Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu

Anak yang tabah
 Posted on Rabu, 14 Februari 2007 @ 9:21:42oleh istisafa
Tazkirah annynatasha88 menulis Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali Dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada Nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah . “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk disitu Beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
    
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian Dia keluar sambil membawa seekor bab* Betina yang besar. Bab* itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini,” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bab* itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu bab* itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor bab* Jantan yang lebih besar. Bab* itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap hingga kering serta dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Bab* itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.
    
Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”
    
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara bab*?” Kita tidak boleh berbuat begitu,”Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba.”kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua bab* itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi bab* yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang Tuan Hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi bab*,aku tetap melaksanakan tugas aku,”sambungnya.    

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi,”tambah pemuda itu lagi

Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa bab* pun dia masih berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan makamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga”

 

  Tazkirah


Komen


"Anak yang tabah" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Anak yang tabah
oleh eme86 ([email protected]) pada Jumaat, 23 Februari 2007 @ 19:08:56
(Info AHLI)


Terharu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Anak yang tabah
oleh kapten06 pada Selasa, 27 Februari 2007 @ 7:34:40
(Info AHLI)
Walau apa pun mereka, mereka tetap adalah ibubapa yang mengandung dan membesarkan kita...mari lah bersama2 kita mendoakan kesejahteraan mereka didunia dan akhirat.. kita juga merupakan harta mereka ketika mereka tiada di dunia.....
]

Re: Anak yang tabah
oleh husnul_khotimah pada Jumaat, 13 April 2007 @ 20:58:43
(Info AHLI)


subhanallah...semoga saya dapat ikhtibar walaupn dah brkali2 baca..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079332 saat. Lajunya....