|
10 wasiat hassan al banna
|
|
|
Posted on Isnin, 28 Julai 2003 @ 21:04:48oleh Hanan
|
|
|
Tetamu menulis 1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh farisHaq ([email protected]) pada Rabu, 30 Julai 2003 @ 17:35:23
(Info AHLI)
Hmmm secara umumnya kesemua wasiat ni mmg amat baik dan sepatutnya diamalkan oleh semua org Islam.
Kalau dlm konteks kita yg no 9 mmg sgt relevan. Kita mmg sepatutnya berkenal2an yg sumer org. Sebaik2nya kita perkenalkan diri kita walau tidak diminta atau ditanya.
Ana berpegang kpd prinsip bhw kita perlu beri peluang kpd diri utk berkenalan ngan sumer org kerana setiap org ada keunikan yg tersendiri ada sesuatu yg kita bole pelajari n ambil manfaat.