonkan dengan aksi tidak bermaruah begitu."

Tuan Guru Ishak menamatkan sidang media. Sehari selepas itu dikhabarkan Tuan Guru Ishak telah hilang tanpa diketahui di mana beliau berada...

+ Tok selampit sendawa…

"Murid-murid, solat itu tiang agama. Solat adalah syiar dari syiar-syiar Islam. Solat boleh membekalkan ruhul jihad sekiranya kita hayati sepenuhnya. Nabi Muhammad saw mendapat kekuatan dakwah dan jihad hasil dari solat jemaah dan solat-solat malam. Orang Yahudi di Israel sebenarnya takut sekiranya pada satu Subuh nanti semua umat Islam di Palestin memenuhi masjid untuk bersolat secara berjemaah. Ustaz merasakan, walaupun sekolah kita ini serba dhaif dan uzur, tetapi kerana hasil solat yang berkualiti inilah menyebabkan murid-murid semua terus menuntut ilmu disini, lagipun matlamat kita bukanlah kemewahan yang sementara."

Seminggu selepas itu, Sekolah Islam Rakyat itu telah diberikan notis pemberhentian bantuan kewangan kerana didapati berjaya menghasilkan pengganas yang ditakuti Yahudi dan musuh-musuh Islam. Seorang daripada pengebom berani mati di Tel Aviv dikhabarkan bekas pelajar SIR.

+ Tok selampit minum kopi…

"Ittaqullah...bertakwalah kepada Allah. Khatib pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk....."

"Maaf tuan imam dan para jemaah. Surau ini sudah dirobohkan. Tiada permit untuk solat Jumaat disini. Kami pegawai Jabatan Agama, sila ikut kami ke balai polis. Anda semua ditahan kerana didapati bersolat Jumaat di sini. Sebab nak tangkap orang bersolat Jumaat, kami pun miss solat Jumaat kami."

Kesemua ahli Qariah yang bersolat Jumaat di Surau Fasa 40, Bandar Baru Bulan itu ditangkap dan dihantar ke tempat yang tidak diketahui.

+ Tok selampit garu kepala…

Di hari sambutan ulang tahun ke-87 umur pemimpin agung, Sofia, Suraya, Ustaz AJ Man, Dr Farid dan penghibur Situasi telah diberikan pingat tertinggi negara. The Medal of Most Loyalist Among the Loyalist. Mereka menjadi tetamu khas pada hari tersebut.

Penulisan mereka, kempen-kempen mereka diberikan publisiti meluas. Inilah kebebasan media. Suara rakyat berhak didengari semua.

Di satu tempat yang tidak diketahui tempatnya, haji Ahmad, penganjur demonstrasi, Tuan Guru Ishak, pengasas-pengasas SIR, ahli Qariah Fasa 40 BBB telah dihukum penjara tanpa bicara selagi ada hayat kerana disyaki menjadi agen pihak asing yang cuba menjajah kembali kedaulatan Islamic Kingdom.

Anak, isteri dan ahli keluarga merintih kerinduan. Tiada siapa mahu mendengar rintihan hati. Penyu menangis siapa yang tahu...

+ Lagu Penyu Menagis dipasang.
+ Ehem...ehem...
+ Aduh...

Muzik diberhentikan... tok selampit lebam sebelah biji mata...

Pentas penglipur lara melabuhkan tirai. Tok selampit akan terus bercerita untuk mereka yang mudah lupa.

Wallahu'alam.

 

  Semasa


Komen


"Penyu Menangis, Siapa Yang Tahu..." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Penyu Menangis, Siapa Yang Tahu...
oleh Kang pada Rabu, 08 Oktober 2003 @ 0:16:49
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com


Bagus! Sinis! Hanya yang faham saja dapat memahami cerita Tok selampit ini. Yang tak mahu faham dan tak suka faham tentu tak faham!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Penyu Menangis, Siapa Yang Tahu...
oleh comel pada Khamis, 09 Oktober 2003 @ 16:42:27
(Info AHLI)
Emm..Bagus cara penyampaiannya.Amat bermakna dan tajam sindiran yang diberikan. Sekurang-kurangnya membuka mata hati saya.Terima kasih.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173344 saat. Lajunya....