Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Jurnal Seorang Anak
 Posted on Selasa, 20 Mei 2003 @ 10:03:50oleh Engku_Salina
Kenangan jundullah81 menulis Cerita Sedih
Hayatilah bersama
Moga menjadi pedoman
Kepada anak-anak yang masih ada ibu bapa....

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm.

Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar... kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti... selamanie setiap suka duka... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus
dll... pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah... ditelinga kirinya... dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya... ini adalah kali pertama aku melihat kematian... masih
terbayang... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang... semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang... syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian... sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh
harga. Boleh lah bawa mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan. lepas itu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari saja buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. mereka guna digital kamera kat office saja. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nya aku pergi sana bukannya untuk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa... kita takboleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu. Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar... semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah... memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah. Aku mencium dahi... pipi kanan... pipi kiri... dan
bangun... tiba-tiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah... tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata
sayu... penglihatannya kosong... setelah 36 tahun hidup bersama ayah... kini tinggal seorang.

selaku seorang anak... aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah seorang pendiam... sabar.. dan alim... Jemaah masjid... bendahari masjid... dan
pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak perna meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya... Lainnya pula dengan emak... yang setiasa berterus terang... seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.

Kelmarin aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar
tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat... 18 February... shairizal beli kereta satria hijau 1.6... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku
telefon dari KL... abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok dll... Abah
catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL... menangis kami semua bila baca dairi itu... Abah sayang anaknya... tak pernah tunjuk... sebab abah lebih suka mendiam
dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampong abah baru ini cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. seorang kerja sana seorang kerja sini. Dia bangga ada macam anda". Tapi jauh disudut hati aku. Aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun... Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"... abah gariskan perkataan ingat kubur... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada ALlah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik... pantang anak siapa pasti dia dukung... bawa berjalan... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

Ya ALLAH... aku tak tahu bagaimana kehidupan untuk diteruskan... tanpa Abah.... baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun ini nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayanginya... abah meninggal 5hb... tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002. Kali ini tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami... "kubur ayah dikorek... lepas itu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi... terlebih tandanya seorang yang pemurah... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek lepas itu ditimbus semula masih tak cukup tanah. "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... tak ada kotor najis pun tak ada"... perkara itulah menyedapkan hati kami... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis... "Dulu abah kau yang tolong kira lepas itu tulis kat white board itu"...

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....

Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku... Talkin buat abah masih segar... "Wahai haji Badzri Bin Hajah Habsah... ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kimata itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga... Lelaki berat tanggungjawabnya... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dengan nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan...

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua... tapi sekarang ini mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat anda yang masih ada... jadikan iktibar... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.

Al-fatihah...

Wassalam

 

  Kenangan


Komen


"Jurnal Seorang Anak" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Jurnal Seorang Anak
oleh nur_solyHAH1107 pada Rabu, 24 Ogos 2005 @ 17:31:20
(Info AHLI)


TANGGAL 24/08/2005 HARI RABU,TERLINTAS DIHATI SAYA untuk MEMBACA JURNAL INI yang tidak SEMPAT untuk DIBACA SEBELUM INI.SEKILAS PANDANG..TIADA MEMIKAT...TAPI HATI SAYA KUAT untuk MEMBUKA DAN MEMBACANYA..
YA ALLAH!HAMPIR MENGALIR AIR MATA SAYA DIDEPAN SKRIN KOMPUTER..TIADA LAGI KATA untuk DITERUSKAN MELAINKAN SEDEKAH FATIHAH DAN BERDOA MOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA2 orang BERIMAN..AMIN..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.161076 saat. Lajunya....