Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 37 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

CiNTa InTeRNeT
 Posted on Selasa, 20 Mei 2003 @ 10:15:30oleh Engku_Salina
Umum KoPiaH83 menulis assalamualaikum...
> Masalah percaya atau tidak percaya, bukan pokok. Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calun isteri. Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya. Masalahnya sejauh manakah dia natara kita dapat mengawal perasaan sendiri????? Malah apa yang saya lihat, ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'. Dalam erti mudah, kesesuaian diantara jiwa , hati baik dari segi rohani, sifat diri, akhlak, bakcground agama, kekeluargaan, harta dll perlu di ambil kira.

>Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata kata manja yang menarik perhatian , penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan.
>
>Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang 'cinta itu buta'. Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional..Kawallah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'.
>
>Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.Sesungguhnya , bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah gentleman, bercakaplah berterus terang setelah anda benar benaryakin.
>
>Ingatlah:- " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (Muttafaq Alaihi)
>
>Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.
>
>Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan lahan senan anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.
>
>Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa. Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri , sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerasiandan kesefahaman.
>
>Malah seorang Ustaz pernah bercerita dengan saya di dalam chat MRIC, seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah bertukar gambar dan bercakap melalui telefon..
>
>Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani oleh mahram kamu di tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
>
>Ini tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda pemudi Muslim yang tidak berakhlak.
>
>Jangan nak kata , orang yang pernah berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.
>
>Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah diri masing masing .Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman ALlah Ta'ala "Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut namaAllah maka gementarlah hati mereka" dan "Bertambah-tambahlah keimanannya"
>
>Jika anda hanya ingin bersahabt bisa ajepun. jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak pin; eloklah juga ditemani mahram bagi menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membnearkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik. Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati.,Malah masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang bisa mendidik hati sendiri dan teman anda untuk memperbaikikelemahan masing masing.
>
>Salinglah tegur menegur dan nasihat dan menasihati ,Itulah cinta yang hakiki. Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahandiri. Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkanbilangan dan masa bertelefon; Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' buat kebayakan manusia. Jika anda menghajati seseorang untuk di jadikan calun suami/isteri atau mencitai seseorang tetapi teman anda seolah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan memperhalusi gerak gerinya sendiri.Kesabaran dan kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata. Jangan mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.
>
>Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama sama kita renungi dan menjadi peringatan buat kita sendiri.
>
>Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana: Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim) " Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"
>
>Wahai semua sahabat internet yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita bendung.
>
>Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So, bagimemudahkan pemahaman yang jelas ....nyatakan perasaan anda secara jujur . Ada juga oleh kerana ruang masa berchat mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.
>
>Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan berchat biarlah asas kata -kata yang baik dan berhikamah.Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..
>
>Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan. Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.
>
>Malah Saidina Ali (.a) telah berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah , dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)
>
>"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"
>
>Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.
>
>Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja; sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara; jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.
>
>Dan akhir sekali, ada satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.
>
>Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand .....
>
>"Adalah Hasan Bashri semasa mudanya, tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.
>
>Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata : "Apakah engkau tidak malu ??? " "Malu kepada siapa?", kata Hassan Bashri "Malu kepada Dzat (Allah) yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu", jawab wanita itu.
>
>Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan Bashri terus menerus mengikuti wanita ini.
>
>Jawab wanita itu : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku" Kata pemuda itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
>
>Jawab wanita itu : "Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu, apa-apa yang engkau inginkan" Hasan Bashri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut maka diapun kembali.
>
>Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan Bashri dengan membawa sebuah nampan yang tertutup dengan saputangannya.
>
>Hasan Bashri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
>
>Kata pelayan itu : "Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
>
>Gementarlah hati Hasan Bashri, berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,"Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
>
>Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman.
>
>Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.
>
>Hasan Bashri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "
>
>Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"
>
>Kata Hasan lagi ; "Berilah aku nasihatmu" "Kalau engkau bersendirian, berzikirlah {ingatlah} kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepadaAllah serta bertaubatlah kepadaNya."
>
>Pemuda itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.
>
>Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.
>
>DARI TANGAN YANG MULIA LAGI FAQIR DAN DURHAKA, yang mengharapkan rahmat Tuhannya yang Maha Kuasa kelak pada hari ubun-ubun dipungut (Qiamat) yaitu Ustman bin Hasan bin Ahmad Syaikh Al Khaubawany sebagai sumber rujuk silang dan kita Durratun Nasihin.
>
>
>Aku memohon kemaafan dari Allah sebagai kefaqiran dalam ilmu dan keredhaanmu ... Ya Allah
>
>"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dan perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan... "

Minni KoPiaH 83

 

  Umum


Komen


"CiNTa InTeRNeT" | Login/Mendaftar | 18 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


CiNTa InTeRNeT
oleh espiranza pada Rabu, 04 Jun 2003 @ 11:22:25
(Info AHLI)


Masya Allah....Artikal ini sangat menginsafkan dan menusuk kalbu...wajar dijadikan panduan dalam kehidupan seharian terutama kepada golongan remaja..
"Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi Kebencianmu.
Bencilah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi Kecintaanmu pada sesuatu ketika." -hadith-
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh scarlet ([email protected]) pada Rabu, 21 Mei 2003 @ 9:32:34
(Info AHLI)


sungguh bagus artikel ini.. terima kasih sbb bagi banyak ilmu utk orgyg cetek ilmu mcm saya ni..
Saya dah tak percaya pada CINTA...tak percaya CINTA tanpa rupa...tanpa kejelasan yg merupakan asas kepercayaan dlm perhubungan.. CINTA tu memang tak wujud dah,....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh fi_amaanillah pada Rabu, 21 Mei 2003 @ 12:03:06
(Info AHLI)


ye la..bagus gak ade artikel cam ni..

zaman skrg ni cinta cyber mmg x leh nk dielakkan..tp ape yg pntg..kl nk b'cinta pun kene kenal orgnye btl2..sbb dlm alam maya ni mcm2 blh berlaku..especially penipuan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh putrakedah pada Ahad, 25 Mei 2003 @ 16:40:19
(Info AHLI)
ya ,sememangnya artikel ini amat bernilai di saat zaman skrg terimas sebab hasilkan artikel ini
]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh munawwar pada Rabu, 02 Julai 2003 @ 11:12:15
(Info AHLI)


Asslamu'alaikum....

Pasal CINTA ini adalah persoalan utama remaja skrg. Tapi ramai yg kata tak leh control sbb sumer org ada hati. Nak rasa dsayang dan m'sayangi.Tapi apa yg PALING penting adalah menCINTAI lah kekasih yang HAKIKI , yg cinta mu pasti berbalas. Lazat sekali ! :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh fatin3 ([email protected]) pada Jumaat, 11 Julai 2003 @ 15:19:41
(Info AHLI) http://www.raudhah.com
assalamualaikum..
erm, bagi fatin artikel nih memang bagus,.. tapi dari buat blind date tak tentu hala, tuh baik join gath yang dianjurkan, dalam ramai-ramai, insya-Allah kiter akan mengawal tingkah-laku, nasihat fatin, berhati-hati dengan cinta internet, memang ader yang jujur, tapi majoritynya mengambil kesempatan... wallahualam.. wassalam.
]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh Tetamu pada Isnin, 14 Julai 2003 @ 13:45:07


ASSALAMUALAIKUM
saya cuma nak kasi sedikit pendapat yg dirasakan perlu utk dikongsi bersama.
Takut pada cinta internetni kekalau tersalah cinta kepada suami orang..semua kata2tu mungkin bnyk yg palsu dr yg benar.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh wardah_iium ([email protected]) pada Ahad, 03 Ogos 2003 @ 18:47:10
(Info AHLI)
alhamdulillah...terima kasih kopiah83 atas nasihat yang diberikan.Memang memberikan banyak keinsafan dalam diri kita yang hina ini...
]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh pheonix (burung api @yahoo.com) pada Rabu, 06 Ogos 2003 @ 10:13:14
(Info AHLI)
assalamualaikum......
sungguh bagus info ini dan sangat sesuai untuk remaja di zaman ini. Ini boleh menjadi panduan untuk semu muslimin dan muslimat.
]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh iZZuDDeeN ([email protected]) pada Rabu, 06 Ogos 2003 @ 17:30:07
(Info AHLI) http://www.massej.info
teRima KaSih atas TulIsan itu....
Ia MemBawa KeInsafan BuaT diri Yg bergelar InsaN...
MuDah LuPa dan AlPha pada...duniaWi...
]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh ummuluqman pada Rabu, 22 Oktober 2003 @ 11:04:43
(Info AHLI)
Alhamdulillah...tersangatla bagus untuk para muslimin dan muslimat yg berkasih sayang tanpa ikatan yang halal.
Astaghfirullah..kalau yg dah nak terjebak tu..kembalilah mencintai Allah swt.Sesungguhnya Dialah cinta yg hak.
]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh Ms_Nik ([email protected]) pada Khamis, 20 November 2003 @ 12:43:54
(Info AHLI)
erm bagus... byk pengajarannya...sesuai dgn 'gaya hidup muda mudi'... byk ikhtibar...semoga kita berada dlm landasan yg betul, InsyaAllah.
]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh putrihidayah ([email protected]) pada Rabu, 31 Disember 2003 @ 11:22:58
(Info AHLI)


assalamualaikum
saya bersetuju dengan tajuk ini kerana kite termasuk dri sye sendiri jgnla melampaui batasan..ader sebab mengapa dan kenape kiter perlu membuat dn meningalknyer bukan?memang manusia disuruh berusaha tp perlu kena pader tempatnyer....ada jodoh tak ke mana....insyallah Allah mengetahui segalanyer k wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh ladybirdy pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 13:01:15
(Info AHLI)


alhamdulillah artikel yg bagus dan menginsafkan.tgh mencari cinta sejati ni.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh syiraz_dyna pada Sabtu, 11 Februari 2006 @ 15:26:45
(Info AHLI) http://-/
alhamdullilah artikal yang mampu menginsafkan..
]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh MutiaraHati pada Selasa, 25 Mei 2004 @ 11:46:39
(Info AHLI) http://www.raudhah.com


tidak salah untuk bercinta dan meluah rasa kasih, tapi biarlah bertetapan dengan agama, bukan menyeleweng dari agama, "cinta kerana Allah swt itu benar dan cinta kerana manusia itu adalah nafsu"
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: CiNTa InTeRNeT
oleh ain_wahida pada Isnin, 21 Jun 2004 @ 12:00:39
(Info AHLI)
subhanallah....
tertusuk/terhunus/terpana di kalbu..... thanks 4 dis info...menyedarkan diriku yg sering alpa&leka...
]

Re: CiNTa InTeRNeT
oleh Tetamu pada Sabtu, 18 Februari 2006 @ 11:15:56


artikel ini benar-benar memberi peringatan kepada kita supaya sentiasa berwaspada agar tidak terjerumus dengan cinta internet....
berhati-hatilah dalam berkawan melalui internet....
bimbang diri akan dtipu....wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.199116 saat. Lajunya....