Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 174
Ahli: 0
Jumlah: 174




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Carilah teman yang baik
 Posted on Isnin, 19 Mac 2007 @ 8:56:00oleh istisafa
Umum syamin_raw85 menulis "Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

 

  Umum


Komen


"Carilah teman yang baik" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Carilah teman yang baik
oleh damiaamiesha pada Jumaat, 23 Mac 2007 @ 1:37:33
(Info AHLI)


kadg2 susah nak terima kwan yang dah tikm kita dari belakang
sebab slme ni prcye sgt2kt dia
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Carilah teman yang baik
oleh ulfah_widad pada Isnin, 26 Mac 2007 @ 10:20:40
(Info AHLI)


Siapa pun teman kita, jika kita menerima mereka dengan ikhlas ketika menghulur salam perkenalan, maka maafkanlah mereka andai mereka pernah menyakiti hati kita...buat teman- teman yang di sayangi fillah, moga kalian bahagia dengan kehidupan masing-masing....moga hidup sentiasa beroleh rahmat dariNya..amin...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Carilah teman yang baik
oleh alzahrah pada Isnin, 26 Mac 2007 @ 12:35:28
(Info AHLI)


sebagai seorang insan kat tidak sunyi daripada ingin bertemn..inilah dinamakn fitrah mnusia yang tidak bisa hadap brsendirian tanpa teman disisi..namun kadang-kadang kat tslp dalam memlh teman hingga menjerumuskn diri kearah yang tidak sepattnya..oleh itu carilah temn yang boleh mbr cahaya serta kgmbiraan dihari muka..jgnlh kat brk sangka hadp seeorg sebelum kat mengenalinya hanya sekadar mlht dan mengedar dr teman2 yang lain..tidak mustahil ia berbz dengan apa yang kat tahu setelah kat mdkti dan mengenalinya dan sekali gus kat memyukai dengan sifat2 yang ada padaNya....akhirnya syagilah apa yang kat ada dan piliharalh ukhwah kat..semoga ia dbrkati dan diredhaiNya...amin
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Carilah teman yang baik
oleh munawarah07 ([email protected]) pada Rabu, 04 April 2007 @ 18:15:55
(Info AHLI)


teman sehati sejiwa sukar dicari ganti...hargailah teman sejati yang dimiliki....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Carilah teman yang baik
oleh naja_muslimah pada Jumaat, 20 April 2007 @ 17:39:30
(Info AHLI)


salam..
kita perlu mencari sahabat yang baik, iaitu sahabat yang apabila kita melakukan kesilapan,dia tidak lekang daripada mengingatkan kita..sahabat juga mencerminkan peribadi kita..jadi,pilihlah sahabat sebaik-baiknya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080372 saat. Lajunya....