Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 137
Ahli: 0
Jumlah: 137




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Apabila dosa melingkari, kerja serba tak jadi
 Posted on Isnin, 12 Mac 2007 @ 15:20:32oleh istisafa
Tazkirah NuR_HiKMaH menulis APABILA DOSA MELINGKARI,
KERJA SERBA TAK JADI

“Kerja ni nampak mudah saja. Tapi entah Kenapa, dah berbulan-bulan saya buat belum siap lagi? Hurmmmm, apa nak jadi ni. Lepas satu, satu masalah timbul! Dah buat dahhhhh! Problem lama pun tak selesai lagi, dah dating pulak problem lain. Bertimpa-timpa. Tension! Tensionnya akuuuu!!!”

Beginilah antara bunyi keluhan dan luahan manusia lewat persinggahannya di dunia nan sementara cuma. Keluhan yang membayangkan betapa kusut jiwanya. Betapa rimas naluri fitrahnya. Betapa berserabut akal mindanya. Betapa kelam derap langkahnya. Betapa buntu dan sukar bilah-bilah harinya.

Sama ada sedar mahupun tidak, boleh dikatakan ramai manusia baik secara individu mahupun berkelompok telah pun menghadapi situasi sukar dan sulit ini. Namun, post mortem yang dibuat hanya berjaya menyentuh dan mencungkil faktor-faktor lahiriah semata-mata. Tidak pada factor rohaniah yang menjadi subjek nilaian, perhatian dan pemantauan Allah s.w.t. hasilnya, masa terus berlalu dan segalanya masih sukar, sulit dan serba tak menjadi.

Demi Allah! Sungguh menakjubkan, bagaimana seseorang manusia mendapati pintu-pintu kebaikan dan kemaslahatan tertutup rapat bagi dirinya. Jalannya sebelum itu amat mudah baginya. Benarkah yang ia langsung tidak tahu-menahu dari sumber manakah yang membiakkan segala kesukarannnya?

Dosa dan maksiat, itulah sebab tersungkurnya kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sukar yang terjadi bukan kerana bukan kerana sesuatu kerja itu sukar akan tetapi palitan dosalah yang bertindak menyukarkannya. Susah yang berlaku bukan kerana sesuatu urusan itu susah, sebaliknya kumbahan maksiat dirinya yang sarat melimpahnya segala najis dan sampah sarap kesusahannya itu. Kenapa manusia masih sombong untuk mengaku dan tunduk pasrah kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dosa dan kederhakaannyalah yang menjadi asbab kepada segala kesukaran dan kesulitan yang tidak bertepi ini. Betapa berlepas tangan al-Khaliq daripadanya.

Firman Allah : “Dan… apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri..” (as-Syura : 30)

Firman Allah lagi : “(Azab) yang demikian adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaNya”. (al-Imran : 182)

Namun, bukan semua jenis manusia akan terheret ke dalam kancah kesusahan dan kesukaran yang bukan kafarah ini! Ia cuma putaran malapetaka yang hanya akan menghambat dan memburu ahli maksiat dan si pelaku dosa yang terus-menerus kekal melakukannya.

Orang bertaqwa insyaAllah, tidak akan menghadapi igauan buruk sedemikian. Allah menjamin tidak akan mempersia dan membiarkannya seorang diri. Sekiranya ia menghadapi kesusahan dan kesukaran sekalipun, pasti Allah akan memudah dan meringankan untuknya.

Kesedaran terhadap perkara ini harus ada dalam setiap diri kita. Jika tidak, kita akan menghadapi stress (tekanan yang melampau) hingga membawa kepada mudarat yang membinasakan. Sangka kita, tekanan-tekanan itu berpunca dari soal-soal lahiriah semata, rupanya ia terhasil dari dosa-dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Sekiranya kita tidak sedar hakikat ini kita akan terus-menerus terkurung dan terperangkap dalam penjara yang kita bina sendiri. Bagaimana sikap kita apabila banyak kerja yang kita lakukan serba tidak menjadi serba semakin berterabur? Apakah sebab-sebab teknikal akan terus kita jadikan sebagai alas an untuk kesekian kalinya?

Tidak syak lagi, factor terpenting dalam apa jua urusan dan kerja, adalah factor manusia itu sendiri. Sekiranya sudah dikenal pasti tiada masalah pada subjek teknikal seperti soal system, modal dan prasarana, maka kembalilah merujuk kepada masalah manusianya. Bukankah telah menjadi pengalaman rohani kita semua, “Apabila dosa melingkari diri, semua kerja tidak menjadi”. Justeru, kejernihan batinnya perlu dipulih dan dikembalikan dengan taubat dan istighfar. Inilah syarat utama yang dibentangkan Allah lah-Rahman. Syarat yang tidak berubah sampai bila-bila.

Firman Allah s.w.t : “Maka barangsiapa bertaubat sesudah ia melakukan kezaliman (kejahatan) itu dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya”. (al-Maidah : 39)

SUMBER : Majalah ANIS

 

  Tazkirah


Komen


"Apabila dosa melingkari, kerja serba tak jadi" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Apabila dosa melingkari, kerja serba tak jadi
oleh sahlon pada Jumaat, 16 Mac 2007 @ 21:28:47
(Info AHLI)


saya sangat setuju dengan artikel tersebut. terima kasih. moga Allah mengampunkan dosa kita. AMIN
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Apabila dosa melingkari, kerja serba tak jadi
oleh azemi ([email protected]) pada Khamis, 22 Mac 2007 @ 10:28:26
(Info AHLI)
Sangat-sangat setuju..inilah natijah apabila fitrah dilanggar dan diterjah..
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084673 saat. Lajunya....