Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu

TATAPAN BERGELAR muslimah
 Posted on Ahad, 04 November 2007 @ 19:45:53oleh istisafa
Tazkirah simpLe_sHida menulis Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;

Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan
sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....
saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan
nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah
mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan
kasih pada penciptamu............

Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk
adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina
sahsiah muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi
iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu
gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu
tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu
sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"

ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

Taken from .syahitsuci blog

 

  Tazkirah


Komen


"TATAPAN BERGELAR muslimah" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: TATAPAN BERGELAR muslimah
oleh Hibatullah pada Isnin, 05 November 2007 @ 6:41:19
(Info AHLI)


salam masyaAllah thanks 4 the info
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: TATAPAN BERGELAR muslimah
oleh Iman_Hayati pada Isnin, 05 November 2007 @ 10:05:48
(Info AHLI)


"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu
gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu
tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu
sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"

semoga diriku lebih cintakan Ilahi dari insani..
berilah cinta insani yang cintakan ILAHI..cinta ILAHI untuk mendapat cinta insani yang mencintai ILAHI..nak mencapai keberkatan wanita tu, untuk kawin..semoga dipermudahkan olehnya untuk kami berdua.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: TATAPAN BERGELAR muslimah
oleh lisa_solehah pada Rabu, 07 November 2007 @ 14:29:35
(Info AHLI)


Destinasi cinta yang dicari belum lagi ku temui...mampukah aku insan akhir zaman ini menggapai cinta ilahi...adakah aku juga akan tewas sebagaimana mereka yang telah rebah dek nafsu yang membara...sungguh. Aku inginkan kekuatan agar tidak menjadi salah seorang wanita yang akan membawa kearah kehancuran...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: TATAPAN BERGELAR muslimah
oleh sakinahazzahra pada Khamis, 22 November 2007 @ 3:54:22
(Info AHLI)
mampukah aku meletakkan cinta Allah dan rasul
pada tempat teratas dalam hidupku?
kelalaian menguasai diri,
terasa diri sendiri pun tak mampu lagi dicintai,
layakkah aku ya Allah?
jauh disudut hati ingin merasai nikmat cinta dan rindu padaMU,
jauh disudut hati rindukan diri solehah..
jauh disudut hati ingin memiliki akhlak dan peribadi yang indah..
dengan segala kelemahan mampukah diri?
]

Re: TATAPAN BERGELAR muslimah
oleh Nurizmi pada Khamis, 14 Februari 2008 @ 19:03:31
(Info AHLI)


ya Allah..tabahkan hatiku...
kuatkanlah hatiku..dalam menempuh dunia yang penuh rintangan ini..
wahai hati..sabarlah..jodoh untukku pasti ada...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079543 saat. Lajunya....